Thursday, December 22, 2011

Hannah is a month

Rasa macam kejap je dah sebulan..hari selasa hari tu genap hannah sebulan..makne nya dah sebulan aku jadi mak..

Rasa macam baru je asri hantar pergi hospital..masuk ubat..kena tolak masuk dewan bedah..macam fresh je dalam otak segala peristiwa masa nak keluarkan anak dara kecik ni..

Hannah sekarang dah mula pandai meragam..kalau celik je mata kena angkat..xpun kena orang bercakap dengan dia..nasib baek lah rumah melaka ni ramai abang n kakak nak melayan..balik kl mati lah aku nak layan anak dara ni..kalau dengan atok lagi lah boleh melapang2 ketawa..

Kalau nak tidur pun dah pandai tahan mata..dia boleh dah pejam mata then tersentak buat-buat celik mata tu..naseb baek ome penjaga setia..sorry yek sayang..umi xlarat nak pegang lama-lama..pinggang umi ni dah sakit balik..Setiap hari, lebih kurang 2 jam Hannah akan meragam then baru pengsan tidur xsedar kan diri..

Kemahiran Hannah paling power bila dia dah berdengkur tapi mata xpejam lagi..sebenarnya dah mengantuk tapi tahan kan mata tak kasi tutup..kita pulak nak kena tutup kan mata dia..baru dia tidur..

Hannah sekarang kalau nak tidur, kena pangku then goyang sambil tepuk-tepuk baru senang tidur..dah xde makne nya nak tergolek tidur sendiri..malam kalau dia xbangun pukul 12, pukul 6@7 pagi dah bangun then kena keluar bilik terus..

Even banyak ragam, masa kena 1month injection slumber je dia tidur..siap berdengkur..macam xde apa2 masalah..mungkin sebab mood berjalan so dia tidur dengan aman..kat rumah jangan harap dia nak tidur nyenyak macam ni..bila berjalan naik kereta, Hannah tidur macam xpernah tidur..

Sebulan ni, penat, ngantuk, sakit, semua aku rasa..life aku n asri betol2 berubah 100%..tapi semua tu macam angin lalu je..sebab nya bila tengok muka hannah specially masa dia tidur, satu perasaan tenang sangat..bahagia to the max..


Zaynorsuhada
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, December 20, 2011

Petua Elak Kuning

Semua baby memang lahir akan kena penyakit kuning..Beza dia, tinggi or rendah je kandungan bilirubin dalam darah..

Alhamdullillah, Hannah punye kuning xtinggi..Paras normal je..Memang masa pregie lagi aku doa sangat tak kena kuning..tak sanggup okeh tengok anak kena bogel duduk bawah lampu..sedey sangat!!..tambah pulak dengan keadaan baru lepas deliver..sakit dan penat..xlarat nak menunggu kat spital..

Mungkin..MUNGKIN tau..aku rasa sebab aku amalkan makan kurma dan minum susu kambing semasa mengandung..sebab aku ada baca, nak elak kuning, mommies yang kena minum susu kambing masa pregie..bukan baby kena minum masa kena kuning..

Hari-hari, atleast satu sachet susu kambing HR Goat aku minum..selalu 2 kali sehari tapi kalau xsempat, sebelum tidur mesti akan minum sekali..

Ni petua je..alhamdullilah xkena pada baby Hannah..tapi xtau pulak orang lain macam mana..


Zaynorsuhada
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, December 15, 2011

Butik Baby di Melaka

Sebenarnya aku tengah mencari-cari butik barangan baby..one stop center jual macam-macam barang baby..

Aku tau, ramai cakap pergi je lah jusco ke, MP ke..kan ada baby departments..bukan aku xnak pergi, tapi barang kat sana x secomplete macam di butik baby..

Kalau dekat butik baby macam2 brand barang baby ada..pilihan pun lagi banyak..kalau nak botol, berpuluh jenis jenama ada..berjenis botol ada..botol menyerupai breast teat pun ada..Kalau di baby department, choices sangat limited and certain brand je ada..

Last week aku cari soother (sebab ingatkan puteri kecik ni nak puting)..dok beriya aku cari brand MAM@Tommi Tippie..yang ada common brand macam tolijoy, pureen, baby kiko..brand2 biasa je..harga pulak slightly mahal dari butik baby..sebab tu aku prefer ke butik baby..

Tapi masalah nya, kt melaka ni mana nak cari..aku xtau..kalo kat KL aku tau la..memang sejak pregie aku tu la faveret shop..:)..


Zaynorsuhada
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Movie Melayu

Ini adalah pendapat peribadi aku..

Aku rasa movie melayu yang banyak adegan kolej adalah merapu..kebanyakan nya adalah over..boleh dikatakan yang berlakon jadi student (bukan menghina tau) yang tak pernah jadi student U, berlakon jadi student U adalah sangat anoying sebab sangat2 tak hidup dan aku rasa sangat apakah yang berlaku???????????? Kau tak payah hover boleh x..

Tu pasal pelakon, jalan cerita pun sangat merapu..banyak movie shoot dekat UiTM and obviously they claim they are konon2 nya study dekat UiTM..ada few movie memang claim konon2 study di Uitm and ada yang just sebut kolej..

Tapi cerita yang ditunjol kan aku rasa menjatuhkan imej Uitm..kalau kau dah claim cerita kau tu konon2 study di Uitm please la ikut undang2 uitm sket..UiTM ada dress code kot..bukan main redah je nak pakai baju apa..

Antara cerita yang aku rasa paling bodoh adalah papadom..kecewa aku bila director potray kan environment uitm macam tu..dari segi student punye attitude, peel, etika pakai baju sampai lah ke lecturer..semua tu aku rasa nonsense and memalukan imej uitm..boleh kalau nak berlakon jadi student pun tapi biar lah realistik dan kalau boleh tak payah claim study di uitm kalau nak buat cerita yang bodoh macam tu..

Banyak lagi cerita2 yang melibatkan uitm tapi potray benda merapik..maybe korang disagree dengan apa yang aku cakap ni tapi ni pendapat aku saje..aku harap sangat movie maker ni bukak lah otak sikit buat cerita biar diterima akal..





Zaynorsuhada
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, December 14, 2011

Poligami

Out of sudden aku terfikir pasal poligami..lelaki asal tanya je mesti akan setuju untuk poligami..tapi bila tanya macam mana kalau perempuan dibolehkan untuk poligami, apa perasaan dorang..dan dan tu dorang bantah..

Paling kelakar aku rasa bila ditanya sebab poligami, ikut sunnah nabi..ai, tang kawin pandai pulak cakap ikut sunnah nabi..tapi pernah tak para lelaki fikir, ciri-ciri wanita yang nabi kahwini..tujuan nabi berpoligami..sunnah yang lain-lain xnak ikut pun..ibadat sunat nabi xikut pun..

Kebanyakkan yang aku tengok, lelaki kahwin lagi dengan perempuan muda, cantik, kalau janda sekalipun xde pulak amek janda melarat..pilih janda berhias..

Sebagai perempuan n isteri, memang aku tak setuju 200%..sebab utama, aku seorang yang tamak..aku tak boleh nak share kasih sayang hubby aku dengan orang lain..

Tipulah kalau cakap boleh berlaku adil..macam mana nak sukat kasih sayang tu biar sama banyak..mesti tak boleh kan..

Kemampuan bukan setakat wang ringgit..kemampuan diukur dari pelbagai sudut..kalau setakat ibadat wajib pun rongak2, ibadat sunat macam mana pulak..yet claim kahwin lagi sebab nak follow sunnah nabi..tak ke kelakar macam tu..

Mintak dijauhkan benda2 macam ni..kalau ni dah tertulis aku pasrah tapi selagi boleh memang aku xmahu..ada ke perempuan yang boleh terima denga redha eh..




Zaynorsuhada
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, December 13, 2011

Berpantang

Hari ni dah 23hari umur Hannah..makne nya aku dah berpantang selama 20 hari..

Siapa kata berpantang x seronok..aku seronok je rasa..dapat rileks rumah mak lelama..nak apa2 anak2 buah aku dah boleh diharap..makan pun berhantar..penat jaga Hannah ramai yang tolong jaga..

Maybe ada orang rasa tak selesa sebab nak kena tepek herba, makan jamu, badan bau jamu..tapi sekarang kan zaman dah moden..ubat berpantang semua dah diformulasi baru..senang je..

Macam aku, amek set bersalin Amway..so far aku puas ati..sebab nye pilis dan param dia bau yang boleh diterima..satu satu nya ubat minum, teh herba walaupun bau sedikit kuat, tapi letak madu dah jadi okie..ubat2 lain semua dalam bentuk pil..oh, set bersalin ni complete dengan uncang mandian dan uncang untuk cik V..xpayah susah2 cari daun2..semua complete in one set..

Cuma yang x best masa berpantang, aku terpaksa berjauhan dengan asri..uhuk..uhuk..tapi apa pun, aku suka berpantang..

Zaynorsuhada
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pengalaman Bersalin Anak Pertama di Hospital Ampang

Alhamdulillah..
Tu je yang aku mampu ucapkan..setelah 40 minggu 2 hari didalam perut aku, akhirnya HANNAH ADELIA selamat dilahirkan pukul 2.18 am pada 20.11.2011..selepas 10 jam dalam labour room, bukaan stil 6cm, akhirnya aku terpaksa dibedah..
Pergh...benda last yang aku akan buat..aku teringin nak normal..tapi hannah seronok sangat duduk kat dalam tak nak keluar..
Genap 40minggu aku di induce..sampai 3biji ubat yaww..induce air 3kali..sakit dia xyah cerita..azab ya amat..tak tertanggung langsung..memang aku menangis2 dalam labour room..
Dah la tengah tahan sakit bersalin nya.. Haus dan lapar bila dah menjelang malam. Aku masuk lbour room pukul 1 tengah hari so by petang bawak ke malam memang haus dan lapar. Tapi sampai ke tengah malam setitik air pon x dapat. Seksa dan takde tenaga dah masa tu.
Naseb baek asri setia teman kan aku..mak ayah, adik beradik, kawan2 yang xlepas2 bagi semangat..kakak2 aku sampai x tidur sepanjang malam..tunggu detik kelahiran anak dara aku ni..
Personally aku rasa facilities GH memang dah upgrade tapi aku rasa those yang ada duit better pergi private..sebab nya bagi aku, masa sakit ni aku perlukan sokongan orang2 yang tersayang..as u all know, GH only allowed visitors time yang sangat limited..for me, its not enough..
So aku rasa sangat weak during malam and sementara tunggu visit time..kalau kat private boleh la ajak orang teman..kalau sakit pun, kurang lah rasa nya,..lagipun senang ada orang tengok2 kan..
Since aku kene induce and c-sect, so aku kena stay hospital lama..seksa okeh malam2 sakit sorang2, before and after bersalin..after c-sect, aku xbole bangun..sakit sangat nak berdiri..even nak bergerak pusing2 pun sakit..can u imagine macam mana nak urus kan diri sendiri sorang2..dengan baby lagi..
All those thing buat aku rasa macam trauma dengan hospital dan sakit bersalin..lepas 2minggu, aku dah boleh berjalan normal, tengok Hannah pn sihat..barulah trauma tu beransur hilang..
Apapun, aku bersyukur semua selamat..and buat aku sedar, aku perlukan kekuatan orang sekeliling aku untuk survive..
aku perlukan asri sebagai tulang belakang aku..mak, ayah, ome yang sanggup ulang-alek melaka-kl masa aku sakit..yon yang hari-hari datang melawat..kakak2 n abang2 aku walau xdatang, tapi dorang tak tidur tunggu aku..senah, kak su, casper, mas..xbenti mesej@bbm bagi semangat..semua ni buat aku bersemangat even masa tu aku dah xlarat sangat..
Alhamdullilah..even dugaan aku agak berat tapi aku bersyukur dikelilingi orang-orang yang menyayangi aku..

Zaynorsuhada
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone









Thursday, October 13, 2011

Baby dan Babah

Ada orang cakap, anak perempuan akan lebey sikit dengan ayah dia even dari dalam perot lagi. Memula aku tak percaya sebab selama ni yang lebey apak dia. Kalau untuk baby semua on. Paling tak tahan dia punya jaga sangat melebey. Skema abes follow what good and not. Ummi nak serong pun babah sangat strict okeh. (!_!)

Lately baby dah pandai tunjuk belang. All this while memang dia akan bergerak aktif expecialy malam. I thought maybe I tengah rest so baru dia akan gerak actively. Lagipun malam la baru ade masa nak belek and cakap2 dengan dia. As usual apak dia lah yang paling banyak cakap and baby akan gerak macam respond to what her father talk about.

This week, both of us x sihat. Aku kena urinary tract and Asri having bad flu. So dia memang menjauhkan diri dari aku. (Reason takot effect baby. Dia kan menjaga baby). Since Asri tak mahu berinteraction sangat dengan aku, baby pun terkena tempias. Asri dah tak cakap sangat dengan baby almost 3 days.

So within these 3 days, baby sangat kurang gerak. Aku ingat kan sebab aku xsihat so baby pun feel the same. Rupe nya aku sangat silap okeh. Masuk hari ke-3 baby kurang gerak, Asri borak dengan baby dia start main bola dan gimrama balik. Seolah-olah macam tengah reply apa yang apak dia cakap.

Selama ni aku cakap dengan dia xlah seaktif ni dia gerak. Dengar suara babah terus nak main main.. Noti sungguh buat peel macam ni kan.. Penat lah aku dok risau baby kurang gerak.

Tak sabar tunggu baby keluar. Makin lama makin rindu nak jumpa baby.








Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, October 11, 2011

Cronic urinary virus infection

Since sabtu last week aku dah rasa semacam. Rasa sakit sangat bila berjalan. Area ari-ari n peha rasa sakit sangat. Bila tanya tanya orang tua kata nya sebab dah berat memang saket.

Tapi makin lama makin sakit rasanya. Sampai nak bergerak pusing kiri kanan pun sakit. Kalau berjalan xyah cakap lah. Sakit nya rasa macam pedih, bengkak kena tekan. Nak berjalan sakit, nak duduk pun sakit. Baring pun sakit. Pendek kata asal gerak je sakit.

Memula percaya lah jugak cakap cakap orang. Yelah, nama pun 1st pregnancy. Percaya je lah orang cakap.

Tapi makin lama makin xboleh tahan. Makin terok rasa nya. aku tak rasa orang daah cukup hari sakit macam membengkak perenial area nya.

Isnin pagi cek doktor rupe rupa nya aku terkena jangkitan kuman @ kencing kotor. Tapi kronik sebab dah bernanah. Ya allah, xtau pulak sampai macam ni sekali.

So dapat lah ubat bukan setakat antibiotik tapi ubat untuk vagina. Bolehlah nak bertahan. Kurang sikit tapi still sakit. Hope cepatlah baik. Sakit dia memang tak boleh blah.

Kesimpulan nya, kalau sakit sangat jumpalah doktor. Baru tau punca sebenar.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 7, 2011

Sambutan suku abad

Tahun ni aku rasa the most memorable birthday for me. Tahun tahun sebelum ni seronok gak cuma tahun ni sedikit special sebab aku sambut bersama orang baru didalam perut.

Rasa macam dah besar sangat dah skarang ni. Mungkin sebab pertambahan umur kali ni dah ada anak so terasa tua terlebey.

Asri macam biasa, tak ada apa surprise. We had dinner macam biasa kat kenny rogers then dia bagi present.

Present adalah tidak surprise sebab dia dah beritahu awal-awal nak belikan apa. Hadiah pun to complete my wish list. Since zaman zaman becinta dulu pun dia memang bukan romantik type yang suke bersurprise surprise bagai. Every year adalah sama cara nya.

Tapi, even xsurprise pun aku tetap suka sebab memang dah lama dok sebut nak benda tu. Thankx B belikan..:)

Aku harap tahun depan rezeki lagi melimpah ruah. Tahun depan insyaallah budak kecik dalam perut dah boleh memeriahkan suasana..lagi seronok rasanya tapi semakin rasa bertambah tua.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 6, 2011

Setiap saat adalah nervous

Sekarang ni aku dalam minggu minggu akhir nak deliver. Kalau ikut last scan doktor cakap baby besar. Balek kampung hari tu pun sebok lah semua orang ingat aku da cukup bulan. Adooiii...besar sangat ke perot ni.. Xkisah lah nak..janji sihat..

Tadi doktor confirm kan aku ade diabetic tapi on diet control. Xpayah makan ubat cuma pantang makan. Masuk kali ni dah 4 doktor cakap perot aku besar. Orang-orang lain xyah cakap lah. Padahal masa 6 bulan dulu dok complaint xnampak perot. Now terlebey nampak pulak..

Owh, mungkin aku kene induce sebab takot baby besar sangat. Ada ke doktor cakap dia takot dia yang kena jawab kalau baby 4 kg..doktor, mana saya tau kalau baby nak besar.

Padahal berat naek 1.5 kg je bulan ni..baby makan eh semua yang umi makan..takde simpan tempat lain..

Sekarang ni setiap saat adalah nervous mungkin bila-bila aje budak ni keluar atau dikeluarkan..doakan yang terbaek aje lah...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Testing

Bismillahirahmanirrahim..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, September 22, 2011

dugaan mengandung

now aku dah 34 weeks. orang kata da sarat. rasa macam kejap je masa berlalu. rasa macam baru je aku sakit then doktor btau aku pregnant. rasa semua tu macam baru je.

last scan doktor cakap kepala baby dah turun bawah. sedikit seram sebab doktor kata baby besar sikit. kena pantau since aku suspect kencing manis. adoi..hope everything okie.

bila da 34 weeks ni, nak berjalan pun dah rasa kurang selesa, dengan asek nak terkencing nya. kaki sakit. pinggang sakit. semua sakit. dengan keadaan aku yang sekarang ni, aku rasa kagum sangat dekat ibu ibu yang pregnant banyak kali. aku yang baru satu ni pun dah rasa seksa.

kadang kadang bila tak boleh tidur, pingggang sakit, asri sampai cakap xsanggup tengok aku pregnant lagi. naseb baek lah dia peneman setia time sakit sakit ni. mata tersengguk sengguk pun tangan dok picit badan aku yang sakit sakit ni.

tapi kadang kadang bila tak rasa sakit, im happy being pregnant lady. siap plan nak pregy every year then stop bila reach 30. haha.. berangan je. seorang ni pun agak haru biru kami dibuat nya.

sapa kata pregy tak sakit weh. macam macam dugaan akan kena tempuhi sepanjang 9 bulan. maybe sebab tu ALLAH bagi keistimewaan kepada pregy lady, kalau mati, mati syahid.

tapi untuk ibu ibu yang banyak anak, especially yang bukan dari golongan senang. aku memang tabik spring dekat dorang. gigih nya mereka dalam menempuhi semua dugaan. ye la, dengan pregie lagi, nak urus anak, nak urus rumah. sedang kan aku yang tak berapa buat kerja rumah pun still rasa letih je selalu. ni yang kena buat multi task tak ke haru tu.

kalau yang tak ada suami disisi, macam mana lah mereka tempuhi time time sakit. sapa lah yang jadi tukang picit malam malam. teman pergi klinik lagi. betapa kuat nya wanita nak tempuhi semua ni.

tapi aku pelik jugak dengan sesetengah orang. dah susah susah pregnant, sakit lagi time deliver tapi senang senang je campak budak tu. dalam tandas lah, tepi jalan, tepi tong sampah. orang kata hard to get, hard to loose. tapi dorang ni sesenang je nak buang buang.

bagi aku, sokongan orang orang sekeliling expecialy yang selalu dengan kita, suami, famli dan kawan kawan sangat penting. tak tertanggung rasa nya kalau pregi sorang sorang.




si lembut dan si kasar

ni aku nak cerita pandangan aku aje. tak ada kena mengena dengan orang sekelililing aku. sebab nya, tiba-tiba aku terfikir, orang yang lemah lembut, pendiam ni sebenar nya adalah orang yang paling bahaya. compare with the loud speaker, at least kita tau apa yang dorang rasa. even kadang-kadang memang menanah telinga, tapi kalau terkena dengan dengan si lemah lembut ni lagi bahaya sebab terus menusuk ke hati.

contoh macam ni, kau baek dengan si A, dia ni memang lemah lembut. semua orang akan fall dengan kebaekan dan kelembutan dia. sekali dia ni lah yang kebas bofren korang. tak pun, sebenar nya dia ni lah dok tabur cerita. kan saket sebab never expect orang macam ni akan buat onar.

tapi kalau si loud speaker ni, dia akan cakap apa dalam hati dia. kita tahu ketelusan dia.

oh, maybe the best word, ketelusan. bagi aku orang yang jenis cover-cover baek ni tak berapa nak telus. ye la, dok nak tunjuk prestasi baek depan orang and dia cuba sembunyikan sikap kejam yang ada. who knows kan. so peel mr jackel to dia simpan dalam senyap dia buat lah project.

tapi tak semua orang macam ni. ni segelintir je. mungkin ni apa yang aku rasa. lain pulak dengan apa yang korang rasa kan..


Thursday, September 8, 2011

Penyakit kronik

Lately aku perasan aku ade satu penyakit. Penyakit tak boleh beli sikit. kalau aku berkenan pada baju or apa pa, aku suke beli secara berjemaah. hmmm...bukan sebab aku banyak duit...tak!! tapi perasaan dan naluri aku yang pelik ni.

sekarang ni makin kronik aku rasa. since now shopping spree for the baby, makin menjadi-jadi pulak aku rasa penyakit aku ni. kalau beli kena beli sampai dua tiga empat baru rasa puas. kalau tak, terbayang bayang selalu macam orang angau. kalau tak dapat, boleh buat rasa down seketika. huhu..

janganlah sakit ni berterusan. asri pun dah mula penin dengan penyakit baru aku ni. alahai, macam mana lah nak setel kan masalah ni kan. kalau duit memang stok berkepok kepok dalam poket beranak hari-hari bolehlah nak buat perangai macam ni. adooiii...


tapi dalam kekronikan sakit aku ni, aku cuma bernafsu untuk pergi ke tempat sale yang 70%, jualan gudang dan tempat2 murah. gila nak shopping gila gila kat tempat yang mahal gila...cepatlah botak asri kalau macam tu..lagipun, aku kan cheap skate..huhu..

kalau rasa-rasa nak shopping berbaloi, rajin rajin lah pergi ke jualan gudang. so far, ada 2 jualan gudang yang aku suka, HYTEX GARMENT & PUREEN WAREHOUSE sale. memang berbaloi-baloi i tell you. cuma tak tahan, orang ramai tak yah cerita la. tapi kalau tak nak hadap orang ramai sangat, pergilah pagi-pagi.

aku ade follow satu website ni, nama dia shopping n sales. dia akan promot setiap kali ada warehouse sale ataupun apa jenis sale. so aku keep update about crazy sale. cuma kadang kadang yang tak seronok nya, kebanyakan jualan gudang ni suka sale time tengah bulan kesimpulannya time tengah sesak time tu lah nak buat sale. lagilah gila aku rasa.



Wednesday, September 7, 2011

hari raya 2011

agak terlewat aku nak wish selamat hari raya. nama pun nak raya, otak dah fikir pasal raya je. malas dah nak buat benda lain. nak nak bila baju raya dah siap beli. tunggu masa je nak balek kampung. yang ni paling seronok sebab the burns berkumpul. tahun ni lagi meriah, diya dah makin kepoci, and tahun ni ade new family members, rayyan si bola. kepala badan semua bulat. manusia-manusia kerdil macam biasa, maken nakal.

raya aku tahun ni macam biasa, cume beza aku pregie 7 bulan. nak pakai baju kurung pun tak boleh. so sepanjang raya aku berjubah / maxi dress sahaja. naseb baek sekarang tengah in trend maxi ni. lega mak tau..

aku rasa sekarang makin lama makin panas. buat mood nak beraya pun kurang. dah lah asek rasa nak terkencing je, dengan panas lagi memang buat rasa tak selesa. tahun ni berjalan raya pun kurang. day 1 memang tak boleh pergi memana lah sebab rumah memang akan kena serbu dari lepas sembahyang raya sampai ke malam. raya kedua baru berjalan itu pun sekejap je. panas dan letih, ai dah tak tahan.

tapi apapun, pagi raya moment penting untuk kami satu famli. waktu ni semua family members kena beratur then akan salam penuh kesyahduan. then amek gambar family and makan. tu lah rutin paling wajib setiap tahun. paling seronok the kids sebab time to collect duit raya.

raya ke-4 dah kerja macam biasa sebab asri tak boleh cuti lepas raya. so mood raya makin berkurang. lagipun raya kali ni aku tak berapa rasa nak raya sebab memikirkan pasal si kecik ni. maybe next year kot baru nak beraya sakan.



Thursday, August 25, 2011

problem selalu terkencing

sejak pregie ni, aku rasa perkara paling aku tak tahan adalah masalah kencing. dari awal mengandung sampai sekarang ada je masalah tentang kencing.

actually aku memang selalu kena urine infection. tak tau lah apa puncanya tapi agak kerap lah kena urine infection. paling ketara masa baru kahwin dulu. at least dalam sebulan dua mesti akan kena sekali.

bila pregnant, doctor already warned me my problem will become worst sebab masa pregnant lagi senang kena infection. semua orang tahu kan, bila kena infection kita akan rasa kerap nak terkencing tapi kencing sikit-sikit. kadang-kadang rasa sakit bila kencing.

masa early pregnancy, aku kena infection yang agak teruk. kencing sakit sangat and the worst thing, dalam masa seminit still rasa nak terkencing. solution dia aku kena amalkan jus cranberry. alhamdullillah hilang dah sakit tu.

tapi masa kandungan mencecah 4-5 bulan, aku kerap kencing lagi. but this time paling kronik masa malam. dalam 1 malam, lebih 5 kali aku akan bangun kencing. doktor cakap sebab hormon tengah tinggi. nanti lama-lama akan back to normal. so kalau nak kurangkan, masa tidur kaki kene tinggikan. so aku susun 2 3 bantal, then letak kaki atas bantal. kurang sikit lah bangun tengah malam tu.

now bila dah masuk 7 bulan, aku lagi kerap nak terkencing. kali ni bila rasa nak terkencing je, terus rasa dah hujung hujung. memang mudah sangat nak terkencing. kadang kadang jadi masalah pulak bila nk keluar. kadang kadang tak semua tempat ada toilet yang selesa and aku memang kena guna toilet yang bersih.

oh, kencing kena duduk. kalau mencangkung alamat nya memang la rasa tak selesa. sesak nafas pun boleh.

raya lagi

alhamdulillah tahun ni kami masih dapat menyambut hari raya with my big lovely family. as for family kecilku, aku and asri beraya berdua setengah. permata ummi and babah (asri keep calling our baby with this) beraya sama tapi duduk diam2 dalam perut ummi.. nanti tahun depan kita raya sesama eh sayang.

bercakap pasal raya, macam biasa baju raya mesti kena ada at least untuk pagi raya. complete tukar luar dalam, termasuk baju tidur malam raya. mesti kena baru. nak kata tradisi tu tak lah, maybe sebab anyah dah biasakan dari zaman kecik2 dulu raya makna nya shopping barang baru. buruk betul peel kan. hehe. but this is totally different with asri. bagi dia raya tak semestinya kena beli baru. asal ada cukup lah. kontra kan kitorang. dia bukan jenis beraya beriye macam aku punya sambutan raya. jadi bila dah kahwin, now this year going to get baby soon, lagi lah rentak shopping dah jadi lain. kalau dulu semua nak tukar baru, now beli baru tapi tak lah semua. plus kena fikir pasal permata hati yang nak keluar bulan 11 ni nanti. money spending almost for her/his preparation. raya tahun ni aku cuma dapat 3 pasang je baru raya. yang tak penting kena ketepikan. uhukuhuk..

dulu sebab duduk dengan family maka yang penting adalah shopping. but now, yang penting hari raya dapat balek kampung. raya with the burn itulah yang paling buat aku tak sabar-sabar. nak jumpa mak ayah dan adek beradek aku yang macam macam karenah. oh, this year cucu en burn dah bertambah lagi. jadi nya tahun ni ada 10 makhluk halus dekat rumah. lagi lah kecoh teratak tawakal nanti.

family aku bila raya memang meriah sebab family kitorang besar. kalau tak berjalan raya, orang datang non stop since ayah saudara tua dalam family dia. ramai lah anak buah, sepupu sepapat yang akan menyerang. kalau berjalan raya, satu hari suntuk tak habis. penat memang penat tapi fun.

tulis pasal raya terus rasa macam nak terbang balek kampung sekarang. rindunya dekat the burns......................................................



Wednesday, August 24, 2011

Check-up 28 weeks

pejam celik, now aku dah 28 weeks. tinggal lebey kurang 2 bulan je budak kecik ni nak tengok dunia. babah dia pun kalau bersembang dengan baby asek cakap tak sabar nak jumpa baby. tapi baby keluar nanti on time tau. ummi dengan babah sekarang tengah kumpul duit baby lagi. hehe.

semalam lagi sekali aku ambil test mgtt. bahasa senang kena minum air gula sebab nak cek ade kencing manis ke tak. as ussual, sebab pergi hospital government, benda 5 minit setel dalam masa 4 jam. pukul 7.30 pagi aku dah terpacak dekat klinik tapi nurse yang pegang kunci datang lambat. so nak dekat pukul 8 baru selesai register.

tunggu lagi 15 minit untuk cek berat, bp dan urine. semua ok kecuali berat. berat aku terlebey setengah kilo. ulang lagi sekali, SETENGAH kilo tapi nurse dah jerit kat aku macam aku buat salah besar. asri yang tengah menunggu pun terkejut kenapa nurse nak marah sangat. sekali yang kena marah wife dia sendiri. memang haru.

selesai bab 1, baru proceed untuk mgtt test. yang aku tak paham, aku punya turn no1, tapi at last pukul 9 baru dapat ambil darah and minum air gula. sangat manis okeh!! dah lah perot tengah kosong gila, dengan penat menuggu memang lemah mental aku sekejap. naseb baek asri teman kali ni. aku siap tertidur-tidur menunggu.

done with mgtt, pergi bilik lain pulak untuk check up. jantung baby ok, 140. berat even naek lebeh setengah kilo tapi still concider okie sebab aku naek 6kg aje sepanjang pregnancy. tu pun nurse kat depan nak bising. cuma sedikit risau hb aku rendah balik. kena diet zat besi and iron gila-gila balek la lepas ni.

aku baru tau minggu ke 28 kena ambil jab kancing gigi. for first pregnancy kena ambil 2 kali on 28 weeks pregnancy dan next pregnancy akan diberi sekali aja jab kancing gigi. injection ni bertujuan untuk mengelakkan mommy dari sebarang infection or complication again alatan yang digunakan semasa delivery nanti. next jab sebulan dari first jab. tapi effect dia tangan lenguh 2 3 hari.

even penat tapi paling happy, kepala baby dah turun ke bawah. hope dia tak gerak gerak lagi. lepas ni dah start check up 2 minggu sekali.










Plaza GM Klang

last sunday went to Plaza GM Klang. tempat dia dekat area taman botani, dekat dengan jusco bukit tinggi.

komen aku, barang-barang kat sini murah. harga memang berbaloi. nak- nak kalau beli banyak. terasa gak lah penjimatan hebat. range barang pun banyak sangat. dia ala-ala macam dekat jalan tar tapi beza nya ade dalam kawasan kedai yang ber- air cond. agak selesa nak bershopping walaupun umat manusia ramai sangat.

sebab murah sangat, aku grab jubah/ maxi dress sampai 4 sebab nya dekat sana beli banyak lagi senang dapat murah. material yang dia guna chiffon lembut, yang dekat luar harga RM200++ tapi aku manage to get around 130-150 je. rasa sangat berbaloi. baju-baju jurung cotton pun murah, range harga start dari RM79. (ni cotton yang tebal tau)

ada banyak lagi barang-barang lain, tapi bagi aku paling berbaloi barang baby dan baju raya. memang murah.

parking pun agak besar dan luas, cuma kawasan parking takde bumbung. klang dah la panas. memang terus sakit kepala lepas keluar dari plaza GM ni.



Tuesday, August 16, 2011

rezeki anak ada dimana mana

setiap anak ada rezekinya. tak kisah lah macam mana keadaan nya, insyaALLAH ada rezekinya.

masa aku disahkan pregy, ada jugak lah yang say something bad about my pregnancy. tapi kami tak amek pusing sebab i believe with rezeki anak. memang ekonomi kami belum stabil, tapi bila disahkan pregnant, aku rasa inilah rezeki yang terbaik kami.

sebulan lepas tau aku pregy, aku berhenti kerja. sebab nya dapat bos yang super duper menyakitkan hati. sebelum apa-apa hal baik aku blah. huhu..lama jugak aku mengaggor, lebih kurang 2 bulan. masa ni sengkek gak

risau jugak sebab sekarang dah sumber dah jadi satu. harapkan gaji asri je. dalam takut-takut tu, alhamdulillah kami boleh survive. cukup jugak gaji asri seorang je. cuma tak lah semewah mana. tapi lepas lah makan pakai semua.

bila da masuk 6 bulan, aku still tak dapat kerja so aku terus redha. mana ada company nak ambik pregnant lady kan. tapi tak disangka, ada jugak orang nak hire aku lagi. now dapatlah nak saving untuk baby.

pasal barang baby lak, kak ngah aku nak sponsor semua persiapan. aku cuma beli sikit-sikit je. kan rezeki nama nya tu.

bagi aku, apa yang berlaku ada hikmah nya. memang orang sekeliling akan condemn selagi boleh. ada je yang tak kena. yang penting suami isteri bersatu teguh, tepislah kata-kata orang tu. mulut orang kan..memang ada je yang tak kena selalu.


Monday, August 15, 2011

mengidam

asal teringin nak makan something je mesti orang akan relate dengan mengidam. expecially time preggy. macam macam la tekak nak makan.

sebenarnya sampai sekarang aku confuse mengidam tu macam mana. orang kata kalau mengidam, memang nak sampai dapat. selalu benda yang pelik pelik yang tak pernah dengar tu lah nak makan.

tapi bagi aku kalau yang nak pelik pelik tu macam mengada lah pulak kot. nak makan telur ikan terubuk yang beranak sulung ke kan. xpun, nak makan makanan mahal yang confirm tak mampu tapi dok merengek jugak nak makan. tu memang confirm mengade, bukan mengidam.

so far, alhamdullilah aku takde pulak mengidam pelik. cuma teringin nak makan macam macam makanan. itupun aku rasa sebab aku lapar. being a pregy woman, memang selalu lapar. bila dah lapar, tu yang dok memikir nak makan macam macam. cuma kadang kadang ada jugaklah yang teringin sangat sangat sampai berhari hari dok terliur lagi. tapi tak de lah kalau xdapat aku nak merajuk sakan.

tapi zaman sekarang ni, ada lagi ke eh orang mengidam makan pelik-pelik, aku rasa macam pelik je kalau ada. :)






Monday, August 8, 2011

bazar ramadhan

yesterday was my first time went to bazar ramadhan. as usual, memang ramai orang. we went to setiawangsa because this is nearest bazar with my office. oh, this couple of week i have to work on weekend because the PATI registration is on.

there is nothing interesting with the bazar. everywhere selling the same thing like laok, kueh, ayam golek..etc..but what make me surprise is the crowd. ramai jugak yang malay came to bazar dressing like going to disco. sleeveless and hot pants..bukan nak berlagak alim, but at least can you respect ramadhan. i know thats ur right and tak kacau hidup orang.

im so speechless bila tengok. one more thing about the price. kuih tepung pelita 4=rm2. roti john=rm3.50.mihun sup daging=rm5..terkejot maakkkkkk....

ok lah..later kalau ade masa nak pergi bazar lain lah pulak..

Friday, August 5, 2011

sensitive feeling

aku xtau la nak cakap this is because of hormone or aku yang mengada.

kisahnya, lately since pregie aku cepat sangat jadi ratu air mata. stok yang nangis tiba-tiba macam sayu je sangat. expecially dengan asri. kesian my hubby selalu dia kepeningan tanya apa salah dia. aku pun tak geti nak explain macam mana.

even asri cakap biasa biasa pun kadang-kadang tetap rasa macam sentaaaaaaaaaaaap sangat. kalau dia tercakap kasar lagi lah terus berlinangan air mata dunia.

scene 1.

aku:b, rasa macam nak makan nasi kerabu la.
asri: nanti b cari. b sebok ni.

aku teruusssssssss sentap. sebab nya aku terasa asri macam xnak layan aku. tah la. kadang-kadang asri yang menangis takde lagu sebab penin melayan karenah wife yang mood tak menentu.

is it because of hormone or aku yang mengade eh...

Puasa masa mengandung

Alhamdullilah, hari ke-5 puasa aku still dapat bertahan. masih larat untuk berpuasa.

tapi hari pertama agak mencabar. pukul 3 dah terasa lemah. pukul 7 time dah nak berbuka nak bukak mulut pun dah tak larat. baby pun tak bergerak. malam pukul 11 bila aku makan 2nd round baru rasa baby gerak. letih agak nya anak ummi ni.

masuk hari ke-2 sampai ke hari ke-5 ni aku rasa dah semakin okie. baby pun sometimes ade rasa gerak cuma tak banyak. malam dah nak tidur baru rasa macam kena ketuk ketuk perut ni dari dalam.

alhamdullilah, selama ni aku takut gigil tak boleh bangun tapi bila puasa okie pulak aku rasa.

cuma sahur sangat penting. asri hari hari akan pastikan aku akan makan nasi, milo+oat, vitamin, calcium dan buah. nasi makan sikit pun tak pe tapi mesti kena makan.

as for today aku stil dapat puasa. harap nya dapat lah aku habis kan puasa bulan ni. tak sanggup mak nak mengganti nanti. baby, tolong bagi kerjasama ehh nak..love u..

Minyak Wak Dakam

Entry ni boleh cakap kredit kepada senah, kawan baek aku.

Bila masuk je 5 bulan +++, tumit aku makin lama makin sakit bila berdiri lama ataupun banyak jalan. belakang pulak rasa macam nak tecabut je pinggang and backbone area. memang kadang-kadang sampai aku rasa give up sangat bila hari-hari nak kena menahan sakit. ooh, tu belum lagi effect kaki cramp. sakit 2 3 ari yoooo..

so bila aku mengadu kat senah, dia pun suggest minyak ni. maybe ade yang tau,ade yang tak. tapi aku memang tak tau. dia suggest guna minyak wak dakam. kaki pun tak kan bengkak katanye. harga baru rm10 je sebotol.

minyak ni yang bagus, bau dia x busuk maybe sebab dia minyak serai kot. rasa berangin yang manje-manja je gitu. lepas dah sapu-sapu, tak lama lepas tu bau tu pun hilang. kan best..kalau tak mau bilik aku bau bilik tukang urut gamaknya..

alhamdullillah, sekarang semua sakit-sakit tu berkurang. tumit aku pun dah tak bisa-bisa. maybe it works on me. tapi aku sangat mencadangkan minyak ni. :0

Friday, July 29, 2011

love at first sight

siapa percaya pada love at the first sight??..aku sangat totally tak percaya. sebab aku sangat susah nak percaya pada lelaki.

bagi aku, cinta yang sejati kena kenal dulu lelaki tu. kena tau dulu macam mana hati budi dia. kang da suka cintan cintun, rupanya laki orang. tak pun kaki pukul. tak pun penagih. ada macam-macam kemungkinan akan berlaku. maybe aku jenis yang playsafe. bukan playsafe la, tapi aku sayang diri aku. aku tak nak diri aku fall ke orang yang salah.

so jalan terbaek untuk bercinta adalah kenal dulu baru boleh decide sesuai ke tak.

tapi ni opinion aku aje. setiap orang ade pendapat masing-masing. even asri percaya pada love at the first sight ni. sebab dia jatuh cinta masa pertama kali tengok aku. (macam hindustan pulak)

bak kata asri, first time tengok aku dia dah dapat rasa aku lah yang akan jadi isteri dia. pergh..kembang semangkok aku masa dengar. padahal masa tu umur baru 21 tahun. muda-muda lagi dah fikir pasal kahwin. gatai naaa.....tapi ni dia cerita masa kitorang dah kahwin. *blush*

alhamdullilah, jodoh aku memang dengan asri maka akulah jodoh asri tu. tapi bagi aku ni semua adalah jodoh. bila ALLAH dah tentukan, itulah jodoh kita. ada yang bercinta bertahun tapi kahwin dengan orang lain ada yang kenal sebulan kahwin bahagia sampai akhir hayat. ini semua adalah jodoh.

en tikus

sebenarnya kami menghadapi masalah yang kronik sangat sekarang ni. rumah kami dikuasai tikus. punya lah dia berani, bila nampak je kitorang dia boleh main cak-cak..

tikus ni selalu bermain-main di kawasan dapur. bermaharajalela dia kat sana. pantang ada makanan habis dia bawak lari. plastik-plastik abes kena gigit. kadang-kadang tengok roti tiba-tiba je berlubang. tepung dalam plastik pun kena tebuk. senang cerita selagi dia boleh tebuk, dia tebuk.

plaing hero, bila kita di dapur dia main cak-cak. kadang-kadang siap main lompat ke arah kita. berani tak berani lah si en tikus ni.

tolong lahh...macam mana nak get rid mereka sekeluarga ni. rasanya dah macam negara tikus pulak dapur rumah aku ni..

klinik kesihatan ibu mengandung

untuk pemeriksaan bulanan aku buat di kilinik kesihatan saja. jimat duit. huhu. tapi macam biasalah kan, servis murah kita tak bolehlah nak expect yang terbaik.

memula masa nak register dulu, kena pergi klinik kesihatan yang terdekat. korang tak boleh nak main redah je pergi mana-mana klinik kesihatan ikut suka hati korang. tapi kadang-kadang ada jugak kes rumah sebelah klinik kesihatan tapi kena pergi yang lain sebab yang dekat tu tak cover kawasan rumah kita. ini terjadi selalu kepada yang tinggal diatas border. i.e rumah kita kawasan KL, rumah jirang selangor.

once dah tau klinik kesihatan yang boleh, masa pertama kali register seboleh-boleh nya pergi lah dengan suami. siap kena bawak sijil nikah, ic dan bil letrik. bil letrik ni nak kompom kan betul ke korang termasuk dalam kawasan mereka. kalau x masuk, korang boleh balek dan pergi ke klinik lain. hahaha..nanti ada lah interview sikit nak tau detail pasal korang.

yang bagus nya klinik kesihatan ni, dia sangat detail. everytime kena timbang, amek darah dan cek air kencing. darah cair sikit pun dia dah bising macam hape je. berat terlebey sekilo pun kecoh. mgtt@ cek gula dalam darah akan dibuat 2 kali dan depends kalau naek banyak sangat memang laju lah kene buat mgtt tu. nanti aku cite pasal mgtt. (seksa sangat)

compare cek di klinik swasta, setakat lebey 2 3 kilo dorang rileks je lagi. ujian mgtt pun tak la seketat macam dia klinik kesihatan.

tapi, yang kurang best pasal klinik kesihatan adalah ubat dan scan baby.( abaikan peel2 nurse dan doktor yang majoritinya adalah bermulut macam teeettt..lumrah staff government yang memang kurang sikit bab manners ni. tapi ada jugak yang baek).

macam klinik kesihatan yang aku pergi ni, nurse dia ada yang baek ada jugak yang kerek. as expected earlier so aku macam tak kisah sangat la pasal staff2 ni. tapi dari segi lain macam ubat, adalah sangat dinasihatkan untuk membeli supplement sendiri. apa yang aku dapat, hanyalah acid folic, vit c, vit B & ubat HB. ubat HB yang dia bagi, to me adalah ubat yang paling jimat kos. ubat ni memang menyebabkan sembelit. bayang kan bila pregi memang dah sembelit, tambah ubat penambah sembelit. derita dia korang pk lah sendiri. kalau nak elak sembelit, kena beli ubat sendiri.

untuk scan pulak, hanya 3 kali sahaja scan akan dijalankan. so kalau agak-agak rindu tak sabar nak tengok baby, scan je kah di klinik biasa. normal charges selalunya rm40 je. pengalaman scan di KK ni tak lah seindah mana. disebabkan monthly checkup aku diklinik kecik, jadi masa nak scan aku kene pergi ke pusat kesihatan. even datang pukul 8 pagi, still kena tunggu sebab ramai. tunggu lama bolah tahan lagi (adatlah kan), masa tengah menunggu akan bercampur dengan para pesakit lain dalam ruang yang sempit.

tunggu dalam 1jam++, masuk jumpa doktor scan cuma 5minit. dengan muka doktor yang manja masam kelat, dia just tunjuk kaki, tulang belakang, tangan, kepala dan berat. sebarang soalan lain doktor tu buat bodoh saje yee kawan-kawan. aku ni dari excited terus rasa frust nak campak-campak je doktor tu. oh, doktor tersebut juga tidak print gambar baby. tiada explanation pasal baby. maka, kepenatan menunggu adalah sangat tidak berbaloi.

apa yang aku boleh conclude kan, better korang jangan depends di klinik kesihatan sahaja. banyak kan membaca untuk dapatkan more info.

Thursday, July 28, 2011

5 bulan

tiba-tiba rasa macam sekejap sangat masa berlalu. tak sangka, sekarang sudah 24weeks. tapi orang cakap 2nd trimester ni macam honeymoon time sebab nya masa ni agak relax compare masa 1st & 3rd trimester.

tapi stil dalam bahagia ada derita. bila perut semakin membesar, badan semakin tak tertampung. luckily belum bengkak kaki lagi. cuma sakit tumit dan belakang yang tak hingat.

oh, orang kata kaki cramp adalah perkara biasa. tapi so far aku baru terkena sekali je. tu pun masa balek dari tengok chelsea ari tu. melompat asri bila dengar aku menjerit subuh-subuh. terkejut okeh tengah syok tidur tiba tiba 2 2 kaki cramp.

bila dah masuk bulan ke-5 ni, minyak panas sangat lah penting. macam aku yang jenis tumit dan tulang belakang cepat sakit ni, malam-malam memang lah asri kena sapu dan urut-urut tempat sakit. kalau tak, memang melarat sakit sampai bangun pagi pun susah.

aku guna minyak wak dakam. sebotol harga dia dalam rm8 macam tu lah. yang penting bau dia tak menyengat dan alhamdullilah cepat lega.

ni lagi 2 3 hari dah nak puasa aku tak tau lah macam nak tempuhi. harap nya dapatlah aku berpuasa penuh. tapi macam tak boleh je sebab on 21st august ade test mgtt pulak. itu dah memang konfem tak puasa. belum lagi kalau tiba-tiba je kelaparan macam mana ehh........

Tuesday, July 26, 2011

im pregnant

it seems da lama sangat blog ni bersawang macam taj bertuan. tapi macam lah ada reader sangat kan. huhu..

sebenarnya, dua minggu lepas balek penang ari tu kami dapat tahu berita gembira yang memang ditunggu-tunggu. im confirmed pregnant 2 month plus. kira masa dekat penang sikecik ni dah ada rupenya. aku je xsedar.

gila rasa bersalah sebab dah la makan macam-macam, lepas tu siap lepak hard rock pulak tu. macam tak sesuai je kan. sorry baby, umi and babah tak tau. apa yang aku perasan, perut aku over buncit but that time fikir sebab makan banyak sangat. even asri notice yang perot kau buncit semacam. dah la tu, jalan sikit rasa penat. mengah semacam je. rupe-rupe nya ada orang kat dalam.

masa memula dapat tau aku pregy, masa tu sangat lah unexpected sebab masa tu aku muntah-muntah yang sangat terok plus kencing tak lawas. seminit skali pegi toilet tapi kencing setitik je!!

3 klinik kami pergi last sekali terus pergi hospital pusrawi. sikit lagi nak kena warded sebab aku dah dehydrate. nasib baik asri tergerak nak suruh doktor check air kencing dulu. then baru lah actually im prengnant so tak jadi masuk hospital sebab doktor kata common sign of pregnant. fuh, lega. tapi masa memula doktor beritahu bout the good news aku n asri macam tak percaya sebab aku tak sangka aku pregnant. 2 bulan lebey pulak tu yooo...

sepanjang first trimester aku mabuk yang agak kronik sebab tak boleh nak makan. yang aku makan sepanjang sebulan adalah buah dan susu. makan benda lain sume keluar balek. lembik terlepek je la sepanjang hari.

inilah penyebab blog ini ala ala macam terbiar. tuan tanah busy melayan diri sendiri.

Friday, March 25, 2011

Penang part 2 = makanan

sebab aku baru balek penang, maka mood penang tu macam ade je lagi. rasa macam seronok je. mana tak seronok. bangon tido siap siap keluar pegi jalan. makan apa yang teringin. balek hotel, bilik dah siap kemas. tak payah fikir pasal kemas rumah, nak masak apa..paling besh..sepangjang 4 hari kami langsung tak fikir pasal kerja..heaven nye hidup kalau boleh selalu buat macam tu…wee..

okeh..penang sebenarnye famous dengan pelbagai makanan. bagi aku, harga makanan dia agak murah kalau nak compare dengan kl. tapi macam kecewa sikit sebab makanan melayu tak semeriah makanan cina.kalau tengok gerai makanan cina dekat gurney drive, gerai dorang lagi ada macam macam pilihan..

dekat penang ada pasembor..pasembor padang kota terbaek.laksa dia macam tak berapa puas hati.

DSC04250harga pasembor yang banyak ni adalah rm9 sahaja

penang ada char kuew tiaw and mee sotong. ni dekat padang kota lama. padang ni macam ramai orang tak berapa betul je..

DSC04239mee sotong rm4

char kuew tiaw rm 3

paling famous dengan nasi kandr. so kalau jalan jalan kat penang nampak nasi melayu makne nya nasi campur. nasi kandar seperti dibawah..orang kata nasi kandar line clear terbaek tapi aku tak makan kari so tak boleh nak bezakan..

DSC04215 

nasi gulai ikan bawal. bawal dia memang fresh.

DSC04262  roti nan yang enak di quensbay.

DSC04173

Kedai ni paling menarik. dia jual bubur kacang campur pulut. dekat tengah bandar georgetown. ramai gak tau yang beli bubur dia. paling menarik, semua bangsa beli kat dia. India, cina, melayu beli bubur kat sini. penjual dia mamak. macam ala ala gerai 1 malaysia la ni.

DSC04245harga semangkok bubur rm1.

Penang

Last week kami lepak Penang. Betol lah orang cakap, bila stress pergi bercuti. kalau suami isteri ada masalah pergi bercuti sesama. tapi jangan lah pergi bercuti setill bawak kerja. pergi bercuti maknanye spending time together. nikmati percutian tu so insyaALLAH terlerai segala kekusutan yang ada.

kami ke penang sempena 1st annivesary. actually fall on 12.3 tapi sebab aku kerja macam buruh kasar maka niat murni terpaksa dipospon.

Cerita pasal Penang, ada banyak tempat menarik kalau nak pergi.  kalau nak rasa lepak tepi pantai, pergilah batu feringgi. ada nite market, club and hotel yang cantik.harga juga agak cnatik disini.

kalau makan pulak, of course la penang paling heaven kot kalau pasal makan. macam macam ada. tapi kalau cina lagi ada banyak pilihan makanan. pergi je dekat Gurney Drive, main attraction penang food ada kat sana. Ada pasembor, laksa and char kuey tiaw. Bagi kami, pasembor kat sini memang terbaek lah!!

Kalau nak makan nasi kandar, Bandar Gerogetown lah tempat dia. paling famous Nasi Kandar Line Clear. apa yang clear aku tak pasti tapi tempat dia tak berapa nak clear.

Paling besh dekat Penang ni, signboard dia sangat boleh dipercayai. Follow je signboard insyaALLAH jumpe la pat nak dituju. Hari pertama dan kedua kami semangat guna google map (maklumlah tak mampu nak beli GPS). Naseb baek Penang ade 3g coverage..dapatlah si BB menabur bakti kat kami yang buta jalan ni. Lama-lama bila da selalu jalan senang je nak ingat jalan kat area Georgetown ni.

Kalau nak berjalan jalan tengok bangunan-bangunan dia, adalah dinasihatkan berjalan kaki. kalau tak memang akan terlepas dan susah nak patah balek sebab jalan dia banyak one way. cuma kena tahan sikit cuaca Penang sangat panas. ada satu tahap aku tak bole bukak mata and mata berair sebab panas sangat.

Nasib baik kawan baek aku Rahman sekarang tengah berkhidmat di Penang. so dialah yang tolong bawak bawak gi jejalan. sebab dia jugaklah kitorang dapat save banyak sebab dia bagi pinjam kereta dia. tak payah dah pening nak fikir sewa kereta. Thanx abang!!

 

DSC04184Ford Cornwalis. masuk kene bayar rm2.

DSC04197

DSC04192

DSC04237hotel yang cantik

time aku pergi Penang setiap hari hujan petang sampai ke malam jadi kami kurang berjalan. hanya lepak Hard Rock Cafe lepas tu malam esok lepak nite market batu feringgi. barang-barang dia sangat comel buat aku rasa nak datang lagi bawak duit banyak-banyak.

bagi aku, Penang adalah sangat seronok.

Thursday, March 10, 2011

Budget kenduri Kahwin

Sekarang ni ramai betul kawan kawan aku dah nak kahwin. aku antara yang paling awal antara kawan-kawan. even banyak rintangan kalau dah jodoh nak awal, sampai jugak kan.

bukan senang tau nak buat kenduri kahwin ni. lainlah kalau fully sponsor. order tunjuk sana sini je. macam aku, aku start kumpol barang sikit-sikit. so budget aku pecahkan kepada beberapa bahagian.

sebab kami kahwin tak berapa ada nak sponsor, so memang wedding kami adalah wedding budget.

image BARANG HANTARAN

kalau nak jimat, beli time sale je. orang bukan tau pun beli time bila. yang penting kita suka. pedulikan apa orang nak kata. bukan dorang kot yang nak pakai. asal mampu beli barang tak mintak duit orang cukup lah kan.  murah atau mahal bergantung kepada kehendak diri.

adjustment budget tu penting. jangan main beli je last-last tak cukup budget. since kitorang dah allocate duit untuk hantaran, so setiap barang ada estimate harga dia. contoh kalau dah beli baju mahal, mungkin boleh kurangkan harga seluar. macam tu lah aku adjust budget kami. tarik mana yang perlu supaya tak terlajak.

DOOR GIFT

untuk wedding aku, aku memang fokus dekat doorgift. aku banyak spend dekat doorgift.

untuk kawan-kawan, aku bagi tikar. tapi sebab nak budget punye pasal, aku beli yang  belum siap decorate. beli sekotak then pasang reben sendiri. nasib baik yusz dan mas ada. dorg lah tolong aku pasang benda2 ni. sebab aku buat decoration sendiri, maka aku dapat kurang kan kos sebanyak 50%.

untuk para tetamu, kalau nak jimat dan senang, bagi buah je. buah kalau beli kotak lagi murah. nak cantik masuk dalam uncang. untuk buah + uncang kos dia dalam 50sen/pc aku rasa.

doorgift orang sebelah, aku beli bakul dekat Ayer Itam. Sebab beli banyak so aku uncle tu pukul rata je bagi RM5. bakol yang sama aku tengok dekat Nilai 3 harga dia rm12+++. asalnya kaler coklat, tapi sebab tema aku pink putih so ayah spray kaler putih.

senang cerita, kalau nak murah tapi nak doorgift yang cantik, memang kena buat sendiri. lagi senang nak budget, kira estimate guess berapa then berapa budget untuk doorgift. baru senang nak choose nak bagi apa untuk doorgift.

 

MAK ANDAM + PHOTOGRAPHER

Since aku kat melaka so cost mak andam tak berapa mahal. 7 package persalinan + 2 kali make up + pelamin + makan beradab = rm 1200++. cuma aku sampai sekarang terkilan servis photographer aku sangat sangat sangat hampeh.

better korang kalau nak pilih photographer, tak dinasihatkan photographer NISA PHOTOGRAFY ataupun yang mak andam suggest. carilah photographer indipendent. pemurah pun pemurah.

KHEMAH/ DEWAN

Khemah ada banyak jenis khemah. range harga start dari 300-1000 pun ada. kalau nak murah, tak ada kipas + khemah biasa. yang standard, cantik and murah khemah arab. yang macam muncung kat atas khemah. selalunye khemah ni ada kipas. harge lebey kurang 300-400.

harga khemah @ dewan lebih kurang aja rasanye lainlah kalau buat dekat dewan 5 bintang. tu rasanya boleh buat downpayment vios.

KENDURI

kenduri paling besar sekali perbelanjaan. samada masak sendiri atau katering lebih kurang je. cuma kalau masak sendiri ada lah lebih untuk berkat.

lembu seekor je dah paling koman pun rm 3k++. ayam sekor RM 12++. selalunye untuk jemputan dalam seribu orang mau 3pikul daging n 100 ekor ayam.

belum masuk lagi bawang, beras, rempah, kayu api apa semua bagai. belanja kenduri lebih rm10 k++. kalau catering boleh cecah rm15k++. so jangan nak komplen kalau duit hantaran mahal. dah nama duit hantaran untuk belanja majlis kahwin. sebenarnya, kalau hantaran 10k sekalipun tak cukup nak cover yang belah perempuan dah spend.

KAD KAHWIN

kad kahwin depends pada korang nak macam mana. ada cost kad kawen 30sen ada jugak yang rm3. aku punye kad kahwin paling murah aku rasa. sekeping 35sen je. buat apa mahal-mahal, bukan orang nak simpan pun. lepas majlis orang buang. melayang dah rm3 kena buang macam tu aje.

 

Plus minus kalau nak buat majlis kahwin, lebih kurang dalam rm30k diperlukan. macam-macam nak kena spend. ada lagi yang aku tak list kan sebab banyak sangat. hehe.

macam aku cakap tadilah, belanja ikut estimation. kena pandai-pandai adjust budget supaya tak ke laut. mahal atau murah ikut macam mana kita corakkan majlis kahwin tu. kalau dah barang A mahal, barang B carilah yang murah.

lupe lak, duit pegang dalam tangan sangat penting sebab selagi majlis tak abes, selagi tu lah ada je duit nak keluar.

banyak perkara unexpected akan berlaku masa menjelang perkahwinan. tabahkan hati je lah nanti.

Wednesday, March 9, 2011

Anak

Diam tak diam hujung minggu ni genap dah SETAHUN aku dah jadi isteri orang. Dalam setahun macam-macam yang aku dan asri dah tempuh. Ada yang suka kami bahagia, ada gak yang mengeji.

Aku bukan nak cerita pasal mariage aku, aku nak cerita pasal anak. Kalau korang perasan kan, asal kahwin je orang akan tanya bila nak ada anak..bila anak sulung lahir je, terus tanya bila nak tambah lagi. bila pregnant anak kedua. ketiga, keempat orang tanya lagi, asek pregnant je. Sigh..susah betul pemikiran orang ni.

Okeh, berbalek pasal anak. aku rasa semua orang nak anak kot. even asri kata dia tak kisah kalu dah ditakdirkan kami tak ada rezeki anak, sebab dia dah ada baby (aku le tu). tapi aku tau, dia pun nak anak jugak. aku lagilah nak sangat sangat sangat sangat.

tapi, kena ingat benda-benda macam ni rezeki. bukan kita punye kuasa kot. ari ni proses terus cakap, ni terus jadi anak. semua tu kuasa ALLAH. Dia satu je yang ada kuasa nak tentukan.

bila baca blog blog orang, tengok orang ada anak, hati perempuan mana yang tak sayu weh. hati siapa yang tak melonjak-lonjak nak ada anak. ramai je kawan-kawan yang kahwin je terus lekat. kak sarah, date kahwin sama dengan aku sekarang dah lepas pantang da pun. 1st annivesary dia sambut dengan anak. COMEL sungguh situasi ni. Tapi kalau aku menangis air mata darah sekalipun, memang belum rezeki kami. Nak buat macam manakan.

Nasib baek, sehingga ke hari ni family aku tak pernah tanya sekali pun pasal baby. itu dah cukup lega untuk aku sebab dorang paham, ITU ADALAH SOALAN SENSITIF.

Kalau ada soalan-soalan berupa menanya benda-benda sebegitu rupa, aku nak je jawap SAYA BUKAN TUHAN NAK DECIDE MENGANDUNG KE X. rasa macam tersayat sayat pilu je bila orang sibuk tanya bila nak ada anak..ishhhhh……..

hari-hari aku doa nak ada baby. asri selalu cakap mungkin ALLAH tahu sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita. Sebab tu kita belom dapat baby lagi. dia marah betul kalau ada orang yang nak mempersoalkan kuasa ALLAH..

korang doakanlah aku dikurniakan anak yang sihat, cergas, bijak dan terbaek la senang cerita. =) . n kalau ada kawan-kawan lain yang dah kahwin tak kisahlah baru atau lama tak payah la tanya BILA NAK ADA ANAK..sedih macam tertusuk sembilu weh soalan ni.

imageaku teringin sangat nak dapt TWINS

Monday, March 7, 2011

Dating

Hari tu, lepas interview dekat Tesco en chinta pon ajak keluar. dah alang-alang dedua cuti, terus je lah keluar. Seronok gak keluar time weekdays ni sebab tak ramai orang.

Memula lepas interview, en chinta ajak setel kan pasal buku ASB sebab nya buku ASB aku dah hilang. Macam telinga gajah aku denga syarahan en chinta pasal pentingnya saving. Sebak pun ada sebab asek cakap benda tu boleh tolong aku masa dia dah tak ada. Ish..tak suke dengar macam tu..(!_!)

Lepas setel pasal buku ASB, kami pergi makan kat LABIB dekat taman melati kot. Sebab dari hari tu lagi aku dah teringin sangat nak makan nasi arab.

labibNi la rupe nya nasi arab tu. Nasi dia banyak sangat. Nasi dia macam nasi beriyani. ayam yang besar tu ada yang jenis rebus dan ada yang panggang. Since nasi dia memang dah berasa, so laok dia tak berapa banyak. Yang ada kari @ dhal lepas tu makan dengan sup. Sup dia rasa macam sup kambing tapi memang sedap sangat sup dia.

kami makan sepinggan share berdua. memule sebab lapar dan tamak haloba masing-masing order set memasing lepas tu tengok nasi yang banyak sepinggan, lagi satu set haruslah ditapau.

aku ada order TEH ARAB. Bagi aku, very very the suck. tak sedap langsung. teh yang dia guna, biasa je. teh uncang lipton tapi dia campur dengan halia + daun pudina. aku tak tau lah nak cakap rasa apa dah.kesudah nye memang aku tak minum.

Lepas makan, sebab perut yang sangat terik sambung pergi tengok wayang. This time turn aku pilih movie so aku choose tengok No String Attached. Seriusly, even aku yang pilih nak tengok movie ni tapi aku rasa macam membazir sangat sebab cerita dia membazir. tahap-tahap beli dvd cetak rompak je. Ish..

imageaku nak rate cerita ni 2bintang pun macam segan je 

Lepas tengok wayang, pergi main badminton pulak. aktiviti keluarkan peluh. fuh..1ari suntuk aktiviti aku pack kulukilir dengan asri. balik rumah rasa exhausted giler tapi still macam energetic. maybe sebab seronok kot.

Sebenarnya, bila dah kahwin dating itu tetap masih penting. Do something fun together macam masa-masa tengah bercinta bagai dulu. Barulah rasa macam refresh kenangan muda mudi masa bercinta kan.

Bagi aku even penat sikit pun tapi rasa happy tu boleh cover semua. Tapi dating lepas kahwin lagi seronok sebab tak payah say good bye at the end of the day. Malam lepas mandi penat baru balek dating still dapat tengok muka encik chinta. kan seronok tuu….

Friday, March 4, 2011

Tesco Interview

Last week I had interview at tesco as Management Trainee (IT). U see the bracket says IT. The same work macam dekat bank dulu.

Mula rasa exited giler Tesco panggil interview sebab aku tak pergi pun dia punye test tapi tup tup dapat panggil interview. Mestilah super seronok kan. tapi turned down sebab kena buat kerja programming macam dulu-dulu. Tolong..im not keen with IT….*sigh*

aku dengan jujur tulus mulus mengaku I would prefer management than IT. Sebab aku memang tak nak buat kerja-kerja seperti dulu. the interviewer pon macam tak berapa favor je dengan aku. asek keluar masuk je.

cuma yang seronok interviewer belanja kopi. kopi gloria jeans. yeay!!

lepas interview kami pergi dating sampai malam sebab asri pon cuti sama. itu yang paling seronok…=)

i-phone vs blackberry

Sekarang dah macam satu trend semua orang nak pakai smartphone. Tapi ada jugak yang pakai smartphone juz nak kelihatan smart je. Ade tu pulak memang fully utilised smart phone tu macam laptop bergerak kecil mudah alih.

Okeh, since ramai yang suka, dah atau berangan nak pakai tapi ramai jugak yang konpius nak pakai yang mana.

image

Bagi aku, blackberry lebeh nampak corporate and i-phone memang sangat sesuai untuk surfing.

image

i-phone ada skrin besar dan terang dan laju untuk bersurfing. Kalau surfing guna i-phone clear dia lain macam sikit compare dengan blackberry. Even gambar dia lagi cantik dari blackberry. Tapi those yang ada fat finger sindrom agak susah nak pakai i-phone.

aku pernah pergi tanya dekat digi, which one yang banyak demand, they said i-phone. BB paling banyak return sebab dia mudah rosak. tapi i-phone ada problem dengan reception tapi tu memang masalah i-phone yang memang design macam tu. pasal-pasal lain bb lagi banyak hal @ cepat rosak @ return compare dengan i-phone.

Yelah, cuba korang bayangkan..jari-jari yang besar tu nak tekan keypad touch skrin yang rapat-rapat. maka akan terjadilah typo yang amat. cuma kalau korang tabah nak taip slow pastikan takde error dan berlatih sehabis baek cara nak touch dengan betul tak jadi masalah untuk korang. aku ada penyakit tak reti bersabar so aku memang tak bole guna i-phone. hihi..

antara reason orang pakai bb sebabnye boleh BBM. halo kak, abang adek. dunia kan makin canggih. even tak pakai BB kita stil bole chatting sebab BBM ni chating je. free chee untuk sapa yang ada BBM. meaning yang ada bb la sbb BBM ni chat apps untuk BB.

Tapi sebenarnya takdelah free mana pon sebab setiap bulan kena gak bayar rm10 untuk BB aps. OKeh, cakap pasal chatitng tadi.banyak je apps yang membolehkan kita berchating free seantero dunia sebab ada banyak chat apps yang boleh menghubungkan kita. YM tru phone pon dah boleh je sekarang ni.

Yang penting pakai smartphone mesti ada line internet. baru bole guna smartphone secara smart. baru rasa kembang hidung bila orang cakap, “eh..pakai smartphone la”. tapi sila jangan berlagak kalau pakai smartphone tapi mengharap line tenet free..

Wednesday, March 2, 2011

IKEA Restaurant

Bulan lepas baru sempat nak makan kat sini. bak kata yusz, IKEA FOODCOURT..Makanan dia agak okie lah. Memang fastfood abes. kalah McD semua.

Stail restorant ni betol-betol western and cut cost abes. nak beli makanan, amek troley & tray, then jalan la tempat ambil makanan tu. Semua menu adalah makanan fastfood yang dia memang dah letak awal-awal kat tempat display tu. Korang just pilih je mana yang berkenan.

restoren

Punya lah nak cut cost, air buat sendiri, kalau nak minum hot drink ambik cup and glass for juice. Selain tu, air yang ada air kotak dan air mineral. murah weh air mineral dia, SPRITZER sebotol RM1. (eleh, air mineral memang murah pon sebenarnya)

As I told u before, makanan sume jenis fastfood. Ready made terus siap tak payah nak tunggu lama-lama. paling femes kegemaran ramai DAIM CAKE dengan MEATBALL. Meatball nak nampak sedap dan menarik dia letaklah fries and sos apa tah.

Range harga dia, even stail dia macam nak cut cost, harga takde lah cut sangat pon. Jangan cepat terpedaya dengan harga yang di display sebab tu harga belum kena tax. So kalau nak tau harga betul, darabkan dengan 6%. Tu baru harga makanan tu.

Aku rasa kedai ni penuh je selalu. Suka benar orang malaysia ni makanan kat sini yek.

 

meatballsmeatball 10 biji = RM8 

ayam

ayam panggang yang sangat kecil comel

Monday, February 21, 2011

Kak Su dan Wedding

 

kaksu Tempat:taman berembang

Tarikh: 13 February

Tema: gold

Cantik sangat kak su naek pelamin. happy semua dapat berkumpol but as ussual tade majlis yang sempurna tapi alhamdullilah semua berjalan dengan lancar. sedikit ralat sebab pengapit bidan terjun pakai baju yang sangat tak formal.

 

 

crystal_crown_hotel_kepong1

Sebab malas nak berulang alik kami tidur disini.

Hotel 4 bintang kot tapi coffee house dapat grade C. Macam pelik je kan. Selalunya grade C untuk kedai or warung tepi jalan yang tak ada air-cond. Ni hotel bintang banyak ada air-cond tapi dapat C. Macam something wrong je. Apa pon, breakfast dia pun biasa-biasa je. Simple and tak sedap mana pun. 

Dengar dengan hati

Cuti tahun baru cina hari tu aku habiskan rehat dekat kampung je. Memang selalunya kitorang gathering time raya cina sebab cuti lama sikit. Lagi pon, aman indah permai je lepak kampung. dapat jumpa mak, ayah, adik beradik aku yang lain. anak-anak buah yang nakal tak hingat. bila dah duduk lama, rasa sayu sebak je nak tinggalkan rumah. Sebab kat rumah mak ayah lah aku rasa sangat free dan damai.

Dipendekkan cerita, tengah dok lepak mak cakap mata dia dah kabur. Actually mak dah cakap bulan lepas, masa kitorang celebrate birthday ayah. tapi masa tu macam diam kan saje. Then bila mak cakap lagi sekali so kami decide bawaklah mak pergi buat spec baru. Alang-alang nak buat untuk mak kitorang pun buat untuk ayah sekali.

Surprisingly, mata ayah dah rabun terok dan mata mak ada katarak. Betapa kami adik beradik selama ni tak tau masalah mak& ayah. Selama ni kalau tanya madang jawab okie je. Dalam okie tu, menderita rupe nya mak&ayah aku rupenya. Memang rasa bersalah tak hingat.

Sebab dah terlambat, mata mak kena pakai special lense dan ayah punye power mata sangatlah tinggi.

Dalam kita tak sedar, setiap tahun umur kita bertambah, mak & ayah kita pun bertambah tua. Kadang-kadang makin sensitif, makin berahsia, makin segala-gala nya. Kadang-kadang kalau dorang demam, bila ditanya jawapan yang keluar mesti cakap okie punye. Kalau terasa hati, duduk diam diam sorang tak nak cakap. apa pon, gunakanlah masa yang ada dengan sempurnanya untuk mak&ayah. jangan nanti menyesal tak sudah.

Tuesday, January 25, 2011

Master

dulu masa kecik-kecik aku selalu berangan nak sambung belajar sampai PHD. Asal oramg tanya je, nak belajar sampai dapat PHD. Masuk U memang impian aku sejak dari tadika lagi. Kecik-kecik lagi aku memang dah kuat berangan. Padahal tak tahu apa butir pun pasal belajar. Yang aku tau, budak pandai masuk U.

Since aku punya cita-cita dan harapan memang nak masuk U, maka dari kecik aku memang set nak masuk U. Aku bukan pandai sangat, tapi memang dari kecik aku dah nekad benda tu. Ayah kata, nak masuk U kena belajar betul-betul. Ceh, padahal stadi sebab nak claim hadiah dari ayah. Tak malu buat cerita tipu. huh..

Okeh, maka, sebab nak sangat masuk U, aku jadi suka stadi. Tapi tu masa diawal tumbesaran aja. Masuk sekolah menengah, sudah mengenal erti dunia, bukan mengenal cinta tau. Dunia sekolah menengah adalah dunia penuh pancaroba sebab banyak main dan keinginan masa kecil semakin dilupakan. Aku dah malas lak nak stadi.

Sampai la nak dekat SPM, baru aku stadi balek tu pon lepas ayah sekolahkan aku kaw-kaw punye. penginsafan pon timbul masa dah nak dekat SPM. tp masa tu sebab dah terlambat jadi result pon ala-ala cukup makan je.

Panjang pulak aku membebel. Sebenarnya, aku nak cerita, ramai jugak kawan-kawan aku yang degree sambung master. Ada yang dah habes, ada yang baru part 1. Ada yang amek full time, ada yang buat part time. tapi pokoknya, mereka gigih lah nak abeskan MASTER mereka. Aku je tak pernaj terfikir nak sambung master. Ceh, padahal tadi cerita childhood dream.

Bukan apa, belum abes degree lagi, aku dah terfikir nak kahwin. Kebetulan, tak sempat nak menganggor aku dah dapat kerja. Bila dah kerja, bercampur dengan macam-macam orang, ramai yang advice sambung master bila dah ada pengalaman. Kalau tak ada pengalaman, macam mana nak write tesis yang bagus. kalau based on buku semata, bukan master namanya. tu sama macam belajar degree, baca buku dan ko buatlah rumusan sendiri. tu sedikit pengalaman bos dan senior2 masa di bank merah dulu.

dengan situasi aku, dalam office aku masa tu, pengalaman lagi berharga dari paper qualification. yes, u must have degree to be an executive, but experience is more needed when you start working.

sekarang ni, aku terpaksa tukar impian aku sekejap. aku nak kumpol pengalaman cukup-cukup, sampai masa aku akan sambung master juga. sapa tak jeles weh tengok member boleh konvo 3 kali.


Monday, January 24, 2011

Manusia Keji

Geram betul aku dengan sorang mamat ni. Pasal manusia yang tak paham bahasa. Dah la dia tka paham bahasa, tapi dia nak sound orang. Keji betul aku rasa mamat tu. Helo bang, setakat pakai t-shirt MU siam lepas tu pakai rantai ingat ko dah bagus ke.

Aku rasa semua orang tahu kot maximum item untuk express lane berapa. Tapi yang tak tahu, selalunya, maximum item untuk express lane hanya 10 SAHAJA. Kalau lebih, ko beli beli stok barang makan banyak-banyak, SILA BERATUR DI KAUNTER LAIN!!

Mamat yang konon dia stailo sangat ni, shopping untuk stok barang makanan dia dengan pregnant wife dia. Pasangan romantis ni berator la depan aku. Bila turn dia, cashier cakap lah dekat dia,

“ni express lane bang, saya tak boleh amek item banyak. tadi saya dah kena marah sebab kasi customer barang banyak bayar kat sini”

yang mamat konon stailo ni menjawab, takde rasa bersalah ni, dia tengking budak counter tu.

“ala, kira jelah 2 resit. bukan susah sangat pon”.

kesian budak tu aku tengok, terkulat-kulat dia kena marah. dah la bukan salah dia. aku yang kat belakang ni rasa berhangin je tengok mamat tu. dah lah barang dia banyak, dalam 20 item tapi tetap maintain kebangangan dengan yakin untuk berator dekat express lane.

masa dia nak blah tu, dia boleh sound cashier lagi,

“lain kali baik-baik sikit”..ada ke patut dia sound cashier tu.

orang lain pon beli barang jugak, orang lain pon nak cepat. tapi still tahu mana nak berator. Ada otak, letak kat mana tah. lain kali, kalau agak-agak dah beli barang penuh sebakol, jangan berator dekat express lane. Ngang!

Friday, January 21, 2011

Hari Nikah

Cerita ni dah basi kot since aku kahwin pun dah nak masuk setahun. Lambat betul baru nak cerita..Hehehe. Waktu aku selamat bergelar isteri adalah moment indah yang aku ingat sampai bila-bila. Masa tu, macam-macam perasaan datang. Perasaan happy, sebak, sedih, semua ada. Tak tergambar rasanya perasaan aku masa tu. Tapi, aku syukur sangat, setelah pelbagai dugaan yang datang, akhirnya aku dan Asri selamat menjadi pasangan suami isteri.

Sebenarnya masa aku masuk masjid, perasaan debaran tu belum datang lagi. Even masa turun kereta, nampak Asri amek air sembahyang pun aku rasa biasa je. Masa kadhi tengah khutbah pun aku rasa biasa lagi. Siap borak dengan pengapit sampai kena sound dengan imam 3kali.

Masa kadhi soal pasal-pasal agama ni aku nervous sikit sebab aku takot tak dapat jawab. Tebal muka beb kalau kantol dengan kadhi. Nasib baik soalan dia senang. Cuma mencabar bila dia suruh aku bertaubat. Penat aku menggelabah, rupenya bertaubat tu maksud dia ISTIGHFAR. Cakap la awal-awal bertaubat tu istighfar.

Lepas turn aku, pengantin lelaki pulak kena tanya dengan kadhi. Asri memang dah prepare kaw-kaw since dia tahu tok sedara aku merangkap kadhi ni akan tanya soalan super duper mencabar. Nazri si pengapit bidan terjun pun menggelabah sama.

nikah

Selepas sedi test mengetest, kadhi cek pulak borang nikah. Dah complete semua, sidang punya bahagian pulak. Sidang ni kira merangkap MC majlis. Dia jugak tukang cek duit hantaran dan mas kahwin bersaksikan wakil sebelah perempuan untuk avoid fraud le tu.

ayah

Gedebak gedebuk majlis kami start dalam pukul 3.30 petang. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri orang pada pukul 3.50 (hampir pukul 4) pada 12.3 2010, hari jumaat. Masa tu, perasaan aku happy dan sedih.

Happy sebab aku dah berkahwin. Semua orang happy kot kalau dapat bersama kekasih hati. Tapi, aku tetap sebak. Nak-nak anyah, kakak aku tak ada masa hari bahagia aku sebab adreena masuk hospital. Sedih sangat sebab dia tak ada masa hari penting aku.

Paling aku sedih, bila sesi penyerahan. Mak ada baca speech, cakap mulai dari saat itu, semua tanggungjawab menjaga aku dah berpindah kepada Asri. Sedih nya toksah cakap lah. Tiba-tiba aku rasa macam mak nak buang aku pulak. Teremo lebih lak time ni. Hehe..Lepas tu, aku pulak buat speech and asri pon ada speech cakap akan jaga aku sebaiknya. Baca speech dan dengar apa yang mak cakap buat aku rasa sebak gila-gila. Memang meleleh-leleh air mata aku sampai teresak-esak..Abis mata bengkak-bengkak lepas nikah. Teks disediakan oleh pihak masjid. Siapa tah yang pandai sangat buat skrip syahdu macam ni.

Time ni, aku tengok semua orang nangis. Syahdu sangat agaknya suasan time ni.

yan

Tapi, alhamdulillah semua berjalan lancar. Kawan-kawan baek aku dari sekolah sampai universiti datang temankan aku untuk hari bahagia aku ni. Senah, Yan and Baba datang dari nikah sampai ke hari sanding. Aku terharu sangat dorang sanggop datang jaoh-jaoh. tapi sedikit ralat dalam kelam kabot aku kurang dapat spend time dengan korang.

kawan

Monday, January 17, 2011

Hijab

Ada orang tanya aku, kenapa aku baru nak pakai tudung after years aku free hair, pakai baju kurang kesopanan dan tatasusila. kenapa tiba-tiba aku nak pakai tudung.

Jawapan aku, sebab aku rasa aku nak pakai. Tak ada sebab lain yang menyebabkan aku nak pakai. Aku tau pakai tudung tu memang wajib, tapi kali ni aku pakai dengan kerelaan aku sendiri.

Asri tak pernah paksa aku suruh pakai tudung. Cuma dia jadi penggalak aku untuk pakai tudung. Dialah peneman dan sponsor utama aku beli tudung. (jangan marah eeh..dah tanggungjawab suami).

sebelum aku pakai tudung, macam-macam benda buruk aku fikir. Nanti panas lah,  baju tak ada yang sesuai, comot, serabai. Macam-macam benda lagilah.  Tapi bila aku mula bertudung, elok pulak aku rasa pakai tudung ni. Tak ada lah panas pun pakai berlitup satu badan ni. (terul betul pemikiran aku dulu). Aku lagi selesa penampilan aku sekarang.

sebenarnya, pakai lah tudung dengan kehendak hati sendiri. Bukan kerana fesyen ataupun sebab ada orang paksa.  Asri marah betul kalau aku pakai tudung berfesyen bagai tapi dalam masa yang sama sebenarnya aurat ku terdedah.

contoh, pakai tdung tapi baby T yang lengan pendek, pakai tudung tapi ada bonggol unta dikepala. Ada tu, pakai tudung tapi nampak leher. ada juga yang pakai tudung tapi menyerupai rahib. Sebenarnya tak salah berfesyen tapi berpada-pada asalkan tujuan utama tak menyimpang.

Aku bukan nak berkhutbah cakap aku baik ke apa, cuma sama-sama kita beringat dan aku mengingatkan diri aku sendiri. Apa tujuan pakai tudung. Sama-sama kita menjaga imej perempuan lain yang bertudung supaya orang tak mengata perempuan yang bertudung. Kerana seorang yang bertudung buat hal, semua perempuan bertudung dilabel tak semenggah.

 

Kencing Tak Lawas

sejak kahwin, aku rasa boleh kata dalam sebulan adalah 2kali aku akan face benda ni. Saket weeh..Rasa ngilu je diujung-ujung nak abes kencing tu.  Kalau nak terkencing lak, macam nak kencing sangat-sangat tapi bila kencing keluar sikit je.

sakit perut

Setiap kali jumpe doktor, mesti they said the same thing. My urine got virus. Kena makan antibiotik okie lah nanti. Reason being sebab baru kahwin. Ada benda baru yang menyebabkan kuman senang masuk ke pundi kencing (korang paham-paham sendiri lah eh macam mana kuman tu masuk). Ada gak doktor cakap sebab vagina kita tak biasa dengan benda yang baru ditemui.

doktor sugest aku minum air barli dan jus cranbery. Bagus untuk melawaskan kencing.  menurut kata dokor lagi, pundi kencing perempuan adalah pendek compare dengan lelaki maka perempuan mudah terdedah kepada kuman.

aku pun tak pasti bila benda ni baik betol. Tapi menurut kata-kata mereka yang berpengalaman, benda ni normal untuk yang baru kahwin.

 

Sale di sana sini

Geram betul aku pergi OU semalam. sana sini dah start sale dah.  Rasa macam baru je abes year end sale. Ni sale lagi. Tapi kalau tengok betul-betul, sale time Chinese New Year and Christmas, sale yang macam betul-betul sale.  Kalau korang perasan, goods for sale yang 50%-70% lebih latest compare dengan sale time lain. Senang cerita, sale time  CNY and christmas adalah terbaik.

Masuk nine west berkenan handbag, masuk Forever 21 berkenan tops. Masuk Cotton On berkenan baju, seluar kasut segala macam aku rasa nak. Tapi semua sekadar cuci mata je sebab sekarang bukan masa untuk shopping. huhu .

miss-the-sale-angry

Sebenarnya, aku cuma nak beritahu, aku sedey sebab tak dapat shopping. Walau banyak yang berkenan..(!_!). 

Sunday, January 16, 2011

Duit Hantaran

Semua orang kecoh pasal duit hantaran tinggi sangat. Ada yang claim, macam nak jual anak. Tapi ada tak yang terpikir or tanya, kenapa duit hantaran sekarang makin tinggi. Yang banyak orang pertikaikan, keluarga perempuan letak duit hantaran tinggi menyebabkan ramai yang prefer kahwin lambat dan buat maksiat. Apa punye singkat lah pemikirang korang kalau cakap macam tu.

Korang tahu x, duit hantaran tu tujuan dia apa. Ini adat dikampung aku, aku tak sure lak tempat korang macam mana. Kalau ikut kampung aku, duit hantaran adalah duit belanja majlis perkahwinan. Dah lelaki yang  nak kahwin dengan perempuan, maka pihak lelaki kena lah sediakan duit persiapan majlis kerana majlis perkahwinan dibuat adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada semua orang supaya boleh mengelakkan fitnah.

Selalunya, duit hantaran hasil daripada sepakat kedua belah pihak. Tambahan pulak sekarang ni, kebanyakkan pasangan dah kenal dulu sebelum kahwin. Jadi, masing-masing dah berpakat  yang sesuai dengan kemampuan pasangan.

duit best

Bagi aku, hantaran setakat RM10k sekarang adalagh standard. Cuba korang kira harga seekor lembu dah berapa. Belum lagi bahan-bahan lain. Mak andam, cameraman, khemah, door gift. Semua tu pakai duit. Kalau ada yang bernasib baik, dapatlah  sponsor dari keluarga atau sahabat handai. tapi yang  menanggung sendiri kos perbelanjaan, semua tu memang sangat- sangat memeningkan. Kalau yang jenis ambil khidmat katering sekalipun, tetap melibatkan kos yang tinggi. Ada yang cecah RM25k untuk katering sahaja.

Bagi aku, tak salah kalau nak letak hantaran tinggi asalkan berpada-pada dan berkemampuan untuk kedua belah pihak.  Yang lelaki pin, agak-agaklah kan nak bagi berapa. Kau bukan kahwin paksa, apa salahnya hari bahagia spend sikit untuk hari istimewa. Bukan hari-hari pon nak kahwin. Yang perempuan pulak, letak lah hantaran yang sesuai dan mampu.

Hantaran tinggi rendah bukan isu bagi aku. yang penting, kesepakatan untuk perbelanjaan tu penting.  Selalunya, walaupun hantaran tu RM10k, tak cukup sebenarnya. Harga barang  sekarang bukan macam dulu yang bawang 10sen boleh dapat sekampit. 

Jangan sedap nak menuding  jari salahkan keluarga belah perempuan letak hantaran tinggi macam nak jual anak. Semua duit hantaran digunakan untuk belanja perkahwinan. Lainlah kalau duit hantaran yang diberi guna beli emas keluarga perempuan, shopping baju, belanja seharian keluarga perempuan lepas tu tiba hari menjelang majlis, minta ditambah duit hantaran kahwin. Itu memang melampaulah. Duit hantaran bukan untuk belanja peribadi.

Kepada lelaki, fikirlah dulu sebelum nak bercakap. Yang perempuan pulak, berpada-padalah nak merancang perbelanjaan kahwin supaya tidak menyusahkan orang.

Friday, January 14, 2011

Kahwin muda

Masa kami decide nak kahwin, ada yang suka ada jugak yang memcemuh. Bukan setakat kawan, saudara mara pun ada yang mengata pelbagai. Rata-rata komen cakap muda lagi. Bagi aku biasa je tapi maybe agak muda untuk zaman sekarang ni kot. Tapi aku tak kisah pun sebab famili dan kawan-kawan rapat semua suka. Yang penting, kami yang nak kahwin.

Macam-macam komen negatif aku dengar. Ada yang cakap tak puas enjoy, ada yang cakap famli tak sempat rasa duit, paling teruk cakap ada yang cakap belum sesuai nak kahwin sekarang. Kau siapa yang menentukan kebahagian orang. Tuhankah?? yang tahu masa depan orang. Kadang-kadang, orang cakap main sebat je tanpa fikirkan batul salahnya. Walaupun umur dah banyak tak bermaksud kau tahu segala nya.

Sebenarnya, bukan senang nak decide untuk berkahwin. Maksud aku, dari segi rintangan dan halangan. Tapi lagi kuat mereka nak menghalang, lagi kuat tekad kami untuk berkahwin. Ini bukan gatal ye, tapi iktikad. Ceeeh..=)

Ada orang cakap, dah kahwin nanti tak boleh nak enjoy-enjoy. Susah nak kelur la, nak lepak jumpa member lah. Senang cerita, zaman kebebasan bujang dah tak ada. Tapi tu mungkin pemikiran orang yang suka fikir negatif je kot. Bagi aku sama je, even much better dari bujang. Lepas kahwin, nak ronggeng sampai pagi pun dah tak ada orang bising. aku still keluar malam lepak sampai pukul 2 3 pagi. Tengok midnite movie. paling besh, nak pegang tangan ke hapa ke dah tak ada orang nak kesah. Nak marah apa nya, tangan yang dipegang tu, tangan suami sendiri. HALAL okeh!! Keluar pulak, lepaklah bawak spouse masing-masing. Its much more fun you know.

Maybe ada orang tak selesa nak lepak bawak spouse. Susah nak borak la, nak gelak la. Bagi aku, lepak bersama itu seronok. Dapat have fun dengan member-member and dapat spend time dengan kekasih hati. nak gelak kuat ke, nak gosip ke. Buat je lah sesama. Nak malu apa, dah suami sendiri kot. Lagipun budaya lepak sesama ni sebenarnya dah lama kami praktikkan. Sejak zaman zaman study dulu. Hehehe…

Nak pergi mana-mana pun, en suami yang hantar dan teman. Kalau ada yang menyibuk nak marah, biarlah. Pedulikan. Ko keluar dengan suami ko. Duit yang keluar pun, duit ko dan suami. Pedulikan apa orang kata sebab orang tak perngah happy tengok orang lain happy.

Apa yang aku nak cakap dekat sini, kahwin muda bukan penghalang segalanya. you still can build your career, still can have fun with mate and do whatever you want as long you know how to handle it.

Thursday, January 13, 2011

Goods and Service Tax

Start  Jan 2011, rakyat Malaysia kena bayar TAX. even untuk utiliti pun akan dikenakan tax. GOODS AND SERVICES. Goods refer kepada barang-barang atau senang cakap shopping beli baju ke, makan, apa yang melibatkan pembelian barangan, akan dikenakan tax. Services pulak macam talian telefon, 6% daripada nilai bil akan dikenakan TAX. perkhidmatan astro pon akan dikena tax. astro pun memang dah charge mahal, tambah lak service tax lagi.

tn_homeshop

Kenaikan harga minyak secara berperingkat, secara tak langsung semua benda naik harga jugak. hujung bulan 12 taon lepas, aku beli kebab dekat pasar malam harga rm2.50. Masuk tahun baru makcik tu jual kebab harga rm3. tu baru kebab, kebanyakkan harga makanan naik secara drastik sebanyak 50 sen!

tu baru utiliti, harga untuk kesihatan pulak melambung tinggi. memang ada hospital percuma tapi banyak yang kena beli sendiri. harga pulak bukan dapat seposen dua. ubat semua cecah puluh puluh je. hospital swasta punye charge pulak lagi lah mencanak canak harga dia. sigh..

untuk golongan golongan yang macam aku ni, yang duit cukup cukup je setiap bulan tak tahulah macam mana nak survive nanti. makan kena tax, beli baju kena tax, lalu jalan raya bayar tol, serba serbi duit…

lepas ni mau kalau nak makan, produce sendiri, tanam sayur bela ayam. nak pakai baju, cari perca perca kain, jahit sendiri.