Showing posts with label let's shoping. Show all posts
Showing posts with label let's shoping. Show all posts

Friday, November 8, 2013

Sogo Warehouse Clearance Sale 7-10 Nov

Haiii..

chintakami

Hari ni mood adalah sangat ceria. Di samping nak balik kampung, semalam telah berjaya memergikan diri ke Sogo Warehouse Sale. Maka mood jadi sangat relax sebab berjaya membeli. Dasar perempuan kan, asal dapat shopping mood terus jadi ok.

okeh, nak cerita pasal sale. Untuk yang ada anak kecik, umur below setahun.. anak kanak2 dan juga yang suka kasut. Semua nya boleh membuat kan anda jadi gila. Baju baby 2 year kebawah harga sangat menarik. RM10 dah boleh dapat sepasang baju. Memang berbaloi pergi. Akan tetapi, kena pandai2 cari sebab nya, banyak jugak yang harga lebih kurang time tak sale. Saje je mereka ni mengelirukan kita.

Contoh nya, baju tidur Anakku, walaupun tulis price range RM7-RM25.. Tetapi baju tidur banyak yang berharga RM22. Dimana, harga tersebut tak yag pergi warehouse pun boleh dapat kat Jusco.

Bagi aku, kalau dah nama nya pergi warehouse sale mesti lah nak harga yang murah dari biasa. So aku target baju below RM20 je boleh amik.. Yang atas RM20 x sale pun boleh dapat. Maka bebaju Hannah yang ku ambil paling mahal RM18. Baru puas hati macam ni.

Ni aku senarai kan list harga yang aku rasa berbaloi;

Pyjamas Peter rabbit : RM10/pair. Akan tetapi sampai saiz nya paling besar 18 bulan kot.

Baju jenama Mickey. Range harga RM8-RM30 kot. Kena pandai cari. Tapi untuk umur bawah 2 tahun banyak sepasang around RM10-15.

Diapers Drypantz Jumbo pack RM31. Seriously memang murah. Tesco & Aeon Big paling murah RM39.90.

Baby Kiko : RM14/pair. Memang berbaloi sangat especially yang ada baby girl. Paling besar saiz XL untuk 3 tahun tapi size XL tinggal sikit je.

Ok ni je review untuk kali ni. Oh lagi satu, kalau nak aman bahagia adalah lebih baik pergi jangan bawak anak. Kang shopping kemana, anak kemana. Orang macam biasa, pack!!

Monday, February 25, 2013

Stylish Cardigan (Cotton)

 

COTTON CARDIGAN ADALAH OUT OF STOCK. SORRY..

 

 

 

IMG_5740

Rafflesia Cotton Cardigan
Price : RM 30 (exc postage)
Colour: cream
Material: thick cotton
Free size

IMG_5742

Rafflesia Cotton Cardigan
Price : RM 30 (exc postage)
Colour: Dull Pink
Material: Thick cotton
Free size

Interested?

Email to zestyzaynor@gmail.com / click FB Zesty Zaynor

Stylish Cardigan & Blazer (Chiffon)

chintakami

Agogo Chiffon Cardigan
Colour: Mint

 

chintakami

Agogo Chiffon Cardigan
Colour: Electric blue

chintakami

Agogo Chiffon Cardigan
Colour: Pinkish Peachchintakami

Kimono Chiffon Blazer (Belt not included)
Colour: Creamy Choco

Price : RM 35 (exclude postage)
Material: Chiffon
Free size

Interested?

Email to zestyzaynor@gmail.com / click FB Zesty Zaynor

Peplum Dress

chintakami

chintakamichintakami

Material peplum : lycra (STRETCHABLE)
Free size, recommended for -S-M-L
Measurement:
Shoulder : 33cm (stretchable!)
Sleeves : 65cm
length : 145cm (Fit for 165cm and below)
Model height : 163cm

Price : RM 55 (exclude postage)

Interested? Email zestyzaynor@gmail.com / FB Zesty Zaynor

Monday, January 17, 2011

Sale di sana sini

Geram betul aku pergi OU semalam. sana sini dah start sale dah.  Rasa macam baru je abes year end sale. Ni sale lagi. Tapi kalau tengok betul-betul, sale time Chinese New Year and Christmas, sale yang macam betul-betul sale.  Kalau korang perasan, goods for sale yang 50%-70% lebih latest compare dengan sale time lain. Senang cerita, sale time  CNY and christmas adalah terbaik.

Masuk nine west berkenan handbag, masuk Forever 21 berkenan tops. Masuk Cotton On berkenan baju, seluar kasut segala macam aku rasa nak. Tapi semua sekadar cuci mata je sebab sekarang bukan masa untuk shopping. huhu .

miss-the-sale-angry

Sebenarnya, aku cuma nak beritahu, aku sedey sebab tak dapat shopping. Walau banyak yang berkenan..(!_!). 

Wednesday, April 28, 2010

Misi berjimat cermat

Dah menjadi rutin, setiap hujung bulan mesti kena berbelanja barang dapur. Dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, makanya setiap perbelanjaan harus diteliti. Setiap sen yang dibelanjakan mesti berbaloi.

Since aku berkahwin dengan budak finance (bukan budak finance je yang buat macam ni, ramai sebenarnya), setiap barang yang dibeli akan dikira dengan teliti. En suami akan kira harga yang mana lagi untung dibeli.

Mungkin akan ada yang berkata kami kedekut, tapi tak salah rasanya berjimat. Banyak lagi benda lain yang perlukan duit. So bijak2 lah berbelanja.

Walaupun satu barang beza hanya 20sen, tapi cuba kira kalau 10 barang. Perbezaan ketara dapat kita lihat disitu.

Contoh pengiraan;

1 paket kecil 500g susu tepung berharga rm19.35

1 paket besar 1kg susu tepung berharga rm38.95

=jelas, beli 2 paket kecil lagi untung dari beli 1 paket besar walaupun kuantiti sama tapi nilai berbeza.

Tips menjadi pengguna bijak;

Rajin membuat perbandingan harga antara pasaraya.

Bila nak beli barang, compare kan beberapa saiz produk yang berlainan supaya dapat dikenal pasti beli yang besat untung ataupun yang kecil untung.

Bandingkan seperti pengiraan susu tepung diatas.

Kira harga barang yang berdasaarkan kuantiti yang kecil. Contohnya; harga barang/kuantiti = nilai barang untuk satu kuantiti kecil. paham?macam ni. harga sabun=1kg rm12. Bahagikan rm12 dengan 1000g. Jawapan itulah harga sebenar barang dan itulah harga untuk perbandingan.

NOTE:Kadang2 produk berjenama pasaraya ni sedap juga. harga murah kualiti pun okie. Tapi ada juga yang hampeh.

Sunday, January 24, 2010

Hytex garment sale kembali

ni ada berita gembira for those yang gilakan baju mickey, korang bolehlah datang membeli-belah sampai lebam dekat kilang dia..harga baju start dari rm5-rm25..average price dia rm10..size from kids until adult, men and women..design memang cantik and still up-to-date lagi..for me, this is one of warehouse sale which is most worth it..i like..baik kamu semua pergi sebelum terlambat..nanti lambat-lambat takut dah tak ada yang berkenan.

16 Jan - 07 Feb: Hytex Warehouse Sale

hytex whs 16 jan - 07 feb

Hytex Warehouse Sale

Kawasan Perindustrian Taman Ehsan,Kepong, Kuala Lumpur
16 Jan - 07 Feb 2010
Time : 10.00am - 6.00pm

Saturday, January 23, 2010

barang kemas

Disember last year, heboh harga emas naik melonjak..Ada sekali pernah cecah sampai 150g/g..Bayangkan, rantai yang halus macam benang boleh cecah seribu..At that time, kami dah rasa menyesal kenapalah tak beli awal2..kenapalah time2 camni harga emas nak naik..

Banyak kedai aku survey, dari poh kong sampai kedai ah hong harga semua memang mahal..tapi yang berganda mahal dia kedai kawasan bandar dan agak ternama..Mostly design mereka agak sama..so tak kisahlah kalau nak beli kat mana2 kedai cuma those yang pentingkan ‘proud’ semasa membeli mesti macam malu nak sebut “aku beli rantai aku kat kedai ah hong je”..atlist mestilah kena cakap “aku beli kat Poh Kong”..even dah tau design lebeh kurang sama tetap kena pergi ke kedai yang ada nama..Disebabkan perkahwinan aku, perkahwinan budget maka kami selagi boleh berusaha mencari kedai yang harga murah..Kat sini aku nak bagitahu, harga emas memang sama tapi yang membezakan dia harga upah emas..kebanyakan kedai popular di area bandar aku pergi harga dia agak mahal..Contoh macam kedai emas melly, depan pertama dan kedai dalam pertama..2 kedai ni harga die agak mahal..Kedai Emas Melly, untuk rantai seberat 7gram harga dia RM1400..Aku dah berkenan, asri pun dah on nak beli tapi aku terpaksa menahan hati untuk beli sebab bagi aku harga dia tak berbaloi..Kedai emas dalam pertama, (aku lupa nama dia), rantai nipis berat aku rasa..Tu belum masuk harga loket..Kalau pergi Poh Kong pulak, sama je..Design simple tapi harga boleh cecah rm2000..Nak2 rantai yang ada design pintal2.lagi la mahal..Masa aku beli emas harga emas RM145/g..Memang mahal aku rasa tapi salah aku jugak sebab tak beli time harga emas rendah..Tapi harga emas mana jatuh, setakat jatuh slightly den dia akan naik balik..

Aku give up cari kat KL, aku balik kampung cari kat melaka..Aku pergi kedai emas yang cokia je..dekat Telok Mas..kalau pergi kedai dia, sikit je barang dia display dia..kebetulan famli aku suka datang kedai ni sebab harga upah dia agak murah and ofcoz tokei dia boleh lebeh kurang..Yang paling best, dia boleh buatkan design macam mana yang dikehendaki..Since boleh tempah ikut design aku, so aku pun mintaklah rantai yang aku memang berkenan kat kedai melly tu..Paling surprise, harga dia murah sangat dari kedai melly..siap loket tak cecah pun harga rantai sahaja..Baru aku rasa berbaloi membeli..

Kalu korang nak beli barang kemas, ada dua jenis batu permata putih..Diamond pure, harga dia memang mahal..Untuk harga RM300, korang hanya dapat diamond saiz nokhtah..Memang kecik..tapi kalau nak batu besar dan murah, belilah zirkon..Batu zirkin ni, bukan diamond yang keluar dari lombong tu tapi diamond buatan manusia..dengan harga RM300, korang boleh dapat batu yang agak besar..Dari segi kualiti, memang ada beza tapi bagi aku sama je shine dia..Tapi untuk cincin ataupun loket, selalunya goldsmith tak ikat dengan emas 916, sebab emas jenis ni agak lembik..Nanti batu mudah tertanggal..So goldsmith selalu guna emas 750 sebab struktur dia yang lebih kuat..Batu tak mudah jatuh..

Semua information ni aku dapat masa nak beli emas..Setiap kedai emas yang aku pergi, memang aku tanya banyak sebab nak tahu kualiti emas..Nasihat aku, those yang nak beli emas tapi dalam keadaan budget macam aku, do survey and compare the price first..jangan ingat harga emas sama so semua kedai harga sama..Harga berbeza mengikut upah..Keadaan geografi kedai jugak memainkan peranan harga..Tak salah beli kat kedai yang cokia tapi harga berbaloi..

Thursday, August 20, 2009

it juz started

sempena nak raya ni...aku baru jalan kan perniagaan...but juz small trading je..jual baju rejek berjenama..but only for kids..tp, ni bukan untuk raya sahaja..insyaALLAH, kalau mendapat sambutan, aku teruskan je bende ni...gamba2 baju akan di upload minggu depan..