Showing posts with label pengalamanku. Show all posts
Showing posts with label pengalamanku. Show all posts

Friday, November 12, 2010

kawan kawan belajar

pagi tadi, masa nak bersiap pergi kerja aku borak-borak dengan zarina pasal zaman-zaman uitm dulu. buat aku rindu terkenang-kenang zaman-zaman dulu. ikut-ikutkan, zaman diploma is the best ever after. bagi aku, degree life sangat suck. aku tak nak ingat pon zaman-zaman masa degree. cuma, aku punye prestasi pelajaran semakin baek (tapi tak 4flat pon). hehe..

walaubagaimanapon, walaupon kawan-kawan degree aku macam teeeeeeeeeetttttttt, tapi buat aku kenal jenis-jenis kawan. dulu mana aku pernah percaya istilah kawan ketawa senang cari, kawan menangis takde. aku tak percaya ni semua sebab kawan-kawan aku dari sekolah sampai lah ke diploma, semua kawan stok susah senang bersama.

kawan-kawan sekolah menengah, geng-geng sekolah uda aku, nisa, senah, lyn, baiya, along dan lain-lain, kami masih berhubung. kalau sedih or susah, anytime cari je lah dorang tak kisah lah tengah malam ke, bila-bila ke..mereka sentiasa ready je. nak mintak tolong, anytime ready.

time aku susah, sedeh, nak mintak tolong apa-apa, kawan-kawan aku ni tak pernah pon tolak. kalau nak pergi berjumba, masing-masing hidup saja..(*-*)..walau tak jumpe bertahun-tahun, kalau ada terkecil  hati, tapi tak pernah sekali pon nak putuskan tali persahabatan, jaoh disudut hati, kawan-kawan tetap disayangi. ni lah sahabat sejati. walau apa jadi sekalipon, persahabatan tak kan putus.

sama juga kawan-kawan masa diploma. kalau takde duit ni, sanggop aku dan yusz share duit yang ada untuk share beli makanan. kalau ada duit, jom jumba sesama. asignment pon boleh tolong buatkan even tak sama fakulti. banyak sangat kenangan-kenangan pahit dan manis kami kongsi sesama. boleh kata, kawan-kawan diploma aku, yusz, casper, kak su, noha…kami semua mengharungi hidup susah senang pahit manis sesama. yelah, time study diploma ni bonding dia lain sikit sebab masa ni da start zaman kite berdikari. jaoh dari family, hidup bersama rakan-rakan. pagi petang siang malam, kawan-kawan sekelilinglah yang ada. dorang jugak lah orang pertama tau kalau kita saket atau apa-apa berlaku. dorang lah yang akan bagi bantuan pertama.

mereka semua ni (kawan-kawan sekolah uda dan diploma) yang mengajar aku, erti sahabat. yang menutup mata aku pasal kawan-kawan. buat aku berpikir kawan-kawan sangat penting. kalau dah nama nya kawan, makne nya kita akan kekal bersahabat. sahabat semasa susah dan senang. aku tak pernah percaya pasal kawan makan kawan, kawan untuk ketawa sahaja sebab semua kawan-kawan aku macam ni.

tapi, aku salah rupe nya. bila aku masuk degree, haaaa..baru aku terbukak mata. baru aku sedar sebenarnya ada macam-macam jenis kawan. ada kawan yang akan berkawan dengan kita time senang saja, ada kawan yang kawan sebab nak ambil kesempatan.

sepanjang degree, dalam ramai-ramai hanya beberapa orang sahaja yang ihklas berkawan. geng-geng aku masa part 6 degree. mereka je lah yang layak digelar kawan kot.

ada kawan yang suka bawak cerita, tapi depan aku macam dia tak bersalah. siap menangis-nangis cakap dia tak pernah sebarkan cerita apa-apa. takpelah, aku tak kisah. sebab cerita tu memang keluar dari mulut dia tapi depan aku pandai pusing cakap.

ada juga kawan yang bila susah memang dia akan cari aku. bila nak buat asignment, bila tak ada duit, bila bergadoh dengan bofren, tapi bila aku susah, mana tah pergi kawan aku ni. ada yang buat projek group sesama, tapi aku tengah buat, dia keluar jumpa bofren la, saket kepala lah. bila nak present, nak hantar baru kelam kabot buat muka kesian. ada yang groupmate amek content asignment aku kemudian bagi ke boyfren dia.

paling aku sedih, masa nak masuk rumah baru untuk sem 6. kawan aku yang konon nya kawan baek aku masa tu, sikit pon tak nak ajak aku masuk rumah dia padahal dia tahu aku tak ada rumah. wal hal, before ni aku lah tempat dia mengadu, bilik aku lah tempat dia lepak. ni lah dia, nama nya kawan ketawa senang cari, time senang, boleh je nak enjoy sesama. tapi bila aku susah, kawan tinggal nama je. aku bukan berdendam, tapi cuma lepas ni aku kena berhati-hati.

masa ni lah aku sedar, macam-macam peel kawan rupa nya. tapi, aku bersyukur, masa part6, aku kenal kawan-kawan yang benar-benar kawan semula. mimi, mel, kaydie, wahid, yang, amy..terasa menyesal sangat kenapa lah lambat sangat aku kenal mereka.

tapi, terima kasih juga kepada kawan-kawan degree ku..kamu mengajar aku erti sahabat.(“,).

kawan

dan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat aku. aku sayang korang.

Sunday, June 13, 2010

Untuk Isteri Kaki Bola

Bila World Cup start je ramai yang kecoh. Semua orang kecoh cerita pasal bola. Tokei sibuk dok keluarkan produk pasal bola. Iklan semua cerita pasal WC, pasal bola. Yang perempuan pulak akan cakap husband@partner masing2 dah ignore kan dia. TV dah kena book awal2. Kalau ada game, kena lah bagi laluan. Makan hati jugaklah nak tengok drama tak dapatkan. Malam2 tengah syok tidur tiba2 je tidur sorang2. Ni semua penangan WC.

Tapi bagi isteri@GF peminat bola tegar, tak ada bola pon sama je. Konsep dia, asal ada game je memang tengok bola adalah agenda utama.

Sejak dari zaman bercinta, bertunang sampai dah kahwin ni pun kami dok layan bola bila ada game sebab Asri memang peminat bola tegar. Cuma masa sebelum kahwin, jarang dapat tengok sesama sebab masa yang terhad. Tapi setiap kali kalau tengah keluar ada game, maka tema malam itu ialah menonton bola (game bole yang seosonal macam epl, barclay or apa2 cup ang club main mostly tayang malam waktu Malaysia). Dah kahwin ni, memang setiap kali ada bola, setiap kali tu lah aku ngan Asri dok lepak mamak (rumah aku tak ada Astro, Asri pulak memang bila dia keluar nak aku teman maka aku pon terjebak sama tengok bola).

Bagi aku, kalau dah dapat kekasih yang kaki bola, layankan je lah. Kalau busan sangat, buat lah apa yang patut. Macam aku, masa teman Asri, aku layan la cik tenet. Kalau tak ada WiFi, tengok je lah bola tu skali. Busan memang la busan jugak, tapi dah dia insist ajak teman, teman je lah.

Bagus jugak dia layan bola, dari dok nak layan perempuan je, mau lagi makan hati. Nama pon perkongsian hidup kan, maka kongsi je lah hobi dia kalau tu mendatangkan kebahagian.

Macam aku, sebab Asri selalu cerita pasal player bola lah, cerita bola,  game tu lah, game ni lah so aku agak aware pasal bola ni.Secara tak langsung, aku dapat info. Aku pon tau jugaklah pasal bola. Kenallah player2 dunia. Tau lah apa yang berlaku.

Bukan jadi hipokrit, cuma kita berkongsi apa yang dia minat. Takdelah dia rasa takde tempat nak berkongsi hobi. Lagipon Asri pon sanggup melayan aku dengan hobi aku. Tak salah lah kalau aku pulak layankan hobi dia kan.

Bila ada bola, mesti ramai isteri yang makan hati kan. Yelah, dah lah tak dapat tengok drama, en suami pulak sibuk dengan bola tak endahkan benda lain. memang la hati rasa tersirap je kan. Sebab tu aku cakap tadi, share jelah minat dengan dia. Secara tak langsung, kita terima dengan hati tenang. Kalau susah sangat, surf or buat lah apa yang patut. Lepas tu, deal elok2. Bila kamu nak tengok TV, bila time dia boleh tengok bola.

Untuk para suami@kaki bola, agak2 lah bai tengok bola.

 

image

pakai la macam ni masa teman en suami tengok bola. Mesti die tengok bola kejap je nanti..haha..

Wednesday, April 28, 2010

Klinik kita

Rutin biasa apabila mula bekerja, medical check-up. Agak leceh, segala macam mahu di cek. Mujur company aku jenis en kede. Makanya, medical check-up tema nya asal boleh je lah. Sebasic mungkin rawatan yang diterima, bak kata orang tua asal cukup syarat saja.

Ketepikan soal jenis medical check-up, tapi aku agak kecewa dengan layanan yang kami terima. Aku pergi dengan teman sepejebat, Kak Gee. Dari mula berdaftar, ujian air kencing, isi borang, x-ray, hanya berjumpa doktor je aku terima layanan.

Muka staff payah benar nak tunjukkan kan kemanisan, apatah lagi ramah menegur sapa. Kerek betul muka ibarat aku ni pekerja kelas bawahan mereka yang di klinik sangat mulia. Kalau aku pekerja kelas bawahan sekalipun, tak salah rasanya kalau meramahkan mulut, memaniskan muka dengan senyuman. Bukan menunjuk ego kepada pelanggan.

note:Aku rasa kalau tengah sakit, mau bertambah sakit melihat telatah angkuh staff di klinik ni. kalau sesiapa yang nak merasa layanan dingin dari pihak klinik, jemputlah datang ke klinik ini.

Monday, April 5, 2010

Hummer

 

02032010179

02032010178

 

Antara kereta paling kuat minyak dekat US. Dekat malaysia ni aku jarang nampak orang pakai kereta ni.

Yang aku tahu, Yusry pakai Hummer..Fafau pulak mengidam nak pakai hummer.

Friday, April 2, 2010

nisa photografi

bila tengok majlis kahwen kami ramai yang cakap make-up cantik..baju cantik..suasana meriah..tapi bila tengok gambar kahwin rasa macam baek tak payah hire photog pro..suruh je lah adek aku amek gambar..lepas tu edit je la dalam photoshop..
aku bukan tak menghargai idea kreatif pihak terlibat tapi aku tak puas hati dengan apa yang aku dapat..janji unlimited photoshoot tapi dia buat 3 roll dengan gambar pose zaman kakak aku kahwin 12 tahun lepas..dijanji nya gambar yang tak print masuk dalam cd..tapi yang aku dapat, gambar-gambar yang da di edit tanpa kerelaan..gambar muka suami yang pipi macam lepas eksiden pon ada..gambar kat album tak puas hati then gambar yang sama ada dalam cd..baek tak payah bagi cd tu pon takpe.
aku lagi suka gambar-gambar yang adek n abang aku tangkap.aku nasihatkan, yang duduk kat melaka tengok betol2 hasil kerja nisa photografi ni.bagi aku, memang aku tak puas hati..korang tengok lah gambar2 ni dan nilai lah sendiri..

Thursday, April 1, 2010

hidup baru

aku dah kahwin sekarang..aku kerja baru..life aku semua baru..even rambut pon baru..aku baru potong rambut..dah lama aku tak potong rambut pendek macam ni..sori, aku belum ada masa nak cerita pasal wedding..sangat banyak perkara yang berlaku..sekarang ni aku tengah cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang..
rutin aku agak berubah sedikit sekarang ni..cuma life aku agak terisi..rasa lebih bermakna..even baru 2 minggu hidup bersama suami, tidur sebilik, sekatil, tapi aku faham yang selama ni orang cakap kenal suami even die pakai sari pon..aku macam tahu kenapa..
seronok bila bangun pagi, ada orang kat sebelah..sebelum tidur, ada orang dodoikan..bila sejuk tengah malam ada orang boleh panaskan..bila aku tak boleh tidur, en suami akan teman aku bercerita sampai aku ngantuk.tapi aku susah nak merajuk lama..kang tak pasal2 dapat dosa kering..contoh kalau merajok konon taknak pandang dia, bila aku palingkan badan tak menghadap suami makanya sudah berdosa aku kalau suami tak redha dengan perbuatan aku.jadi tak bolehlah nak palingkan muka@badan..walaupun merajuk, hadap je lah muka suami tu..
semua kerja rumah dibuat bersama..biarlah kalau ada orang nak mengata isteri pemalas kalau suami kita tolong buat kerja rumah..mungkin akan ada yang mengata kita queen control, pemalas, buli suami kalau suami tolong kita buat kerja rumah..suami tolong ambilkan barang dikata isteri kaki buli..mulut orang akan mengata semua yang kita buat..yang penting, suami nak tolong.
sekarang bukan macam dulu isteri duduk rumah je..isteri sekarang bekerja..jadi kerja rumah pon kena dibuat bersama juga..kalau isteri duduk rumah pun, yang ada anak ramai, tak salah suami ringankan tulang tolong isteri..
isteri tugas die melayan suami sahaja..bukan orang gaji dirumah yang nak kena layan karenah semua orang..

Friday, February 5, 2010

kemalangan di Jalan Esfahan

hari ni aku balek lambat..bukan balek lambat sebab kerja tapi sebab kena tunggu kesayanganku habis kerja sebab dia habis kerja lambat..sebenarnya bukan dia yang habis lambat tapi aku yang habis awal..setipa hari jumaat bank memang balek awal, 4.45..asri pulak hari jumaat la dia balek lambat..pukul 6 baru nak keluar office..so kena lah aku tunggu dia..

hampir setengah jam aku kena tunggu dia kat bawah..nak tunggu kat office cam busan lak sebab unit aku semua dah balek..plus kesejukan dalam office buat aku tak tahan nak stay lama2..

dalam tengah menunggu asri, tiba2 kecoh dekat trafic lite betul2 bawah jejantas..ramai orang berkerumun tengah jalan..dan aku dengar ada suara orang mengerang sakit..yaa..seorang makcik tengah mengerang kesakitan sebab kaki dia patah dilanggar motor dari arah jalan raja laut yang ketika  itu sedang asyik dalam kelajuan.

dalam 1ominit selepasa kejadian baru makcik tu diangkat oleh orang ramai untuk dibawa ketepi jalan..ambulan pun dah dihubungi..dalam 20min baru ambulan dari HKL datang.

sementara nak tunggu amblan sampai, aku dok lah borak2 dengan kak peah dan abang bedul yang ada kat tempat kejadian..memang salah makcik tu totally sebab dia melintas tak naek jejantas yang tak sampai 1meter je jarak dia dari tempat dia melintas..waktu melintas pulak, bukan dia nak tengok lampu merah ke hijau…merah pun dia redah jugak..dah lah kenderaan dari arah jalan raja laut memang jenis memecut semacam je..nak-nak motor.memang la lahi tekan minyak nampak lampu hijau..

makcik tu siap terlambung lepas kena langgar..mula kaki dia tersangkot dekat tayar motor yang langgar dia kemudian terpelanting pulak..kepala berdarah kemudian kaki kanan dia terkepak dah..tulang kat lutut pulak nampak dah terkeluar..kesian kat abang motor tu..even bukan salah dia, tapi muka dia memang cuak gak lah..ni lah 1stime aku tengok pengalaman depan mata aku..ingatkan nak amek gambar masa makcik tu tengah mengerang tapi tak sampai hati pulak..

sepanjang tunggu ambulan sampai makcik tu memang asek mengerang aduh sakit nak..ya ALLAH kaki aku sakit..tapi dalam ngerang2, beg tangan taknak lepas even orang sekeliling  nak tolong dia..kuat gila dia pegang dalam sakit2 tu..

3829263628_8665388285_o tempat kejadian

 

p/s pengajaran korang tolonglah kalau nak melintas tu tengok2 sikit..kang tak pasal2 free je kaki patah..

Thursday, January 28, 2010

pesona ilham yang tidak mempesonakan

sekarang ni macam trend pulak tempah kad kahwin dekat bandung..murah memang murah, dengan harga rm1.50 (ni harga yang paling murah) dah boleh dapat  kad kahwin yang bergambar+berwarna yang cantik..kad yang sama, kalau dekat sini harga boleh cecah rm5..bagi aku, kad kahwin mahal2 pun, orang buang jugak..memang ada yang simpan, tapi berapa ramai..selalunya habis majlis, dah kemana-mana je kad canggih-manggih kita tu..

since budget kami yang kecik, aku taknak spend mahal2 untuk kad kahwin..kad kahwin kami harga dia 40sen/pc..tapi kena order 1000pc baru dapat harga macam ni untuk kad aku..kalau harga biasa, tempah kurang dari 1000, sekeping dalam 70sen..aku fikir, kalau aku tempah dalam 500 pc pun aku kena bayar untuk harga 1000pc baik aku tempah untuk 1000pc terus..lagipun kedai ni pun dah merata kedai aku cari baru dapat harga yang match dengan selera aku..sebelum ni kebanyakan yang aku jumpa, harga 50sen pun tak ada warna..kosong macam tu je..nak2 kedai dalam pertama..mahal dan design bagi aku kurang menarik..

kedai2 printing yang aku jumpa dekat pameran pengantin pun tak boleh bagi harga murah sengat sebenarnya..janganlah korang tertipu rasa pameran pengantin tu memang murah..

tapi kadang-kadang murah, kita tak boleh expect service yang sempurna dari kedai tersebut..macam kes aku, memang aku punya kad kahwin harga murah, tapi aku tak sangka layanan yang dia beri pun tahap murahan.

situasi #1

seminggu selepas aku hantar design, aku hantar design berserta map dalam bentuk image so kerja mereka sudah sedikit senang…jadi aku assume yang lagi senang dan cepat mereka design kad aku..just masukkan maklumat aku kedalam template yang ada ..masa aku datang kedai untuk tengok design, selamba je dia cakap tak siap.the best part dia salahkan aku sebab hantar design lambat..bila cek emel, baru sedar salah mereka..hangin je aku tapi masih boleh bertahan.

situasi #2

kali kedua aku pergi tengok design, 100% design yang dia buat aku tukar sebab aku tak berkenan..nasib baik dia sanggup nak layan aku untuk tukar semua design..masa nak verify design, printer rosak..so, aku tak boleh nak sign..tapi since design tu kami yang design so aku memang dah okie la..but she promise to send me an email..so I  assume we are agreed for that design and they can proceed my order.the process will take 2 weeks working day.

situasi #3

aku tunggu tunggu punya tunggu punya tunggu, satu email pun tak ada..aku pergi lagi sekali kedai pesona ilham untuk dapatkan kepastian..takut mereka print design pertama yang aku memang tak berkenan langsung..kali ni pun ada masalah, aku kena datang lagi keesokan hari sebab mereka tak dapat cari file aku..aku sangat tak faham sistem pengurusan apa yang mereka guna..agaknya prinsip mereka biar pelanggan sakit hati agaknya.

situasi #4

lagi 2 hari due date untuk kad aku siap, aku call untuk dapatkan pengesahan dan ambil tahu pasal progress kad aku..sangat kecewa bila mereka kata tak siap lagi sedangkan kad sepatutnya siap lagi 2 hari..tapi macam biasa, mereka kata bukan salah mereka.

situasi #5

hari ni, 28/1 sepatutnya kad aku siap..dari petang aku call tapi tak ada seorang pun yang angkat telefon..pukul 4.30 baru ada orang jawab dan tanpa rasa bersalah suruh aku ambil kad hari ahad..padahal sepatutnya aku ambil kad aku hari ini pukul 5 petang..bila aku tanya kenapa tak telefon bagitahu tentang kelewatan, selamba saja dia jawab memang customer yang akan telefon..mereka tak akan telefon..masalah sekarang ni, siapa yang mungkir janji lah kena bagitahu tentang kesalahan mereka..bertambah keliru aku memikirkan konsep hidup mereka..bukan setakat prinsip bisnes tah hapa2, konsep hidup sebagai manusia pun tak dapat nak dipraktikan..even dah macam ni, still nak salahkan aku..sangat keliru aku dengan cara mereka berurusan dengan pelanggan..buat kesekian kalinya aku dipersalahkan..aku bole terima kalau dia lambat siap sebab aku aku  faham keadaan syarikat tu..dapat staff yang tak efficient tapi telefonlah bagitahu, bukan menyalahkan customer.

dengan pengalaman aku ni, aku tak nak lah kalau ada yang terkena pengalaman macam aku..staff mereka sangat kurang skill menguruskan perniagaan dan skill berhadapan dengan pelanggan.

Saturday, January 23, 2010

Bermain futsal di hujung minggu

Aku dah lama minat nak main futsal..so bile CSD organised futsal tournament memang aku tak lepaskan peluang nak joint..even akku tau skill aku memang takde skill langsung..lagipun, lately memang aku n asri penuhkan weekend kami dengan bersukan..nak practic healthy life sekarang ni..futhermore dah busan nak pergi dating kat shopping complex..outdoor macam berkayak pon kami dah cuba..so sekarang nak try sport pulak..so last week aku main futsal untuk department aku and macam biasa kesayanganku menjadi penyokong setia aku..nasib baik dia ada, so dialah yang dok instruct aku bagitau rite position so senang nak block lawan..

sikit punya excited aku nak main futsal, pukul 8 aku dah sampai PJ..so aku budget before 8.30 mesti sempat register di SAMBA futsal..tak kuduga, kami sesat di taman bahagia selama 2jam..memang tragis sebab sebenarnya SAMBA futsal 15minit je dari LRT taman bahagia..yang kami pusing lebih dari 10kali..adeh..

Kami sampai game dah nak habes, tapi nasib baik department aku dapat masuk final.so dapat jugaklah aku beraksi..department aku dapat tempat ke4 dari 8..kira okie lah sebab kami tak practice langsung compare dengan team lawan yang memang ada wakil group and mereka dah biasa main..no wonder masing-masing laju and pasing bola kaki ke kaki..

DSC08843warna baju memang terbaik..confirm tak kan salah team members.

untitled2 aksi dari abang zakir

DSC08857at least..

Wednesday, January 20, 2010

hari malu

Bad day betul aku hari ni..tah macam aku boleh salah book bilik meeting..dengan muka yakin yang confident, aku cakap kat bos aku da book bilik..kebetulan, ada orang guna bilik meeting..so bos aku siap cakap dia da book bilik tu..sekali bila tengok balik, orang tu tak salah..aku yang salah..memang aku dah book, tapi aku book minggu depan..aku pon tak faham kenapa aku boleh salah letak date..malu sangat dekat bos aku..kawan yang memang tengah tension apalagi, memang menyirap lah bila aku buat salah..aiseh, sorilah bos..i didnt do it purposely..dalam meeting, kerja aku kene redo and bos nak hari ni juga…aduh..mana sempat..nasib baik rakan-rakan lain tolong back-up cakap kat bos tak sempat satu hari..

nasib baik ada Rajes, ofis aku bertindak pantas pergi book bilik meeting kat sebelah..nasib baik free..so dapatlah teruskan meeting even mood bos dah semacam..tq so much lah Rajes sebab selamatkan keadaan..Kadang-kadang aku rasa bersyukur sangat, even aku tak suka dengan apa yang aku buat, tapi kawan-kawan ofis aku ramai yang sanggup back-up aku and tak putus-putus bagi kata semangat untuk aku teruskan kerja ni..sebab mereka lah aku masih kuat bertahan dan cuba perlahan-lahan belajar benda yang aku palin tak suka dulu, programing..Kalau dapat kerja tak best, environment pun macam haram, memang aku tak boleh tahan kot..

as a new comer, memang aku agak clumsy, menggelabah and blur selalu..nasib baiklah abang2 n kakak2 kat ofis aku semua stok yang boleh nak mengajar..even mereka bz ya amat tapi still boleh lagi nak menolong..dalam memulakan perhubungan, mulut kena ramah tamah lah dok menegur orang..atlis bagilah senyuman kalau malas sangat nak menegur..kalau ada apa yang tak tahu, tanya2lah kepada yang tahu..senang nak buat kerja..

moral of the story, check betul-betul masa buat kerja barulah tak kena marah dengan bos..tapi pengalaman 1st time kena marah dengan bos buat aku rasa malu sampai tak nak jumpa bos lagi…tapi hikmah nya, lepas ni jangan cuai2 lagi..nak2 dapat bos yang serius dan kejadian berlaku time dia stress..memang berdouble malang macam tu..huahuahuahuahua..

Sunday, January 17, 2010

satu perjalanan yang jaoh

da sebulan aku tak dapat nak update blog kesayangan aku ni..sejak kerja baru ni, susah betul aku nak akses internet..nak harapkan interent opis, huh…mana ada internet..cc je la harapan aku untuk surf..tapi tak bole selalu jugak sebab balik umah da penat..balek pk nak rest je dulu..tak cam keje dulu, balek uma senang hati..sometimes aku rindu sangat waktu dulu..even aku tensen dengan environment, tapi aku agak relax..yg peting, aku dapat menghabiskan masa dengan parent aku..aku rindu sangat time2 aku kat umah..buruk macam mana pon, aku suka duduk umah tu dengan parent aku..bila jauh2 ni, sayu sangat bile aku terkenang parent aku kat kampung..kalau ada pilihan, memang aku nak duduk kampung..tapi kat kampung takde pulak kerja yang sesuai..tapi aku kena berjaohan pulak dengan kesayanganku..adeh..penin pale aku..aku nak dekat dengan kesayanganku, kawan2 and famli aku..aku perlukan mereka semua..

aku suke kerja baru aku..tapi aku bukan suka dengan apa yang aku buat..aku suka dengan environment dia..(even tak boleh nak akses internet)..kawan2 kat sini semua baek2..dah lah aku paling muda kat dalam opis ni..so far mereka agak peramah and rajen nak tolong aku ajar2 apa yang patut.

aku jugak ada geng 1 malaysia (asri bagi nama)..sebab aku ada 2 orang kawan yang duduk area workspace aku..diaorang pon budak baru jugak..so kami bertiga macam satu geng sebab duduk dekat, jaoh dengan orang…borak pon sama2 kita..makan pon kadang2 bersama..the best part dalam geng ni lengkap ada melayu, cina n india..but the worst is im the only girl..

4232423995_58f3f4ef73_o

sekarang ni aku dalam proses nak menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru..kalo tak sesuai jugak, kene cari keja baru lah nampak nya..aku suke kerja aku sebab ada kawan2 n environment yang selesa..tapi aku tak suke dengan apa yang aku buat sebab system is not forte..argh……………

Thursday, November 26, 2009

My last day


Today is my last day as  schoolnet facilitator..after diz, I'll start my new position as management info system exec..I dont have any idea on what is my task exactly..different organization have different job scope..I feel a little bit nervous because I'm not into system but I dun noe why I alwaz get job with system related..maybe dat's called takdir..it is the one for me cuma aku je yang tak nampak..hopefuly I'll have more luck at my new place..

After few months, there’s not much I learned here..juz a little bit about technical work..anyhow dat is not my interest so aku tak bape amek pot..but the most important things, aku mengenal peel insan2 yang nama dia cikgu, pembimbing murid2, contoh kepada masyarakat tapi mempunyai hati yang kurang suci..aku tak paham kenapa seorang guru boleh merasa dengki cemburu kepada benda2 yang remeh..berkata menggunakan nafsu bukan akal walhal sepatutnya sebagai pendidik, berhati mulia itulah tunjang utama..jangan salahkan murid kalau peperiksaan merudum, kalau murid kurang aja..disiplin tah ke mana kalau guru yang patut menjadi contoh tapi penuh dengan perasaan iri..

Antara kerja2 aku yang terakhir taip sijil berhenti sekolah..actually i juz help that teacher..orang dah mintak tolong leklok kan, tak sampai hati pulak nak tolak..even aku terkial2 guna typewriter (tapi ni typewriter electronic so kalau salah boleh undo)..aku gigihkan diri menaip even banyak kali aku undo n taip2...tengah asyik aku menaip, tiba2 datang guru2 yang berhati mulia menyindir2 aku sebab tolong cikgu tersebut buat sijil..terasa bersalah pulak aku tolong orang...tu aku tak cerita lagi yang cikgu2 datang merungut sebab gaji aku sama dengan dia tapi kerja aku hanya duduk di pusat akses tak macam cikgu2 ni semua yang berhempas pulas buat pelbagai kerja..saya minta maaf cikgu sebab kerja saya tak sesusah cikgu..besar salah aku sebab kerja yang rilek ini menjadi buah mulot cikgu2 kat sekolah ni..tapi yang paling pelik bila kalau aku buat kerja pun tetap ada suara2 merdu mengata atau cuba masuk tangan kerja aku..ringan tulang cikgu2 ni..walaupun banyak kerja, sanggup nak komen itu ini terhadap kerja aku..

apa2 pon, aku bersyukur dapat kerja ni...kerja ni lah yang menyara aku dengan famili aku selama 4 bulan..doakan aku berbahagia di kerja baru..CIMB, here i come..

*Credit to hadree photography