Showing posts with label sakit otak. Show all posts
Showing posts with label sakit otak. Show all posts

Friday, November 12, 2010

kawan kawan belajar

pagi tadi, masa nak bersiap pergi kerja aku borak-borak dengan zarina pasal zaman-zaman uitm dulu. buat aku rindu terkenang-kenang zaman-zaman dulu. ikut-ikutkan, zaman diploma is the best ever after. bagi aku, degree life sangat suck. aku tak nak ingat pon zaman-zaman masa degree. cuma, aku punye prestasi pelajaran semakin baek (tapi tak 4flat pon). hehe..

walaubagaimanapon, walaupon kawan-kawan degree aku macam teeeeeeeeeetttttttt, tapi buat aku kenal jenis-jenis kawan. dulu mana aku pernah percaya istilah kawan ketawa senang cari, kawan menangis takde. aku tak percaya ni semua sebab kawan-kawan aku dari sekolah sampai lah ke diploma, semua kawan stok susah senang bersama.

kawan-kawan sekolah menengah, geng-geng sekolah uda aku, nisa, senah, lyn, baiya, along dan lain-lain, kami masih berhubung. kalau sedih or susah, anytime cari je lah dorang tak kisah lah tengah malam ke, bila-bila ke..mereka sentiasa ready je. nak mintak tolong, anytime ready.

time aku susah, sedeh, nak mintak tolong apa-apa, kawan-kawan aku ni tak pernah pon tolak. kalau nak pergi berjumba, masing-masing hidup saja..(*-*)..walau tak jumpe bertahun-tahun, kalau ada terkecil  hati, tapi tak pernah sekali pon nak putuskan tali persahabatan, jaoh disudut hati, kawan-kawan tetap disayangi. ni lah sahabat sejati. walau apa jadi sekalipon, persahabatan tak kan putus.

sama juga kawan-kawan masa diploma. kalau takde duit ni, sanggop aku dan yusz share duit yang ada untuk share beli makanan. kalau ada duit, jom jumba sesama. asignment pon boleh tolong buatkan even tak sama fakulti. banyak sangat kenangan-kenangan pahit dan manis kami kongsi sesama. boleh kata, kawan-kawan diploma aku, yusz, casper, kak su, noha…kami semua mengharungi hidup susah senang pahit manis sesama. yelah, time study diploma ni bonding dia lain sikit sebab masa ni da start zaman kite berdikari. jaoh dari family, hidup bersama rakan-rakan. pagi petang siang malam, kawan-kawan sekelilinglah yang ada. dorang jugak lah orang pertama tau kalau kita saket atau apa-apa berlaku. dorang lah yang akan bagi bantuan pertama.

mereka semua ni (kawan-kawan sekolah uda dan diploma) yang mengajar aku, erti sahabat. yang menutup mata aku pasal kawan-kawan. buat aku berpikir kawan-kawan sangat penting. kalau dah nama nya kawan, makne nya kita akan kekal bersahabat. sahabat semasa susah dan senang. aku tak pernah percaya pasal kawan makan kawan, kawan untuk ketawa sahaja sebab semua kawan-kawan aku macam ni.

tapi, aku salah rupe nya. bila aku masuk degree, haaaa..baru aku terbukak mata. baru aku sedar sebenarnya ada macam-macam jenis kawan. ada kawan yang akan berkawan dengan kita time senang saja, ada kawan yang kawan sebab nak ambil kesempatan.

sepanjang degree, dalam ramai-ramai hanya beberapa orang sahaja yang ihklas berkawan. geng-geng aku masa part 6 degree. mereka je lah yang layak digelar kawan kot.

ada kawan yang suka bawak cerita, tapi depan aku macam dia tak bersalah. siap menangis-nangis cakap dia tak pernah sebarkan cerita apa-apa. takpelah, aku tak kisah. sebab cerita tu memang keluar dari mulut dia tapi depan aku pandai pusing cakap.

ada juga kawan yang bila susah memang dia akan cari aku. bila nak buat asignment, bila tak ada duit, bila bergadoh dengan bofren, tapi bila aku susah, mana tah pergi kawan aku ni. ada yang buat projek group sesama, tapi aku tengah buat, dia keluar jumpa bofren la, saket kepala lah. bila nak present, nak hantar baru kelam kabot buat muka kesian. ada yang groupmate amek content asignment aku kemudian bagi ke boyfren dia.

paling aku sedih, masa nak masuk rumah baru untuk sem 6. kawan aku yang konon nya kawan baek aku masa tu, sikit pon tak nak ajak aku masuk rumah dia padahal dia tahu aku tak ada rumah. wal hal, before ni aku lah tempat dia mengadu, bilik aku lah tempat dia lepak. ni lah dia, nama nya kawan ketawa senang cari, time senang, boleh je nak enjoy sesama. tapi bila aku susah, kawan tinggal nama je. aku bukan berdendam, tapi cuma lepas ni aku kena berhati-hati.

masa ni lah aku sedar, macam-macam peel kawan rupa nya. tapi, aku bersyukur, masa part6, aku kenal kawan-kawan yang benar-benar kawan semula. mimi, mel, kaydie, wahid, yang, amy..terasa menyesal sangat kenapa lah lambat sangat aku kenal mereka.

tapi, terima kasih juga kepada kawan-kawan degree ku..kamu mengajar aku erti sahabat.(“,).

kawan

dan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat aku. aku sayang korang.

Friday, April 2, 2010

nisa photografi

bila tengok majlis kahwen kami ramai yang cakap make-up cantik..baju cantik..suasana meriah..tapi bila tengok gambar kahwin rasa macam baek tak payah hire photog pro..suruh je lah adek aku amek gambar..lepas tu edit je la dalam photoshop..
aku bukan tak menghargai idea kreatif pihak terlibat tapi aku tak puas hati dengan apa yang aku dapat..janji unlimited photoshoot tapi dia buat 3 roll dengan gambar pose zaman kakak aku kahwin 12 tahun lepas..dijanji nya gambar yang tak print masuk dalam cd..tapi yang aku dapat, gambar-gambar yang da di edit tanpa kerelaan..gambar muka suami yang pipi macam lepas eksiden pon ada..gambar kat album tak puas hati then gambar yang sama ada dalam cd..baek tak payah bagi cd tu pon takpe.
aku lagi suka gambar-gambar yang adek n abang aku tangkap.aku nasihatkan, yang duduk kat melaka tengok betol2 hasil kerja nisa photografi ni.bagi aku, memang aku tak puas hati..korang tengok lah gambar2 ni dan nilai lah sendiri..

Sunday, February 7, 2010

tak faham aku perempuan yang kuat sangat ni

maybe entry ni agak emosi..aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku sekarang ni..maybe sedikit terusik sebab ada orang masih mengejar kasih seorang lelaki..dimana lelaki tu adalah tunang aku..tapi aku tak marah tunang aku sebab dia dah beritahu everything dekat aku..aku tau dia tak selindung apa2..dan aku percaya tunang aku (walaupun aku percaya dia tak sampai 50% sebab aku taknak jatuh terduduk bila something happen)

tadi dia tujuk twitter dia punya follower..benda ni lah yang membuatkan aku rasa terkedu..one of the follower adalah perempuan yang suka kat dia..yang suka dekat dia dari zaman dia degree 1st sem..sekarang ni asri dah kerja..satu tempoh yang agak lama dari zaman belajar sehingga kerja..aku tak kisah dia nak minat asri or what so ever tapi yang aku kisah tolonglah berhenti mengekori asri..kau nak minat, minat diam2 lah..jangan kacau bakal suami orang..

masa baru-baru kewujudan perempuan ini, kami agak kerap bergadoh kerana dia..ya..aku memang sangat cemburu..pernah kami tengah dating, tiba2 ada mesej masuk di hp asri berbunyi,

“hi asri..u free tak..i nak ajak u teman i shopping”

mesej ini sangat menimbulkan keraguan sebab bagi aku, bila dah rapat je berani nak ajak teman shopping..waktu tu assuming aku, asri sebenarnya agak rapat dengan perempuan ini..sebab dia tak pernah beritahu aku pasal kewujudan perempuan ini..tiba2 aja hantar mesej ajak teman shopping..sebab aku tak tahu mestilah aku hangin..kes ini agak kecoh sampai family masuk tangan sebab waktu tu aku rasa sangat tertipu..aku rasa tertipu sebab dia tak pernah beritahu kisah perempuan ni (sebab tu aku tak berapa percaya tunang aku.bukan sebab dia curang tapi bila dia ada rahsiakan sesuatu yang besar macam ni so i cant control myself).sebab terlampau marah aku sampai terfikir nak putus tunang sebab aku rasa tertipu sangat.kakak aku called that woman to explained about us sebab that woman still kacau tunang aku tapi selamba tanpa rasa bersalah dia kata hak dia nak kawan dengan tunang aku..

even kakak aku dah called dia, dia still contact dengan tunang aku.tapi kali bukan melalui hp..dia guna ym pulak..pantang asri on ym mesti akan buzz..bila dilayan macam2 la ayat nak mengayat..waktu ni lah dia luahkan perasaan.even that time dia dah ada boyfriend tapi still suka dekat asri..kuat betul cinta dia terhadap asri..banyak kali dia cuba untuk merapatkan diri dengan asri..macam2 dia cuba lakukan untuk mengharapkan asri balas cinta dia..dalam kelas selalu perhatikan asri tapi dia marah asri sebab asri tak pernah tegur dia, bukan setakat tegur tapi pandang dia pun asri tak..sampai ada satu tahap, masa faculty function dia sanggup duduk semeja dengan asri semata-mata nak asri tegur dia..kecewa asri tak tegur dia, asri ignore dia macam dia tak ada kat situ..keliru aku kenapa dia mengharapkan asri nak tegur dia..siap dia nak kecik hati pulak tu..yang paling lawak, sepanjang 2tahun dia selalu perhatikan asri dia tak pernah nampak asri dating dengan aku, dia tak pernah nampak asri dengan tagi..padahal asri sentiasa berkepit dengan tagi waktu nak pergi kelas..sampai ada yang cakap asri dan tagi gay sebab selalu berkepit tapi perempuan ni tak pernah nampak tagi dengan asri..

aku ingat cerita dia menghubungi tunang aku akan berlalu bagaikan angin sebab asri tak layan dia..dah lama dia tak buzz asri since asri declare tak kan terima dia..dia pun menyepi lama dah..hampir setahun dia tak kacau kami lagi..tapi baru2 ni dia muncul lagi..jadi follower dalam twitter pulak..tapi kali ni aku daah kewl sebab aku tahu apa yang berlaku..cuma aku masih tertanya2 kenapa dia still nak mengetahui pasal asri…kenapa dia nak berkawan dengan asri..setakat berkawan aku boleh terima tapi kalau dah nak menghantar mesej, ajak keluar its too much bebeh..lagi satu kalau betul ikhlas nak berkawan, kawan lah dengan aku sekali.pesanan aku untuk perempuan ini, tolonglah jangan kacau tunang aku lagi..

kepada perempuan yang pernah hadapi apa yang aku pernah lalu ni, semuanya okie asalkan pasangan anda tidak layan orang ketiga tapi kite still kena berjati-hati sebab orang macam ini akan berusaha dan menggunakan pelbagai cara untuk mancapai matlamat..macam pak imam nampak perempuan seksi, still akan terliur jugak walaupun iman tebal didada..yang penting berhati-hati dan jangan terlampau percaya..

Saturday, February 6, 2010

memori cinta luka

kehadapan sesiapa yang berkenaan

tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memaklumkan kepada anda bahawa saya akan melangsungkan perkahwinan pada 12.3.2010 dan majlis persandingan pada 13.3.20210..sebagai seorang perempuan, saya memerlukan persediaan yang rapi dan secara logik dan normal, saya perlukan sekurang2nya seminggu untuk membuat persediaan perkahwinan saya yang bakal berlangsung nanti..dan ingin saya maklumkan juga, perkahwinan saya di MELAKA dan sekarang ini saya tinggal di KUALA LUMPUR..

saya faham anda meminta saya secara pandai untuk mengatur macam mana saya nak buat persiapan..mungkin anda meminta saya berulang-alik kl-melaka supaya saya dapat menyiapkan persiapan selepas hari bekerja..saya tidak ada masalah untuk melakukan kalau perbelanjaan ditanggung oleh anda..tentang pandai2 saya macam nak uruskan perkahwinan sedangkan cuti tiada, maaf encik..saya kurang pandai nak berfikir macam mana saya nak buat persiapan sedangkan cuti kahwin hanya 2@3 hari SAHAJA..

saya faham selama ini anda kerap mengutarakan supaya saya melambatkan perkahwinan saya tetapi macam mana dengan persiapan, kad jemputan dan segala macam perancangan saya..kalau anda sudi menanggung segala kos mungkin saya akan pertimbangkan..itu dari segi budget..kalau dilihat dari segi lain untuk tahap saya sekarang ini, saya dah dikira WAJIB kahwin..walaupun antara alasan yang encik berikan supaya saya enjoy hidup sebelum kahwin, saya kurang faham tentang itu..adakah anda menggalakkan saya membuat dosa sebab kalau pergi enjoy2, saya akan berpegangan tangan dengan tunang saya..memang orang akan cakap, jumpalah sajalah jangan pegang2..tapi ada ke couple yang dating tak pegang tangan..sedangkan keluar berdoa pun boleh dikira berdosa sebab menggalakkan maksiat dan boleh menimbulkan fitnah.

ingin saya beritahu disini, saya adalah seorang perempuan dimana persiapan sebagai pengantin adalah lagi complicated berbanding lelaki..mungkin masa anda menyuruh saya berfikir secara pandai untuk menguruskan majlis saya nanti, anda membayangkan saya adalah lelaki dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak jiran sebelah..jadi tak perlulah persiapan yang beria amat.

saya agak keliru jika pihak atasan mempertikaikan tentang cuti kahwin..adakah sesuatu yang pelik staff  baru yang belum confirm meminta untuk cuti kahwin..

saya harap semoga anda dapatlah mempertimbangkan permohonan cuti saya semula..bayangkan diri anda adalah bapa pengantin perempuan..apakah yang anda harapkan semasa anak perempuan encik akan berkahwin..adakah andamengimpikan mereka masih di pejabat sedangkan majlis perkahwinan akan berlangsung esok dan pejabat anak anda terletak 200km dari rumah..dan mengambil masa selama 2jam untuk sampai kerumah (bukan menaiki kereta toyota)

sekian, salam sayang..

Wednesday, January 20, 2010

hari malu

Bad day betul aku hari ni..tah macam aku boleh salah book bilik meeting..dengan muka yakin yang confident, aku cakap kat bos aku da book bilik..kebetulan, ada orang guna bilik meeting..so bos aku siap cakap dia da book bilik tu..sekali bila tengok balik, orang tu tak salah..aku yang salah..memang aku dah book, tapi aku book minggu depan..aku pon tak faham kenapa aku boleh salah letak date..malu sangat dekat bos aku..kawan yang memang tengah tension apalagi, memang menyirap lah bila aku buat salah..aiseh, sorilah bos..i didnt do it purposely..dalam meeting, kerja aku kene redo and bos nak hari ni juga…aduh..mana sempat..nasib baik rakan-rakan lain tolong back-up cakap kat bos tak sempat satu hari..

nasib baik ada Rajes, ofis aku bertindak pantas pergi book bilik meeting kat sebelah..nasib baik free..so dapatlah teruskan meeting even mood bos dah semacam..tq so much lah Rajes sebab selamatkan keadaan..Kadang-kadang aku rasa bersyukur sangat, even aku tak suka dengan apa yang aku buat, tapi kawan-kawan ofis aku ramai yang sanggup back-up aku and tak putus-putus bagi kata semangat untuk aku teruskan kerja ni..sebab mereka lah aku masih kuat bertahan dan cuba perlahan-lahan belajar benda yang aku palin tak suka dulu, programing..Kalau dapat kerja tak best, environment pun macam haram, memang aku tak boleh tahan kot..

as a new comer, memang aku agak clumsy, menggelabah and blur selalu..nasib baiklah abang2 n kakak2 kat ofis aku semua stok yang boleh nak mengajar..even mereka bz ya amat tapi still boleh lagi nak menolong..dalam memulakan perhubungan, mulut kena ramah tamah lah dok menegur orang..atlis bagilah senyuman kalau malas sangat nak menegur..kalau ada apa yang tak tahu, tanya2lah kepada yang tahu..senang nak buat kerja..

moral of the story, check betul-betul masa buat kerja barulah tak kena marah dengan bos..tapi pengalaman 1st time kena marah dengan bos buat aku rasa malu sampai tak nak jumpa bos lagi…tapi hikmah nya, lepas ni jangan cuai2 lagi..nak2 dapat bos yang serius dan kejadian berlaku time dia stress..memang berdouble malang macam tu..huahuahuahuahua..

Friday, November 13, 2009

berbaloi ke tak??

korang rasa, bebaloi tak beli pc hage rm3500 dengan motherboard made in china, ram 512..spec2 yang lain pon biasa2 je..even nama hp tapi kualiti yang dia bagi memang paling lousy..paling koman sekali..bukan aku yang cakap ni tapi technician hp yang dok repair pc kat sekolah ni mengaku yang die memang suply pc paling ayam sekali..tapi aku tak paham kenapa harge die letak untuk spec pc paling canggih untuk pc paling ayam..kenapa boleh nak beli sedangkan dah terang2 harga tu sangat mahal..dah terang2 barang tu tak ada kualiti..kenapa...kenapa...

Wednesday, November 11, 2009

aku tak tau

lately serius aku rasa blur..mayb aku bengang dengan apa yang berlaku..aku bengang bile aku rasa terabai..aku bengang bila aku dok bersungguh-sungguh tapi orang buat bodoh..aku bengang bila orang main suka hati nak tengking2 aku padahal aku dah cakap sebaek mungkin...aku paling tak boleh terima orang nak tengking aku ikut sukahati die..xpon tuduh benda yang aku tak wat tapi kata aku buat..memang aku hangin satu badan..aku tak harapkan kau paham aku tapi cukuplah kalau kau hormati aku..dengan apa yang berlaku buat aku rasa tawar hati nak buat apa yang aku plan..aku rasa aku tak yakin nak teruskan apa yang dah dirancang sebab selama ni aku sorang je yang beriya buat..penat la aku kalau semua benda aku nak kena buat, kena rancang..kadang2 aku rasa nak lari je jaoh2 dari sini..biar lah aku dok sorang2..aku dah malas n kecewa dengan apa yang berlaku sekarang..

Tuesday, November 3, 2009

geting low

diam tak diam dah masuk 4 bulan aku keje kat sini..dalam tak nak, busan nak gile tapi aku redah jugak sampailah dah masuk bulan ke-4..dalam masa ni lah jugak aku rasa masa aku banyak terbazer duduk kat dalama sekolah ni yang tah haap2..dengan mentaliti cikgu2 die yang aku rasa lagi low dari orang tak sekolah..kalau macam ni punye peel, no wonder budak2 sekarang ramai yang rosak akal sebab cikgu2 diaorang pon dah rosak..cikgu apa kalau bergaduh sesama sendiri..kalau sikap irihatid an dengki sentiasa menular..cikgu jenis apa kalau tak reti nak hormat ketua..aku pening dengan situasi begini..nama saja cikgu tapi perangai tak serupa manusia..penuh dengan sikap perasan bagus..cikgu-cikgu sekarang tidak layak untuk dimuliakan..mereka hanya mementingkan duit dari kejayaan anak murid..pelik+hairan aku tengok peel mereka2 ini...perangai cikgu2 ni membuatkan motivation aku untuk kerja maken lama maken menurun..ade je yang aku buat tak kena pada dia orang..sekarang ni, aku hanya menanti penuh pasrah untuk aku dapat kerja di tempat lain..


*tidak semua cikgu begini..tapi, ini adalah perangai cikgu2 yang biasa aku campuri..



Friday, August 14, 2009

mentaliti paleolitik di guna pakai oleh guru2

setelah tamat belajar pada bulan jun, 2 minngu selepas itu aku telah ditwarkan menjadi fasilitator schoolnet..masa tengok surat tawaran..
tahniah..anda berjaya diterima sebagai fasilitator schoolnet.
di SK Tedong
gosh...sekolah ni punye la dekat ngn uma aku...punah la harapan untuk dekat dengan jejaka ku..
he said, juz acept that ofer dear..tu rezki kite...dengan berat hati, aku terima dek kerana gaji yang memuaskan..plus, dapat gak kami berjimat cermat sebab for sure la makan, transport n tempat tinggal pecume...


hari pertama aku daftar diri;

scene 1
aku free hair..

gpk:awak tak pakai tudung?
dara:kene pakai tudung ke?
gpk:penjawat awam kne pakai tudung.
dara:yeke?saya interview ari tu, free hair gak..*mase interview siap ade markah untuk pemakaian..kalo wajib pakai tudung, mesti saya tak dpat keje ni...jawab dalam ati je..
gpk:cikgu sekolah ni lain..baik awak pakai tudung...

~memang betol, mase 1st day aku dipandang seperti alien...sbb aku freehair..mayb mereka berpendapat, aku ni jahat sangt kot sebb aku freehair..

scene 2..

guru2:awak ni sape?
dara:saya fs kat sini..saya maintain schoolnet n ict..
guru:owh..technician la ni..
gpk:en.technician, awak dah ade pembantu sekarang..

*aku pembantu technician??sebab aku fresh grad yang maseh suci n sangat fresh, maka aku boleh di label begini sesuka hati..selain percakapan, mereka turut menunjukkan dengan perbuatan..melyan aku seprti pembantu tehnician..

~walaupun berkali2 diterangkan, mereka maseh begini..