Monday, November 23, 2009

tempat naek bas

sejak aku pindah melaka, aku selalu travel..dari melaka pegi jb, jb ke kl..kl-melaka..kiranya aku selalu guna stesen puduraya, melaka sentral dan larkin..tiga tempat dah tak asing lagi kat aku..tapi dalam banyak2 stesen ni aku paling suka melaka sentral..for me, i give 5 star for the facilities and environment in melaka sentral..bas sangat teratur, bersih, tak sesak dan rasa selamat..sementara nak tunggu bas sampai pun, damai je aku tunggu bas sebab tempat tunggu bas dia ada ekon..kedai2 kat situ pun agak menarik..setakat nak buang2 masa kat melaka sentral tak sempat lah nek terasa boring sementara tunggu bas..ada cc, mcd, 7e, kedai baju n macam2 kedai cuci mata..nak naek bas pun tak payah nak bersesak dengan orang ramai..tak payah nak sedut asap bas banyak2 sebab kawasan parking bas dia memang luas...bas nak masuk dalam kawasan melaka sentral pun tak payah q macam bas kat puduraya..yang memang sesak selalu..dari nak naek bas sampai nak turun bas memang selesa dan selamat..cuma yang tak sedap, ramai betol indon melepak2 kat situ..kadang2 aku rasa macam kat jakarta pulak..tapi tak bole nak salahkan diaorang, maybe keadaan melaka sentral yang terlampau sofistikated membuatkan mereka rasa yang melaka sentral adalah hot spot to lepak..selain warga2 negara asing, budak2 sekolah pun suka dating kat melaka sentral..romantik sangat agak nya melaka sentral ni..lagi satu yang terbek pasal melaka sentral ni, toilet dia bersih..selesa nak qada' hajat..


stesen yang paling worst aku rasa puduraya..dah lah sempit, kotor, sesak dan rasa tak selamat langsung..dengan kena kejar dengan ulat yang tak paham bahasa..bila kita tak nak nanti kita kena maki balek..janganlah terpedaya kalau ada yang cakap, jalan sekarang, bas dah ada..tu semua taktik je nak suruh kita beli dekat die..aku pernah tertipu terutama sekali bas balek jb..beriya la aku tunggu berejam tapi bas tak sampai..dah sampai bas tapi stil nak tunggu penuh dulu..geram sangat.dah la aku bayar double sebab die kata bas tambahan plus sebab aku nak cepat..memang penipu besar ulat2 kat pudu tu..sudahlah environment sesak, nak tunggu bas sengat lah menyeksa aku..sementara nak tunggu bas sampai, memang aku mati kutu..tak tau nak buat apa..dalam hati toksah cakap lah..memang cuak beribu bahasa..macam2 kes buruk kat pudu ni selalu jadi kan..kalau nak terkencing pun selagi boleh aku tahan kan sebabnya toilet die sangatlah dasyat..kotor n sempit..penuh asap..bising pulak tu..selalu kalau dari melaka, aku akan minta driver bas berhenti dekat hang tuah..tak sanggop aku nak masuk pudu..sementara nak masuk pudu je dah makan masa setengah jam padahal dekat je..memang sangatlah menyusahkan..senang cite, beli tiket awal2 so tak payah lah ko nak mengadap ulat..lagi satu tips, akalu korang malas nak layan ulat2 kat pudu, tayang je tiket korang..tak kisahlah tu tiket lepas..bile tengok kita pegang tiket baru dia tak tegur..


last sekali aku nak cerita pasal stesen yang aku dah lama tak pergi..semenjak du menjak ni balek jb aku naek kereta je..tapi kalau dah terpaksa naek bas jugak..maka aku stil kena singgah terminal bas larkin..keadaan agak sama tak best macam pudu tapi larken agak besar sikt so tak berapa sesak..dari segi kebersihan memang sangat tak memuaskan hati..cuma kadar ulat je agak kurang compare dekat pudu..apa pon, larken stil jadi pilihan warga jb sebab tu je stesen bas yang ada..kat situ gak terletaknya pasar besar..makanya, terminal larkin tetap menjadi pujaan hati warga JB..yang best kat terminal larkin ni dia ada bayak kedai magazine..teringat aku masa zaman kecik2 dulu, dari terminal larkin tu aku ngan bancik menapak pegi stadium larkin sebab nak g mandi swimming pool..



terminal yang banyak kenangan

No comments:

Post a Comment