Tuesday, November 10, 2009

budaya perempuan muda berkerjaya


sekarang ni aku baru melepasi satu fasa baru dalam hidup aku...alam pekerjaan..yes, im working rite now..aku bukan lagi anak2 yang masih belajar..tapi aku masih belajar tentang hidup..sekarang bukan masa aku nak bukak buku teks untuk tahu jawapan..sekarang aku kene fikir dan hadapi untuk tahu jawapan tentang hidup..dah takde dah jawapan2 tentang hidip dalam buku teks atau manual..jawapan tu semua ada pada pengalaman..antara pengalaman pertama aku lalui adalah cara pergaulan..ape yang aku perhatikan, pergaulan semakin bebas membuatkan aku sendiri takot..takot nak dekat dengan manusia yang macam ni..

Pic:Korang pikir sendiri relevance die.

aku pon berkawan gak dengan lelaki..aku pon ade kawan lelaki..aku pon selalu lepak malam2 kat mamak..aku pon keluar malam..tapi apa benda pon yang buat, bagi kau antara lelaki dengan perempuan still ada batasan..macam mana rapat pon aku dengan lelaki, even salam pon aku seboleh2 untuk elak..inikan pulak bende2 lain..maybe kesan kerana perangai aku yang agak kasar menyebabkan aku tak selesa untuk cakap lembut2 dengan lelaki..atau tergedik2 dengan lelaki..takde istilah bermanje dengan lelaki..kecuali dengan tunang aku..die je yang dapat merasa kelembutan aku..untuk lelaki lain, aku selesa dengan kekasaran aku..tapi geng2 bas skolah aku, yusz, nisa, mas, casper pon buat benda yang sama cam aku..even dorng tak sekasar aku tapi stil ade batasan dengan lelaki..adakah kami masih belum menerima budaya orang bekerja..

aku cakap ni sebab aku pelik bile aku lepak dengan segelintir teman yang aku rasa pelik keadaan nya..kalau bercakap dengan lelaki, kalau tak bertepuk tampar tak sah..kawan perempuan yang lain tak nak pulak ko bertepuk tampar...ngan lelaki je terasa nak buat..maybe aura tepuk lelaki lagi meninggalkan kesan kegembiraan berpanjangan..tak kisah la laki orang ke, sapa ke..lepas tu, bangga bergambar seakan2 berpeluk walaupun yang perempuan tu status tunang orang, yang lelaki tu laki orang..dorang ni selamba je sebat..tapi most of the situation yang perempuan tu landing kat boys..lelaki as usual memang terima je kalau perempuan nak bagi free..tapi yang perempuan ni bangga kasi lelaki menyentuh tubuh badan die..memang berlapik baju tapi manis ke kalau perempuan dan lelaki tanpa ikatan pose gambar berpeluk2..dengan berstatuskan teman opis..

cakap lak kalo tak ade slang mat saleh tak sah..cakap bahasa melayu tapi slanga inggeris..aku sungguh pelik dengan keadaan camni..mungkin aku terlampau orthodox nak terima budaya pergaulan bebas dan cakap ber slang ni kot..sebab tu aku rasa tak selesa tengok benda2 ni..pemikiran aku terlampau konservatif sebab masih membuat batasan untuk kawan2 lelaki..akukah yang kolot..nak terima budaya ini...

No comments:

Post a Comment