Thursday, December 19, 2013

Slip Disc L4-5

Sekarang aku tengah menanggung sakit dek kerana ini. Nak duduk sakit, nak jalan pun sakit.

Slip disc ni kalau ikut doctor tak boleh baik, cuma boleh control. Cara nak control dengan swimming or buat senaman yang stretching macam yoga or pilates. Joging or gym adalah tidak sesuai.

images

Luckily, aku punya still minor slip disc and saraf pon tak rosak lagi. So doctor suggest pergi buat urut traditional je. Lagi satu, those yang menghidap slip disc tak digalak kan gemuk sebab boleh buat keadaan bertambah teruk.

Buat sekarang ni, antara ubat yang kena aku telan hari hari, vit, muscle relax & pain killer. Koyok pon ada jugak tampal kat tempat sakit tu.

Macam aku, punca aku slip disc sebab dulu jatuh terlentang memang berketak bunyi. Seminggu tak boleh menahan sakit pinggang. Tapi yang sedih nya dulu masa first time kena aku pergi check dekat klinik kesihatan. Masa tu takde medical cover so mampu pergi sana je.

So masa cek tu, xray dan doctor bagi pain killer yang berbentuk sejenis panadol. Nak dapat kan xtray tu pun aku kena berulang kali pergi cek. Compare dengakn kat KPJ, sekali cek doctor dah tau apa yang tak kena.

Disuruh nya beli lumbar support. Mahal okeh lumbar support tu. Aku beli lepas less RM180 kot. Sedih sangat masa tu. Nak pergi klinik lain memang tak mampu maka tahan je lah sakit selama setahun.

Since tak mampu nak pergi dapat kan proper rawatan kitorang try urut traditional merata aku pergi finally bertemu jodoh kat Kota Tinggi. Sekali tekan je tulang aku, baik dah.

After two year, muncul kembali pulak slip disc ni. Hope cepat lah baik. Tak tahan  nak menahan bila saket nya datang.

Handbag Hilang di Tesco

Last sunday, lepas horey horey makan makan kat rumah Yus, kitorang lepak luar then before balik singgah Tesco, as ussual replenish barang dapur.

Berita tak best nya, aku tertinggal handbag dalam troley. Yes, I know aku careless. Dek kelam kabot dengan Hannah yang cranky dan melayan kan saket pinggang ni semua benda boleh terlupa.

Lepas loaded barang, laju je aku tolak troley tanpa ambil handbag yang aku sangkot kat troley. Dalam 10 minit kitorang pusing balik memang gone dah handbag nya.

Paling aku ralatu, hilang beg ni ,adalah hilang dokumen. Tak ku sangka akan alami kehilangan macam ni. Selain tu, kerugian paling besar adalah s3 aku pon gone sama. Duit memang takde sebab aku x pegang cash. Cuma kalau dia jual balek Fossil purse aku lepas lah dia nk makan McD seminggu.

Big  thanks dekat security team Tesco sebab dorang bagi kerjasama. Lepas berpusing tak jumpa beg aku terus buat report kat Tesco then dorang view CCTV sebab nak tengok siapakah penyangak itu.

Tapi mungkin bukan rezeki aku kot,by time aku letak troley, CCTV tak record yang tu. yang sempat di rekod nya time aku keluar dari pintu. Haih, memang takde rezeki lah nama nya tu.

Aku sedar aku careless. Kalau dah tertinggal, memang orang tak kan nak pulang balik. tahniah lah siapa yang bertuah orang pulang balik.

AKu still berharap pencuri pulang kan balik dokumen aku. Leceh oi nak buat balik. Dengar nya MyKid JPN x buat reisued. Kalau betul, kesian Hannah takde MyKid.

Tuesday, December 17, 2013

Celebrate Birthday

20/11/2013 mark umur Hannah 2 tahun.

Still FULL breastfeed. Aku cakap full sebab Hannah tak minum susu lain dan kurang makan. Dalam ertikata lain dia picky eater. Sanggup tak makan kalau tak berkenan kat tekak dia. And to make it worst tekak dia memang susah nak terima makanan. Banyak sangat tak nak dari nak.

Air yang diminum secara banyak selain susu ibu, adalah air masak. So dengan ini aku mengklasifikasikan dia adalah bayi yang masih menyusu penuh.

Walaupun dah berusia 2 tahun tapi tahap percakapan Hannah still low. Senang cerita masih belum bercakap sangat cuma paling pro sebut BABAH. Maklumlah babah pengarang jantung hati semua.

Mak cakap mungkin sebab dia takde kawan maka nya susah sikit nak bercakap. Mungkin logik sebab siang dengan aku jer berdua, malam baru ada Asri. Ada pun kawan dia Barney, Upin ipin & Pocoyo. Tu je lah suara asing yang dia dengar hari-hari.

chintakami

Korang ada tak tips nak bagi cepat cakap selain dari cakap 18 kali ulang-ulang dengan baby.

Birthday Party Jimat

Last week buat birthday party kat kampung pulak. Kali ni celebrate dengan family melaka.

Since nama pun birthday jimat, banyak element yang telah di cut cost kan. Almaklum lah barang semua naik maka selagi boleh jimat jom lah kita jimat.

1) Kek

chintakami

Kek aku beli online dekat Kings Cofectionary. Beli awal dapat discount 10%. Ada macam-macam jenis kek. Kek yang aku order ni kek ice-cream. Price RM65 kot after discount. Dalam tu memang pure ice-crema and not bad lah rasa nya.

2) Menu

chintakami

Aku xde pulak gambar proper menu. Tapi menu adalah simple dan semua adalah homemade. Takde tempah2 ni. Antara menu donat, sandwich,cupcake, popia, cookies dan mihoon goreng. Air pulak bandung soda. Adalah few jajan macam smarties tapi semua party pack size yang kecik tu. Of course segala nya beli kat Mydin sebab memang murah compare tu others.

3) Door gift & Props

chintakami

Doorgift and props aku guna seminimal mungkin. Doorgift aku beli kat DIY je. Sekeping sand art baru 80sen. Compare kat kedai luar yang cinonet tu paling murah RM3 kot. Yang flag gantung tu pun harga RM3. So memang jimat.

Photobooth props paling jimat dalam dunia sebab free. Cari gambar kat google then print sendiri dan tampal sendiri.

Untuk decoration, guna lah apa yang ada asal kan tak payah keluar duit. huhuhu.

Aku menulis ini bukan lah nak mengkondem sesapa yang buat party besar-besaran tapi aku berkongsi party jimat ku ini. Harap tiada pihak yang tersinggung ataupun terasa.

Tuesday, November 19, 2013

Bed Time Story

Untuk parents zaman sekarang ni macam must do thing before tidur rasa nya kot. Konon nya penting untuk bonding & bagus untuk mind baby. Ye lah kan cerita cerita yang diceritakan kan have good moral. Kekecik dulu tak ingat lak mak ayah ada buat ke tak. Tapi macam tak je.. Hehehhe..

Walaubagaimana pun, aku tetap nak cuba buat dekat Hannah akan tetapi this method sangat tak sesuai dengan Hannah. Since dia memang tak suka tidur. Even kalau dia dah ngantuk pun jarang sangat tunjuk muka ngantuk. Menguap pun jarang. Yang boleh detect dia ngantuk bila dia jadi super hyper lasak and mata dia dah makin sepet. Ngantuk lah tu makna nya. Akan tetapi dia boleh tahan up to 2-3 hours tahan mata.

Since dia ada kelebihan tahan ngantuk yang super, bila buat bed time story untuk dia alamat nya makin segar mata dia. Bukak lampu lepas tu dengar suara makpak lagi lah bulat mata dia.

Bila time siang nak bacakan buku macam harapan tinggal harapan je nampak nya since dia memang tak boleh nak duduk diam. Paling lama dia akan duduk setempat dalam 3 minit kot. Setiap minit dia akan bergerak.

Buku-buku dia, dia suka bukak sorang2 sambil cakap bahasa alien (ye, Hannah still can talk lagi eventho dah nak masuk 2 tahun). Sempat lah bukak n tunjuk the content then sekejapan dia dah bangun and sambung projek bergerak nya.

Kadang2 teringin / jeles kot bila some parents tidurkan anak melalui cara macam ni.. Means senang lah kot nak tidur kan.. lepas baca kan cerita, anak pun kroih kroih kat sebelah. Tak payah lah nak bersusah payah tidur kan anak.. kannnn….

Wednesday, November 13, 2013

Pengaruh Ipad

Assalamualaikum..

chintakami

Hari ni aku nak cerita pasal pengaruh Ipad. Budak zaman sekarang ni rata-rata kecik lagi daha da gadget masing-masing. Tak kisah lah ipad ke, tablet ke.. Yang penting masing-masing umur setahun dua dah ada okeh.

Bagi aku, ada baik nya gadget ni. Ada jugak budak belajar dari ipad/tablet. Kenal ABC sebab main apps dalam gadget mereka.

Tapi aku rasa kesan buruk dia pun banyak jugak. Aku ada satu contoh. My friend punya story. Since both parents kerja, so memasing agak kekurangan tenaga nak melayan anak main. Maka Ipad menjadi penyelamat. Bagi je Ipad anak pun diam main sorang2. Masalah timbul bila mak nya hantar masuk tadika at the age of  4. First complaint dari cikgu, anak dia tak boleh nak nak fokus dalam kelas. 2) Anak dia pasive . 3) The worst part, anak dia tak boleh nak melompat, jari yang function hanya jari telunjuk dan mata sedikit juling.

To make it short, setelah diinvestigate by doctor, ini berpunca dari Ipad. Since then the parents simpan Ipad and anak dia dipaksa joint physical activity. Ipad/gadget diharamkan sama sekali. Baru lah anak dia slowly jadi normal kids.

Itu kesan terhadap diri sendiri, dalam hubungan social pun turut terjejas. Habis tu, bila berkumpul masing-masing mengadap gadget. Bila kala pulak nak berborak dan bermain sesama kan. Solutions, bila berkumpol aku buat rules semua gadget kena simpan. Kalau tak,memang semua akan jadi anti social. And for Hannah, bila keluar memang kami tak bawak ipad.

Few month back, Hannah pun hampir-hampir jadi gila ipad. Since kat rumah ni memang tak ramai orang so Hannah cepat bosan. Jadi kadar kebergantungan dia kepada Ipad adalah tinggi. Celik mata cari ipad. Tapi situasi bertukar bila balik kampung. Dia tak heran pun ipad. Dok main lari lari keluar masuk rumah.

Berbalik kepada kerbergantungan ipad, dia hilang minat kat Ipad bulan lepas sejak aku tambah toys dia. Since dia suka masak2, so aku pelbagai kan toys masak2 dan apa2 toys yang dia nak. Beli toys tak semestinya mahal. Macam Hannah, aku beli kan je yang RM10 sepeket. Cukup lah tu kan. Janji banyak. Budak bukan tau jenama/tak jenama/ mahal/ murah. Yang penting dia boleh main. SInce then, dia banyak main dengan toys compare to ipad.

Eh melalut dah.Ok, lah as the conclution, gadget ni ada baik dan buruk. Ada jugak parents guna nak soothing anak bagi dok diam jap kalau makan kat kedai. Macam tu takpe lah. Tak salah ada gadget tapi jangan bergantung sangat. Guna with limit.

Tuesday, November 12, 2013

Ayam Masak 3 Rasa & Cendawan Goreng

chintakami

Resepi paling simple. Hiasan je melebih ala2 kat kedai. Baru fefeeling lebih sikit kan..

Zaman internet di hujung jari ni maka nya nak masak bukak je tenet. Tak yah sesusah membazir bil tepon mak or sesape. Beli buku masakan pun membazir je.

Resepi Ayam 3 Rasa;

Bahan2;

Ayam dipotong kecil

Bawang, bawang putih & halia

Tomato & nenas

cili yang dah blend

sos tiram & sos cili

Cara penyedian

Ayam dipotong kecil dan digaul dengan tepung jagung kemudian di goreng rangup

Bawang, bawang putih & halia dihiris

Tomato & nenas dipotong dadu

Tumis bahan hirisan samai naik wangi..

Masukkan cili yang dah blend, tumis sampai garing (nak pedas letak lebih)

Masukkan sos tiram & sos cili. Perasakan garam & ajinomoto

Semua dah sebati masuk kan nenas, tomato dan ayam. Tutup api.

Simple sangat kan penyediannya.

Untuk cendawan goreng lagi senang.

Salut kan cendawan dengan telur. Kemudian salutkan dengan tepung goreng ayam. Kemudian goreng. Taddaaaa……… Menu simple tapi menarik dah siap.

Monday, November 11, 2013

Keseronokan di Kampung

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran di bumi Kuala Lumpur nan boring.

Malam semalam dah sampai KL semula and as always jam before Seremban. Kali ni sebab ada accident tapi tak nampak pulak keterukan disitu. Sekarang ni kalau balik KL on Sunday memang jam je keje. Perjalanan dari 2jam selalu boleh cecah sampai 3jam. Cramp bontot dok lelama dalam kereta.

Balik kampung as always, sentiasa full dengan aktiviti makan. Kebetulan tengah musim durian.. so memang durian galore lah kami. Breakfast, lunch, dinner, supper & hi tea sentiasa lah makan durian. Tambahan menu ayah masak yang memang tak boleh nak tolak. So dari pagi sampai tidur memang makan je keje.

chintakami

Ni lah masalah bila duduk kampung.. Ayah memang kerja dia asek masak dan paksa orang makan. Masakan ayah kot, masak sambal ikan bilis pun sedap menjilat jari. Tapi as ussual, menu wajib setiap hari adalah asam pedas. Tapi dah nama pun orang melaka, hari hari makan pun x jemu.

Walaupun dah 3 tahun duduk KL, setiap kali nak balek KL perasaan nya adalah seperti kucing kehilangan anak. Tak tentu arah tak tenteram dan tak happy langsung. Maka setiap kali nak balik mesti ada drama untuk Asri sebab ai is emo tak nak balik KL. Macam budak2 tapi hati dan perasaan memang tak boleh dibendung kan…

OK lah… how your weekend guys..Hari ni hari super bizi sebab nak melayan kain yang bergunung..

Kulkat Bario

Ini cerita dah lama. Pergi bulan 9 aritu sebab nak celebrate birthday aku. Ni semua salah Nabila Huda yang selalu dok promo tunjuk gambar foodies kat situ. Nampak memang tempting gila.

chintakamichintakami

Kebetulan kitorang pergi malam weekend penuh nya hazab. Selalu nya kalau nak datang kena booking dulu or else naseb baik dan penuh kesabaran dapat lah seat. Macam kes aku kena tunggu nak dekat setengah jam jugak lah. Naseb baik sebab memang teringin sangat so tabah kan hati lah menunggu.

Apa yang aku boleh simpulkan makanan dia ok lah, boleh tahan cuma selection of food tu x berapa banyak kot. Ada pasta,burger & pizza. Since x banyak choice and our 1st time so kitorang just try signature dish dorang. Piza & Sloppy Burger. Memang puas hati both food tu. Untuk Burger memang terbaik, patty dia tebal and memang kenyang gila makan. Pizza pon sedap cuma bagi aku sos cam kurang sikit.

chintakami

Price range food dari RM16-RM30++.  Air standard air cafe, around RM10 harga nya. Beside main dish, dorang pon ada kek. Tapi kek dorang so-so je kot. Harga RM10.

Dari segi layanan, ok friendly tapi agak kelam kabut maybe sebab ramai orang kot. Keadaan kedai agak sempit kalau nak compare dengan kadar pelanggan dorang..

So kalau sesiapa rasa nak try, better call dulu before datang to book your table. Kalau tak jenuh nak menunggu expecially weekend. Location dia, kedai nya dekat belah belakang jalan.. Dekat dengan Tadika Smart Reader if im not mistaken.

Ni details dorang;

Address Kulcats : 35, Lorong Rahim Kajai 13, 60000, TTDI

Operation Hour : 12pm-11pm (closed Tuesday)

Phone No : 03-77333420

Friday, November 8, 2013

Sogo Warehouse Clearance Sale 7-10 Nov

Haiii..

chintakami

Hari ni mood adalah sangat ceria. Di samping nak balik kampung, semalam telah berjaya memergikan diri ke Sogo Warehouse Sale. Maka mood jadi sangat relax sebab berjaya membeli. Dasar perempuan kan, asal dapat shopping mood terus jadi ok.

okeh, nak cerita pasal sale. Untuk yang ada anak kecik, umur below setahun.. anak kanak2 dan juga yang suka kasut. Semua nya boleh membuat kan anda jadi gila. Baju baby 2 year kebawah harga sangat menarik. RM10 dah boleh dapat sepasang baju. Memang berbaloi pergi. Akan tetapi, kena pandai2 cari sebab nya, banyak jugak yang harga lebih kurang time tak sale. Saje je mereka ni mengelirukan kita.

Contoh nya, baju tidur Anakku, walaupun tulis price range RM7-RM25.. Tetapi baju tidur banyak yang berharga RM22. Dimana, harga tersebut tak yag pergi warehouse pun boleh dapat kat Jusco.

Bagi aku, kalau dah nama nya pergi warehouse sale mesti lah nak harga yang murah dari biasa. So aku target baju below RM20 je boleh amik.. Yang atas RM20 x sale pun boleh dapat. Maka bebaju Hannah yang ku ambil paling mahal RM18. Baru puas hati macam ni.

Ni aku senarai kan list harga yang aku rasa berbaloi;

Pyjamas Peter rabbit : RM10/pair. Akan tetapi sampai saiz nya paling besar 18 bulan kot.

Baju jenama Mickey. Range harga RM8-RM30 kot. Kena pandai cari. Tapi untuk umur bawah 2 tahun banyak sepasang around RM10-15.

Diapers Drypantz Jumbo pack RM31. Seriously memang murah. Tesco & Aeon Big paling murah RM39.90.

Baby Kiko : RM14/pair. Memang berbaloi sangat especially yang ada baby girl. Paling besar saiz XL untuk 3 tahun tapi size XL tinggal sikit je.

Ok ni je review untuk kali ni. Oh lagi satu, kalau nak aman bahagia adalah lebih baik pergi jangan bawak anak. Kang shopping kemana, anak kemana. Orang macam biasa, pack!!

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari ni nak balik kampung. So dari semalam dah sibuk mengemas dan mengepack baju. Punya lah exited kemas rumah dari bilik belakang bawak ke hall. Jadi superwoman dalam rumah ni so dari A-Z memang mak hincik je yang kemas. Nak cari boxer pun tak tahu kat mana.

Korang pernah rasa tak bila nak balik kampung aura semangat jadi lain macam. Walaupun baru minggu lepas balik kampung and kampung tu tak lah jauh mana pun.. Tapi sebab nak balik jumpa mak ayah dia punya exited lain macam. Semua benda jari rajin sesangat.

Let say minggu ni nak da plan nak balik so dari awal minggu dah rasa tak sabar. Buat apa semua fikir kampung je. Tah lah, maybe aku hover tapi sebab aku memang dari dulu homesick kronik kot. Bawak sampai dah kawin pun tetap lah homesick. Naseb baik Asri pun suka balik kampung aku. So rasa best tu makin bertambah lah. Tapi berani dia tak suka balik kampung aku.. Hahahaha..

Tapi kan, bukan aku sorang je homesick.. Hannah lagi teruk. Kalau dia tau esok dia nak balik kampung, malam sebelum tu memang payah sangat nak tidur. Exited melampau. Bila dah sampai kampung, dia boleh jerit exited nya “rumah, rumah” . Apa, selama ni kat KL bukan rumah kamu ke nak????

Tapi yang leceh nya bila nak balik kampung ni, banyak nye barang nak bawak turun. Al-maklum lah, aku kan duduk rumah kayangan. Tingkat 4 takde lift. Memang seksa jiwa raga kalau time nak bawak/naik turun barang. Sebab malas nak ulang alik, kitorang sanggup jadi lori. Jadi lori means angkut sekali arung one shot. Berat memang tak yah cakap lah. Barang Hannah dah satu beg. walaupun balik weekend 2 hari je, bonet tetap full. Mak cakap, “baru anak sorang kereta dah macam ni.. Anak 5 camne lah nanti..” Tapi seriously memang penuh kereta. Aku pun tak tau kenapa boleh jadi camtu..

Ok lah.. nak sambung kemas rumah. Petang ni Asri sampai terus caucincau..

Wednesday, November 6, 2013

Memilih Insurance

Start bulan ni Asri dah tukar kerja baru. Dimana syarikat baru ini ada sedikit kedekut dalam mengoveri bab-bab kesihatan. Tak macam di bank rimau dulu.. Medical coverage adalah unlimited untuk anak beranak. Tetapi tidak dicover isteri yang selain isteri pertama.. anak2 bukan dari isteri pertama jugak tidak mendapat coverage.  So dengan itu kami hidup dalam keadaan sangat bersyukur sangat since tak yah fikir pasal medical cost. Monthly jab anak pon dicover ye.. Betapa pemurah nya bank rimau itu.

Syarikat baru ini hanya memberi unlimited medical cover kepada staff nya sahaja. Anak isteri staff diabaikan disitu. Ada cover tapi dengan cap yang sangat kedekut ku rasa. Katil hospital pun RM100/day. Kedekut kan.. Bila macam ni rindu plak syarikat lama. Akan tetapi tak kan nak patah balik sebab masalah ini. Mestilah tidak jawapan nya.

Maka terpaksa lah dipikirin kembali tentang insurance. Dimana kami tak pernah terfikir pun sebelum ni. Atas dasar menyukuri nikmat yang ada sebab tu lah malas nak fikir pasal insurance since everything cover. Now dah sampai masa nya kot.

Tak salah kalau x ada insurance. Masuk je lah hospital kerajaan. Tetapii… ramai yang tau servis dia macam mana kot.. since kami pun ada banyak sangat memori yang tak nak ingat dengan perkhidmatan ini maka nya sebab tu berusaha juga untuk mencari alternative lain. Bukan kutuk/ tak suka hospital gomen ni tapi semua nak yang terbaik kan.. Paling utama bila melibatkan anak.. Kita pun tak sanggup nak tunggu bila sakit.. Bila anak sakit mestilah lagi nak cepat dapat kan rawatan kan.. Sebab tu insurance menjadi pilihan.

Akan tetapi still dalam kerunsingan sebab tak tau apa yang bagus. Kalau googel, top insurance like Prudential ada gak bad story about them.. tapi ada gak yang bagus nya. 2nd option Great Eastern  and 3rd Etiqa. Untuk Great Instance info just dapat kat google itupun dari agent nya  dan sudah pastilah semua yang best saje. Etiqa dapat good review from our close friend.. Dia bukan agent tapi customer so quite reliable lah kan.

Antara kriteria yang aku nak, for me can use sampai umur tua 70-80 tahun nanti which offer by Great Eastern. And for Hannah medical & education sekali. Pening dah ni dok menggugel.

Saturday, November 2, 2013

Hannah & Durian

Durian adalah sejenis buah yang paling sedap (bagi aku). Oh, Asri pun sama gilakan durian. Kami boleh makan berbiji-biji. Panas belakang kira yang penting enjoying durian is heaven. Masa pregyHannah pun ku bantai makan durian jugak.

Kalau kat kampung lagi best sebab boleh makan durian yang fresh baru jatuh and its free. Lagi lah bertambah keenakan nya. Durian kampung pun sedap tau.. Tak yah nak Musang King sangat. Ni pun dah cukup King rasa dia.

Akan tetapi,puteri kecik ini boleh tak suka durian. Bukan setakat tak nak makan, bau & tengok pon tak nak. Sangat penggeli. Siap tak kasi babah dia makan durian. Beriya panggil Asri tak kasi makan sebab dia geli. Siap diuwek kan bau durian tu.

Macam-macam cara aku buat nak bagi Hannah makan durian even paksa suap kemulut dia.. dia boleh muntah kan balik. Seriously memang dia tak suka tahap menyampah kot durian ni. Hahaha..

Dulu aku selalu rasa orang taknak makan durian ni rugi. Now Hannah pun dah joint golongan tak suka durian. Rugi nak oi tak suka durian. Aku still mengharap kan Hannah akan suka durian satu hari nanti.

chintakami

Thursday, October 31, 2013

Tidur Lambat

Last 2 weeks Hannah ada problem untuk tidur awal. Paling awal pukul 3 pagi. Tapi esok tu memang santak sampai pukul 2 petang atleast.

Ingat kan sebab dia bangun lambat then malam susah nak tidur. The problem is we tried bangun kan dia pagi and petang bagi dia penat gila. By 10 pm dia memang dah tumbang akan tetapi tepat pukul 12 am dia akan bangun segar bugar macam bangun pagi. Bila dah bangun pukul 12 tu means pukul 4-5 pagi lah baru dia akan tidur balik.

Paksa tidur gelap kan bilik bagai stilllllllllllllllllll doesn’t work. Kalau dia tak mengamok.. dia boleh main-main sambil paksa kita keluar bilik.

Maybe this one phase memang kena tempuh, as a part of pembesaran todler tapi seriously I cannot stand it. Dah macam zombie rasa nya mak Hannah ni. So memalam tu terpaksa lah melayan pocoyo/ barney/ upin ipin..

Tak tau lah lama mana nak kena hadap ni..

Tuesday, October 29, 2013

Nissan Almera

Aku menulis bukan sebab aku nak meriak. Tapi aku nak meng review kereta ini walaupun Nissan x bayar aku satu sen pon tapi untuk those yang tengah survey ini kereta, aku sangat lah mencadang kan.

Dalam pemilihan kereta, perkara pertama yang aku akan tengok adalah fuel efficiency. Sebab nya kang kalau kereta kuat makan minyak mau tak bergerak kereta aku kot. Sudah lah harga minyak dah naik, kereta parak minyak.. Memang duduk rumah je lah camtu. Ok, untuk F.E dia, Almera adalah di tahap mampu. 16sen/km. Ini untuk Auto dan aircond on. Time jam pon naik paling mahal 18sen/km kot. So kalau manual murah sikit kot. Aku balik melaka minyak RM15 je. Jimat kan…

Selain minyak, keluasan kereta adalah penting since this will be our family car. Interior design dia adalah luas dan bagi aku agak cun. Dalaman sangat lah spacious. Sesuai sangat nak angkut ramai orang.

Last kriteria yang aku tengok maintenance. Ni pun kena pertimbangkan. Kang sekali servis kene sampai beratus tak ke pitam (untuk golongan berpendapatan macam aku). So maintenance ku ambil kira juga. Nak beli kereta, bukan setakat fikir mampu bayar monthly, tapi kena fikirkan jugak side cost dia macam minyak dan maintenance. Untuk maintenance dia, 1st servise around RM140 and service biasa dalam RM100. 1st major RM400. Ini semua memang dah state dalam website Tan Choong. So kita boleh buat estimation budget before hantar pergi service.  Takde lah terkejut bila dah sampai service center.

Kebaikan lain yang kami dapat bagi aku adalah bonus. Dari segi pemanduan sangat selesa.. xde rasa gegar bila bawak laju. Lagi satu service yang Nissan tawarkan bagi aku adalah terbaik. Even after sale service pon tiptop. Salesman dorang memang dah di train untuk appreciate customers kot.

Friday, October 25, 2013

Tip Shopping Raya

Tips ini hanya boleh diapply kepada para cheapskate like me. Kalau yang nak diva di pagi raya kurang sikit sesuai nya.

SILA SHOPPING SELEPAS RAYA

Ha.. ini lah tips nye ye. Untuk yang selalu beli baju siap adalah digalakkan beli baju raya tahun depan selapas raya tahun ni. Paham x.. Maksud nya, untuk tahun depan punya baju beli sekarang. Sebab nya kebanyakkan shopping mall akan sale 50-70 % baju raya tahun ni.

Contoh terbaik boleh pergi Mydin & Jusco. Mydin sale 50% untuk semua baju raya. Kain berkualiti okeh cik timah cik gayah. Aku baru beli kan Asri baju melayu kain cotton satin dengan harga RM35. Beli kain pun x semurah ni.

Jusco pon ada. Untuk kids 70% discount. Cer kira harga yang RM59.90 lepas less 70% tinggal berapa?? Harus ku sambar 3-4 helai. Time raya hari tu memang x beli lah sebab tak sampai hati nak beli baju Hannah harga tu. Bila dah less ni boleh lah beli. Mind u, im so cheapskate. So memang sangat berkira nak beli barang-barang mahal ni. Smile.

Thursday, October 24, 2013

Muntah Kanak-kanak

Sekarang ni musim agak nya. Mana-mana anak kena cirit-birit dan muntah. Sampai dengar nya wad kanak-kanak kat hospital swasta pon penuh.

Hannah pun kena muntah-muntah last week. Sikit lagi nak kena warded sebab dia xnak makan n minum.

Straight 3 malam Hannah muntah tengah malam. Selang satu jam muntah sampai dia sendiri pergi bilik air bila rasa nak muntah. Kesian sangat tengok dia sampai takot nak makan sebab tekak sakit. Masa cek doktor rupa nya tekak dia dah bengkak sikit sebab asik muntah je. Patut lah taknak makan & minum. Memula still melasak macam biasa, masuk hari ke3 dah melepek terbaring je.

Punca selalu muntah malam sebab Hannah ada masalah sembelit. Selama ni dia berak tak habis itu menyebabkan dia muntah sebab angin dalam perot menolak keatas. Tu yang dia muntah sepanjang malam.

Penyelesaian nya doktor bagi ubat berak. Keluar kan apa yang selama ni tak habis buang. Alhamdulillah Hannah lega lepas dah keluar semua. Muntah-muntah pun dah tak lagi.

Lepas ni tau lah aku kalau Hannah muntah-muntah kena track apa yang tak kena sebelum ni. Tapi untuk kes muntah & cirit birit mostly sebab food poisoning since perot baby/toddler still sensitive untuk certain food jadi mereka senang nak kena food poisoning.

Kesan ESP

Minuman berkhasiat yang konon nya boleh membanyak kn dan memekat kan susu badan. Konon nya. Benda ni pun aku try sebab konon nak banyak kan susu. Tapi hasil dia negative yooooo…

Rasa memang x sedap. Aku kena campur dengan milo baru boleh minum. Kalau nak minum plain je memang tak tertelan tekak ni..

So macam biasa lah minum sehingga habis satu canister. Susu aku tetap di takuk yang sama. Sentap camni tau.. Beli memahal tapi tak ade apa2 perubahan.

Try 3m punya. Yang trial je lah. Result still the same. Maybe badan aku tak suai kot dengan produk Shaklee ni. 2 orang kawan baik aku pun try makan 3M pon sama result nya. Not like they claimed. Susu tetap sama je banyak nya.

Better try traditional remedy je aku rasa. Murah pun murah. Beli memahal tapi x mendatangkan hasil kan kecewa..

Wednesday, October 23, 2013

Morib Gold Coast

Cerita ni dah lama. Pergi masa bulan 6 kot. Tai sebab malas kan.. Now baru nak update.

kami pergi sebab beli voucher tapi tak ingat kat mana. Harga RM190 include hotel, dinner n Breakfast & theme park tiket.

Rating;

Hotel : 4 bintang. Ok lah view bilik. Besar cuma xde karpet. So aku rasa x berapa best. Bilik deco sangat simple & kosong. TV tak flat skrin and channel pun biasa2 je.

Dinner : The food are awesome. Banyak choice dan sesedap. Makanan cepat di top up tak yah nak tunggu lama.

Breakfast : aku boleh bagi 3/5 je kot sebab biasa- biasa je food nya. Setakat nasi lemak & mi goreng. Ade lah few kuih muih.

Theme Park : to be honest, kalau kena beli tiket nya adalah sangat tak berbaloi. Harga dewasa RM39 kot. Kid RM29 camtu. Aku tak ingat sangat tapi bagi ku ia adalah mahal. Mahal pasaipa?? Mahal seban theme park nya kecik sangat. tak de ride sangat pun setakat gelongsor pendek.. Lazy river pun tak menarik. Standard swimming pool kat Pusat Sains je kot. Nasib baik include in package, kalau kena beli memang sangat tak berbaloi.

chintakami

Malam2 pulak agak bising sebab restoren tepi laut tu punya karaoke sangat lah kuat. Memang tak sesuai nak tenang kan diri di malam hari.

Kalau bawak baby, cam aku bawak Hannah serious dia kebosanan malam tu. Maybe sebab dah biasa holiday reramai bila pergi dengan famli kecil ku dia boring gila.

Tips untuk yang nak bawak baby, sila lah bawak fav toys dorang sekali.

chintakami

Kesan Aurawhite

Dek sebab konon nya terpedaya nak putih.. nak kulit cantik so aku pon try gak benda ni. Perempuan kan, nak cantik sokmo.

Tapi untuk aku.. memang nan ado perubahan nya. suruh minum air bebanyak dan pantang elak kan caffeine. demi mu aurawhite ku berkorban. minum air berbotol-botol. kopi kegemaran pon x minum dah. terus rasa amal kn hidup sihat.

Hasil nya, selepas sebulan dan benda nya pon dah habis.. Kulit aku maintain sama camtu gak. Xde pun putih.. Cerah setona pon nan ado. Kecewa mak terbazir duit camtu je.

So kesimpulan nya its not work to me. Tapi rasa air die memang sedap..

Kaki Terseliuh

Ni lah akibat bangun lambat.

Aku sedar2 jam pukul 7.50 pagi. Memang kelam kabut lah asri bersiap. Berteromba bagai Asri berkejar pergi kerja.

Tragedi terjadi di LRT Bangsar. Dah nak sampai ofis dah pun. Dalam kelam kabot jalan lelaju tah camne boleh terjatuh. Lepas jatuh still ok lagi tapi makin teruk bila dah bawak ke tengah hari. Makin bisa & bengkak. Terus kene refer hospital sebab takot patah.

chintakami

Nasib baik lepas xray semua cuma terseliuh. Merasa lah bengkak 3 hari.

Serik nak bangun lambat lagi lepas ni. Merana Asri seminggu penangan bangun lambat.

Tuesday, October 22, 2013

Kesan Suntikan Depo

Aku dah amek depo sebanyak 3 kali. Amek kat LPPKN. Murah sikit compare to klinik biasa. Tapi suntikan ni x terdapat di KKIA ye.

Kalau tanya pun, dorang akan cakap government tak supply..Siap takutkan cakap amek depo boleh kering kan susu. Nan ado sebenar nya.

Kerajaan ada menyedia kan suntikan depo dan boleh diambil di klinik LPPKN berharga RM36 untuk 3 bulan. Murah kan? Untuk ibu breastfeed pon ku rasa jangan risau sebab nya setelah jab ku yang ke3 alhamdullilah susu still ada sampai sekarang.

Aku tak alami side effect kenaikan berat badan / pening kepala. Cuma nya period jadi haywire. Kalau datang pun stain je. Kadang-kadang stain yang lama dalam seminggu.. kadang-kadang 3 hari je.

Tapi untuk long term, tak boleh ambil melebihi 2 tahun sebab dikhuatiri boleh menyebabkan tulang rapuh. Selain tu, paras kesuburan menjadi rendah. secara purata dalam 10-12 bulan.  Means even dah stop cucuk, kebarangkalian untuk mengandung kembali lambat.

Apa pon pilihan di tangan kita. Aku stop makan noriday sebab selalu lupa. Jadi jalan terbaik cucuk je terus. Bukan x anak ye, tapi aku ada masalah kesihatan. Once everything dah ok insyallah akan tambah produksi. Siapa tak nak anak ramai kan..

Long Hiatus

Hiiii…

Lama sangat dah rasanya blog ni kesawangan. Malas yang besar buat kan blog ni kesepian.

Life still macam biasa. Aku still surirumah. Mood nak cari kerja dah kelaut. Ade few kerja reject sebab x sampai hati nak tinggalkan Hannah pepagi. Salute dengan working mom yang ade kekuatan untuk pergi kerja. To me, memang x sanggop.

Hannah pon dah nak masuk 2 tahun bulan depan. Means 2 tahun gak lah aku tak kerja. Walaupun hidup tak semewah mana tapi alhamdullilah. Ada gak soksek cakap rugi belajar tapi xkerja. Mulut orang kan.. lupa agak nya rezeki ALLAH bagi. Asal niat baik xde nya rugi.

So kesimpulan nya, bagi aku..tak salah kita tak kerja even kita ada kelulusan. Kalau dah duduk rumah lagi berbaloi, better duduk rumah. Siapa cakap duduk rumah busan? Kemas rumah, jaga anak & masak dah cukup buat kita tak menang tangan nak rasa bosan.

 

IMG_6383

Tuesday, March 19, 2013

MNG Inspired Long Skirt

IMG_5902

 

4 warna kesemua nya. RED, ELECTRIC BLUE, YELLOW MUSTARD & MINT

 

long Skirt made from soft crepe chiffon with lining.
Price : RM 50 exclude postage

Insterested???
PM/ leave message to Zesty Zaynor
Email : zestyzaynor@gmail.com
What's app : 0133987854

Soft Cotton Knit Jumper Murah

IMG_5880IMG_5882

IMG_5875IMG_5868

 

Semua adalah berharga RM20 tak termasuk postage.

Material dari soft cotton knit. sangat selesa dan tidak panas.

Size adalah free size. Yang size L pun bole muat. Secret telling smile

 

 

Interested?

PM/ Comment /

Email to zestyzaynor@gmail.com /

Whatsapp 0133987854

 

Loose Peplum by ZESTY Zaynor

IMAG1482

 

Ada 4 warna semua nya. Size adalah free size. Aku yang size L ni pun muat jugak. Harga RM35 tak termasuk postage. Jom siapa cepat dia dapat sebab sekarang ni pun dah tinggal sikit aje..

 

Interested?

PM/ Comment / Email to zestyzaynor@gmail.com / What's app 0133987854

Cotton Shawal dari ZESTYZaynor

 

Ini adalah latest collection dari ZESTYZaynor. Material daripada cotton yang tak panas. Nipis tapi x jarang. Lebar pun adalah sangat lebar, boleh menutup hijab. Lerang 60” punya bukaan nya.

 

IMAG1483

 

DIAN PELANGI INSPIRED

RM18 (EXCLUDE POSTAGE)

COLOR : Purple

 

IMAG1485

 

2TONE PURPINK

RM18 (EXCLUDE POSTAGE)

COLOR : Purple to PInk

IMAG1487

 

PURPLE HORSIE

RM18 (EXCLUDE POSTAGE)

COLOR: Cream

 

IMG_5893

 

SALSABILA

RM18 (EXCLUDE POSTAGE)

COLOR : Black & white

Interested?

PM/ Comment / Email to zestyzaynor@gmail.com / What's app 0133987854

Monday, February 25, 2013

Stylish Cardigan (Cotton)

 

COTTON CARDIGAN ADALAH OUT OF STOCK. SORRY..

 

 

 

IMG_5740

Rafflesia Cotton Cardigan
Price : RM 30 (exc postage)
Colour: cream
Material: thick cotton
Free size

IMG_5742

Rafflesia Cotton Cardigan
Price : RM 30 (exc postage)
Colour: Dull Pink
Material: Thick cotton
Free size

Interested?

Email to zestyzaynor@gmail.com / click FB Zesty Zaynor

Stylish Cardigan & Blazer (Chiffon)

chintakami

Agogo Chiffon Cardigan
Colour: Mint

 

chintakami

Agogo Chiffon Cardigan
Colour: Electric blue

chintakami

Agogo Chiffon Cardigan
Colour: Pinkish Peachchintakami

Kimono Chiffon Blazer (Belt not included)
Colour: Creamy Choco

Price : RM 35 (exclude postage)
Material: Chiffon
Free size

Interested?

Email to zestyzaynor@gmail.com / click FB Zesty Zaynor

Peplum Dress

chintakami

chintakamichintakami

Material peplum : lycra (STRETCHABLE)
Free size, recommended for -S-M-L
Measurement:
Shoulder : 33cm (stretchable!)
Sleeves : 65cm
length : 145cm (Fit for 165cm and below)
Model height : 163cm

Price : RM 55 (exclude postage)

Interested? Email zestyzaynor@gmail.com / FB Zesty Zaynor

Baby Baru

Lately aku sedikit sibuk urus kan kelahiran baby baru aku.

Setelah lama berbincang dan berfikir, aku decide nak buat online business since aku memang duduk rumah saje.

Aku plan nak buat secara serius maka segala nya adalah documented. Even business aku ni pun didaftarkan dengan SSM.

Segala nya berjalan lancar, maka lahir lah Zaynorsuhada Enterprise. Ni nama company aku. Nama label aku Zesty Zaynor.

chintakami

Aku tak fokus pada satu jenis barangan saja. Setiap masa aku akan cuba pelbagaikan barang jualan.

Method jualan adalah online maka kedai aku adalah dialam maya.

 

Kedai FB : Zesty Zaynor

Website : http://www.zestyzaynor.com.my/home

Twitter : https://twitter.com/ZestyZaynor

 

Selain itu, aku belum ada fizikal kedai lagi. Akan tetapi those yang berminat nak COD, you are welcome. tapi area yang dekat dengan rumah aku lah.

Harap kamu semua doakan aku berjaya. Terima Kasih in advance for your doa.

Wednesday, February 20, 2013

Amah Dera Bayi

Sekarang tengak kecoh pasal amah Indonesian yang dera baby 4 bulan. Selamber je dia dok lambung banting baby tu. Alhamdulillah dah kena penjara 20 tahun. Kesian dia, masa muda terbazir dalam penjara.

Asri tak sanggup tengok sebab tak sampai hati. Tak tengok pun dok lah dia bebel and geram. Aku yang tengok ni bukan setakat geram, sakit hati, marah, benci semua ada. Memang tak ada hati perut agaknya maid Indon tu. Kalau lah perkara tu jadi kat Hannah ataupun suku sakat aku, aku takut aku yang ke dalam sebab belasah maid tu dulu kot. Apa pun aku memang tak kan simply lepas kan orang yang usik anak dan family aku.

Tapi ada jugak yang mulut jahat marah mak tu bekerja. Helloooo kepada orang yang bagi komen longkang. Most of working mom keluar bekerja dengan hati yang tak tenang. Dengan berat hati tinggal kan anak dan keluar bekerja. Keadaan sekarang memaksa perempuan untuk bekerja sekali.

Living cost especially for family yang ada anak bukan murah ye. Sebab tu perempuan terpaksa keluar bekerja untuk sama menyara keluarga. Dari salah kan ibu keluar bekerja kenapa kau tak salah kan harga barang yang mahal macam hape.. Harga sewa rumah yang melambung. Semua tu penyebab ibu terpaksa keluar bekerja.

Dah cukup bagus mak baby tu siap pasang CCTV untuk dia pantau anak dia while dia kat ofis. Tu pun orang nak bermulut longkang menyalah kan mak.

Aku syak sape yang komen longkang salah kan working mom penyebab anak kena dera pun ada mental problem sama macam amah Indon tu.

Monday, February 18, 2013

ZZ Sup Tulang

Antara famous spot makan dekat JB. Tempat dia sempoi je tapi jengan memain ramai artis dah datang makan. Dekat kaunter ada lah gambar few celebriti yang pernah datang.

Servis agak tip-top sebab nya segala nya cepat tak payah nak tunggu lama. Even ramai orang tapi waiter mereka cepat datang serve. Makanan pun xpayah nak tunggu lama.

Antara menu yang special mereka Sup Tulang, Mee Rebus Tulang, Mee Hoon Sup Daging, Soto Ayam, Bubur Nasi, Lontong Kering dan Nasi Ayam Penyet.

Harga pulak agak berpatutan. Mee rebus tulang harga RM8.50. Menu lain aku kurang pasti tapi harga agak berpatutan takde lah cekik sangat.

 

chintakami

mi rebus tulang yang enak

chintakami

 

Kawasan makan dia berkonsep open-air. Duduk di bawah pondok samada bersila atau pun dia atas bangku batu.

Ni alamat

Jalan Petri, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

(Landmark: JKR Daerah Johor Bahru)

Saturday, February 16, 2013

Wedding di Dewan Perdana Felda

First time pergi wedding yang super formal.Kutuk lah kata aku jakun tapi aku sangat kaget.

Sebelum ni main redah je wedding bising. Datang duduk, makan n sembang.

Kat sini, meja dah ada nama. Ada aturcara kena ikut. Paling penting obviuosly tak boleh nak memakak sakan. Sila hormati majlis.

Hannah macam biasa, tak reti nak duduk diam. So the reason why kids not allowed to this formal ceremony sebab normally they are hard to control. Kitorang sampai fikir nak balik je tapi bila fikir kan tuan rumah so terpaksa mengawal anak dalam kepayahan.

Walaudemikian,it was beautiful wedding. Makan sedap, door gift best, tempat cozy gila. Pengantin yang cantik. The best part boleh jumpa rakan-rakan yang dirindui. Cewaaah…

 

chintakami

 

chintakami

chintakami

Friday, February 15, 2013

Ubat Demam Hannah

Dah lama nak share tapi asek lupe je.

Since lepas Hannah kena tonsil menanah dulu, masa tu dia 6@7 bulan kot. Doctor suggest Hannah consume Vitamin C sebab kalau ikut record Hannah mudah demam.

Bila doctor suruh, maka kami pun bergegas ke farmasi untuk mencari Vitamin C Hannah.

Ada banyak jenis Vitamin. Macam2 brand, macam2 khasiat, macam2 harga. Dalam kepelbagaian tu aku pilih Seven Seas. Rasa oren.

Antara range paling murah adalah Scott tapi Scoot tidak mengandungi Vitamin C. Cuma ada minyak ikan kod. Seven Seas a bit pricey among yang lain.

Komen aku ; kami sangat puas hati.

Alhamdullilah Hannah jarang demam, kalau seseme boost kan vitamin C then insyallah cepat je baik. Tak payah makan ubat. As we know, ubat2 tu semua banyak buruk dari baik nya. Lebih lebih lagi kalau bagi selalu. Boleh merosak kan buah pinggang anak.

 

chintakami

Wednesday, February 13, 2013

Cuti CNY 2013

Rasa nya dah lama The Burns tak pergi holiday. Untuk para makhluk halus ni kalau holiday means berendam kolam bagai nak rak.

 

Desaru menjadi pilihan kali ni since Maybank ada facilities kat sana. So untuk accomodation dah tak payah nak pening fikir.

 

Percutian 3 hari 2 malam di Maybank Apartment Desaru. Nama je dekat dengan pantai tapi bebuedak ni sikit pun x ke pantai. Semua dok bantai mandi kolam selagi boleh.

 

chintakami

 

rezeki The Burns dapat apartment bawah depan kolam. Memang berendam sakan lah. Kebetulan the day kami check in tak ada orang so memang masing2 bermaharajalela berendam tak ingat dunia.

 

chintakami

 

Antara games pagi sabtu. Cari gula-gula dalam kolam. Habis rosak gula-gula berendam.

chintakami

 

Macam biasa bila The Burns berkumpul all the cucus akan sembahyang jemaah and followed by taklim lepas solat.

 

 

chintakami

 

BBQ masa malam last

 

chintakami

 

Sesi penyampaiana hadiah yang berkonsep semua adalah pemenang tiada yang pengalah maka semua orang bawak balek hadiah.

 

 

Bagi aku percutian keluarga adalah sangat penting. Boleh berehat lari dari rutin harian. Boleh mengeratkan silaturahim. so sesekali memang kena lah bawak family pergi bercuti walaupun dekat dan kejap.