Sekarang tengak kecoh pasal amah Indonesian yang dera baby 4 bulan. Selamber je dia dok lambung banting baby tu. Alhamdulillah dah kena penjara 20 tahun. Kesian dia, masa muda terbazir dalam penjara.
Asri tak sanggup tengok sebab tak sampai hati. Tak tengok pun dok lah dia bebel and geram. Aku yang tengok ni bukan setakat geram, sakit hati, marah, benci semua ada. Memang tak ada hati perut agaknya maid Indon tu. Kalau lah perkara tu jadi kat Hannah ataupun suku sakat aku, aku takut aku yang ke dalam sebab belasah maid tu dulu kot. Apa pun aku memang tak kan simply lepas kan orang yang usik anak dan family aku.
Tapi ada jugak yang mulut jahat marah mak tu bekerja. Helloooo kepada orang yang bagi komen longkang. Most of working mom keluar bekerja dengan hati yang tak tenang. Dengan berat hati tinggal kan anak dan keluar bekerja. Keadaan sekarang memaksa perempuan untuk bekerja sekali.
Living cost especially for family yang ada anak bukan murah ye. Sebab tu perempuan terpaksa keluar bekerja untuk sama menyara keluarga. Dari salah kan ibu keluar bekerja kenapa kau tak salah kan harga barang yang mahal macam hape.. Harga sewa rumah yang melambung. Semua tu penyebab ibu terpaksa keluar bekerja.
Dah cukup bagus mak baby tu siap pasang CCTV untuk dia pantau anak dia while dia kat ofis. Tu pun orang nak bermulut longkang menyalah kan mak.
Aku syak sape yang komen longkang salah kan working mom penyebab anak kena dera pun ada mental problem sama macam amah Indon tu.
No comments:
Post a Comment