Aku menulis bukan sebab aku nak meriak. Tapi aku nak meng review kereta ini walaupun Nissan x bayar aku satu sen pon tapi untuk those yang tengah survey ini kereta, aku sangat lah mencadang kan.
Dalam pemilihan kereta, perkara pertama yang aku akan tengok adalah fuel efficiency. Sebab nya kang kalau kereta kuat makan minyak mau tak bergerak kereta aku kot. Sudah lah harga minyak dah naik, kereta parak minyak.. Memang duduk rumah je lah camtu. Ok, untuk F.E dia, Almera adalah di tahap mampu. 16sen/km. Ini untuk Auto dan aircond on. Time jam pon naik paling mahal 18sen/km kot. So kalau manual murah sikit kot. Aku balik melaka minyak RM15 je. Jimat kan…
Selain minyak, keluasan kereta adalah penting since this will be our family car. Interior design dia adalah luas dan bagi aku agak cun. Dalaman sangat lah spacious. Sesuai sangat nak angkut ramai orang.
Last kriteria yang aku tengok maintenance. Ni pun kena pertimbangkan. Kang sekali servis kene sampai beratus tak ke pitam (untuk golongan berpendapatan macam aku). So maintenance ku ambil kira juga. Nak beli kereta, bukan setakat fikir mampu bayar monthly, tapi kena fikirkan jugak side cost dia macam minyak dan maintenance. Untuk maintenance dia, 1st servise around RM140 and service biasa dalam RM100. 1st major RM400. Ini semua memang dah state dalam website Tan Choong. So kita boleh buat estimation budget before hantar pergi service. Takde lah terkejut bila dah sampai service center.
Kebaikan lain yang kami dapat bagi aku adalah bonus. Dari segi pemanduan sangat selesa.. xde rasa gegar bila bawak laju. Lagi satu service yang Nissan tawarkan bagi aku adalah terbaik. Even after sale service pon tiptop. Salesman dorang memang dah di train untuk appreciate customers kot.
No comments:
Post a Comment