Saturday, November 2, 2013

Hannah & Durian

Durian adalah sejenis buah yang paling sedap (bagi aku). Oh, Asri pun sama gilakan durian. Kami boleh makan berbiji-biji. Panas belakang kira yang penting enjoying durian is heaven. Masa pregyHannah pun ku bantai makan durian jugak.

Kalau kat kampung lagi best sebab boleh makan durian yang fresh baru jatuh and its free. Lagi lah bertambah keenakan nya. Durian kampung pun sedap tau.. Tak yah nak Musang King sangat. Ni pun dah cukup King rasa dia.

Akan tetapi,puteri kecik ini boleh tak suka durian. Bukan setakat tak nak makan, bau & tengok pon tak nak. Sangat penggeli. Siap tak kasi babah dia makan durian. Beriya panggil Asri tak kasi makan sebab dia geli. Siap diuwek kan bau durian tu.

Macam-macam cara aku buat nak bagi Hannah makan durian even paksa suap kemulut dia.. dia boleh muntah kan balik. Seriously memang dia tak suka tahap menyampah kot durian ni. Hahaha..

Dulu aku selalu rasa orang taknak makan durian ni rugi. Now Hannah pun dah joint golongan tak suka durian. Rugi nak oi tak suka durian. Aku still mengharap kan Hannah akan suka durian satu hari nanti.

chintakami

No comments:

Post a Comment