Assalamualaikum..
Hari ni aku nak cerita pasal pengaruh Ipad. Budak zaman sekarang ni rata-rata kecik lagi daha da gadget masing-masing. Tak kisah lah ipad ke, tablet ke.. Yang penting masing-masing umur setahun dua dah ada okeh.
Bagi aku, ada baik nya gadget ni. Ada jugak budak belajar dari ipad/tablet. Kenal ABC sebab main apps dalam gadget mereka.
Tapi aku rasa kesan buruk dia pun banyak jugak. Aku ada satu contoh. My friend punya story. Since both parents kerja, so memasing agak kekurangan tenaga nak melayan anak main. Maka Ipad menjadi penyelamat. Bagi je Ipad anak pun diam main sorang2. Masalah timbul bila mak nya hantar masuk tadika at the age of 4. First complaint dari cikgu, anak dia tak boleh nak nak fokus dalam kelas. 2) Anak dia pasive . 3) The worst part, anak dia tak boleh nak melompat, jari yang function hanya jari telunjuk dan mata sedikit juling.
To make it short, setelah diinvestigate by doctor, ini berpunca dari Ipad. Since then the parents simpan Ipad and anak dia dipaksa joint physical activity. Ipad/gadget diharamkan sama sekali. Baru lah anak dia slowly jadi normal kids.
Itu kesan terhadap diri sendiri, dalam hubungan social pun turut terjejas. Habis tu, bila berkumpul masing-masing mengadap gadget. Bila kala pulak nak berborak dan bermain sesama kan. Solutions, bila berkumpol aku buat rules semua gadget kena simpan. Kalau tak,memang semua akan jadi anti social. And for Hannah, bila keluar memang kami tak bawak ipad.
Few month back, Hannah pun hampir-hampir jadi gila ipad. Since kat rumah ni memang tak ramai orang so Hannah cepat bosan. Jadi kadar kebergantungan dia kepada Ipad adalah tinggi. Celik mata cari ipad. Tapi situasi bertukar bila balik kampung. Dia tak heran pun ipad. Dok main lari lari keluar masuk rumah.
Berbalik kepada kerbergantungan ipad, dia hilang minat kat Ipad bulan lepas sejak aku tambah toys dia. Since dia suka masak2, so aku pelbagai kan toys masak2 dan apa2 toys yang dia nak. Beli toys tak semestinya mahal. Macam Hannah, aku beli kan je yang RM10 sepeket. Cukup lah tu kan. Janji banyak. Budak bukan tau jenama/tak jenama/ mahal/ murah. Yang penting dia boleh main. SInce then, dia banyak main dengan toys compare to ipad.
Eh melalut dah.Ok, lah as the conclution, gadget ni ada baik dan buruk. Ada jugak parents guna nak soothing anak bagi dok diam jap kalau makan kat kedai. Macam tu takpe lah. Tak salah ada gadget tapi jangan bergantung sangat. Guna with limit.
No comments:
Post a Comment