Assalamualaikum..
Kembali bersiaran di bumi Kuala Lumpur nan boring.
Malam semalam dah sampai KL semula and as always jam before Seremban. Kali ni sebab ada accident tapi tak nampak pulak keterukan disitu. Sekarang ni kalau balik KL on Sunday memang jam je keje. Perjalanan dari 2jam selalu boleh cecah sampai 3jam. Cramp bontot dok lelama dalam kereta.
Balik kampung as always, sentiasa full dengan aktiviti makan. Kebetulan tengah musim durian.. so memang durian galore lah kami. Breakfast, lunch, dinner, supper & hi tea sentiasa lah makan durian. Tambahan menu ayah masak yang memang tak boleh nak tolak. So dari pagi sampai tidur memang makan je keje.
Ni lah masalah bila duduk kampung.. Ayah memang kerja dia asek masak dan paksa orang makan. Masakan ayah kot, masak sambal ikan bilis pun sedap menjilat jari. Tapi as ussual, menu wajib setiap hari adalah asam pedas. Tapi dah nama pun orang melaka, hari hari makan pun x jemu.
Walaupun dah 3 tahun duduk KL, setiap kali nak balek KL perasaan nya adalah seperti kucing kehilangan anak. Tak tentu arah tak tenteram dan tak happy langsung. Maka setiap kali nak balik mesti ada drama untuk Asri sebab ai is emo tak nak balik KL. Macam budak2 tapi hati dan perasaan memang tak boleh dibendung kan…
OK lah… how your weekend guys..Hari ni hari super bizi sebab nak melayan kain yang bergunung..
No comments:
Post a Comment