Start bulan ni Asri dah tukar kerja baru. Dimana syarikat baru ini ada sedikit kedekut dalam mengoveri bab-bab kesihatan. Tak macam di bank rimau dulu.. Medical coverage adalah unlimited untuk anak beranak. Tetapi tidak dicover isteri yang selain isteri pertama.. anak2 bukan dari isteri pertama jugak tidak mendapat coverage. So dengan itu kami hidup dalam keadaan sangat bersyukur sangat since tak yah fikir pasal medical cost. Monthly jab anak pon dicover ye.. Betapa pemurah nya bank rimau itu.
Syarikat baru ini hanya memberi unlimited medical cover kepada staff nya sahaja. Anak isteri staff diabaikan disitu. Ada cover tapi dengan cap yang sangat kedekut ku rasa. Katil hospital pun RM100/day. Kedekut kan.. Bila macam ni rindu plak syarikat lama. Akan tetapi tak kan nak patah balik sebab masalah ini. Mestilah tidak jawapan nya.
Maka terpaksa lah dipikirin kembali tentang insurance. Dimana kami tak pernah terfikir pun sebelum ni. Atas dasar menyukuri nikmat yang ada sebab tu lah malas nak fikir pasal insurance since everything cover. Now dah sampai masa nya kot.
Tak salah kalau x ada insurance. Masuk je lah hospital kerajaan. Tetapii… ramai yang tau servis dia macam mana kot.. since kami pun ada banyak sangat memori yang tak nak ingat dengan perkhidmatan ini maka nya sebab tu berusaha juga untuk mencari alternative lain. Bukan kutuk/ tak suka hospital gomen ni tapi semua nak yang terbaik kan.. Paling utama bila melibatkan anak.. Kita pun tak sanggup nak tunggu bila sakit.. Bila anak sakit mestilah lagi nak cepat dapat kan rawatan kan.. Sebab tu insurance menjadi pilihan.
Akan tetapi still dalam kerunsingan sebab tak tau apa yang bagus. Kalau googel, top insurance like Prudential ada gak bad story about them.. tapi ada gak yang bagus nya. 2nd option Great Eastern and 3rd Etiqa. Untuk Great Instance info just dapat kat google itupun dari agent nya dan sudah pastilah semua yang best saje. Etiqa dapat good review from our close friend.. Dia bukan agent tapi customer so quite reliable lah kan.
Antara kriteria yang aku nak, for me can use sampai umur tua 70-80 tahun nanti which offer by Great Eastern. And for Hannah medical & education sekali. Pening dah ni dok menggugel.
No comments:
Post a Comment