Monday, January 21, 2013

Keguguran

Perkara paling sedih berlaku pada tahun 2012 bila aku keguguran. Masa tu baby baru 10 minggu.

 

Sebenarny pregnancy kali ni adalah surprise. Dalam aku makan pil perangcang tapi still lah terlekat jugak. REzeki ALLAh nak bagi kan. Buat macam mana pun tetap ada. Walaupun di awal kehamilan doktor memang ada cakap agak beritahu pregnancy aku berisiko tinggi sebab nya masa tu Hannah baru 10 bulan (aku deliver Hannah tru c-sect so paling selamat 2 tahun). Aku still go on sebab nya dah rezeki. Insyaallah semua nya akan jadi ok.

 

Masa 5 weeks pregnancy, ada spotting. 2 hari spotting with fresh blood tapi tak banyak. Aku pergu scan and doktor cakap semua nya ok. Masa tu aku kena makan ubat kuat kan rahim dan kalsium. Mahal okeh ubatan ini tapi demi baby aku sanggup asalkan baby selamat. Doctor pesan kurang kan breastfeed and angkat Hannah.

 

Cakap pasal Hannah, since aku pregy dia isap susu sangat lah rakus, bila malam tak nak lepas. So sepanjang malam mulut dia dok letak je kat tek. Bila tarik time tu lah dia tengah isap. Kang marah kemain merajuk nya. Perangai pulak menjadi-jadi sensitif dan nak dukung. So nasihat doktor pasal penjagaan Hannah memang aku tolak tepi.

 

Since Hannah makin menjadi-jadi perangai nya, aku decide balek kampung senang ada orang nak tengok-tengok kan Hannah. Oh, since pregy sakit pinggang aku makin teruk sampai kadang-kadang tak boleh bangun. Ni risiko yang doktor cakap dulu sebab aku pernah jatuh and tisu aku belum berapa baik sangat.

 

Aku ingat lagi, masa tu magrib, hari Isnin. Rasa macam senggugut and keluar spotting. Since aku pernah alami benda ni so buat rileks je. Tapi makin lama makin banyak pulak keluar darah nya. Berketul-ketul darah yang keluar. Lagi banyak dari period. Masa ni aku tau aku dah keguguran.

 

Memula rasa sedih sangat.  Apa pun aku redha sebab ini yang terbaik untuk kami.

 

Maka bermulah edisi berpantang ala koboi sebab aku cam malas nak pantang sangat since aku baru 10 weeks masa tu. Nasib baiklah tak kena D&C sebab masa first day bleeding tu dah keluar semua. Cuma darah nifas aku agak lama. Dekat 3 minggu baru clear. Pelik kan. Nanti aku cerita kat next entry sebab nya.

No comments:

Post a Comment