Wednesday, January 16, 2013

Arahan baby

Walaupun tak pandai cakap, tapi Hannah memang suka bagi arahan. The most tricky part nak paham kan apa yang dia nak based on gaya dia. Naseb lah instinct ibu selalu betul. So aku teka based on gerak hati je.

 

Tapi dah 2 @ 3 hari ni Hannah macam dah faham kita punya arahan pulak.

 

Dah boleh nak suruh dia sikit2. Kalau nak simpan baju kotor, dia amek baju kotor and put in laundry basket. Bukak kipas dah boleh cuma tekan je tak boleh. Action kena ada.

 

Tapi yang paling jadi masalah besar, kalau disuruh amek baju. Actualy kalau tak suruh pun dia akan rajin amek baju dia. Sekali dia kaut, habis semua baju dia bawak keluar lepas tu nak tukar baju.

 

Selain dari aktiviti hobi memasak dia, Hannah dah pandai ajak orang main sesama dengan dia. Nanti dia tarik lah sesape duduk kat bakul mainan or tempat main dia. Kalau ajak, makna nya paksa rela kena main jugak dengan dia or else dia akan kacau kita tak kasi buat apa yang currently kita tengah buat.

 

Bila tengok plain life Hannah yang suci, rasa tenang je. Indah je dunia kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment