Wednesday, January 23, 2013

Sengkuang di Taman

Hari tu pergi taman tengok ada few stall jual sengkuang.

 

Im not the fan of sengkuang tapi since ramai sangat yang menjual seems tengah in benda ni. Asri pun cakap budak office dia sebuk suka makan sengkuang ni.

 

So aku pun give a try. Besar ok sengkuang ni. Lebih kurang besar tapak tangan kot and tebal dalam setengah cm. Aku rasa lah. Harga Rm1.

 

chintakami

ni lah rupe sengkuang kegemaran ramai tu

 

Yang kaler merah tu sos dia. Rasa macam masam2 sikit tapi tak ingat lah apakah nama nya. Lepas tu tabur kacang hancur. To be honest, aku rasa benda ni tak sedap. TAPI, bagi tekak aku lah. Tak tau lah kalau orang lain rasa enak sangat.

 

Bagi aku kalau datang taman, satey ikan lah yang paling heaven sekali.

Tuesday, January 22, 2013

Sambutan Tahun Baru 2013

Bagi The Burns, sambutan tahun baru adalah sambutan hari jadi ayah. Tapi tahun ni terpaksa buat awal 2 hari.

 

chintakami

 

Mulai tahun ni ada bertambah lagi seorang new year baby. Naili anak along yang bungsu pun lahir pada 1 Januari. So sambutan tahun ni ada kek untuk Naili pulut kuning untuk atok.

 

Simple celebration , makan-makan anak beranak je. Yang penting bila famly berkumpul makan simple pun jadi sedap.

 

chintakami

 

menu adalah simple. soto, sate, pulut kuning dan kari & kek

 

chintakami

pulut kuning ayah. tahun ni ayah dah 70 tahun

 

chintakami

ayah dan cinta hati nya

yang menyelit atas riba atok tu tak lain tak bukan, Hannah. Dia konker atok cam dia punya sorang

 

chintakami

 

the burns 2012

tak ada dalam gambar anyah n co & bancik.

Monday, January 21, 2013

Keguguran

Perkara paling sedih berlaku pada tahun 2012 bila aku keguguran. Masa tu baby baru 10 minggu.

 

Sebenarny pregnancy kali ni adalah surprise. Dalam aku makan pil perangcang tapi still lah terlekat jugak. REzeki ALLAh nak bagi kan. Buat macam mana pun tetap ada. Walaupun di awal kehamilan doktor memang ada cakap agak beritahu pregnancy aku berisiko tinggi sebab nya masa tu Hannah baru 10 bulan (aku deliver Hannah tru c-sect so paling selamat 2 tahun). Aku still go on sebab nya dah rezeki. Insyaallah semua nya akan jadi ok.

 

Masa 5 weeks pregnancy, ada spotting. 2 hari spotting with fresh blood tapi tak banyak. Aku pergu scan and doktor cakap semua nya ok. Masa tu aku kena makan ubat kuat kan rahim dan kalsium. Mahal okeh ubatan ini tapi demi baby aku sanggup asalkan baby selamat. Doctor pesan kurang kan breastfeed and angkat Hannah.

 

Cakap pasal Hannah, since aku pregy dia isap susu sangat lah rakus, bila malam tak nak lepas. So sepanjang malam mulut dia dok letak je kat tek. Bila tarik time tu lah dia tengah isap. Kang marah kemain merajuk nya. Perangai pulak menjadi-jadi sensitif dan nak dukung. So nasihat doktor pasal penjagaan Hannah memang aku tolak tepi.

 

Since Hannah makin menjadi-jadi perangai nya, aku decide balek kampung senang ada orang nak tengok-tengok kan Hannah. Oh, since pregy sakit pinggang aku makin teruk sampai kadang-kadang tak boleh bangun. Ni risiko yang doktor cakap dulu sebab aku pernah jatuh and tisu aku belum berapa baik sangat.

 

Aku ingat lagi, masa tu magrib, hari Isnin. Rasa macam senggugut and keluar spotting. Since aku pernah alami benda ni so buat rileks je. Tapi makin lama makin banyak pulak keluar darah nya. Berketul-ketul darah yang keluar. Lagi banyak dari period. Masa ni aku tau aku dah keguguran.

 

Memula rasa sedih sangat.  Apa pun aku redha sebab ini yang terbaik untuk kami.

 

Maka bermulah edisi berpantang ala koboi sebab aku cam malas nak pantang sangat since aku baru 10 weeks masa tu. Nasib baiklah tak kena D&C sebab masa first day bleeding tu dah keluar semua. Cuma darah nifas aku agak lama. Dekat 3 minggu baru clear. Pelik kan. Nanti aku cerita kat next entry sebab nya.

Thursday, January 17, 2013

Sabun Boom

Pernah dengar tak pasal sabun BOOM.

 

Ala yang iklan salleh yaakon tolong wife dia basuh baju yang banyak gila tu..

 

First time aku try sabun ni sebab kata nya under sabun dynamo tapi version murah so aku pun nak try lah since dynamo antara sabun yang bagus.

 

Dari segi harga memang murah. Aku rasa paling murah kot. 800g harga dia RM3 je.

 

Bau pun wangi sangat. Aku kan duduk kat rumah kotak so idai baju memang dekat balkoni which tak berapa jumpa matahari.Adalah cahaya masuk sikit ikut tingkap kat tepi tapi x lah banyak cahaya nya. Amazingly, baju x bau kepam. Wangi je balcony aku ni even sampai ke esok nye memang bau sabun still melekat. Kat baju yang dah kering pun still ada bau sabun lagi. Bau dia memang terbaik lah.

 

Cuma tahap pembersihan dia adalah tak berapa eficient sangat. Kesan minyak dan kesan coklat tak hilang. Sebelum ni aku pakai TOP okie je hilang segala kotoran. Masuk je mesin hilang semua tak payah nak sental bagai.

 

So aku rasa sabun BOOM ni sesuai untuk pembasuhan yang light je. Setakat basuh baju kerja yang x de stain ok lah kot. Tak pun kalau ada kotoran degil mungkin kena pakai extra sabun macam letak vanish ke or apa2 penanggal kotoran.

Wednesday, January 16, 2013

Carrefour Clearance Sale 2013

Semua orang tau kan Aeon dah beli Carrefour. So after this Carrefour akan bertukar menjadi Aeon Big.

 

Since dah bertukar management, Carrefour tengah buat clearance sale besar-besaran. Ada certain things memang murah gila.

 

Baju perempuan lengan panjang RM10, lengan pendek RM5. Begitu jugak dengan mens department. Kemeja harga RM10 je. Tapi tak semua barang yang dia jual murah. NI antara yang aku nampak. Cadar brand Carrefour pun murah as low RM 33 kot.

 

Cuma barang-barang ada yang macam buruk sikit. Yang ni aku tengok kat Carrefour Kepong je. Kalau rajin aku merayap Carrefour lain pulak nanti.

 

Apa yang aku nampak, penyebab utama Carrefour ni boleh bankrup sebab harga mahal, tak ada point for shoppers and dia tak maintain premises dia so nampak macam suram je nak masuk.

 

NI based on apa yang aku rasa lah. Pasal harga, antara Carrefour & Tesco, Carrefour mahal lagi.

Arahan baby

Walaupun tak pandai cakap, tapi Hannah memang suka bagi arahan. The most tricky part nak paham kan apa yang dia nak based on gaya dia. Naseb lah instinct ibu selalu betul. So aku teka based on gerak hati je.

 

Tapi dah 2 @ 3 hari ni Hannah macam dah faham kita punya arahan pulak.

 

Dah boleh nak suruh dia sikit2. Kalau nak simpan baju kotor, dia amek baju kotor and put in laundry basket. Bukak kipas dah boleh cuma tekan je tak boleh. Action kena ada.

 

Tapi yang paling jadi masalah besar, kalau disuruh amek baju. Actualy kalau tak suruh pun dia akan rajin amek baju dia. Sekali dia kaut, habis semua baju dia bawak keluar lepas tu nak tukar baju.

 

Selain dari aktiviti hobi memasak dia, Hannah dah pandai ajak orang main sesama dengan dia. Nanti dia tarik lah sesape duduk kat bakul mainan or tempat main dia. Kalau ajak, makna nya paksa rela kena main jugak dengan dia or else dia akan kacau kita tak kasi buat apa yang currently kita tengah buat.

 

Bila tengok plain life Hannah yang suci, rasa tenang je. Indah je dunia kanak-kanak.

Tuesday, January 15, 2013

Chinese new Year Sale

Sekarang ni mana-mana dah start CNY sale. Seronok nya tengok sale bergantung kat mana-mana.

 

Last week sogo buat warehouse sale. 24 & 25 pun sale lagi. Based on experience aku sogo warehouse sale memang terbaik. Sebab nya barang yang di sale memang still ok lagi evend a 70%.

 

Itu kat Sogo.

 

OU pun sale merata-rata. Naik stress pulak aku tengok. Naseb baek Jakel tak sale. Kalau tak mau aku kena rasuk hantu nak beraya kejap kot.

 

Tapi masa kat OU aku dah separuh nanar. Handbag leather Michkel Kors tinggal 700. harga asal 1700 camtu lah. Dah lah aku da lama nak MK. Boleh pulak time macam ni dia buat sale gegile. Tapi memandangkan handbag bukan priority maka telan air liur je lah.

 

ZARA pun sale. Tshirt baby start from RM12. Dalam tak nak beli pun terpaksa beli sebab murah sangat kot. Baju pasar malam pun tak dapat harga macam ni.

 

Masuk Isetan pun sama. Baju budak boleh buat aku sawan kejap. Tapi yang paling best aku rasa pyjama. Banyak pulak pyjamas comel-comel. Sebelum ni aku cari time sale hari raya takde pulak keindahan macam ni. Uish sangat tak adil aku rasa.

 

Lepas ni kalau nak good bargain aku rasa kena start shopping time CNY sale. Baru puas hati rasa berbaloi kot.

Monday, January 14, 2013

Panji Langit

Alhamdullilah satu lagi kumpulan ajaran sesat tertangkap.

 

Aku rasa bersyukur sangat kumpulan ni telah tertangkap. Kalau tak makin ramai pulak yang terpesong akidah nya.

 

Menurut berita, kumpulan ini bertapak di Jasin. Ketika ditangkap rumah dia ( tak sesuai nak guna beliau) penuh dengan senjata. Kalau ikut kan gosip orang kampung, kata nya nak melawan dajal.

 

Kumpulan ini mendakwa kiamat ataupun disaster sebelum kiamat akan muncul pasa 21.12.12. Alhamdullilah sampai sekarang masih ok je.

 

Para pengikut mereka juga adalah terdiri dari golongan extreme dimana walaupun ketua telah tertangkap tapi masih teguh percaya kan ketua nya.

 

Since masih menjadi kes polis tak boleh nak ulas lebih-lebih. Cuma aku berharap dan berdoa, kepada yang terlibat tolong lah kembali pangkal jalan. Bukak lah hari tu, tengok dengan akal fikiran. Dah banyak sangat contoh yang tak betul tak kan x nampak lagi.

 

Pelik sangat aku rasa sebab yang terlibat bukan orang calang2. Business man ada, imam, semua nya mempunyai akal yang waras. Kenapalah nak bertindak bodoh.

Thursday, January 10, 2013

Bahasa Hannah

Hannah sekarang ni dah berusia 13 bulan.

 

Setiap perkembangan dia, percakapan dia semua aku rekod kan. Sebab anak sulung kot. Semua rasa teruja. Tapi insyaallah adik2 Hannah pun aku akan ingat jugak. Cuma sekarang ni cuma ada dia saje so ingat dia je lah.

 

Di usia 13 bulan ni, Hannah dah belum boleh bercakap. Boleh lah tapi dalam bahasa alien dia. Yang jelas boleh sebot babah. Ummi dia sebut masa nak susu or time emergency. Lately baru pandai cakap nak. To be exact, masa 1st Jan. Kitorang pergi minum cool blog and dia ngecek nak air aku. bising mulut kata nak. Since then banyak lah perkataan dia akan guna nak. makan @ minum dia cakap mammammam..

 

chintakami

 

Orang cakap kalau dapat kaki dulu mulut lambat sikit. Hannah mula jalan jatuh tatih masa umur dia 10 bulan. Boleh jalan betul masa 11 bulan. Mungkin ada betul jugak cakap orang. Tapi aku rasa lambat sangat Hannah dapat cakap. Mungkin sebab aku tak sabar kot.

 

Bukan apa, kadang-kadang penat nak paham kan bahasa alien + bahasa isyarat yang Hannah guna. Naseb baik lah aku paham jugak apa yang dia nak. Mungkin naluri ibu kot. Tak payah cakap pun dah faham anak nak apa.

Wednesday, January 9, 2013

Blackberry & Android

Aku pernah tulis pasal BB & Iphone. Kali ni nak cerita pasal BB & Android. Jangan ada yang tersalah maksud dengan tulisan aku ni.

 

Tapi masa tu aku tengah gila kan BB. Konon BB lah terhebat. Sampai mereject segala kebaikan phone lain.

 

Setelah menggunakan BB selama hampir 2 tahun, aku rasa dah sampai masa untuk beralih arah. Sebab nya aku rasa macam fade-up plak dengan BB ni. Tak sangka akhirnya aku pakai touch skrin jugak akhir nya.

 

Dulu sebelum nak beli BB, Asri offer Iphone aku memang tolak mentah2. Sebab reason utama tak nak touch skrin. Now, amek kau. Sumpahan memakan diri. kwang kwang kwang…

 

Setelah memakai BB selama hampir 2 tahun, keindahan nye adalah sekejap saja. Ditambah pulak dengan kepesatan android yang semakin maju membuat kan BB semakin lama semakin busan.

 

Senang cita aku boleh conclude kan, BB adalah overated. Konon smartfon sangat tapi function adalah sangat limited. Maksud aku apps x berapa best compare dengan android.

 

Itu baru apps, perkara lain pun agak menyakit kan hati. Kalau aktif sangat surfing guna BB, sofware crash. It happens to me 4 times. Naseb baek Asri berjaya repair sendiri. Kalau tak, melayang duit aku.

 

Setelah beronak duri bersama BB, akhir nya aku beralih angin ke android jugak. Still tak berminat dengan Iphone.

 

Now im using android and aku rasa android lagi best dari BB. Apps banyak sangat menarik. Surfing pun mudah je. Memula typo memang jadi masalah utama. Dengan keadaan fon aku yang suka memandai-mandai predict word. Main skati dia je. Maka buat awalan aku menjadi ratu typo.

 

Tapi bak kata orang alah bisa tegal biasa. Now touch skrin bukan lah masalah besar bagi aku. In fact seronok pulak rasa.

 

Maka dengan ini aku rasa BB adalah overated dan android adalah seronok. weee…………..

Monday, January 7, 2013

Membuang Hitam di Perut Selepas Bersalin

Lepas deliver problem paling besar selain masalah berat badan, kulit yang penuh berdaki.

 

Kalau diingat balik, geli okeh. Kulit berkerak-kerak bagai. Setiap kali mandi and nak pakai baju rasa stress semacam. Tanya mak, mak kata normal. Tapi lepas seminggu deliver tak hilang pun kerak daki kat perut and leher.

 

Sebab tak tahan geli, aku sental guna scrub susu kambing. Memula cam takut-takut gak nak sental kat area perut since aku czer tapi bila kat tempat jahit pandai2 lah adjust kekuatan sentalan.

 

Alhamdullilah, lepas 2 minggu kulit aku back to normal. Dah takde kerak bagai. Good feeling ever bila tengok daki dah xde. Gigih menyental setiap kali mandi.

 

 

chintakami

ni lah yang aku guna nak menghilang kan daki kerak di badan. Harga dalam rm10 kot.

*gambar adalah kepunyaan google*

Friday, January 4, 2013

Simple Home Made Pizza

 

chintakami

 

Bahan-bahan nya adalah sangat simple.

 

1. Roti nan segera

2. Sos spagety ( Aku guna brand kimball je. Murah dan rasa sama je. Kalau rajin boleh masak dulu sos tu. Nak pedan tambah lah cili or apa2 bahan yang korang suka. Aku terus sapu je atas roti. )

3. Mozarella cheese

4 Topping adalah pelbagai. Kalau rasa nak makan dengan sosej, letak lah soseh sebagai inti. MAcam aku, aku guna ayam cincang ayamas. Masak dulu atas kuali baru jadikan inti.

5. Hiasan – cendawan dalam tin, capcicum dan bawang

 

* Topping dan hiasan adalah optional. Ikut korang nak letak apa.

 

Resepi aku tidak menggunakan oven sebab rumah kami xde oven. Winking smile

 

1. Memula sapu kan sos spageti dan tabur mozarela cheese.

2. Kemudian tabur kan lah ayam dan sayur-sayuran as desired. Apa2 pun boleh ikut selera masing2.

3. Last sekali taburkan cheese lagi skali.

4. Kemudian panas kan didalam micorwave untuk cair kan cheese dan letak atas pan pulak untuk masak roti.

 

Senang kan recipi ni. Pizza segera buatan rumah. Lupa nak beritahu, lapisan pertama cheese (selepas sapuan sos) menghasilkan efek tali macam kat piza hutt tu.. kalau nak tali lebey, letak lah cheese lebih-lebih.

Thursday, January 3, 2013

Home made Popsicle

Hari tu pergi Taman Metropolitan beli ice-cream goyang. Hannah beriya sangat makan. Tapi aku rasa sangat mahal. Ice-cream yang kurus kecik dijual RM1.Sedangkan sekotak susu boleh dapat berbatang-batang kot.

 

Sebab tak puas hati dengan ice-cream goyang maka terhasil lah popsicle untuk Hannah. Lagi puas hati. Lagipun tak ada apa nak risau, ia cuma susu yang dibekukan. Kira bukan nya jajan semata.

 

chintakami

 

ni rupa Hannah menikmati popsicle nya sampai tersandar kekenyangan sebab macam minum susu secawan.

 

 

chintakami

 

Ini lah bahan-bahan untuk membuat popsicle ataupun ice cream goyang yang sangat mudah tapi berkhasiat.

 

Bekas ice-cream tu aku beli kat DIY.Harga sangat murah. RM 1.50 je kot. Ada jugak yang jenis mahal. Ini semua bergantung kepada kehendak masing2.

 

Susu aku beli kat Mydin. Harga baru rm4.50. Kalau beli kat Tesco harga adalah rm5.50. Aku rasa lately harga Tesco makin melampau harga nya. Kemain mahal.

 

Satu kotak boleh buat 18 popsicle. Kalau beli kat kedai size je da separoh dari popsicle aku tapi harga kemain melambung.

 

Flavor ikut korang lah nak rasa apa. Aku pilih strawberry sebab masa beli ice-cream goyang tu Hannah makan yang strawberry flavor dengan enak sekali.

 

Lepas tuang susu kedalam bekas, sejukkan didalam peti. Macam peti aku yang ala-ala antik ni amek masa semalaman jugak nak beku.

Wednesday, January 2, 2013

1 Januari 2013

Happy New Year!!

 

Bagi aku new year ke, apa ke sama je. Kami tak sambut pun sebab 1 Jan ni birthday ayah. Maka tiada sambutan tahun baru tapi sambutan birthday ayah.

 

Cuma yang best untuk yang bekerja di Selangor @ KL, new year adalah public holiday. Since aku dibesarkan di JB dan Melaka dimana tiada cuti untuk New Year maka sebab tu aku tak beriye sangat dengan New Year.

 

Semalam first time new year aku ada kat KL. Alang-alang Asri cuti maka ke time ni lah nak merayap dan membeli apa yang patut.

 

Memula pergi Tesco sebab nak cari mouse. Masyaallah orang penuh gila. Bersesak sakan. Lepas tu ke Carrefour sebab ada jualan murah tapi still orang macam lautan.

 

Last sekali ke Mydin sebab nak cari barang dapur. Yang ni lagi menguji mental. Nak masuk ke area Mydin pun sesak sampai kene pusing banyak kali. Nak parking pun Asri berpusing banyak kali. Sempat aku beli barang dan bayar then baru dia dapat parking. Dalam Mydin pun hazab ramai nya orang. dah lah mydin selayang tu sempit. Berator nak bayar pun amek masa setengah jam.

 

Sebab dah kepenatan sangat, lepak Selayang Mall minum-minum. Dekat sini pun orang punya lah ramai.

 

Motif sangat semua tempat jadi sesak masa new year ni. Tapi mostly aku nampak beli barang kelengkapan sekolah. Kekdah nya last minute preparation lah ni. Naseb baik lah tak pergi KL, mau lagi berdouble sesak nya.

 

Kesimpulan nya, new year ni hari orang keluar beramai-ramai. Boleh lemas dalam lautan manusia.

New Year 2013

As ussual, sambutan new year adalah sambutan hari jadi ayah. Tapi tahun ni lain sikit kitorang celebrate awal since 1jan Johor tak cuti maka sambutan di awal kan.

 

Malam tahun baru just lepak kat rumah dan layan movie. Nak keluar memang tak sanggup lah. Dengan jalan jem nak menghadap Hannah yang tak boleh duduk diam boleh buat emo.

 

Apa pun, macam biasa aku memang takde azam sebab bagi aku kalau nak berubah tak payah tunggu tahun baru. Bila2 boleh je nak berazam.

 

Cuma aku mengharap kan dan berdoa kehidupuan kami akan lebih baik semakin tahun.

 

Tahun ni pun umur dah bertambah lagi setahun, harap nya pertambahan ini seiring dengan pertambahan kematangan. Wow, macam ahli sastera pulak aku cakap.. Open-mouthed smile

 

chintakami

 

Tahun ni umur ayah 70 tahun. Aku sangat berdoa usia ayah dipanjangkan dan dikurnikan kesihatan yang baik.

 

chintakami

persembahan dari cucu-cucu en burn

Kembar Asri

chintakami

 

Since baby, since Hannah lahir.. semua orang kata muka dia sama sebijik ikut babah dia. Sama ke?