Monday, December 31, 2012

Atok dan Cucu

 

Cucu ke 12 En Burn.

 

chintakami

Friday, December 28, 2012

Impian

Impian terbesar aku adalah nak pindah rumah. Nak beli landed house. Maksud nya nak duduk rumah yang ada tanah.

 

Sebab nya impian utama kerana anak lagi enjoy kalau rumah bawah. Cerah sikit mata dia tengok dunia.

 

Banyak sangat seksa duduk rumah atas ni. Beli barang banyak payah. Nak main susah. Limited sangat perbuatan nya.

 

Serius aku rasa duduk rumah tinggi ni sangat terkongkong. Rasa macam tersekat nafas. Pemandangan jadi terhad. Memang tinggi tapi pemandangan tak seluas rumah bawah.

 

Mungkin siapa yang biasa tinggal di kawasan rumah ada tanah then move in to rumah tingkat tingkat boleh faham perasaan aku sekarang ni.

 

 

chintakami

Teringian sangat nak rumah macam ni. Senang anak nak main bola pon boleh. Kena balik kampung lah baru boleh macam ni kot.

Thursday, December 27, 2012

Badut Keluarga

Patut lah orang cakap anak ni penyeri. Walau penat macam mana pun, keletah dia boleh hilang stress.

 

chintakami

 

chintakami

 

chintakami

 

chintakami

Wednesday, December 26, 2012

Hannah Turn 1

20.11. 2012..

 

Hannah dah setahun.

 

Tapi memang kami x buat party besar-besaran sebab nya bukan nya Hannah faham pun. Just buat makan2 sesama famli. Dua kali cake cutting session since ada 2 famli which is my side and asri. To be fair kena celebrate at both side. Smile

 

Both cake cutting session Hannah moody. Muka serious xnak senyum. Baby bukan faham pun majlis apa yang tengah berlaku. Haih lah anak.

 

chintakami

 

chintakami

 

Syukur alhamdullilah still breastfeed kan Hannah until now even ada banyak onak duri. Ada je manusia yang selalu patah kan semangat suruh bagi susu formula. Kadang bila dah saket hati sangat terpaksa jadi kurang hajar sebab kena melawan. Kalau diam je memang boleh pekak telinga dengar kata2 pasal ketidak bagusan susu badan ni. Stress tau tak..

 

On the other hand, Hannah dah pass jalan masa umur dia 10 bulan setengah. Tapi sampai sekarang still x pandai cakap. Semua main bahasa isyarat je. Tapi xtau motherly instinct or apa, aku boleh faham apa yang dia cakap tapi tak lah 100%.

 

Tidur pun still dengan kami. Masih co-sleep lagi since dalam islam galak kan co-sleep and breastfeed sampai 2 tahun so kami tengah cuba sedaya upaya memberikan Hannah apa yang dianjurkan.

 

Cuma problem nya makin lama makin sempit katil kami sebab Hannah tidur adalah sangat lasak. Dah lah demand tidur tengah. Semua dia nak conquer. My advise to those yang baru nak cari katil beli lah katil king size. Senang bila dah beranak nanti.

Monday, December 17, 2012

Hello world

Da lama sepi blog ni. Sorry for those yang bukak but no update .. ( errr, ade ke?)

A lot of thing happen.. will blog about it later..

Currently sissy sangat nak mengadap lappy. Hannah mesti datang nak assist..

Ok peeps.. will be continue..

Sent from my HTC


Monday, October 1, 2012

Hannah 10 Bulan

chintakami

 

Sekarang Hannah dah mula bertatih-tatih. Adalah dalam 5 tapak lepas tu jatuh. Malas pun ye jugak. Kadang-kadang dia lagi suka duduk dan jerit-jerit panggil orang amek dia.

 

Alhamdullilah, sekarang Hannah dah kurang demam. Maybe dah makin besar so dah banyak antibody kot. Lega gila dia dah jarang sakit. Kalau tak, memang tak tidur lah jawab nya. Dulu sebulan sampai 4-5 kali kena beruang klinik. Ada je yang tak kena.

 

Cuma nya yang merisaukan perangai Hannah yang kuat menggigit. Pantang dapat something mesti nak gigit, tak kisah lah tangan orang ke, badan, kaki. Asal dia rasa dia nak gigit dia gigit.

 

Gigi ada 6 batang tapi yang atas tu alahai besar2 dan jarang. Hope dah besar nanti tak lah nampak teruk. hehe..

 

Tak sabar nak sambut birthday Hannah setahun. Kejap je masa berlalu tapi bekas jahit kadang2 stil rasa sakit. Gatal pun boleh tahan.

Saturday, September 29, 2012

Breastfeeding Flash mob 2012

Since Im a breastfeeding mom so sangat exited bila ada event2 yang melibatkan pasla bf ni.

 

Last week, 23rd September we joined this flashmob. To support perjuangan ibu-ibu tentang hak penyusua. As we know, banyak shopping kompleks tak menyediakan @ kurang menyediakan nursing room dengan sempurna. Ada tu siap letak kat toilet lagi.

 

Plan pukul 10.30 akan start but around 9.30 ramai dah berkumpul kat KLCC. Even pak guard klcc pun menglabah. Dorang pun beramai-ramai jaga area kitorang berkumpul.

 

Everything went well. Crowd ramai, even media come to cover. Dinas pon ada datang. Cuma pagi tu extra sunny on sunday. Memang panas gila siap ada babies yang pitam.

 

Most baby pon x dapat nak menyusu sangat sebab panas sangat. Hannah one of them yang refuse menyusu sebab panas.

 

Lebih kurang 300 registered for this event (lebih rasanya sebab unregistered pon ada datang). Ramai datang dengan hubby as supporters, ada yang gigih datang sorang, ada yang bawak doll. Chinese and mat salleh pun joint together. Ramai dah sedar kebaikan susu ibu ni.

 

Bukan sekadar menjimatkan, most important thing sebab this is the best milk for babies. Nothing can compare with mom’m milk.

 

chintakami

 

chintakami

 

chintakami

 

chintakami

Friday, September 28, 2012

First Masterpiece

4 hari nak siap kan benda ni.

 

Salah potong, jahit senget, bukak balik, jahit balik.

 

Macam2 buat padahal jahit lurus je. Cuma part tricky nak pasang kun.

 

Alhamdulllilah siap jugak.

 

Hasil jahitan yang pertama.

 

chintakami

Alhamdulillah

This entry special dedicated to Asri. Segala penat lelah, dugaan, cabaran paid off. Dia dah lulus CCP (Certified Credit Profesional).

 

chintakami

 

In the CCP July 2012 examination, 292 candidates attended the Paper 4 examination with 91 candidates (31%) passing the examination and therefore completing the CCP Consumer examinations. (www.ibbbm.com.my)

 

chintakami

antara dugaan semasa study

Konon Comel

Lately Hannah dah tak takot kalau cakap “biasa dia”.

 

Bila sedar dia buat salah or nak amek hati, dia akan ketawa naik hidung.

 

Dia rasa comel kot kalau buat camtu. But seriously melting jugak hati ni tengok perangai dia camni.

 

chintakami

Monday, September 24, 2012

Brother NV30

 

chintakami

 

Ini lah rupa mesin jahit idaman kalbu ku ini.

 

Sangat senang nak guna sebab semua nya auto termasuk lah nak masuk kan benang dalam jarum.

 

Yang bulat tu tempat pilih jahitan. Pulas je nak no berapa then can start sewing.

 

Ada 3 speed nak control jahitan.

 

Ada manual, kalau nak detail lagi boleh bukak youtube.

 

Kepada sesiapa yang tak pernah pegang mesin jahit, kita serupa. Pendapat aku, mesin ni bagus untuk 1st time user. sangat senang nakk guna.

Hand Painted Shirt

chintakami

 

Hand painted shirt by Asri.

Friday, September 21, 2012

Penghalang Hentakan Bayi

Ini ada lagi satu produk aku rasa bagus untuk create environment yang safe untuk baby.

 

Since Hannah adalah lasak maka selalu terhantuk disana sini. Selagi mungkin aku cuba mengurangkan risiko kecederaan.

 

chintakami

 

Letak kan di mana2 corner macam bucu meja.

Thursday, September 20, 2012

Baby Lock

Untuk ibu ibu bapak bapak yang ada anak kecil kuat mengopes.

 

Saya cadang kan ini.

 

Alhamdullillah berjaya menghalang Hannah bukak laci lagi.

 

Ada dijual dia JUsco dan kedai2 baby. Harga bawah RM 10. Dah tak ingat berapa RM nye.. Smile..

 

chintakami

26th Birthday

Officially im 26th years old.

 

Dengan pertambahan umur, maka saya telah mencuba hobi baru, iaitu menjahit. Semuanya sebab susah nak mecari tailor. Then dari takde buat apa2, baiklah menjahit.

 

Setelah menggoogle dan membaca review saya memilih Brothers NV30.

 

Ciri paling menarik, sebab dia adalah auto. Ada 70 patern jahitan boleh buat. Tekan je on jarum jalan sendiri.

 

Seperti biasa, hadiah sampingan setiap tahun adalah handbag dan shopping. Ini membuatkan saya suka September. Sebabnya Asri akan melayan kehendak saya tanpa banyak songel.

 

Tapi yang tidak menyeronokkan adalah tiada surprise. Asri adalah orang yang sangay straight forwed. Dari zaman bercinta dia tak pernah membelikan saya hadiah secara surprise. Setiap tahun dia akan tanya apa yang saya mahu. Kek pun saya yang beli sebab dia suruh beli. Pelik kan suami saya.

 

Tapi saya bersyukur dia suami saya sebab dia adalah dia.

 

Wish tahun ni macam biasa mengharapkan murah rezeki dan panjang umur. Berharap minat menjahit dapat membuahkan hasil.

 

Kepada kawan2 dan keluarga terima kasih kerana memberikan ucapan dan doa ingatan. Saya sayang kamu semua.

 

chintakami

Wednesday, September 5, 2012

Breastfeeding Journey

Alhamdullillah.. aku masih dapat menyusukan Hannah sampai sekarang. Memang semua adik beradik aku minum susu gantung sampai umur 2 tahun lebih.

 

Masa awal2 journey, ada jugak yang cuba merosakkan niat aku. Selagi boleh suruh campur susu. Kata nya takot budak tak cukup susu, takut macam2 benda yang aku rasa tak logik.

 

Baru-baru ni masa raya, adalah seorang saudara sound “sepatutnya bagi je susu tin, barulah anak mesra dengan orang lain. Tak nak berkepit dengan kita je”. Ewah, sedap je akak ni nak marah. Normal kot budak tak nak orang especially strangers. Lagipun faktor utama Hannah tak nak kat orang bukan sebab breastfeed rasanya, tapi sebab dia tak biasa jumpa orang.

 

Ada jugak cakap, susu banyak boleh lah. Erm, rasanya its about effort and psychology. Kebanyakan yang aku jumpa, awal2 lagi dah setting dalam kepala bila kerja susu akan berkurang. Secondly, taknak makan milk booster. Minum susu pun malas. Acaner nak tolong tu.

 

Yelah, tak semua orang ada susu yang banyak tapi kalau kita nak mesti ada jalan nya. Dunia dah canggih, dari yang paling murah sampai beratos-ratos harga milk booster. Semua ada orang jual.

 

Kadang2 ada setengah mak dah tahu kobis boleh keringkan susu, dok melantak kobis tak hingat dunia. Lepas tu mengadu susu kering. Ini contoh lah. Maksud aku kalau nak ada susu, jagalah pemakanan. Kalau susu makin sikit, cuba lah cari alternative bukan duduk diam.

 

Unless kalau dah cuba memacam semua tak jalan baru lah boleh surender. Tapi ni pengalaman aku yang face dengan ibu yang macam ni. Diri sendiri kurang usaha salahkan takdir susu kurang. Kalau yang dah usaha memacam susu stil takda mungkin rezeki sampai disitu saja.

Monday, August 20, 2012

Isteri ke Maid?

Hari tu kan, ada seorang one of FB friend aku buat status.

 

Status dia pasal mencari calon maid so dia list kan lah pelbagai ciri dan lastly maid tu boleh jadi calon wife.

 

Aku pun komen lah wife dengan maid tu berlainanan. Dia claim this is special maid.

 

So macam jadi topik perbincangan hebat lah.

 

Yang lelaki sangat sokong wife adalah maid siap ejek2 aku maid since I’m not working.

 

Pelik kan lelaki ni. Asal buat kerja rumah diaanggap maid. Habis tu mak kau buat kerja rumah tu maid ke??

 

Bagi aku sebagai isteri kita membantu suami menguruskan rumah tangga. Dalam menguruskan rumah tangga besar konteks nya. Suami sudah mencari rezeki isteri membantu uruskan rumah tapi tak de lah tahap isteri sampai boleh dipanggil maid kan?

 

Aku agak emo dengan statement dia sebab aku rasa unfair untuk kaum perempuan dilayan macam tu. Kesian sangat pada nasin bakal isteri budak tu.

 

Ada jugak akal lelaki macam dizaman batu rupa nya..

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya

Yeay dah raya..

 

Kami mengucap kan Selamat Hari Raya kepada semua yang menyambut nya.

 

Tahun ni super exited sebab dah beraya bertiga.

 

Tapi sedikit sedih sebab pagi raya di KL. Lepas sembahyang raya baru gerak balik Melaka. Nasib baik cuti raya seminggu so boleh cover kesedihan. Hehe..

 

Tahun lepas raya dalam keadaan perut besar sebab dalam mood menunggu hari. Tahun ni dah keluar dah budak nya.

 

chintakami

 

Semoga syawal ini lebih bermakna untuk kamu-kamu semua.

 

Okie lah.. tata.. time nak makan makanan enak dan collect duit raya untuk Hannah.. hehe…

Saturday, August 18, 2012

Yeayyyy Raya

Esok dah raya. Yeay.

 

Esok pepagi lepas semayang raya memang aku terus gigih ke balek kampung. Raya kat Kl ni tak berapa syok. Nak melawat sape je. Semua orang balik kampung kot.

 

Baju-baju raya Hannah dah siap basuh.

 

Dalam tak sedar boleh pulak terover beli baju raya minah tu. Tetiiba masa nak basuh aku tengok ada 9 pasang. Tak masuk baju tidur dan baju duduk rumah. Over kan baju duduk rumah raya pun ada.

 

Bila tengok baju budak memang tak boleh nak tahan. Comel sangat. Nak2 bila sale. Memang laju je tangan nak mencapai.

 

Tahun ni antara yang menjadi pilihan Truddy & Teddy, Pumpkin Patch dan Zara. Bila beli time sale kurang sikit rasa bersalah membazir nya. Eh, boleh ke konsep macam tu.. hehe..

 

Apa pun, aku mengucap kan Selamat Hari Raya. Seronok nak raya ni. First time raya bersama puteri pucuk kecubung.

 

Malam ni nak ajak Asri pegi Jalan TAR. Dah malam raya kat KL, harus berpeleseran macam ni kan.

 

Selamat hari raya kawan-kawan…

Friday, August 17, 2012

Mata Baby Berair

Actually aku dah lama perasan. Mata kiri Hannah jenis cepat berair. Tapi takdelah bertakung macam air mata cuma nampak lah ada air.

 

Kalau menangis memang mata situ terlebey air matanya. Tahi mata pun sama, kat situ mudah bertahi mata.

 

chintakami

 

Ada sesiapa tahu tak kenapa eh jadi macam ni. Ke benda ni normal?

Thursday, August 16, 2012

Shopping Bersama Hannah

Serius shopping dengan Hannah sangat memenatkan. Bukan merungut ye, cuma beritahu. Penat sebab nya dia dah tak nak masuk dalam stroler. Bila kita pilih barang dia pun sama nak joint.

 

Kalau dukung dia sangat lah belut. Dengan berat 8 kg dan tak boleh duduk diam, memang mengah dukung dia. Nak2 time bulan puasa.

 

Naseb baik kebanyakan baju Hannah aku dah beli sebelum puasa. Kalau tak, pengsan jugak nak menyetelkan baju budak kecik ni.

 

 

chintakami

Tak nak pegang

chintakami

Tukang kemas

BATA Warehouse 2012

LAst week masa pergi midvalley aku singgah sekali warehouse BATA yang dekat exhibition hall tu.

 

Mind you, nama pun warehouse sale so mostly barang lama tapi still in good condition lah.

 

Harga sangat2 lah menarik sebab ade certain tu beli dua pasang freee satu. Cost RM40 dapat 3 pasang kasut aku rasa agak berbaloi.

 

Tapi macam taboo pulak aku rasa kebanyakan orang kita macam sceptical pasal brand BATA. If I’m not mistaken BATA ni brand dia dari Italy tapi tak tau lah macam mana masuk Malaysia jadi kasut underdog pula.

 

Kalau nak ikutkan harga, harga dia lebih kurang macam Vincci dan ada yang oleh mahal juga. Design boleh tahan lawa and most of them adalah jenis comfort. Aku kalau bab kasut memang akan cari jenis comfort. Tak selesa lah nak pakai selipar nipis. Macam tak pakai kasut je rasa nya.

 

Lupa nak beritahu, Asri memang penyokong BATA since dulu. Dari zaman belajar, dah kerja pun kasut kerja pakai BATA je. Bagus tau, laki ai memang pengjimat orangnya.

 

Masa kat sana, aku sempat lah grab 3 pasang since dia kata buy 2 free 1 kan. Tapi 2 kasut kepunyaan Asri sebab dia beli kasut kerja sekali. Rasa macam worth buying sangat2.

 

Kat warehouse ni ada brand lain jugak macam Nike dan Adidan tapi hanya 50% je discount. Eh, ada jugak Nike yang dia jual RM50 tapi outdated lah.

 

Ada macam2 jenis kasut dan selipar yang ada. Untuk perempuan, budak kecik, lelaki, kasut sekolah pun ada. Lain kali ibu-ibu bapak-bapak kalau nak jmat pergi je beli kat BATA warehouse ni.

 

Tapi kan, ada berita tak gembira sikit. Boleh tak, kasut yang aku beli dia bagi different size. Siza 6&8. Kasut Asri pulak dua-dua belah kiri. Salah kitorang gak lah sebab tak cek betol2. Esok tu pagi-pagi gigih pergi tukar balik. Luckily boleh tukar. Lain kali kalau beli barang warehouse kean telek bebetol selagi boleh kalau tak nak kes macam ni berulang.

 

Macam biasa, Hannah pun dapat bahagian dia.. Sepasanag kasut baby RM10. Kira murah jugaklah dari biasa.

 

Senang cerita, memang puasa hati lah dapat memborong kat sini.

Wednesday, August 15, 2012

Gigi Raya Hannah

chintakami

 

8 bulan 2 minggu gigi atas Hannah tumbuh.

 

2 minggu sebelum nak tumbuh yang atas tu, sangat ligat dia mengigit Cik B. Saket tak ingat sampai selalu terjerit-jerit bila angin mengigit dia sampai.

 

Minggu lepas Hannah demam. Air liur pekat meleleh. Tak nak makan dan minum. Berat pu tinggal 8kg je.

 

Elok baik demam keluar lah putih kat gusi atas. Patut lah kemain menggigit sakan.

 

Tapi sekarang ni makin sakan dia menggigit. Bukan setakat Cik B, apa yang dia rasa dia nak gigit, dia gigit. Kadang tu sampai berbekas jari @ mana tempat yang dia gigit.

Potluck Buka

Ahad hati berbuka dengan kawan2.

 

Konsep potluck sebab masing –masing malas nak buka kat luar. Aku memang surrender lah kalao nak makan luar sekarang ni.

 

Since semua agree so berbuka lah kami dirumah Nor. Masing-masing bawak makanan sorang sikit, terus makanan jadi banyak.

 

Rasanya ni paling seronok sebab lepas makan boleh rilek sembang-sembang. Anak-anak pun nak tidur selesa, boleh main sesuka hati.

 

Alhamdullilah, berbuka macam ni lagi puas.

 

 

chintakami

makanan macam untuk kenduri

chintakami

Hanis dan Hannah

 

chintakami

Tak boleh nak cakap apa dah

While mak-mak nak bergosip, anak2 bermain gembira, bapak-bapak dok lepak rileks layan TV. Santai habis.

Tuesday, August 14, 2012

Dah Nak Raya

Puasa dah nak melabukam tirai.

 

Raya tinggal berapa hari je lagi.

 

Barang anak 99% dah siap.

 

Barang bapak nya tinggal nak cari seluar.

 

Barang ummi macam dah siap tapi macam ade je yang tak siap.

 

Kadang-kadang tak sabar nak tunggu raya sebab nak pakai kan Hannah baju-baju raya dia. Tahun ni first time Hannah beraya. baju kurung je 4 pasang, baju jalan sampai raya ke 7.

 

Sebenarnya tak perasan pun boleh jadi macam tu. Tiba-tiba semalam kumpulkan baju-baju dia terus jadi banyak pulak. Inilah padah nya shopping sikit-sikit lama-lama lost count pulak.

 

Tapi puas hati sebab berjaya setelkan barang-barang raya. Kuih raya je tak beli sebab kitorang kat melaka seminggu so malas fikir pasal rumah dulu. Yang penting balik kampung. Hehehe…

 

Tapi tahun ni yang aku x dapat buat adalah berbuka diluar. Semua berbuka dirumah saja sebab kitorang tak larat nak melayan karenah si kecik ni.

 

Kenyang layan kan dia je lah nanti kalau berbuka kat luar.

 

chintakami

 

Dengan kelasakan dan perangai Hannah yang macam ni memang segala plan nak buka luar terpaksa cancel. Hopefully tahun depan boleh lah Hannah behave.

Hannah Yang Tantrum

Hari sabtu kitorang pergi Midvalley. Nak menghabis kan baki barang2 raya yang masih belum complete. Tapi selagi tak raya memang ada je yang tak ada kan.

 

Kitorang parking kat Garden sebab Mid sudah full parking nya. Bila parking Garden, of course naik ke Garden maka menyinggah lah Robinson & Isetan. Pusing-pusing cari kasut Hannah tapi tak ada yang berkenan. Choice pun tak banyak. Nak masuk butik2 lain memang tak kose lah mak..kekeke..

 

Kasut tak jumpa tapi tak memasal beli spek itam untuk anak dara tu. Dia kan suka spek, bila nampak banyak spek bergantung-gantung laju je tangan dia nak mencapai. Capai yang ada gambau minnie pulak tu. Naseb baik lah 50% offer so boleh lah beli. Tak terasa sangat membazer. (padahal memang membazer gila pun).

 

*kalau nak beli spek cartoon caracter macam mickey, pooh etc beli kat Isetan tau sebab dia less 50%. Robinson same priduct tapi less 20% je. Sepit and accessories Robinson pulak murah. Less 20% compare tu Isetan yang 10% discount je.

 

Lepas penat meronda aku try masuk Mothercare. Dekat sini lah drama bermula. Hannah yang dari tadi happy baby boleh mengamok sakan. Sebab nya dia ada nampak kasut kepala Minnie.

 

Memang beriya dia nak amik kasut tu. Comel memang comel, tapi kasut tu tak sesuai dengan Hannah sebab dia pre-walker. Size kecik pulak tu. Since kitorang tak nak amik kn untuk dia terus menjerit mengalir air mata duyung minah tu.

 

Laju-laju aku jalan terus masuk Jusco. Mana tau kat Jusco ada kasut yang berkenan. Naseb lah Jusco dekat je. Tapi selagi tak jumpa kasut nya Hannah maintain melalak.

 

Dalam Jusco, kebetulan ada kasut Minnie. Brand Pallas. Macam kasut sekolah pulak aku rasa. Belek-belek lebih kurang naseb baek lah boleh tahan comel kasut tu. Warna pink and memang ada muka Minnie. Mood terus bertukar menjadi okie.

 

Kecik-kecik macam ni pun dah pandai demand nak kasut apa. Perangai ni sebenarnya sangat merisaukan kitorang. Kalau sampai ke besar mengamok kehendak tak diikuti kan parah tu.

 

Naseb baik lah kecik lagi. Nak dimarah bukan faham pun. Tapi paling pelik macam mana lah Hannah boleh terjebak gila dengan Minnie.

Monday, August 13, 2012

Puasa

Pejam celik kejap je dah nak raya kan. Tinggal few days je lagi.

 

Puasa tahun ni aku ada masalah insomnia. Tak boleh tidur malam. Gila punya stress tau. Nasib baik tak kerja. Siang pulak Hannah si ucuk acam memang stok bangun lambat so bantai tidur sampai ke petang bersama Cik Hanarena. Asri jeles je selalu bila dengar kitorang baru bangun tidur. Hehehe.. Best kan jadi suri rumah..

 

As I said before, tahun ni berpuasa bersama Hannah. Onak duri ranjau dugaan semua ada bila ada si kecik ni. Orang bangun sahur, dia pun joint makan sama. Bila buka pun dia makan sekali.

 

Susah nak makan kali ni. Nak melayan dia, nak melayan tekak. Tangan dah lah laju je nak mencapai barang atas meja. Haih, ini budak memang banyak menguji kesabaran tau.

 

Bukan merungut tapi saja je nak melepaskan keluh kesah. Even rasa susah nak makan tapi dia berjaya memujuk ummi supaya kewl dengan perangai dia yang super notii..

 

Sebenarnya nak beritahu, puasa tahun ni sedikit sedih sebab tak boleh nak berbuka diluar. Sangat tak sesuai nak berbuka bersama Hannah Makarena ni. Kang kenyang melayan dia je. sobsobsob… Elok nak makan kedai pun tutup.

 

Aktiviti berbuka beramai-ramai still ade cuma konsep bertukar ke pot luck iftar. Dari emo-emo susah nak makan kat luar, makan je lah kat rumah. Senang cerita kan.. Lepas makan boleh lepak2 senang hati.

 

Ada tak kawan-kawan facing same problem dengan saya. Karenah berbuka dengan 8 month baby.

Internet Itu Indah

Antara internet dan Astro, kami sepakat memilih Internet. Sebab tu TV rumah kami kecik dan rosak selalu tapi kami masih tak amik port pun. Cuba kalau laptop rosak, masing-masing macam cacing kepanasan. Memang gelisah hati tak bahagia.

 

Boleh kata, semua benda jadi senang dengan internet. Obviously kalau nak tahu pasal info, google je insyaALLAH 90% mudah je nak dapat. Sebab tu sekarang keluar quote “google je lah”. Errr.. kalau nak yahoo/bing/ or apa2 search engine pun boleh tapi it seems google much more famous dari yang lain kot kann tu yang quote google je.

 

Selain dari tu, dengan ada nya internet kita boleh berhibur secara percuma. Tak payah nak susah2 keluar spend duit. Kan boleh dapat free. Macam kitorang, agak-agak nak karaoke, bukak je youtube. Nak tengok movie, download @ youtube @ tonton je lah. Semua ada dah kot. Cuma audio taklah sepower kat luat but still kalau nak berjimat memang elok sangat. Rasa nya lagi seronok macam ni sebab lagi santai. Kat rumah kan, nak berkuang lentang bagai pun tak de orang kisah.

 

Lagi satu yang aku rasa aku sayang sangat internet, sebab boleh free call. Yeay. Smile. Terima kasih kepada pembuat skype. Aku selalu ber skype dengan kakak-kakak ku yang kat JB tu. Jimat berganda-ganda tau kalau nak bergosip sakan ni.

 

Dengan ada nya segala-gala nya kitorang memang tak terfikir pasal astro dah. Internet lagi banyak function nya. Cerita kat astro tu dah lah berulang-ulang, bayar mahal kemain. Tapi aku bukan condemn gila-gila, manatau one day kena pasang astro kan cuma buat masa sekarang aku belum nampak kebaikan astro. Internet ada banyak. Smile.

 

I love you internet. Astro blueekkkkk….

Friday, August 10, 2012

Blog Layout

Rasa macam nak tukar lah blog layout ni. Nak tukar banner. Nak tukar semua. Tapi kemalasan yang tinggi nk create semua tu membantutkan niat.

 

Sebenarnya bukan malas, (alasan paling terbaik) Hannah selalu sangat nak ‘tolong’. Kalau dia tak tolong tekan, dia nak pasang lagu. Mulut tak pandai cakap tapi dah pandai bagi arahan.

 

Lelama rasa give up nak ber online even Hannah tak de.

 

Kalau cerita macam ni kat mak, mesti mak cakap “tu lah, sapa suruh ada anak kecik”. Saje je mak tu nak bakau bakau line. Hahahaha..

 

Tapi kan, even penat macam manapun, tetap rasa happy melayan karenah dia kan.

 

Eeeh, dah out of topik lah. Okie lah, nak cari mood tukau layout.

Minnie Mouse Hannah

Since kitorang tau Hannah gila kan Minnie, so aku sedaya upaya akan cuba cari barang-barang dia yang berciri kan si Tikus ni. Even Asri plan to add few Hannah’s baju raya. Nak beli kan koleksi Minnie untuk puteri pucuk kecubung ni. Hari tu beli tak ada baju Minnie pun. Sebab masa tu tak tahu pulak obession dia ni.

 

Maybe dia kecik, ada jugak lah yang cakap ala budak bukan tahu apa. Tapi, for us memang lah dia tak tau apa tapi bila tengok muka dia exited happy dapat barang yang dia nak, buat kita as parents semangat nak kumpulkan untuk dia.

 

In return, aku rasa ada jugak kebaikan nya. Contoh; aku beli kan Hannah straw cup Minnie Mouse. Sebab dia nak minum dengan Minnie so dia gigih belajar menyedut dalam masa satu hari. Dia jugak semakin kuat minum air masak since ada botol tu.

 

So sekang ni, kitorang memang gigih mengumpulkan Minnie collection selagi termampu. Idok le sampai beli yang beratus-ratus. Beli yang ikut kemampuan je lah. Asri dah berangan nak set kan bilik tidur Hannah dengan Minnie. Biar anak dara ni exited tidur bilik dia tahun depan.

 

Tapi sejak mengumpul barang-barang Minnie ni, macam susah pulak nak terjumpa. If anyone ada terjumpa outlet yang jual barang Minnie, do inform me k.

 

Bukan apa. setiap kali tengok muka Hannah bercahaya jumpa kawan tikus kesayangan dia, hati aku pun jadi berbunga jugak.

 

Hope senanglah pencarian collectible Minnie kami. Sesiapa yang ada infor, sharing2 tau kawan-kawan sayang.

Thursday, August 9, 2012

Baju Raya Hannah

Bila dah ada anak, memang common statement siap kan anak2 dulu. Same goes to me. Baju sendiri tak fikir pun lagi, tapi siap kan baju anak dara tu dulu.

 

Yang kelakar, babah nya boleh buat statement sedih sebab baju anak dah berhelai-helai tapi baju babah sehelai pun tak ada lagi. Bukan tak ingat, tapi setiap kali nak beli ada je Asri tak berkenan. Asik cakap setel kan anak dulu.

 

Sebenar nye preparation untuk Hannah aku dah buat before puasa. Dah agak dah mesti tak larat nak cari barang-barang dia time bulan puasa nanti. Dia kan dah buas, pegang 5 minit dah rasa letih sangat. Masuk dalam stroller tak nak, lagi lah tak tahan nak mencari barang kalau asik nak berdukung aje.

 

Lagipun before puasa hari tu sale gempak2 design pula memang menawan hati. Antara brand yang menjadi pilihan hati Truddy & Teddy dan Pumpkin Patch. Design macam orang besar okeh. Tu yang buat aku jatuh cinta pandang pertama. Tetiba rasa tak sabau nau-nau dah nak pakai kan Hannah. Haih, cepat lah raya.

 

Cuma yang jadi masalah, kasut Hannah. Kasut memang tak berani beli awal-awal sebab takut nanti size jadi lain. Tapi tak tau lah nak beli kasut early walker kat mana. Tengok kat stride ride tak berciri keperempuanan, terus tak selera nak beli. Clerk pun macam tak ada yang berkenan.

 

Yang buat bertambah leceh bila Asri dok nak melayan anak dia. Hannah ada satu habit kalau dia nak, muka dia memang bersungguh nak. Siap jerit-jerit tak kasi letak. tapi kalau tak nak, saje je muka dia. Last week dekat Midvelly aku ada berkenan Vanns Hello Kitty. Comel sangat tapi Hannah tengok kasut tu dengan muka xde expression. Dia tak nak lah tu so Asri tak kasi beli.

 

Kat mana lah nak cari kasut yang cun melecun untuk ucuk acam ketipang payung ni.

Twitter

Akhir nya aku create jugak account twitter setelah bertahun2 Asri suruh buat.

 

Jom lah siapa yang ada twitter kita main tweet2 eh..

 

My twitter account ; SyuhadaBakar..

 

Saya budak baru belajar.

Friday, August 3, 2012

Puasa dan Breastfeeding

Alhamdulillah.. Aku masih dapat berpuasa sampai ke hari ni.

 

Sebelum ni selalu risau kalau tak cukup susu. Tak pun risau badan gigil tak makan. Kalau time bukan bulan puasa, makan tak yah cakap lah. Memang asik kelaparan je. Lambat makan sikit memang badan dah lembik. Ibu-ibu breastfeed memang mudah lapar je eh?

 

Mungkin rezeki di bulan puasa kot. Allah kan sentiasa memudah kan hambanya. Setakat ni aku tak rasa lembik lagi. Setakat haus dan lemah masa dah hujung tu, adat lah kot. Orang yang tak menyusu kan pun rasa perkara yang sama kan.

 

Salah satu sebab aku rasa aku mampu bertahan mungkin sebab aku bersahur rasa nya. Sahur memang ngam2 dah hujung waktu. Makan pukul 5, 5.40 imsak. Aku ada terbaca, jika kita bersahur, maka kita akan bertenaga sewaktu siang hari kerana ada nya berkat sahur tu. (sorry, lupa bacan quote ni dekat mana). Mungkin ada betul nya kata2 ni.

 

Menu wajib aku makan masa sahur; nasi, milo+ oat, kurma dan air masak. Lepas buka pun aku akan banyak kan minum air masak dan minum milo sebelum tidur.

 

Nak tahan Hannah dari minum susu tak sampai hati rasa nya. Nak buang puasa pun sayang. Jawapan yang terbaik, puasa je lah. Bukan luak pun. Buat kita makin kuat rasa nya.

Dijavu Di Kinabalu

Heboh satu malaya ending cerita yang tah hapa2. Ada yang suka lastly dengan Bazli jugak. Ada yang kesian dekat Amar.

Tapi bagi aku, cerita ni bukan setakat ending tp jalan cerita pun memang tah hapa2. Moral of the story pun merapu boleh tahan.

Yang aku nampak dalam cerita nu watak perempuan emo meroyan asek melalak melayan jiwa yang confuse. Actually bukan confuse tapi bodoh.

Pelik lah TV3 ni. Cerita dah lah tayang time maghrib, bulan puasa pulak tu. Susah sangat ke nak tayang cerita yang ada good moral story.

Aku review ni bukan sebab aku follow cerita ni tapi sebab MIL aku yang suka Tiz berlakon so dia memang tengok cerita ni. Nak tak nak terpaksa lah melayan jugak.

Komen akhir aku, selain cerita ni adalah bodoh, aku kesian dekat Tiz Zakyah. Dia berlakon watak perempuan bodoh yang suka melalak lepas tu jadi lembik buat aku rasa dia pelakon yang anoying.


Zaynorsuhada
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Dijavu Di Kinabalu

Zaynorsuhada
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, August 2, 2012

Berbuka Tanpa Asri

Rasa nya hari ni first time berbuka tanpa Asri. Kalau tak walau camne pun Asri tetap akan balik even lambat untuk buka kat rumah. Sedih okey berbuka ditemani Hannah je. Dah lah Hannah makan macam dia pun puasa. Memang kenyang layan kan dia je lah.

 

Rasa macam geram pulak dekat office dia sebab nak buat department iftar. Geram ke jeles eh.. Haha..

 

Sebab geram, maka secara official nya aku gantung kuali hari ni. Masak pun macam tak berbaloi. Nak pergi bazar pulak, jauh kemain. Lagipun tak koser lah aku nak keluar berdua je dengan Hannah. Mau air mata duyung mengalir nanti.

 

Sebab nak menyedap kan hati isteri yang duka lara kena tinggal while dia pergi makan sedap2, Asri dengan paksa rela panggil skandal hantarkan makanan untuk aku.

 

domino pizza man

 

Tepat pukul 7 ada orang dingdong hantar pizza. Tercangak macam mamat kat atas ni. Terima Kasih abang dominos. Sekarang ni order online je senang. Boleh set nak hantar pukul berapa. Klik kalau nak order.

 

 

P/S : Dominos ada offer 50% tau sempena bulan ramadhan ni. Tapi untuk certain pizza je. Tapi, takde hal lah. Semua pizza dia sedap2 kot. hehe..

 

p/s/s : gambar google je tau. Aje gila aku nak snap masa mamat tu hantar pizza. Mau lepas ni dorang cop aku perempuan saiko….. haha..

SPA Interview

Kelmarin, setelah sekian lama menunggu. Akhir nya dapat jugak panggilan interview dari SPA. Ramai jugak batch aku yang dapat panggilan tapi semua nya tak dapat surat. Tau pun bila dah kecoh, masing2 cek sendiri kat portal SPA. Ada jugak yang dapat call, tu pun dua hari sebelum interview.

 

Since tau dapat panggilan interview, aku pun gigih lah study. Mana nak ingat pasal rekod after 2 years tinggalkan alam belajar. Kerja pun tak ada kene mengena denngan rekod, memang kelaut lah semua ilmu yang ada.

 

Hari yang dinanti tiba. Banyak jugak procedur sebelum interview ni. Ada bilik saringan which is bertujuan untuk ambil no giliran dan susun kan sijil seperti yang diminta.

 

Panel interview ada 2 orang, wakil SPA dan  Arkib. Untuk wakil SPA ala2 pihak HR kalau pergi interview kat company biasa. Since jawatan ni adalah untuk pegawai 41, so interview dari SPA adalah dalam bahasa inggeris. Just simple basic question macam kenal kan diri, experience kerja. Tapi soalan favourite yang akan ditanya adalah pasal NKRA dan nama menteri.

 

Wakil dari arkib macam biasa lah tanya pasal record. Nasib baik dah study awal2 so takde lah berpeluh nak jawab. Cuma soalan dari SPA agak susah bila ditanya pasal NKRA. Hehe. Nama menteri pun aku kantol sebab banyak yang tak ingat. Rasa macam nak menanagis bila kena titik dengan Datuk tu sebab tak boleh jawab soalan dia.

 

Aku rasa agak ralat jugak lah sebab soalan tu senang cuma aku je yang tak pay attention. Should be benda tu kena fokus lebih rasa nya. Pegawai SPA agak tegas juga. Starting interview aku dah kena marah sebab resume yang dia ada status aku single. Masa ni rasa nak marah sebab rasa nya aku dah update ke berkahwin. Dorang yang print resume lama aku pulak kena marah. Sabar kan hati je lah.

 

Overall, aku puas hati dengan interview kecuali tang soalan dari wakil SPA. Dengan jumlah calon yang ramai. aku tak letak harapan tinggi pun. Cukup lah dapat exposure untuk SPA interview. Lepas ni tahu lah macam mana nak handle bila dapat lagi interview. Tapi tahun bila tu tak tau lah kan..

 

Doa ka je lah aku lepas interview ni. Bagi aku, ada rezeki adalah. Kang mengharap tinggi2, tak dapat boleh gila meroyan sekejap. haha..

Monday, July 30, 2012

Ramadhan 2012

Tahun ni tahun ketiga kami berpuasa bersama. Jadi bertambah special sebab tahun ni ada Hannah. Aku pun tak kerja. So buat julung2 kali nya aku memasak di untuk buka. Sahur aku masak macam biasa lah.

 

So far, baru 3 kali kot pergi bazar. Agenda buka di luar pun mungkin tak ada since ada si kecik ni. Kat rumah pun susah nak buka, ni pulak kalau buka luar. Mau onak dan duri nak makan.

 

Family aku memang tak berbuka nasi. Ayah memang akan buat pelbagai jenis mee sepanjang bulan puasa. Since Asri pun memang nak diet nasi, so sepanjang minggu aku masak mee je lah. Letih gak fikir nak masak apa hari2.

 

1 Ramadhan

 

mamak_mee_goreng2

 

3 Ramadhan

Spaghe-Bolog_793727c

4 Ramadhan

003

 

5 Ramadhan

 

kueyteowgoreng

 

6 Ramadhan

images (1)

 

7 Ramadhan

images

 

 

Puasa kedua ada kisah menyayat hati. Will blog about it later. Alhamdulillah berjaya aku masak untuk minggu pertama ni. Sekarang dalam otak penat memikir menu nak masak. Penin fikir nak masak mee apa. Any idea tak?

 

Nota kaki : Semua gambar adalah di google. Tak dan nak amek gambar setiap kali lepas masak.

Sunday, July 29, 2012

Dialog Lelaki & Perempuan

3 minggu lepas kami dikejutkan berita kemation seorang classmate Asri. Arwah meninggal selepas melahirkan anak.

 

Sedih sangat. Kesian dekat baby tu. Belum kenal apa2 dah kehilangan mak. Arwah baru kahwin bulan 9 tahun lepas.

 

Masa berjumpa di kenduri kahwin, kami berborak pasal arwah. Aku yang emo ni mestilah feeling sedih on behalf for the baby. Baby kot, kesian lah kan. Bapak dia lantak pi lah. Amazingly, most of them pity to the father.

 

Perbualan aku dan member Asri.

 

Aku: Sedih lah baby tu. Takde mak dah.

 

T: Kesian kat bapak dia lah.

 

Aku: Ala, bapak dia boleh kahwin lagi. Baby tu dah takde mak.

 

T: Kesian lah kat bapak dia. Kau ingat senang ke nak cari lain. Tak semudah tu lah nak cari pengganti.

 

*pouse*

 

Aku rasa surprise dengan jawapan dia. Mungkin ikhlas dari hati seorang lelaki.

 

Mungkin masih ujud lelaki setia. Kata-kata geng kedai kopi tentang isteri ganti mungkin tak boleh diterima di kelompok kawanan ni.

 

Dalam hati, kembang setaman hati berbunga-bunga.

 

Eh, before kejadian Asri ada dedicate kan aku lagu.  Lagu Andai Ku Bercinta Lagi. Dok nyanyi selalu lagu ni kat aku. Kalau betul perasaan dia macam dalam lirik, alhamdullilah. Macam kena pulak dengan discusion kami lagu ni.

 

Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi –MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com

Saturday, July 28, 2012

Nasib Perempuan

Aku tak tau sesuai letak perempuan atau wanita.

 

Aku selalu terfikir, indah jadi perempuan ni. Dari kecik bapak jaga, abang jaga. Dah besar, ada boyfriend, lepas tu kahwin ada suami. Hidup sentiasa ada bodyguard.

 

Aku ni even dah kahwin, ayah dan abang2 aku stil dok guard aku macam aku kecik2. Bak kata anyah, aku stil dorang punya baby.

 

Rasa seronok kan jadi perempuan. Tapi dalaman serius aku rasa jadi perempuan adalah berat. Perempuan kena jaga macam2. Tutur perbuatan semua kena tertib. Lelaki larung je.

 

Sebenarnya aku kesian dengan nasib perempuan. Yang bintang cerah, alhamdullilah. Yang kurang bernasib baik yang bukan salah dia tapi kena menanggung derita sepanjang hayat.

 

Cerita 1;

 

Seorang wanita melahirkan bayi luar nikah.

 

Persepsi masyarakat;

 

Perempuan tu kotor, keji. Di hina. Lebih teruk ada yang dipenjara kan. Anak yang tak bersalah turut menjadi mangsa.

 

Keadaan sebenarnya;

 

Perempuan itu DIROGOL.

 

Persoalan nya, kenapa hanya perempuan tu yang dipandang bersalah. Kenapa kita nak menghukum dia atas perkara yang dia sendiri tak rela. Ada ke orang suka kena rogol. Kenapa lelaki keparat tu tak dipenjara, kenapa lelaki durjana tu tak kena hukum, kena keji. Dah lah mengadung susah payah, segala beban tergalas sendiri. Kesian kan wanita. Penghujung nya, wanita jugak yang dipersalah kan.

 

Cerita 2;

 

Lelaki berkahwin 2 kerana mendakwa isteri tak pandai melawa. Duduk rumah baju buruk, Tak seksi.

 

Persepi masyarakat;

 

Perempuan tu tak pandai jaga suami.

 

Keadaan sebenar;

 

Memang perempuan tu pakai serabai, hodoh je. Kain batik dan baju lusuh. Suami balek tak layan suami. Busy sangat buat kerja rumah.

 

Memang, luaran nampak memang perempuan tu mengendahkan suami. Tapi, pernah tak kita terfikir, kenapa perempuan tu jadi macam tu.

 

Pakai baju lusuh je, bau pun busuk. Suami sikit punya segak. Baju ber’side’ bagai. Kejap lagi bini masyaallah, serabai. Sebelum tu, kita tanya. Perempuan ni tak kerja, takde sumber pendapatan. Dah suami tak beli kan baju, syampu, mekap. Macam mana dia nak bergaya. Terpaksa lah pakai apa yang ada.

 

Ada setengah suami kedekut nak beli. Mintak beli syampu sebotol membebel macam mintak beli emas 10 kg. Ada ye golongan lelaki macam ni. berkira kemain duit dia.

 

Bab layanan, macam mana nak layan. Anak berderet kecik2. Siang sibuk urus anak, masak, kemas rumah sorang2. Suami balek nak hidang makan. Anak yang kecik pun nak kena jaga. Semua ni dibuat sorang2. Suami balek kerja macam raja. Makan nak hidang lepas makan tinggal. Perihal anak langsung tak nak amek tau. Tolong tengok kan seminit pun tak nak.

 

Macam mana nak bagi sepenuh perhatian kat suami. Kang layan suami anak melalak. Umah tunggang langgang. Yang suami tau everything beres.

 

Kesimpulan nya, kita kena lah berlaku adil. Kalau nak sangat layanan, hire lah orang gaji. Kalau tak mampu, tolong isteri tu. Tapi ada lelaki yang “bijak sangat” suka makan luar dengan beralasan macam ni.

 

Inilah nasib perempuan. Buat kerja demi keluarga pun tetap dipersalahkan.

 

Ini hanyalah secebis kisah perempuan yang terpaksa harung. Serius, aku rasa berat jadi perempuan. Tapi bukan lah aku merungut jadi perempuan. Seronok apa jadi perempuan. Nak apa2, senang boleh paw orang lain (yang dah kahwin boleh lah paw suami)

 

Aku cuma terfikir, kesian nasib perempuan kat luar sana.

 

Rasa-rasa nya macam mana nak ubah persepsi masyarakat kita ni. …

Thursday, July 26, 2012

The Dark Knight Rises

chintakami

 

Cerita dah lama. Last week Asri dapat tiket free untuk preview aka premiere TDKR.

 

Sinopsis klik sini.

 

Mesti ramai dah tau macam mana basically cerita Batman kan. Aku cuma nak komen dari segi pengolahan sebab jalan cerita rata2 dah tau.

 

Aku bagi 9/10 untuk movie ni. Sebab nya aku yang tak suka action movie jadi suka cerita ni. Memang tak rugi spend masa 2 jam 45 minit (ya, cerita ni lama).

 

Action boleh kata non-stop, tak boring dan ending dia sangat2 lah surprise.

 

Asri kata nak tengok lagi sekali.

Pecah–A simple review (may contain spoilers)

 

393381_342935885733642_428870495_n

 

Gambar di atas ialah Novel Pecah, satu daripada novel2 terawal Fixi. Kalau sesapa xtau psl Fixi or blur silalah ke http://fixi.com.my/ atau FB dowg http://www.facebook.com/BukuFixi .

 

Aku just nak cerita psl novel Pecah. In addition, review ni maybe serve as what you can expect from movie adaptation. Sapa pernah tgk Inside Man? Kalu pernah tgk & suke silalah baca novel Pecah ni, confirm tertarik. Bukan maksud aku jalan cerita Inside Man & Pecah, tapi bab suspens & penceritaan dia mmg best. Boleh dikatakan a must read novel. Aku pernah baca Twilight & fully khatam Harry Potter, tp satu novel Pecah je da buat aku puas. Pernah minum 100 plus sejuk 1 botol lepas jogging 5 km? macam tu la rasa puas dia.

 

Roughly novel ni pasal Herman & 3 kawan dia yg lain i.e Radi, Alan & Don yang merompak 1 bank dengan 2 tujuan: lots of money & 1 safety deposit box. Rompakan tu mmg terancang, tapi bila Alan injured dlm rompakan tu plan asal kena ubah & thats when a genius mind of Herman comes alive. Bg aku, watak protagonist & antagonist tak ditonjolkan sangat lebih2 lagi di awal cerita. Semua watak plays an important part. Only in later part will you know who is the most obvious antagonist which is actually more than 2.

 

Pujian harus diberi kepada Nizambakeri sbb gaya cerita dia. He’s maybe not the best tp for every character & detail yg dia cerita, kita boleh imagine sendiri dlm kepala otak. You don’t have to be a detective or a visionary to understand each para in Pecah. Maybe because Nizam pakai actual scenery (i.e Hospital Klang, CIMB Shah Alam) ataupun maybe sbb bahasa yg mudah difahami. Cerita ni heavy tp sebenarnya simple utk bila dibaca.

 

Pang pung pang, Pecah fokus kepada kenapa Herman & friends merompak bank tersebut & kaitan antara 1 sama lain. As the story develops, you will know apa intention & matlamat each character. Spoiler: Nizambakeri pakai flashback & the flashback scenes is important to tied everything that is loose.

 

Aku kena puji Nizambakeri sbb boleh connectkan 1 character dgn 1 character yg lain tanpa membuatkan kita fikir yang benda tu tak logik. Even kaitan antara Lidya & Bakar pon diolah sebaiknya, which is i think can happen in this mad & crazy world. Lagi satu, no character is being wasted dari watak Dr. Vivian ataupun watak Majid.

 

In summary, aku bagi 9 out of 10 stars. Tak yakin lagi? go to this link http://fixi.com.my/pecah/ . Kat situ korang leh baca bab 1 of the novel. For me, baca the first few chapters da buat aku kagum. Jgn lupe beli & baca sekali, only then baru boleh tgk movie dia. Kalu ada duit lebih beli hardcover terus, limited edition tu.

 

549808_418787068148523_92387923_n

 

Credits to: http://www.facebook.com/NovelPecah &

http://www.facebook.com/filempecah

Wednesday, July 25, 2012

Hannah 8 Bulan

Dah makin banyak akal budak kecik ni. Makin mengada, makin manja.

 

chintakami

 

Baju yang belum lipat tak nak kacau, yang dah lipat tu lah idaman hati. Dah siap kembor, sebuk nak lari.

 

Sekarang ni tak boleh dengar orang cakap kuat, mudah je nak menjebik, Bunyi kuat pun terkejut.

 

Seminggu lepas Hannah berusia 7 bulan, dia dah tak nak makan bubur yang aku buat. Banyak kali jugak lah bubur yang aku buat ke Cik Tong. Penat aku fikirkan resepi bubur yang menarik perhatian Hannah. Semua bo layan je.

 

1 week before kenduri, aku dah balik kampung. Saja nak lepak kampung lama sikit. Dekat kampung baru tau rupa nya dia nak makan nasi. Cakap lah nak makan family food. Tak lah aku penat2 risau Hannah hilang selera makan.

 

Now, Hannah makan nasi. Lauk mudah je. Ikan goreng dan sayur masak air. Senang cerita, Hannah dah mula makan family food. Hari-hari ni je lah aku masak kan untuk dia. Kadang2 tak goreng pun ikan tu. Masuk sekali dalam laok air. Ikan dan sayur of course lah bertukar jenis nya cuma cara masak je sama.

 

chintakami

 

Sekarang Hannah tengah kemaruk dengan karakter Minnie Mouse. Nampak Minnie Mouse memang teruja sangat2. Sebab botol tu bergambar Minnie memang seronok dia asek minum je. Sambil minum dok belek botol. Sekejap je ajar dia sedut straw sebab teruja botol Minnie kot. Hehe….

 

Sekarang dah tak nak naek walker. Sebok nak memanjat dan lepas tangan.

 

Gigi bawah 2 batang nampak gaya macam belum ada kawan lain je.

Aqiqah Hannah

Alhamdullilah, lega rasa majlis aqiqah hannah dapat disempurnakan.

 

Majlis bermula pukul 12 tengah hari. Ada 2 group untuk bacaan yasin dan doa selamat. Bermula dengan group lelaki which is kawan2 ayah, kemudian lepas Zohor bacaan Yasin oleh kumpulan yasin mak.  Seronok tengok meraka berkumpul macam ni. Agak2 kalau dekat bandar ada lagi tak eh aktiviti macam ni..

 

chintakami

 

chintakami

 

Kami tak buat cukur jambul, cuma belah mulut sahaja which is lagi bagus. Sambil diiringi selawat dan bacaan suci, mulut Hannah disuap dengan kurma dan air zam2. Semoga Hannah menjadi anak yang solehah. Kata-kata nya yang dituturkan manis sentiasa.

 

chintakami

 

Simple dais deco by Ude. Dalam famli aku bab2 mendeco, buat gubahan semua pass ke ude. Semua ni adalah DIY. Guna je apa yang ada. Bunga pahar pun DIY.

 

 

chintakami

 

Salah satu daripada kambing ni bakal menjadi korban aqiqah Hannah. 2 ekor kambing yang belah belakang tu shaking gila. Maybe dia dapat tahu yang dia bakal disembelikan kot petang tu.

 

chintakami

 

 

Majlis berjalan lancar cuma aku sedikit kesal sebab gambar tak berapa banyak dak banyak yang kabur. Tak sempat nak bergambar sakan since sangat busy ke hulu kehilir menyediakan persiapan.