Monday, August 20, 2012

Isteri ke Maid?

Hari tu kan, ada seorang one of FB friend aku buat status.

 

Status dia pasal mencari calon maid so dia list kan lah pelbagai ciri dan lastly maid tu boleh jadi calon wife.

 

Aku pun komen lah wife dengan maid tu berlainanan. Dia claim this is special maid.

 

So macam jadi topik perbincangan hebat lah.

 

Yang lelaki sangat sokong wife adalah maid siap ejek2 aku maid since I’m not working.

 

Pelik kan lelaki ni. Asal buat kerja rumah diaanggap maid. Habis tu mak kau buat kerja rumah tu maid ke??

 

Bagi aku sebagai isteri kita membantu suami menguruskan rumah tangga. Dalam menguruskan rumah tangga besar konteks nya. Suami sudah mencari rezeki isteri membantu uruskan rumah tapi tak de lah tahap isteri sampai boleh dipanggil maid kan?

 

Aku agak emo dengan statement dia sebab aku rasa unfair untuk kaum perempuan dilayan macam tu. Kesian sangat pada nasin bakal isteri budak tu.

 

Ada jugak akal lelaki macam dizaman batu rupa nya..

No comments:

Post a Comment