Saturday, July 28, 2012

Nasib Perempuan

Aku tak tau sesuai letak perempuan atau wanita.

 

Aku selalu terfikir, indah jadi perempuan ni. Dari kecik bapak jaga, abang jaga. Dah besar, ada boyfriend, lepas tu kahwin ada suami. Hidup sentiasa ada bodyguard.

 

Aku ni even dah kahwin, ayah dan abang2 aku stil dok guard aku macam aku kecik2. Bak kata anyah, aku stil dorang punya baby.

 

Rasa seronok kan jadi perempuan. Tapi dalaman serius aku rasa jadi perempuan adalah berat. Perempuan kena jaga macam2. Tutur perbuatan semua kena tertib. Lelaki larung je.

 

Sebenarnya aku kesian dengan nasib perempuan. Yang bintang cerah, alhamdullilah. Yang kurang bernasib baik yang bukan salah dia tapi kena menanggung derita sepanjang hayat.

 

Cerita 1;

 

Seorang wanita melahirkan bayi luar nikah.

 

Persepsi masyarakat;

 

Perempuan tu kotor, keji. Di hina. Lebih teruk ada yang dipenjara kan. Anak yang tak bersalah turut menjadi mangsa.

 

Keadaan sebenarnya;

 

Perempuan itu DIROGOL.

 

Persoalan nya, kenapa hanya perempuan tu yang dipandang bersalah. Kenapa kita nak menghukum dia atas perkara yang dia sendiri tak rela. Ada ke orang suka kena rogol. Kenapa lelaki keparat tu tak dipenjara, kenapa lelaki durjana tu tak kena hukum, kena keji. Dah lah mengadung susah payah, segala beban tergalas sendiri. Kesian kan wanita. Penghujung nya, wanita jugak yang dipersalah kan.

 

Cerita 2;

 

Lelaki berkahwin 2 kerana mendakwa isteri tak pandai melawa. Duduk rumah baju buruk, Tak seksi.

 

Persepi masyarakat;

 

Perempuan tu tak pandai jaga suami.

 

Keadaan sebenar;

 

Memang perempuan tu pakai serabai, hodoh je. Kain batik dan baju lusuh. Suami balek tak layan suami. Busy sangat buat kerja rumah.

 

Memang, luaran nampak memang perempuan tu mengendahkan suami. Tapi, pernah tak kita terfikir, kenapa perempuan tu jadi macam tu.

 

Pakai baju lusuh je, bau pun busuk. Suami sikit punya segak. Baju ber’side’ bagai. Kejap lagi bini masyaallah, serabai. Sebelum tu, kita tanya. Perempuan ni tak kerja, takde sumber pendapatan. Dah suami tak beli kan baju, syampu, mekap. Macam mana dia nak bergaya. Terpaksa lah pakai apa yang ada.

 

Ada setengah suami kedekut nak beli. Mintak beli syampu sebotol membebel macam mintak beli emas 10 kg. Ada ye golongan lelaki macam ni. berkira kemain duit dia.

 

Bab layanan, macam mana nak layan. Anak berderet kecik2. Siang sibuk urus anak, masak, kemas rumah sorang2. Suami balek nak hidang makan. Anak yang kecik pun nak kena jaga. Semua ni dibuat sorang2. Suami balek kerja macam raja. Makan nak hidang lepas makan tinggal. Perihal anak langsung tak nak amek tau. Tolong tengok kan seminit pun tak nak.

 

Macam mana nak bagi sepenuh perhatian kat suami. Kang layan suami anak melalak. Umah tunggang langgang. Yang suami tau everything beres.

 

Kesimpulan nya, kita kena lah berlaku adil. Kalau nak sangat layanan, hire lah orang gaji. Kalau tak mampu, tolong isteri tu. Tapi ada lelaki yang “bijak sangat” suka makan luar dengan beralasan macam ni.

 

Inilah nasib perempuan. Buat kerja demi keluarga pun tetap dipersalahkan.

 

Ini hanyalah secebis kisah perempuan yang terpaksa harung. Serius, aku rasa berat jadi perempuan. Tapi bukan lah aku merungut jadi perempuan. Seronok apa jadi perempuan. Nak apa2, senang boleh paw orang lain (yang dah kahwin boleh lah paw suami)

 

Aku cuma terfikir, kesian nasib perempuan kat luar sana.

 

Rasa-rasa nya macam mana nak ubah persepsi masyarakat kita ni. …

No comments:

Post a Comment