Pejam celik kejap je dah nak raya kan. Tinggal few days je lagi.
Puasa tahun ni aku ada masalah insomnia. Tak boleh tidur malam. Gila punya stress tau. Nasib baik tak kerja. Siang pulak Hannah si ucuk acam memang stok bangun lambat so bantai tidur sampai ke petang bersama Cik Hanarena. Asri jeles je selalu bila dengar kitorang baru bangun tidur. Hehehe.. Best kan jadi suri rumah..
As I said before, tahun ni berpuasa bersama Hannah. Onak duri ranjau dugaan semua ada bila ada si kecik ni. Orang bangun sahur, dia pun joint makan sama. Bila buka pun dia makan sekali.
Susah nak makan kali ni. Nak melayan dia, nak melayan tekak. Tangan dah lah laju je nak mencapai barang atas meja. Haih, ini budak memang banyak menguji kesabaran tau.
Bukan merungut tapi saja je nak melepaskan keluh kesah. Even rasa susah nak makan tapi dia berjaya memujuk ummi supaya kewl dengan perangai dia yang super notii..
Sebenarnya nak beritahu, puasa tahun ni sedikit sedih sebab tak boleh nak berbuka diluar. Sangat tak sesuai nak berbuka bersama Hannah Makarena ni. Kang kenyang melayan dia je. sobsobsob… Elok nak makan kedai pun tutup.
Aktiviti berbuka beramai-ramai still ade cuma konsep bertukar ke pot luck iftar. Dari emo-emo susah nak makan kat luar, makan je lah kat rumah. Senang cerita kan.. Lepas makan boleh lepak2 senang hati.
Ada tak kawan-kawan facing same problem dengan saya. Karenah berbuka dengan 8 month baby.
No comments:
Post a Comment