Thursday, August 2, 2012

Berbuka Tanpa Asri

Rasa nya hari ni first time berbuka tanpa Asri. Kalau tak walau camne pun Asri tetap akan balik even lambat untuk buka kat rumah. Sedih okey berbuka ditemani Hannah je. Dah lah Hannah makan macam dia pun puasa. Memang kenyang layan kan dia je lah.

 

Rasa macam geram pulak dekat office dia sebab nak buat department iftar. Geram ke jeles eh.. Haha..

 

Sebab geram, maka secara official nya aku gantung kuali hari ni. Masak pun macam tak berbaloi. Nak pergi bazar pulak, jauh kemain. Lagipun tak koser lah aku nak keluar berdua je dengan Hannah. Mau air mata duyung mengalir nanti.

 

Sebab nak menyedap kan hati isteri yang duka lara kena tinggal while dia pergi makan sedap2, Asri dengan paksa rela panggil skandal hantarkan makanan untuk aku.

 

domino pizza man

 

Tepat pukul 7 ada orang dingdong hantar pizza. Tercangak macam mamat kat atas ni. Terima Kasih abang dominos. Sekarang ni order online je senang. Boleh set nak hantar pukul berapa. Klik kalau nak order.

 

 

P/S : Dominos ada offer 50% tau sempena bulan ramadhan ni. Tapi untuk certain pizza je. Tapi, takde hal lah. Semua pizza dia sedap2 kot. hehe..

 

p/s/s : gambar google je tau. Aje gila aku nak snap masa mamat tu hantar pizza. Mau lepas ni dorang cop aku perempuan saiko….. haha..

No comments:

Post a Comment