Dah menjadi rutin, setiap hujung bulan mesti kena berbelanja barang dapur. Dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, makanya setiap perbelanjaan harus diteliti. Setiap sen yang dibelanjakan mesti berbaloi.
Since aku berkahwin dengan budak finance (bukan budak finance je yang buat macam ni, ramai sebenarnya), setiap barang yang dibeli akan dikira dengan teliti. En suami akan kira harga yang mana lagi untung dibeli.
Mungkin akan ada yang berkata kami kedekut, tapi tak salah rasanya berjimat. Banyak lagi benda lain yang perlukan duit. So bijak2 lah berbelanja.
Walaupun satu barang beza hanya 20sen, tapi cuba kira kalau 10 barang. Perbezaan ketara dapat kita lihat disitu.
Contoh pengiraan;
1 paket kecil 500g susu tepung berharga rm19.35
1 paket besar 1kg susu tepung berharga rm38.95
=jelas, beli 2 paket kecil lagi untung dari beli 1 paket besar walaupun kuantiti sama tapi nilai berbeza.
Tips menjadi pengguna bijak;
Rajin membuat perbandingan harga antara pasaraya.
Bila nak beli barang, compare kan beberapa saiz produk yang berlainan supaya dapat dikenal pasti beli yang besat untung ataupun yang kecil untung.
Bandingkan seperti pengiraan susu tepung diatas.
Kira harga barang yang berdasaarkan kuantiti yang kecil. Contohnya; harga barang/kuantiti = nilai barang untuk satu kuantiti kecil. paham?macam ni. harga sabun=1kg rm12. Bahagikan rm12 dengan 1000g. Jawapan itulah harga sebenar barang dan itulah harga untuk perbandingan.
NOTE:Kadang2 produk berjenama pasaraya ni sedap juga. harga murah kualiti pun okie. Tapi ada juga yang hampeh.
No comments:
Post a Comment