Friday, April 2, 2010

Din Beramboi

Semua orang tahu, Din Beramboi @ Meor Ahmad Fuad sudah meninggalkan kita pada jam 12.35 a.m, 2 April 2010 di Hospital Selayang kerana Denggi Berdarah. Alhamdulillah arwah meninggalkan kita pada hari Jumaat dan mengikut apa yang dilaporkan jemaah solat jemaah arwah lebih dari 40 orang. InsyaALLAH lepas seksa kubur arwah.

image

Husband aku antara peminat allahyarham sebab rdia memang sukakan rancangan lawak.Jadinya pemergian allahyarham agak dirasai. Selalu pagi2 on the way nak pergi kerja kami akan denga drama sebabak dan lawak2 dia kemudian dengar radio HOT pulak..

Di kala nama sedang memuncak arwah pergi meninggalkan kita secara tiba-tiba meninggalkan 3 orang anak yang masih bersekolah.

Mengikut apa yang dikatakan oleh pihak media, arwah seorang yang baik,lucu dan lawak sempoi. Apa yang aku perasan, artis yang baik2 ni selalu meninggal di usia awal 40-an dan sudden death.Orang baik memang selalu sekejap je kita dapat pinjam.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan, taman sebelah rumah kami.Senang cerita dalam kariah kami. Suamiku pergi untuk menunaikan tanggungjawab sesama Islam.

Ramai artis yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Ada yang memang hadir mengikut adab seorang muslim dan ada juga yang hadir seperti selebriti pergi ke majlis rumah terbuka.Lengkap make-up dan kebaya ketat tanpa tudung/selendang (husband aku cakap “bukan artis tapi gaya macam artis'”)

Tapi ada juga artis yang memang bersusah payah seperti Iqram Dinzly yang sanggup sengseng lengan semasa pengebumian. Kelibat Pak Nil juga kelihatan.  Kelihatan beliau sangat2 sedih sambil ditenangkan oleh rakan2 artis.

Ramai yang hadir membuktikan arwah sangat2 disenangi ramai. Jom kita sedekahkan arwah surah yasin dan al-fatihah.Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.

02042010318

pagi era + am krew = heart warming

02042010312 

antara yang hadir

 02042010291

tapak kubur

02042010294

02042010298

Jawa Rangers pun hadir

02042010301

Rina Khan (kawan baik Pak Nil)

02042010302

02042010303

Along Raja Lawak dan Fizz Fairuz

 02042010308

sekitar upacara pengebumian Allahyarham Meor Ahmad Fuad sangat sayu.

* p/s: ni je gambar yang husband aku sempat snap..ni pun pakai E71 je..nak bawak camera macam tak sopan pulak . Ini upacara pengebumian bukan red carpet yang nak bergambar bagai. Yang penting ramai rakan2 artis yang datang untuk bagi penghormatan terakhir untuk arwah.

No comments:

Post a Comment