Rutin biasa apabila mula bekerja, medical check-up. Agak leceh, segala macam mahu di cek. Mujur company aku jenis en kede. Makanya, medical check-up tema nya asal boleh je lah. Sebasic mungkin rawatan yang diterima, bak kata orang tua asal cukup syarat saja.
Ketepikan soal jenis medical check-up, tapi aku agak kecewa dengan layanan yang kami terima. Aku pergi dengan teman sepejebat, Kak Gee. Dari mula berdaftar, ujian air kencing, isi borang, x-ray, hanya berjumpa doktor je aku terima layanan.
Muka staff payah benar nak tunjukkan kan kemanisan, apatah lagi ramah menegur sapa. Kerek betul muka ibarat aku ni pekerja kelas bawahan mereka yang di klinik sangat mulia. Kalau aku pekerja kelas bawahan sekalipun, tak salah rasanya kalau meramahkan mulut, memaniskan muka dengan senyuman. Bukan menunjuk ego kepada pelanggan.
note:Aku rasa kalau tengah sakit, mau bertambah sakit melihat telatah angkuh staff di klinik ni. kalau sesiapa yang nak merasa layanan dingin dari pihak klinik, jemputlah datang ke klinik ini.
klinik apakah itu?hehe..
ReplyDelete