Saturday, April 3, 2010

Branchap peumonia with right plural effusion

Berita paling sedih bila aku dengar adreena kena tahan wad. Rupa2nya demam dia yang selama ni bukan demam biasa.demam dia boleh membawa ke maut.

Adreena demam dah dekat 3 minggu..tapi sekarang ni musim panas jadi doktor kata setakat demam biasa..anyah pon dah bawak pergu jumpa pakar kanak2..die pon kata demam biasa. berpuluh klinik pergi tapi semua kata demam biasa.

masalahnya, kami semua tak rasa adreena sakit biasa..sudahlah demam berlarutan.selalu panas sangat2 masa tengah malam..demam, kebah kejap lepas tu demam balik.tapi bila doktor dah kata demam biasa kami pun buat macam biasa.

keadaan adreena makin lama kamin kronik kami rasa.selepas 2 minggu demam, selera makan dia mati.padahal sebelum ni dia sangat kuat makan.tapi sejak demam masuk minggu kedua dia dah tak makan.even susu pon da kurang..kurus sangat dia.

masuk minggu ketiga, adreena dah terbaring je.bercakap memang dah tak..dia dah jadi sangat2 tak aktif.terbaring lemah dengan dada berombak kuat dan berbunyi.masa ni, rindu sangat nak cakap dengan dia.dari budak kecik yang kepoci tak geti duduk diam dia jadi lemah je terbaring.

bila nak masuk ke minggu ke-4, uda paksa anyah pergi ke klinik 1 malaysia. dah beratos habis pergi klinik swasta sekarang mereka nak try klinik kerajaan pulak.

tak sampai setengah jam mereka check, dia orang terus decide adreena kena hantar hospital. malam tu jugak adreena kena tahan wad.bermulalah kehidupan dia di hospital.

first diagnose doktor kata dia adreena paru2 berair.kami agak lega sebab taklah kuat sangat penyakit dia..dulu angah paru2 berair, doktor bagi ubat dah kering dah.

malam tu, dari pukul 12 tengah malam sampai ke pagi doktor godeh adreena..sekejap ambil darah, kejap lagi datang lagi rodok tekak sebab nak ambil lendir dia.kemudian datang lagi cek segala macam cek.pagi tepat pukul 8, mereka kata paru2 adreena dah ada nanah.adreen imediately kena tebuk untuk keluarkan nanah tu cepat sebab nanah dah memenuhi paru2 kanan dia.

selama 22 hari adreena adreena kena pasang wayar kat dada. antibiotik masuk melalui salur darah selama 6 minggu.sedih sangat hati bila tengok wayar melilit di badan dia.

minggu lepas, wayar kat dada dia dah bukak tapi salur ubar masih bergantung.sekejap di tangan, urat tangan dah pecah kena cucuk kaki pulak..lepas tu tangan balik..meraung2 adreena setiap kali nurse cari line sampaikan ada satu ketika dia sorokkan tangan dia bila leaking.ubat yang tajam membuatkan urat tangan adreena cepat pecah.selagi dia on antibiotik, selagi tulah nurse akan cari line.

sepanjang 3 minggu adreena di hospital,macam2 dah dia kena..x-ray aku pon tak tahi berapa kali dah.ambil darah, cari urat, CT scan.dari dia takot dengan doktor sekarang ni dia kawan baik dengan doktor..setiap hari dia akan belanja para doktor air kotak..yang jadi mangsa mestilah papa dia..setiap kali datang kena bawak air kotak banyak2 sebab adreena order nak bagi kat kawan2.

selepas 3 minggu di hospital, barulah adreena kembali riang.barulah aku denga dia bercakap.kami semua happy sangat bila adreena dah bercakap..terlampau lama rasanya tak dengar celoteh dia.

sekarang dia hanya menanti masa untuk keluar hospital.aku sangat berharap dia akan cepat baik macam dulu.boleh main2 dengan dia..layan dia cakap yang macam mak enon.

sekarang ni, demam jangan buat main2..kalau dah demam panas 4 hari tak baik pergilah hospital terus.kalau demam dah seminggu kejap kebah, kejap baik sangatlah dinasihatkan pergi check darah.jangan sampai dah parah dah tak boleh nak baik lagi baru pergi..masa tu dah tak berguna dah.

Keluarkan nanah

adreena selepas tebuk lubang.masa ni belum sedar lagi.balang bawah tu nanah dia.

Pakai vacum

kena pakai vacum sebab nanah adreena banyak

06032010203

06032010199

muka baru sedar selepas tebuk lubang 06032010205bibir kering dan bengkak sebab pakai oksigen lama

08032010210

2 minggu adreena lemah terbaring08032010211

sudah boleh bangon dan duduk sekejap

21032010269

makanan kegemaran :: coklat

21032010270 dah jadi nakal sikit..masa ni dah okie..nanah tinggal sikit..before ct scan

DSC00155

selera makan baru datang balik..setiap malam mi goreng basah

DSC00248

bekas jahitan tutup lubang

No comments:

Post a Comment