Bulan ni aku ke Mydin sebab beberapa barangnya harga sangat ketara murah. Antara yang paling ketara aku rasa;
softlan softener 2L (botol) = RM5.90
Head & Shoulder (m) = RM8.90
minyak rambut gatsby = RM 13.90
Nesvita calcilock (susu tepung) = RM19.95
Bulan ni aku ke Mydin sebab beberapa barangnya harga sangat ketara murah. Antara yang paling ketara aku rasa;
softlan softener 2L (botol) = RM5.90
Head & Shoulder (m) = RM8.90
minyak rambut gatsby = RM 13.90
Nesvita calcilock (susu tepung) = RM19.95
Dah menjadi rutin, setiap hujung bulan mesti kena berbelanja barang dapur. Dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, makanya setiap perbelanjaan harus diteliti. Setiap sen yang dibelanjakan mesti berbaloi.
Since aku berkahwin dengan budak finance (bukan budak finance je yang buat macam ni, ramai sebenarnya), setiap barang yang dibeli akan dikira dengan teliti. En suami akan kira harga yang mana lagi untung dibeli.
Mungkin akan ada yang berkata kami kedekut, tapi tak salah rasanya berjimat. Banyak lagi benda lain yang perlukan duit. So bijak2 lah berbelanja.
Walaupun satu barang beza hanya 20sen, tapi cuba kira kalau 10 barang. Perbezaan ketara dapat kita lihat disitu.
Contoh pengiraan;
1 paket kecil 500g susu tepung berharga rm19.35
1 paket besar 1kg susu tepung berharga rm38.95
=jelas, beli 2 paket kecil lagi untung dari beli 1 paket besar walaupun kuantiti sama tapi nilai berbeza.
Tips menjadi pengguna bijak;
Rajin membuat perbandingan harga antara pasaraya.
Bila nak beli barang, compare kan beberapa saiz produk yang berlainan supaya dapat dikenal pasti beli yang besat untung ataupun yang kecil untung.
Bandingkan seperti pengiraan susu tepung diatas.
Kira harga barang yang berdasaarkan kuantiti yang kecil. Contohnya; harga barang/kuantiti = nilai barang untuk satu kuantiti kecil. paham?macam ni. harga sabun=1kg rm12. Bahagikan rm12 dengan 1000g. Jawapan itulah harga sebenar barang dan itulah harga untuk perbandingan.
NOTE:Kadang2 produk berjenama pasaraya ni sedap juga. harga murah kualiti pun okie. Tapi ada juga yang hampeh.
Rutin biasa apabila mula bekerja, medical check-up. Agak leceh, segala macam mahu di cek. Mujur company aku jenis en kede. Makanya, medical check-up tema nya asal boleh je lah. Sebasic mungkin rawatan yang diterima, bak kata orang tua asal cukup syarat saja.
Ketepikan soal jenis medical check-up, tapi aku agak kecewa dengan layanan yang kami terima. Aku pergi dengan teman sepejebat, Kak Gee. Dari mula berdaftar, ujian air kencing, isi borang, x-ray, hanya berjumpa doktor je aku terima layanan.
Muka staff payah benar nak tunjukkan kan kemanisan, apatah lagi ramah menegur sapa. Kerek betul muka ibarat aku ni pekerja kelas bawahan mereka yang di klinik sangat mulia. Kalau aku pekerja kelas bawahan sekalipun, tak salah rasanya kalau meramahkan mulut, memaniskan muka dengan senyuman. Bukan menunjuk ego kepada pelanggan.
note:Aku rasa kalau tengah sakit, mau bertambah sakit melihat telatah angkuh staff di klinik ni. kalau sesiapa yang nak merasa layanan dingin dari pihak klinik, jemputlah datang ke klinik ini.
ini adalah baju sanding aku yang aku tempah dekat nina. Senang cerita, aku puas hati. Memang berbaloi aku tempah dekat dia. Harga berpatutan dengan kualiti excellent. Siapa yang berkenan, boleh lah hubungi ni nina.
Baju aku ni design dress labuh. Nina specialy design mengikut design yang sesuai dengan bentuk badan aku. Aku describe aku nak macam mana, dia combine kan dengan kesesuaian badan aku, inilah hasilnya.
Lengan baju aku diperbuat dari fabrik chifon dan baju dari fabrik Thai Silk. Leher dan hujung lengan nina patch kan dengan lace termasuklah ekor kat belakang baju tu ada lace. Di badan baju tu nina tabur pulak kristal swarszoki. Ni part yang paling crucial sebab die kena bakar satu persatu kristal tu denga api biru. Total ada 140 biji kristal kat atas baju ni. Bab harga, korang boleh tanya nina sendiri.Tapi bagi aku, memang awesome.
Tambahan pulak service dia memang terbaek. Dari design, mencari fabrik, ukur baju, sepanjang proces tu memang layanan 1st klas. Maybe pengalaman dia kerja di butik perkahwinan cina, tu yang dia profesional macam ni sekali.
dia ni pernah design baju kahwin anak Dian P.Ramlee.
2 benda dengan kuantiti yang sama tapi harga yang melampau. Mr D.I. Y rm 1.90. Sin Yin Semua House rm5.50.
Hari tu aku ada cerita kan yang BLM ni memang jimat minyak.Aku sangat gembira dengan prestasi minyak yang murah ni. Cuma kalau lambat servis, barulah sedikit meragam enjin ni.Dia jadi pelahap minyak. Dah tak geti nak diet makan sikit2. Tapi, nama pun kereta Proton, tak boleh nak expect banyak. Buat kecewa je nanti.
Rumah aku tak ada peti sejuk maka mestilah meminta belas ihsan keluarga dikampung untuk memberi peti sejuk. Gila susah tak ada peti sejuk. Nak simpan laok kat mana pulak kan. Tak kan hari2 mahu beli laok.
Mula pening jugak fikir macam mana nak angkut peti sejuk ni. Setelah diukur, muat2 dia boleh tidur kat seat belakang. Terus along, abang ijan dan en suami memprojek mengangkat peti sejuk dan memuatkan di seat belakang si itam. Gila lega, dah boleh bawak balik peti sejuk.
Ruang belakang dia sangat spacious. Ini antara faktor kami memilih kereta ini. Pada mulanya sebab senang nak angkut famili yang ramai. Sekarang, ia juga boleh memuatkan peti sejuk. Maka secara tidak langsung dia boleh menjadi carier yang baik..yihaaaaaa…
pandangan dari luar
pandangan dari seat depan
Muat kan???
Memang kami sayang sangat pada kamu si itam..muah..
Kebelakangan ni aku rasa banyak drama (aku tengok ada 2 je) yang tayang cerita ibu mertua yang ada masalah dengan menantu perempuan tetapi anak lelaki dia akan mem’back-up’ isterinya maka akan timbullah konflik antara ibu, anak dan menantu.
Balek2 scene mak mertua tak puas hati dengan menantu lah, saja je buruk2 kan menantu, yang menantu pulak muka pathetic gila bila jadi mangsa kemudian en suami menjadi hero dengan mempertahan kan isteri daripada menjadi mangsa mak mertua lepas tu mak dia pulak kecik hati terasa macam anak lagi pentingkan isteri.
Cerita2 begini aku rasa sangat pathetic dan kadang2 rasa aku meluat. Betul ke dalam real life perkara begini berlaku. Betul ke mak mertua macam ni. Ada ke perempuan yang akan telan semua ini dalam keadaan tabah dan sabar. Kalau ada mesti dia seorang perempuan melayu terakhir yang begitu sopan santun kan.
Tapi mungkin juga pengarah dan penulis rasa memang wujud situasi ini dalam masyarakat. Kalau tak, tak kan sampai tema menantu bukan pilihan sering diangkat didalam movie. Agak2 lah kan, dalam dunia betul, ramai yang diam terima dengan redha macam dalam tv ke ataupun membuat plan untuk bertindak.
Ouih…..penin jugak kalao nak fikir benda2 macam ni kan..tersepit betul..paling kesian mesti dekat lelaki ka..diluah mati mak, ditelan mati bapak. yang mangsa pon kesian jugak. nak lawan ke nak diam.kang diam, boleh gila. kalau melawan berdosa pulak.yang pemangsa nak kesian ke eh……………….
hantaran dari kedua belah pihak
hantaran dari ku untuk suami.tema aku pink putih.
Minyak wangi
Buah-buahan
Jam dan cincin
Coklat
Wallet & Belt
Sepersalinan Kemeja + Seluar
Kasut
Al-Quran
Sirih Junjung
Ni antara hantaran2 aku untuk suami. Barang2 ni semua aku beli sikit2. Barang lelaki memang harga dia lagi mahal dari barang perempuan.Macam baju, dengan harga baju sahaja boleh cover harga 2-3 barang perempuan. Jadi orang lelaki janganlah bising beli barang perempuan mahal. Setakat beli kasut 200, beg tangan 300, belum boleh cover harga untuk baju lelaki sahaja. Belum masuk seluar, kasut, dan barang2 lain lagi. Orang perempuan ni nampak je barang rumit tapi harga untuk barang perempuan murah jika hendak dibandingkan dengan lelaki. Barang lelaki simple tapi susah nak jumpa yang murah. Kalau diperhatikan pun, kalau time sale, baju perempuan yang RM10 dah lawa, cuba cari baju lelaki yang berharga RM10, susah nak jumpa yang lawa.
Ini pendapat aku, alang2 nak bagi barang hantaran, nak pakai lama. Sebab benda2 ni ada sentimental value yang sangat tak ternilai harga dia. Jadinya, carilah barang yang betul2 berkualiti, tahan lama. Kalau boleh, nak lekat sampai tua. Anak cucu boleh tengok lagi kenangan terindah kita. Aku tak minat nak bagi gadjet sebab gadjet tak tahan lama. 2-3 tahun dah obselete.
Hantaran2 ni semua digubah oleh kak uda aku..those yang nak tempah dekat dia pon boleh..charge aku tak tau nak cakap macam mana sebab dia buat kan untuk aku free..hehe..Aku sedikit beruntung sebab aku kahwin famli dan kawan2 banyak sponsor. Apa guna famli kalau adik kahwin berkira nak sponsor kan. Aku kan adik, mestilah ramai yang kena sponsor. (“,)
***********Ribuan terima kasih kepada Mak ayah, adik beradik ku..dan juga sahabat baik aku yusz, Kak su dan intan yang sudi sponsor**********
Hello
...
From:
Ali Hussan <admin@manchester1111.strefa.pl>
Greeting to you
I am Mr. Ali Hussein business man from Basra Iraq I am writing you this email as a brother.
As you and I know about the unrest in my country, I went to use this means to apple for your help to relocate my family to your country and if there is any lucretive business i can invest over there place do tell me.
I just lost my wife some month ago because of the unrest here in Basra and 8months baby with me now.
.
Hope to hear from you
Ali Hussan
******ada orang hantar ke e-mail aku mintak tolong ni..sapa2 yang rajin reply la kat dia.kesian dia..untung2 korang boleh kaya sama..
Pagi tadi masa aku otw pergi kerja. Jalan dari Pekan Kepong menghala ke Jalan Ipoh berdekatan dengan kedai perabot. Dasyat betul lubang kat Malaysia ni.
Antara kereta paling kuat minyak dekat US. Dekat malaysia ni aku jarang nampak orang pakai kereta ni.
Yang aku tahu, Yusry pakai Hummer..Fafau pulak mengidam nak pakai hummer.
Location : Butik Quicksilver & Roxy OU, damansara
Duration : Until stock last
Berita gembira untuk penggemar roxy..roxy & quicksilver OU tengah sale..to more accurate, clearance stock..so selagi stock tu ada dia akan bagi less 50% or 70%..lebih menarik, beli any discount item, will get extra 20% discount for next purchase.
Contoh: Beli beg 50%, next purchase kena beli barang yang ada less and total price will get 20% extra.
Pembelian yang agak berbaloi sebab barang cantik cuma sedikit ralat banyak barang perempuan. men item cam kurang je yang berbaloi and mostly tak ada sale.
aku bukan peminat baju roxy.tapi handbag dia sangat cantik dan disenangi ramai.memang geram tengok beg2 roxy yang mereka tengah naj habiskan stok.cepat pergi sebelum orang lain sambar.
Berita paling sedih bila aku dengar adreena kena tahan wad. Rupa2nya demam dia yang selama ni bukan demam biasa.demam dia boleh membawa ke maut.
Adreena demam dah dekat 3 minggu..tapi sekarang ni musim panas jadi doktor kata setakat demam biasa..anyah pon dah bawak pergu jumpa pakar kanak2..die pon kata demam biasa. berpuluh klinik pergi tapi semua kata demam biasa.
masalahnya, kami semua tak rasa adreena sakit biasa..sudahlah demam berlarutan.selalu panas sangat2 masa tengah malam..demam, kebah kejap lepas tu demam balik.tapi bila doktor dah kata demam biasa kami pun buat macam biasa.
keadaan adreena makin lama kamin kronik kami rasa.selepas 2 minggu demam, selera makan dia mati.padahal sebelum ni dia sangat kuat makan.tapi sejak demam masuk minggu kedua dia dah tak makan.even susu pon da kurang..kurus sangat dia.
masuk minggu ketiga, adreena dah terbaring je.bercakap memang dah tak..dia dah jadi sangat2 tak aktif.terbaring lemah dengan dada berombak kuat dan berbunyi.masa ni, rindu sangat nak cakap dengan dia.dari budak kecik yang kepoci tak geti duduk diam dia jadi lemah je terbaring.
bila nak masuk ke minggu ke-4, uda paksa anyah pergi ke klinik 1 malaysia. dah beratos habis pergi klinik swasta sekarang mereka nak try klinik kerajaan pulak.
tak sampai setengah jam mereka check, dia orang terus decide adreena kena hantar hospital. malam tu jugak adreena kena tahan wad.bermulalah kehidupan dia di hospital.
first diagnose doktor kata dia adreena paru2 berair.kami agak lega sebab taklah kuat sangat penyakit dia..dulu angah paru2 berair, doktor bagi ubat dah kering dah.
malam tu, dari pukul 12 tengah malam sampai ke pagi doktor godeh adreena..sekejap ambil darah, kejap lagi datang lagi rodok tekak sebab nak ambil lendir dia.kemudian datang lagi cek segala macam cek.pagi tepat pukul 8, mereka kata paru2 adreena dah ada nanah.adreen imediately kena tebuk untuk keluarkan nanah tu cepat sebab nanah dah memenuhi paru2 kanan dia.
selama 22 hari adreena adreena kena pasang wayar kat dada. antibiotik masuk melalui salur darah selama 6 minggu.sedih sangat hati bila tengok wayar melilit di badan dia.
minggu lepas, wayar kat dada dia dah bukak tapi salur ubar masih bergantung.sekejap di tangan, urat tangan dah pecah kena cucuk kaki pulak..lepas tu tangan balik..meraung2 adreena setiap kali nurse cari line sampaikan ada satu ketika dia sorokkan tangan dia bila leaking.ubat yang tajam membuatkan urat tangan adreena cepat pecah.selagi dia on antibiotik, selagi tulah nurse akan cari line.
sepanjang 3 minggu adreena di hospital,macam2 dah dia kena..x-ray aku pon tak tahi berapa kali dah.ambil darah, cari urat, CT scan.dari dia takot dengan doktor sekarang ni dia kawan baik dengan doktor..setiap hari dia akan belanja para doktor air kotak..yang jadi mangsa mestilah papa dia..setiap kali datang kena bawak air kotak banyak2 sebab adreena order nak bagi kat kawan2.
selepas 3 minggu di hospital, barulah adreena kembali riang.barulah aku denga dia bercakap.kami semua happy sangat bila adreena dah bercakap..terlampau lama rasanya tak dengar celoteh dia.
sekarang dia hanya menanti masa untuk keluar hospital.aku sangat berharap dia akan cepat baik macam dulu.boleh main2 dengan dia..layan dia cakap yang macam mak enon.
sekarang ni, demam jangan buat main2..kalau dah demam panas 4 hari tak baik pergilah hospital terus.kalau demam dah seminggu kejap kebah, kejap baik sangatlah dinasihatkan pergi check darah.jangan sampai dah parah dah tak boleh nak baik lagi baru pergi..masa tu dah tak berguna dah.
adreena selepas tebuk lubang.masa ni belum sedar lagi.balang bawah tu nanah dia.
kena pakai vacum sebab nanah adreena banyak
muka baru sedar selepas tebuk lubang bibir kering dan bengkak sebab pakai oksigen lama
2 minggu adreena lemah terbaring
makanan kegemaran :: coklat
dah jadi nakal sikit..masa ni dah okie..nanah tinggal sikit..before ct scan
selera makan baru datang balik..setiap malam mi goreng basah
bekas jahitan tutup lubang
seminggu sebelum aku majlis aku berlangsung anak buah aku, adreena masuk hospital.Memang sedih sangat sampai aku terfikir nak batalkan je majlis yang akan berlangsung lagi seminggu ni..Aku paling rapat dengan anyah, even majlis aku ni dia banyak sponsor dan plan untuk wedding aku..dia lah yang bersusah payah menyiapkan segala keperluan tanpa meminta bayaran 1sen pon.
Memang dari kecik aku memang sangat rapat dengan dia..dia menatang aku macam minyak yang penuh..apa yang aku nak, semua aku dapat..apa yang terjadi kat aku, masalah aku semua dia tahu..even kalau aku tak beritahu dia pun, dia akan tahu aku ada masalah atau tipu dia.
Bila dengar anyah tak dapat nak balik untuk wedding aku, seluruh semangat aku hilang terus.tapi yusz berjaya menguatkan semangat aku untuk meneruskan majlis sebab dia kata tak kan nak biarkan usaha anyah habis macam tu je..selaind dari keluarga aku yang memang bertungkus lumus menjayakan majlis aku,yusz lah yang menguatkan semangat aku untuk menjadi ceria..kedatangan kak su, mas dan casper malam sebelum nikah memang melegakan aku.
tapi sepanjang masa majlis berlangsung macam2 hal terjadi.dengan keadaan aku yang emosi kurang stabil secara tiba2 aku rasa nak kecik hati dengan kawan2..aku pon tak tahu kenapa aku nak rasa kecik hati.
tapi ketidakhadiran anyah masa majlis aku memang bagi aku impak yang besar.naseb lah ada rakan2 yang sentiasa ingatkan aku dan uda yang sabar je selalu..mungkin tu penyebab aku rasa cepat terasa bila kawan2 aku balik lambat.aku terasa kehilangan lagi sekali.mungkin perhatian anyah dah tiada membuatkan aku tamak perhatian kawan2..
setelah aku lalui ni semua, kita kena selalu bersedia dengan segala kemungkinan.macam aku, tiba2 orang kuat aku takde masa wedding aku..rasa down sangat masa dia tak boleh balik. Naseb baek ada kawan2 baek aku, kuat jugak aku rasa.tapi sebab terlampau tertekan dengan keadaan membuatkan aku secara tak sengaja memarahi mereka.sampai sekarang aku menyesal sebab terlampau emo.
nak kawen, dalam masa majlis berlangsung memang akan jadi perkara2 yang kita tak nak..perkara yang kita tak terfikir akan terjadi.jadi, kenalah kuatkan mental untuk menempuhi segala kemungkinan yang ada. taklah jadi macam aku..macam orang blur tak bersemangat je bila benda2 macam ni jadi.
Semua orang tahu, Din Beramboi @ Meor Ahmad Fuad sudah meninggalkan kita pada jam 12.35 a.m, 2 April 2010 di Hospital Selayang kerana Denggi Berdarah. Alhamdulillah arwah meninggalkan kita pada hari Jumaat dan mengikut apa yang dilaporkan jemaah solat jemaah arwah lebih dari 40 orang. InsyaALLAH lepas seksa kubur arwah.
Husband aku antara peminat allahyarham sebab rdia memang sukakan rancangan lawak.Jadinya pemergian allahyarham agak dirasai. Selalu pagi2 on the way nak pergi kerja kami akan denga drama sebabak dan lawak2 dia kemudian dengar radio HOT pulak..
Di kala nama sedang memuncak arwah pergi meninggalkan kita secara tiba-tiba meninggalkan 3 orang anak yang masih bersekolah.
Mengikut apa yang dikatakan oleh pihak media, arwah seorang yang baik,lucu dan lawak sempoi. Apa yang aku perasan, artis yang baik2 ni selalu meninggal di usia awal 40-an dan sudden death.Orang baik memang selalu sekejap je kita dapat pinjam.
Jenazah disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan, taman sebelah rumah kami.Senang cerita dalam kariah kami. Suamiku pergi untuk menunaikan tanggungjawab sesama Islam.
Ramai artis yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah. Ada yang memang hadir mengikut adab seorang muslim dan ada juga yang hadir seperti selebriti pergi ke majlis rumah terbuka.Lengkap make-up dan kebaya ketat tanpa tudung/selendang (husband aku cakap “bukan artis tapi gaya macam artis'”)
Tapi ada juga artis yang memang bersusah payah seperti Iqram Dinzly yang sanggup sengseng lengan semasa pengebumian. Kelibat Pak Nil juga kelihatan. Kelihatan beliau sangat2 sedih sambil ditenangkan oleh rakan2 artis.
Ramai yang hadir membuktikan arwah sangat2 disenangi ramai. Jom kita sedekahkan arwah surah yasin dan al-fatihah.Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin.
pagi era + am krew = heart warming
antara yang hadir
tapak kubur
Jawa Rangers pun hadir
Rina Khan (kawan baik Pak Nil)
Along Raja Lawak dan Fizz Fairuz
sekitar upacara pengebumian Allahyarham Meor Ahmad Fuad sangat sayu.
* p/s: ni je gambar yang husband aku sempat snap..ni pun pakai E71 je..nak bawak camera macam tak sopan pulak . Ini upacara pengebumian bukan red carpet yang nak bergambar bagai. Yang penting ramai rakan2 artis yang datang untuk bagi penghormatan terakhir untuk arwah.
Start lepas kahwin, 22hb aku dah mula kerja baru..selamat tinggal CIMB..agak ralat dan sayang nak tinggalkan kawan2 di CIMB..semua memang best even masing-masing selalu tension dengan kerja..dengan bos of coz lah..
setelah aku fikir masak-masak, memang aku kena tinggalkan dia..aku nekad berhenti bila bos aku berkeras cuti aku hanya 2 hari.so i have no choice..takkan lah aku nak balik kampung 1hari sebelum nikah dan tinggalkan rumah 1hari selepas kahwin..untuk kebahagian semua, aku kena korbankan sesuatu.
3 hari menganggur aku dapat offer matta..even benefit dia tak sebanyak di tempat lama, tapi inilah rezeki aku..mungkin betul rezeki aku bukan di sana..orang kata, kalau niat kita baik ALLAH tolong juga..
nak buat keputusan memang susah, tapi setiap apa yang kita buat tak ada salah..yang penting, cara kita menghadapinya..memang aku dalam dilema masa nak decide quit atau stay..cuma satu je. kita tak kan dapat 2 benda yang kita nak dalam satu masa..lama aku fikir..apa jua tindakan yang aku buat akan ada pro & con..masa tu, yang aku fikirkan mak dan majlis perkahwinan aku yang depan mata..nak pastikan berjalan lancar, aku kena korbankan benda yang selepas itu, iaitu karier aku..since daripada tu, aku rasa jalan terbaek adalah quit.
dengan belum dapat offer lain, aku nekad resign.bak kata kawan2, rezeki ada kat mana..so membuatkan aku nekad berhenti.
ALLAH nak tunjukkan kot. even masa aku resign aku belum dapat mana2 offer, lat 3hari after aku resign aku dapat offer kerja..majlis pon berjalan lancar..mak senang hati aku dapat lepak lama kat rumah..2minggu aku spend time dengan mak..aku pun puas hati dapat uruskan majlis..seminggu sebelum majlis sangatlah banyak benda yang ada saja tak setel.
aku rasa, kalau nak buat apa2 keputusan, kalau untuk kebaikan, ALLAH mesti tolong punya..yang penting berkat mak ayah..kalau dah kahwin, berkat suami..
aku sayang suami aku...=)