hari ni aku balek lambat..bukan balek lambat sebab kerja tapi sebab kena tunggu kesayanganku habis kerja sebab dia habis kerja lambat..sebenarnya bukan dia yang habis lambat tapi aku yang habis awal..setipa hari jumaat bank memang balek awal, 4.45..asri pulak hari jumaat la dia balek lambat..pukul 6 baru nak keluar office..so kena lah aku tunggu dia..
hampir setengah jam aku kena tunggu dia kat bawah..nak tunggu kat office cam busan lak sebab unit aku semua dah balek..plus kesejukan dalam office buat aku tak tahan nak stay lama2..
dalam tengah menunggu asri, tiba2 kecoh dekat trafic lite betul2 bawah jejantas..ramai orang berkerumun tengah jalan..dan aku dengar ada suara orang mengerang sakit..yaa..seorang makcik tengah mengerang kesakitan sebab kaki dia patah dilanggar motor dari arah jalan raja laut yang ketika itu sedang asyik dalam kelajuan.
dalam 1ominit selepasa kejadian baru makcik tu diangkat oleh orang ramai untuk dibawa ketepi jalan..ambulan pun dah dihubungi..dalam 20min baru ambulan dari HKL datang.
sementara nak tunggu amblan sampai, aku dok lah borak2 dengan kak peah dan abang bedul yang ada kat tempat kejadian..memang salah makcik tu totally sebab dia melintas tak naek jejantas yang tak sampai 1meter je jarak dia dari tempat dia melintas..waktu melintas pulak, bukan dia nak tengok lampu merah ke hijau…merah pun dia redah jugak..dah lah kenderaan dari arah jalan raja laut memang jenis memecut semacam je..nak-nak motor.memang la lahi tekan minyak nampak lampu hijau..
makcik tu siap terlambung lepas kena langgar..mula kaki dia tersangkot dekat tayar motor yang langgar dia kemudian terpelanting pulak..kepala berdarah kemudian kaki kanan dia terkepak dah..tulang kat lutut pulak nampak dah terkeluar..kesian kat abang motor tu..even bukan salah dia, tapi muka dia memang cuak gak lah..ni lah 1stime aku tengok pengalaman depan mata aku..ingatkan nak amek gambar masa makcik tu tengah mengerang tapi tak sampai hati pulak..
sepanjang tunggu ambulan sampai makcik tu memang asek mengerang aduh sakit nak..ya ALLAH kaki aku sakit..tapi dalam ngerang2, beg tangan taknak lepas even orang sekeliling nak tolong dia..kuat gila dia pegang dalam sakit2 tu..
No comments:
Post a Comment