Saturday, February 6, 2010

memori cinta luka

kehadapan sesiapa yang berkenaan

tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memaklumkan kepada anda bahawa saya akan melangsungkan perkahwinan pada 12.3.2010 dan majlis persandingan pada 13.3.20210..sebagai seorang perempuan, saya memerlukan persediaan yang rapi dan secara logik dan normal, saya perlukan sekurang2nya seminggu untuk membuat persediaan perkahwinan saya yang bakal berlangsung nanti..dan ingin saya maklumkan juga, perkahwinan saya di MELAKA dan sekarang ini saya tinggal di KUALA LUMPUR..

saya faham anda meminta saya secara pandai untuk mengatur macam mana saya nak buat persiapan..mungkin anda meminta saya berulang-alik kl-melaka supaya saya dapat menyiapkan persiapan selepas hari bekerja..saya tidak ada masalah untuk melakukan kalau perbelanjaan ditanggung oleh anda..tentang pandai2 saya macam nak uruskan perkahwinan sedangkan cuti tiada, maaf encik..saya kurang pandai nak berfikir macam mana saya nak buat persiapan sedangkan cuti kahwin hanya 2@3 hari SAHAJA..

saya faham selama ini anda kerap mengutarakan supaya saya melambatkan perkahwinan saya tetapi macam mana dengan persiapan, kad jemputan dan segala macam perancangan saya..kalau anda sudi menanggung segala kos mungkin saya akan pertimbangkan..itu dari segi budget..kalau dilihat dari segi lain untuk tahap saya sekarang ini, saya dah dikira WAJIB kahwin..walaupun antara alasan yang encik berikan supaya saya enjoy hidup sebelum kahwin, saya kurang faham tentang itu..adakah anda menggalakkan saya membuat dosa sebab kalau pergi enjoy2, saya akan berpegangan tangan dengan tunang saya..memang orang akan cakap, jumpalah sajalah jangan pegang2..tapi ada ke couple yang dating tak pegang tangan..sedangkan keluar berdoa pun boleh dikira berdosa sebab menggalakkan maksiat dan boleh menimbulkan fitnah.

ingin saya beritahu disini, saya adalah seorang perempuan dimana persiapan sebagai pengantin adalah lagi complicated berbanding lelaki..mungkin masa anda menyuruh saya berfikir secara pandai untuk menguruskan majlis saya nanti, anda membayangkan saya adalah lelaki dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak jiran sebelah..jadi tak perlulah persiapan yang beria amat.

saya agak keliru jika pihak atasan mempertikaikan tentang cuti kahwin..adakah sesuatu yang pelik staff  baru yang belum confirm meminta untuk cuti kahwin..

saya harap semoga anda dapatlah mempertimbangkan permohonan cuti saya semula..bayangkan diri anda adalah bapa pengantin perempuan..apakah yang anda harapkan semasa anak perempuan encik akan berkahwin..adakah andamengimpikan mereka masih di pejabat sedangkan majlis perkahwinan akan berlangsung esok dan pejabat anak anda terletak 200km dari rumah..dan mengambil masa selama 2jam untuk sampai kerumah (bukan menaiki kereta toyota)

sekian, salam sayang..

2 comments:

  1. sabar je lah..
    bos kekadang bukannya sll betul..dia je lah selalu betul..
    sabar..jgn tensen dihari akhir2 ni..

    ReplyDelete