Tuesday, January 25, 2011

Master

dulu masa kecik-kecik aku selalu berangan nak sambung belajar sampai PHD. Asal oramg tanya je, nak belajar sampai dapat PHD. Masuk U memang impian aku sejak dari tadika lagi. Kecik-kecik lagi aku memang dah kuat berangan. Padahal tak tahu apa butir pun pasal belajar. Yang aku tau, budak pandai masuk U.

Since aku punya cita-cita dan harapan memang nak masuk U, maka dari kecik aku memang set nak masuk U. Aku bukan pandai sangat, tapi memang dari kecik aku dah nekad benda tu. Ayah kata, nak masuk U kena belajar betul-betul. Ceh, padahal stadi sebab nak claim hadiah dari ayah. Tak malu buat cerita tipu. huh..

Okeh, maka, sebab nak sangat masuk U, aku jadi suka stadi. Tapi tu masa diawal tumbesaran aja. Masuk sekolah menengah, sudah mengenal erti dunia, bukan mengenal cinta tau. Dunia sekolah menengah adalah dunia penuh pancaroba sebab banyak main dan keinginan masa kecil semakin dilupakan. Aku dah malas lak nak stadi.

Sampai la nak dekat SPM, baru aku stadi balek tu pon lepas ayah sekolahkan aku kaw-kaw punye. penginsafan pon timbul masa dah nak dekat SPM. tp masa tu sebab dah terlambat jadi result pon ala-ala cukup makan je.

Panjang pulak aku membebel. Sebenarnya, aku nak cerita, ramai jugak kawan-kawan aku yang degree sambung master. Ada yang dah habes, ada yang baru part 1. Ada yang amek full time, ada yang buat part time. tapi pokoknya, mereka gigih lah nak abeskan MASTER mereka. Aku je tak pernaj terfikir nak sambung master. Ceh, padahal tadi cerita childhood dream.

Bukan apa, belum abes degree lagi, aku dah terfikir nak kahwin. Kebetulan, tak sempat nak menganggor aku dah dapat kerja. Bila dah kerja, bercampur dengan macam-macam orang, ramai yang advice sambung master bila dah ada pengalaman. Kalau tak ada pengalaman, macam mana nak write tesis yang bagus. kalau based on buku semata, bukan master namanya. tu sama macam belajar degree, baca buku dan ko buatlah rumusan sendiri. tu sedikit pengalaman bos dan senior2 masa di bank merah dulu.

dengan situasi aku, dalam office aku masa tu, pengalaman lagi berharga dari paper qualification. yes, u must have degree to be an executive, but experience is more needed when you start working.

sekarang ni, aku terpaksa tukar impian aku sekejap. aku nak kumpol pengalaman cukup-cukup, sampai masa aku akan sambung master juga. sapa tak jeles weh tengok member boleh konvo 3 kali.


Monday, January 24, 2011

Manusia Keji

Geram betul aku dengan sorang mamat ni. Pasal manusia yang tak paham bahasa. Dah la dia tka paham bahasa, tapi dia nak sound orang. Keji betul aku rasa mamat tu. Helo bang, setakat pakai t-shirt MU siam lepas tu pakai rantai ingat ko dah bagus ke.

Aku rasa semua orang tahu kot maximum item untuk express lane berapa. Tapi yang tak tahu, selalunya, maximum item untuk express lane hanya 10 SAHAJA. Kalau lebih, ko beli beli stok barang makan banyak-banyak, SILA BERATUR DI KAUNTER LAIN!!

Mamat yang konon dia stailo sangat ni, shopping untuk stok barang makanan dia dengan pregnant wife dia. Pasangan romantis ni berator la depan aku. Bila turn dia, cashier cakap lah dekat dia,

“ni express lane bang, saya tak boleh amek item banyak. tadi saya dah kena marah sebab kasi customer barang banyak bayar kat sini”

yang mamat konon stailo ni menjawab, takde rasa bersalah ni, dia tengking budak counter tu.

“ala, kira jelah 2 resit. bukan susah sangat pon”.

kesian budak tu aku tengok, terkulat-kulat dia kena marah. dah la bukan salah dia. aku yang kat belakang ni rasa berhangin je tengok mamat tu. dah lah barang dia banyak, dalam 20 item tapi tetap maintain kebangangan dengan yakin untuk berator dekat express lane.

masa dia nak blah tu, dia boleh sound cashier lagi,

“lain kali baik-baik sikit”..ada ke patut dia sound cashier tu.

orang lain pon beli barang jugak, orang lain pon nak cepat. tapi still tahu mana nak berator. Ada otak, letak kat mana tah. lain kali, kalau agak-agak dah beli barang penuh sebakol, jangan berator dekat express lane. Ngang!

Friday, January 21, 2011

Hari Nikah

Cerita ni dah basi kot since aku kahwin pun dah nak masuk setahun. Lambat betul baru nak cerita..Hehehe. Waktu aku selamat bergelar isteri adalah moment indah yang aku ingat sampai bila-bila. Masa tu, macam-macam perasaan datang. Perasaan happy, sebak, sedih, semua ada. Tak tergambar rasanya perasaan aku masa tu. Tapi, aku syukur sangat, setelah pelbagai dugaan yang datang, akhirnya aku dan Asri selamat menjadi pasangan suami isteri.

Sebenarnya masa aku masuk masjid, perasaan debaran tu belum datang lagi. Even masa turun kereta, nampak Asri amek air sembahyang pun aku rasa biasa je. Masa kadhi tengah khutbah pun aku rasa biasa lagi. Siap borak dengan pengapit sampai kena sound dengan imam 3kali.

Masa kadhi soal pasal-pasal agama ni aku nervous sikit sebab aku takot tak dapat jawab. Tebal muka beb kalau kantol dengan kadhi. Nasib baik soalan dia senang. Cuma mencabar bila dia suruh aku bertaubat. Penat aku menggelabah, rupenya bertaubat tu maksud dia ISTIGHFAR. Cakap la awal-awal bertaubat tu istighfar.

Lepas turn aku, pengantin lelaki pulak kena tanya dengan kadhi. Asri memang dah prepare kaw-kaw since dia tahu tok sedara aku merangkap kadhi ni akan tanya soalan super duper mencabar. Nazri si pengapit bidan terjun pun menggelabah sama.

nikah

Selepas sedi test mengetest, kadhi cek pulak borang nikah. Dah complete semua, sidang punya bahagian pulak. Sidang ni kira merangkap MC majlis. Dia jugak tukang cek duit hantaran dan mas kahwin bersaksikan wakil sebelah perempuan untuk avoid fraud le tu.

ayah

Gedebak gedebuk majlis kami start dalam pukul 3.30 petang. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri orang pada pukul 3.50 (hampir pukul 4) pada 12.3 2010, hari jumaat. Masa tu, perasaan aku happy dan sedih.

Happy sebab aku dah berkahwin. Semua orang happy kot kalau dapat bersama kekasih hati. Tapi, aku tetap sebak. Nak-nak anyah, kakak aku tak ada masa hari bahagia aku sebab adreena masuk hospital. Sedih sangat sebab dia tak ada masa hari penting aku.

Paling aku sedih, bila sesi penyerahan. Mak ada baca speech, cakap mulai dari saat itu, semua tanggungjawab menjaga aku dah berpindah kepada Asri. Sedih nya toksah cakap lah. Tiba-tiba aku rasa macam mak nak buang aku pulak. Teremo lebih lak time ni. Hehe..Lepas tu, aku pulak buat speech and asri pon ada speech cakap akan jaga aku sebaiknya. Baca speech dan dengar apa yang mak cakap buat aku rasa sebak gila-gila. Memang meleleh-leleh air mata aku sampai teresak-esak..Abis mata bengkak-bengkak lepas nikah. Teks disediakan oleh pihak masjid. Siapa tah yang pandai sangat buat skrip syahdu macam ni.

Time ni, aku tengok semua orang nangis. Syahdu sangat agaknya suasan time ni.

yan

Tapi, alhamdulillah semua berjalan lancar. Kawan-kawan baek aku dari sekolah sampai universiti datang temankan aku untuk hari bahagia aku ni. Senah, Yan and Baba datang dari nikah sampai ke hari sanding. Aku terharu sangat dorang sanggop datang jaoh-jaoh. tapi sedikit ralat dalam kelam kabot aku kurang dapat spend time dengan korang.

kawan

Monday, January 17, 2011

Hijab

Ada orang tanya aku, kenapa aku baru nak pakai tudung after years aku free hair, pakai baju kurang kesopanan dan tatasusila. kenapa tiba-tiba aku nak pakai tudung.

Jawapan aku, sebab aku rasa aku nak pakai. Tak ada sebab lain yang menyebabkan aku nak pakai. Aku tau pakai tudung tu memang wajib, tapi kali ni aku pakai dengan kerelaan aku sendiri.

Asri tak pernah paksa aku suruh pakai tudung. Cuma dia jadi penggalak aku untuk pakai tudung. Dialah peneman dan sponsor utama aku beli tudung. (jangan marah eeh..dah tanggungjawab suami).

sebelum aku pakai tudung, macam-macam benda buruk aku fikir. Nanti panas lah,  baju tak ada yang sesuai, comot, serabai. Macam-macam benda lagilah.  Tapi bila aku mula bertudung, elok pulak aku rasa pakai tudung ni. Tak ada lah panas pun pakai berlitup satu badan ni. (terul betul pemikiran aku dulu). Aku lagi selesa penampilan aku sekarang.

sebenarnya, pakai lah tudung dengan kehendak hati sendiri. Bukan kerana fesyen ataupun sebab ada orang paksa.  Asri marah betul kalau aku pakai tudung berfesyen bagai tapi dalam masa yang sama sebenarnya aurat ku terdedah.

contoh, pakai tdung tapi baby T yang lengan pendek, pakai tudung tapi ada bonggol unta dikepala. Ada tu, pakai tudung tapi nampak leher. ada juga yang pakai tudung tapi menyerupai rahib. Sebenarnya tak salah berfesyen tapi berpada-pada asalkan tujuan utama tak menyimpang.

Aku bukan nak berkhutbah cakap aku baik ke apa, cuma sama-sama kita beringat dan aku mengingatkan diri aku sendiri. Apa tujuan pakai tudung. Sama-sama kita menjaga imej perempuan lain yang bertudung supaya orang tak mengata perempuan yang bertudung. Kerana seorang yang bertudung buat hal, semua perempuan bertudung dilabel tak semenggah.

 

Kencing Tak Lawas

sejak kahwin, aku rasa boleh kata dalam sebulan adalah 2kali aku akan face benda ni. Saket weeh..Rasa ngilu je diujung-ujung nak abes kencing tu.  Kalau nak terkencing lak, macam nak kencing sangat-sangat tapi bila kencing keluar sikit je.

sakit perut

Setiap kali jumpe doktor, mesti they said the same thing. My urine got virus. Kena makan antibiotik okie lah nanti. Reason being sebab baru kahwin. Ada benda baru yang menyebabkan kuman senang masuk ke pundi kencing (korang paham-paham sendiri lah eh macam mana kuman tu masuk). Ada gak doktor cakap sebab vagina kita tak biasa dengan benda yang baru ditemui.

doktor sugest aku minum air barli dan jus cranbery. Bagus untuk melawaskan kencing.  menurut kata dokor lagi, pundi kencing perempuan adalah pendek compare dengan lelaki maka perempuan mudah terdedah kepada kuman.

aku pun tak pasti bila benda ni baik betol. Tapi menurut kata-kata mereka yang berpengalaman, benda ni normal untuk yang baru kahwin.

 

Sale di sana sini

Geram betul aku pergi OU semalam. sana sini dah start sale dah.  Rasa macam baru je abes year end sale. Ni sale lagi. Tapi kalau tengok betul-betul, sale time Chinese New Year and Christmas, sale yang macam betul-betul sale.  Kalau korang perasan, goods for sale yang 50%-70% lebih latest compare dengan sale time lain. Senang cerita, sale time  CNY and christmas adalah terbaik.

Masuk nine west berkenan handbag, masuk Forever 21 berkenan tops. Masuk Cotton On berkenan baju, seluar kasut segala macam aku rasa nak. Tapi semua sekadar cuci mata je sebab sekarang bukan masa untuk shopping. huhu .

miss-the-sale-angry

Sebenarnya, aku cuma nak beritahu, aku sedey sebab tak dapat shopping. Walau banyak yang berkenan..(!_!). 

Sunday, January 16, 2011

Duit Hantaran

Semua orang kecoh pasal duit hantaran tinggi sangat. Ada yang claim, macam nak jual anak. Tapi ada tak yang terpikir or tanya, kenapa duit hantaran sekarang makin tinggi. Yang banyak orang pertikaikan, keluarga perempuan letak duit hantaran tinggi menyebabkan ramai yang prefer kahwin lambat dan buat maksiat. Apa punye singkat lah pemikirang korang kalau cakap macam tu.

Korang tahu x, duit hantaran tu tujuan dia apa. Ini adat dikampung aku, aku tak sure lak tempat korang macam mana. Kalau ikut kampung aku, duit hantaran adalah duit belanja majlis perkahwinan. Dah lelaki yang  nak kahwin dengan perempuan, maka pihak lelaki kena lah sediakan duit persiapan majlis kerana majlis perkahwinan dibuat adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada semua orang supaya boleh mengelakkan fitnah.

Selalunya, duit hantaran hasil daripada sepakat kedua belah pihak. Tambahan pulak sekarang ni, kebanyakkan pasangan dah kenal dulu sebelum kahwin. Jadi, masing-masing dah berpakat  yang sesuai dengan kemampuan pasangan.

duit best

Bagi aku, hantaran setakat RM10k sekarang adalagh standard. Cuba korang kira harga seekor lembu dah berapa. Belum lagi bahan-bahan lain. Mak andam, cameraman, khemah, door gift. Semua tu pakai duit. Kalau ada yang bernasib baik, dapatlah  sponsor dari keluarga atau sahabat handai. tapi yang  menanggung sendiri kos perbelanjaan, semua tu memang sangat- sangat memeningkan. Kalau yang jenis ambil khidmat katering sekalipun, tetap melibatkan kos yang tinggi. Ada yang cecah RM25k untuk katering sahaja.

Bagi aku, tak salah kalau nak letak hantaran tinggi asalkan berpada-pada dan berkemampuan untuk kedua belah pihak.  Yang lelaki pin, agak-agaklah kan nak bagi berapa. Kau bukan kahwin paksa, apa salahnya hari bahagia spend sikit untuk hari istimewa. Bukan hari-hari pon nak kahwin. Yang perempuan pulak, letak lah hantaran yang sesuai dan mampu.

Hantaran tinggi rendah bukan isu bagi aku. yang penting, kesepakatan untuk perbelanjaan tu penting.  Selalunya, walaupun hantaran tu RM10k, tak cukup sebenarnya. Harga barang  sekarang bukan macam dulu yang bawang 10sen boleh dapat sekampit. 

Jangan sedap nak menuding  jari salahkan keluarga belah perempuan letak hantaran tinggi macam nak jual anak. Semua duit hantaran digunakan untuk belanja perkahwinan. Lainlah kalau duit hantaran yang diberi guna beli emas keluarga perempuan, shopping baju, belanja seharian keluarga perempuan lepas tu tiba hari menjelang majlis, minta ditambah duit hantaran kahwin. Itu memang melampaulah. Duit hantaran bukan untuk belanja peribadi.

Kepada lelaki, fikirlah dulu sebelum nak bercakap. Yang perempuan pulak, berpada-padalah nak merancang perbelanjaan kahwin supaya tidak menyusahkan orang.

Friday, January 14, 2011

Kahwin muda

Masa kami decide nak kahwin, ada yang suka ada jugak yang memcemuh. Bukan setakat kawan, saudara mara pun ada yang mengata pelbagai. Rata-rata komen cakap muda lagi. Bagi aku biasa je tapi maybe agak muda untuk zaman sekarang ni kot. Tapi aku tak kisah pun sebab famili dan kawan-kawan rapat semua suka. Yang penting, kami yang nak kahwin.

Macam-macam komen negatif aku dengar. Ada yang cakap tak puas enjoy, ada yang cakap famli tak sempat rasa duit, paling teruk cakap ada yang cakap belum sesuai nak kahwin sekarang. Kau siapa yang menentukan kebahagian orang. Tuhankah?? yang tahu masa depan orang. Kadang-kadang, orang cakap main sebat je tanpa fikirkan batul salahnya. Walaupun umur dah banyak tak bermaksud kau tahu segala nya.

Sebenarnya, bukan senang nak decide untuk berkahwin. Maksud aku, dari segi rintangan dan halangan. Tapi lagi kuat mereka nak menghalang, lagi kuat tekad kami untuk berkahwin. Ini bukan gatal ye, tapi iktikad. Ceeeh..=)

Ada orang cakap, dah kahwin nanti tak boleh nak enjoy-enjoy. Susah nak kelur la, nak lepak jumpa member lah. Senang cerita, zaman kebebasan bujang dah tak ada. Tapi tu mungkin pemikiran orang yang suka fikir negatif je kot. Bagi aku sama je, even much better dari bujang. Lepas kahwin, nak ronggeng sampai pagi pun dah tak ada orang bising. aku still keluar malam lepak sampai pukul 2 3 pagi. Tengok midnite movie. paling besh, nak pegang tangan ke hapa ke dah tak ada orang nak kesah. Nak marah apa nya, tangan yang dipegang tu, tangan suami sendiri. HALAL okeh!! Keluar pulak, lepaklah bawak spouse masing-masing. Its much more fun you know.

Maybe ada orang tak selesa nak lepak bawak spouse. Susah nak borak la, nak gelak la. Bagi aku, lepak bersama itu seronok. Dapat have fun dengan member-member and dapat spend time dengan kekasih hati. nak gelak kuat ke, nak gosip ke. Buat je lah sesama. Nak malu apa, dah suami sendiri kot. Lagipun budaya lepak sesama ni sebenarnya dah lama kami praktikkan. Sejak zaman zaman study dulu. Hehehe…

Nak pergi mana-mana pun, en suami yang hantar dan teman. Kalau ada yang menyibuk nak marah, biarlah. Pedulikan. Ko keluar dengan suami ko. Duit yang keluar pun, duit ko dan suami. Pedulikan apa orang kata sebab orang tak perngah happy tengok orang lain happy.

Apa yang aku nak cakap dekat sini, kahwin muda bukan penghalang segalanya. you still can build your career, still can have fun with mate and do whatever you want as long you know how to handle it.

Thursday, January 13, 2011

Goods and Service Tax

Start  Jan 2011, rakyat Malaysia kena bayar TAX. even untuk utiliti pun akan dikenakan tax. GOODS AND SERVICES. Goods refer kepada barang-barang atau senang cakap shopping beli baju ke, makan, apa yang melibatkan pembelian barangan, akan dikenakan tax. Services pulak macam talian telefon, 6% daripada nilai bil akan dikenakan TAX. perkhidmatan astro pon akan dikena tax. astro pun memang dah charge mahal, tambah lak service tax lagi.

tn_homeshop

Kenaikan harga minyak secara berperingkat, secara tak langsung semua benda naik harga jugak. hujung bulan 12 taon lepas, aku beli kebab dekat pasar malam harga rm2.50. Masuk tahun baru makcik tu jual kebab harga rm3. tu baru kebab, kebanyakkan harga makanan naik secara drastik sebanyak 50 sen!

tu baru utiliti, harga untuk kesihatan pulak melambung tinggi. memang ada hospital percuma tapi banyak yang kena beli sendiri. harga pulak bukan dapat seposen dua. ubat semua cecah puluh puluh je. hospital swasta punye charge pulak lagi lah mencanak canak harga dia. sigh..

untuk golongan golongan yang macam aku ni, yang duit cukup cukup je setiap bulan tak tahulah macam mana nak survive nanti. makan kena tax, beli baju kena tax, lalu jalan raya bayar tol, serba serbi duit…

lepas ni mau kalau nak makan, produce sendiri, tanam sayur bela ayam. nak pakai baju, cari perca perca kain, jahit sendiri.

Wednesday, January 12, 2011

10 Bulan

Alhamdulillah, hari ni genap dah aku kahwin selama 10 bulan. Lagi 2 bulan, genap lah setahun aku dah jadi isteri orang.

Sepanjang 10 bulan ni, macam-macam aku dah lalui dan semua tu buat aku rasa jadi lagi kuat. (bukan kuat macam badang boleh cabut pokok, tapi mental aku jadi lagi kuat).

Kadang-kadang aku rasa kejap nye da nak dekat setahun, kadang-kadang aku rasa macam dah lama sangat je aku kahwin. Hehe..Tapi kami masih belum ada rezeki lagi nak menimang cahaya mata. Ceehhh, cakap belum pregnant sudah..Okeh, aku masih belum ada tanda-tanda pregnant. Belum rezeki kot. Aku malas nak komen banyak sebab benda ni bukan kuasa kau nak pregnant ke tak. kalau ALLAH dah kata kun fayakun, maka pregnant lah aku. Lagipon, DIA akan berikan yang terbaik untuk umat dia. So inilah yang terbaik untuk aku buat masa ini.

Banyak jugak perubahan yang aku rasa berlaku dalam diri aku dalam 10 bulan ni. Paling ketara, badan aku naik berkilo-kilo. Kak gee cakap sebab perubahan hormon lepas kahwin. Yela, benda baru masuk dalam badan kan. AKu sekarang ni dah masuk kategori GEMUK!!argh, tension weh. Baju lama-lama banyak dah tak muat.

Secondly, aku semakin rajin ke dapur. Bukan lah nak cakap aku pandai masak, tapi sekarang ni aku rajin memasak. mungkin sebab asri selalu bagi galakan menyebabkan aku rajin masak. Cara galakan asri adalah makan dengan selera nya bila aku masak. Tu kira galakan jugak kaan..kan..kan..

apa pun, aku berdoa supaya kami akan kekal bahagia sampai akhir hayat, bukan sampai anak cucu je..aku selalu doa, biarlah aku mati dulu dari Asri.

Tuesday, January 11, 2011

PEREMPUAN

Entry kali pasal perempuan. Perempuan yang aku tak paham. Aku pun perempuan, BFF aku pun perempuan jugak. Suami kepada BFF aku pun tak paham pasal perempuan. aih..

Sebagai seorang perempuan, lebeh-lebeh lagi sekarang aku dah kahwin, aku dah jadi perempuan yang statusnya isteri orang. Maka, semakin banyak shield aku pasang takot menimbulkan salah sangka orang.

Sejak dari zaman dulu-dulu (maksudnya zaman-zaman muda remaja), aku ada prinsip. Walaupun aku rapat dengan lelaki tu, hubungan tu bukanlah jenis yang over. Aku ada kawan baek lelaki, kitorang baek sangat atau erti kata lain rapat. tapi stil ada batas contoh nya aku tak kan bersentuh kulit dengan kawan lelaki aku dan aku tak kan bertepuk tampar dengan mereka. aku sangat kasar dengan mereka sebab aku tak nak ada apa-apa yang disalah ertikan.

tu kawan baek, yang sah-sah la kalau ada partner pon aku akan jadi kawan kepada partner dia jugak. kalau kawan-kawan seiring jalan, kawan kawan lah kan. kalau yang dah ada partner, jangankan nak call, nak message pun aku tak berani unless ade benda urgent pasal kerja or studi dulu. tu BOYFRIEND orang, kalau SUAMI orang, lagilah aku tak berani nak hubungi.

tapi, yang aku konpius sangat2, ada jugak perempuan yang berani nak message SUAMI orang, malam-malam untuk kongsi masalah. nak ajak dinner lah..call pagi-pagi..berani kan perempuan-perempuan sekarang ni.

mungkin aku masih berfikiran kampung. berfikiran tak payah nak diganggu suami orang, especially diluar office hour. hujung-hujung minggu, malam-malam hari adalah masa untuk berehat bersama keluarga. Apa dah cetek sangat pemikiran sampai tak boleh fikir pasal privacy orang ke. Konpius aku..memang aku sangat sangat konpius. kenapa ada perempuan macam ni. perempuan yang tak reti nak respect privacy dan perasaan orang lain.

aku cuba jadi positif, fikir yang baik baik tapi subject matter perempuan itu kadang-kadang buat aku keliru. message tengah tengah malam..call pagi pagi hari..aih…kalau dalam bahasa kasar nya..KO DAH NGAPE EEH!!

110108-bigthumbnail

Monday, January 10, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Aku tahu dah macam agak lambat nak wish tahun baru tapi seriosly aku sangat-sangat kebizian untuk wish kat kamu kamu.

Macam biasa, kami memang tak celebrate new year (ada sekali aku celebrate new year dengan Senah dekat KLCC sebab masa tu tak sempat balik Melaka) sebab 1January adalah harijadi ayah. Maka sambutan tahun baru adalah  WAJIB dirumah.

hapy

Selamat hari jadi ayah

Untuk tahun ni, kami celebrate lain sikit, instead of makan-makan kami pergi karaoke. Tapi ni gak kali terakhir pergi bawak mak dan ayah sebab mak cakap tempat tu tak elok untuk dikunjungi. (!_!)

Setiap kali awal tahun, orang mesti sebok nak tanya azam kan. taj paham betul aku.  Bagi aku, aku memang tak pernah ada azam. tak kan tunggu tahun baru, baru nak berubah nak berazam iktikad bagai. Perubahan tak ada masa, yang kita perlukan hanyalah kesedaraan.

Cuma setiap tahu, aku ada target. Kalau dapat, makna nya alhamdullilah. Kalau tak, tak ada rezeki lah. macam pepatah kata cuba lagi taon depan..Girl

Macam tahun 2009, aku target nak kawen masa tahun 2010, alhamdulillah, jodoh aku sampai tahun 2010. (tapi ni target bersama en kekasih maka sama-sama berusaha untuk mencapainya).

tahun ni aku target nak dapatkan kamera digital IXUS. tak tahulah dapat ke tak. tahun lepas target nak pakai BB, dah hujung-hujung tahun dapat jugaklah merasa. kalau servis provider line clear, mungkin boleh hit target. tapi kalau line agak-agak samar, carry forwed ke tagun depan la nampaknya. apa pon, usaha tangga kejayaan.

korang macam mana, korang ada azam ke ade target..