bertempat di janda baek aku dan semua kesayanganku pergi berkelah di janda baik..saja pilih tempat jauh sikit sebab nak cuci mata lagipun takut ulu yam atau mana2 yang dekat dengan KL pack je..tapi ulu yam ni pun taklah jaoh sangat..setakat 45 minit form KL.
gambar ni kak su google untuk tengok arah yang benar
trip kami bermula dari rumah mas sebab masing2 semua berkumpul kat rumah mas nite before gerak..saja nak gosip bersama mereka sebab since dah grad sukar kami nak lepak gosip lama2.tu yang bile hang out memang selalu kecoh dan exited sebab macam banyak sangat hot story need to tell them..but end up, aku dan yusz je yang stay chit chat sampai pukul 4 pagi..kak su dan mas lama dah sampai syurga..
plan awal nak bangon pukul 6 PAGI sebab kononnya nak prepare segala macam makanan untuk dibawa..dengan kak su nak buat sandwich dua jenis, nak masak nasi goreng, nak kemas lah pa bagai semua dan yang penting nak gerak dari rumah mas pukul 7 PAGI okeh! tapi sebenarnya semua tu adalah plan dusta sebab kami bangon pada pukul 7 pagi dan menyiapkan segala persiapan pukul 8 baru kami gerak dari rumah mas..mike yang tunggu dari rumah dia di selayang agak kehanginan sebab kelambatan kegerakan..nasib baek asri ku sayang tidur rumah Tagey di Bangi..so dalam 15 minit dia dah sampai Semenyih to pick-up us..all girls masa mula2 naek bersama, sampai tol Gombak Yusz pergi berpindah ke kereta Mike.
sampai tol Gombak dalam pukul 10 pagi..perjalanan lancar tak ada jam..padahal pagi tu tiba2 manusia2 ni kecoh cakap takut jam sebab semua orang cuti..maybe masig pagi yang morning so orang KL masih belum berniat nak gerak pergi picnic..kami je yang sangat exotic gerak di pagi2 hari..naseb baek jalan okie je semua so everything still on track.
muka exited nak pergi mandi di pagi hari (kami pakai baju tidur je)
sampai janda baek kami agak kesesatan sedikit sebab tak perasan simpang masuk ke janda baik..tiba2 aku rasa pelik sabab jalan yang kamu heading tu makin lama menuju ke Bentong..sebab tak sedap hati, aku pusing balek..nasib baek kereta kami yang paling last..so tak lah terkedapan sangat lajaknya..yusz dan mike yang agak kedepan..dah sampai Bentong agaknya dia..hehe..bila dah pusing baru aku nampak signboard ke Janda Baik..ini mengesahkan kami kesesatan selama ni..terus aku suruh Yusz pusing balik dan dan tu juga..masuk je kawasan ke arah Janda Baik yang paling seronok udara dia rasa macam air-cond..sejuk sangat kabus dia..kami yang kesakaian dok keluarkan tangan sebab nak rasa natural air-cond ni..
konvoi 3 kereta..aku paling last, mike depan tengah2 dak enab adek mike
since aku yang pusing paling awal so aku lah yang pertama sampai jalan kebenaran.dekat sangatlah rupanya jada baik ni..cuma kami agak berpusing sebab nak cari port yang sesuai.mike dengan yusz paling lambat sampai..hampir 15 minit menanti baru nampak kelibat mereka.
1st check point sebaik sampai janda baik.bergambar adalah aktiviti wajib dimana-mana
sebaik sampai
baru nak warm up..sejuk gila masa baru nak turun..masing2 slow sangat nak gerak
aktiviti dah bermula.main siram2 air adalag agenda utama
separuh dari makanan yang ada
dek sebab sangat exited sangat yang amat, sebaik habis mandi aku dah rasa tak sedap badan..badan dah jadi lemah semacam dan kesejukan yang amat..even asri pun demam jugak..sementara nak bagi okie kami tidur sekejap sebab aku ingat mungkin akan okie kot after tidur sekejap.
bergambar sebelum gerak..masa ni demam dah okie sikit sebab dah boleh bangun dan tak berapa sejuk.
Kami sempat naek genting pulak sebab dah dekat since aku rasa dah sedikit okie so aku gagahkan diri jugak nak naek kat atas..terfikirkan kegembiraan semua kesayangan aku membutakan aku rasa semangat nak naek atas.tapi sampai atas aku terus weak, tak boleh jalan..paling terharu bile mas terus papah aku pergi ke tempat yang boleh duduk dengan selesa sementara tunggu asriku ambil kereta..kak su dan yusz terus kelam kabut hilang cari air panas..mereka datang kembali dengan Teh O panas..(harga teh O cawan kecil di Genting berlipat kali ganda dari KL) menangis terharu aku dapat kawan yang macam ni..sangat caring dan tak berkira langsung..this is what i called freindship..susah senang bersama..tapi kalau dengan mereka ni, memang dari zaman segamat kami dah amalkan susah senang bersama..value ni lah yang aku sangat apriciate sangat2 mereka2 ni..
aku turun awal sedikit dari mereka sebab aku dah sangat tak larat..sepanjang perjalanan aku tidur je dan asri sangat kerisauan sampai aku pulak naek risau tengok dia. sampai je KL asri terus bawak pergi klinik yang paling dekat. demam panas yang tinggi sampai 40c..doktor siap kata memang biasa orang pergi janda baek demam panas tiba2..patutnya kalau demam sebab sejuk mesti aku akan selesema dan batuk..ni badan je yang panas..maintain 3hari badan aku 40c..kat rumah dah macam klinik aku rasa..penuh ubat, termometer nak baca temperature..selang satu jam kena cek suhu.buah, air 100+ dan air mineral sebab aku tak selera nak minum air masak..makan pun tak berapa selera tapi asek kena paksa makan sebab nak makan ubat menu aku epal dan sup ayam..terharu aku dapat tunang yang sanggup sabar jaga time aku dalam keadaan busuk yang tak larat nak bergerak pun.serius aku lemah sangat time tu.mesej dari kesayanganku juga tak putus masuk..
masuk hari ketiga baru aku rasa badan dah kebah sikit..peristiwa ni membuatkan aku dan asri serik nak pergi mandi air terjun lagi..maybe after kami kahwin kot baru kami akan pergi picnic.kadang2 aku terfikir, adakah demam aku ni ada kena mengena dengan perkahwinan aku..ye lah, orang kata bila dah dekat tarikh kahwin janganlah pergi tempat sembarangan..kan darah manis..macam2 buruk boleh berlaku..
Where is the river at Janda Baik? Do you need to track in or just easily accessible?
ReplyDelete