Rata aku cari doorgift yang berkenan di hati dan poket..mula nak bagi labu sayong tapi bila memikirkan kena ke Kg Sayong baru dapat murah so aku terpaksa cancel plan labu sayong.
On the way balik dari Melaka (aku lalu jalan dalam sebab jalan jem tak hingat) aku singgahlah Nilai3.saja nak survey doorgift..aku agak kecewa sebab takdelah murah sangat pun Nilai3 ni..barang dia pun takda lah yang menarik sangat..semua biasa dan ada lagi mahal dari tempat lain.
Bekas mengkuang yang aku dapat RM5 kat ayer hitam kat Nilai3 harga cecah rm15 1..gila mahal..bakul putih untuk isi hantaran aku beli dekat manjalara paling mahal RM8..tapi dekat Nilai3 paling murah RM19.90..beza cuma dia ada satin je sebagai alas..alah, satin tu setakat RM1.50 semeter di Jakel..Untuk balut bakul tu, tak sampai suku meter pon..
Sudahlah panas yang membahang, harga lagi tinggi dari tempat lain malah doorgift (aku memang fokus pada doorgift sahaja) pun tiada yang menarik sama je macam di tempat lain. macam tak berbaloi pulak aku rasa pergi Nilai3..
Kalau betul2 nak pergi beli barang kat Nilai 3, round sehabis boleh sebab harga antara kedai agak berbeza..Ada yang murah 10sen, mahal 50 sen..memang nampak kecik tapi kalau beli dalam stok yang banyak memang terasa perbezaan harga dia even 5sen.
No comments:
Post a Comment