Thursday, January 28, 2010

pesona ilham yang tidak mempesonakan

sekarang ni macam trend pulak tempah kad kahwin dekat bandung..murah memang murah, dengan harga rm1.50 (ni harga yang paling murah) dah boleh dapat  kad kahwin yang bergambar+berwarna yang cantik..kad yang sama, kalau dekat sini harga boleh cecah rm5..bagi aku, kad kahwin mahal2 pun, orang buang jugak..memang ada yang simpan, tapi berapa ramai..selalunya habis majlis, dah kemana-mana je kad canggih-manggih kita tu..

since budget kami yang kecik, aku taknak spend mahal2 untuk kad kahwin..kad kahwin kami harga dia 40sen/pc..tapi kena order 1000pc baru dapat harga macam ni untuk kad aku..kalau harga biasa, tempah kurang dari 1000, sekeping dalam 70sen..aku fikir, kalau aku tempah dalam 500 pc pun aku kena bayar untuk harga 1000pc baik aku tempah untuk 1000pc terus..lagipun kedai ni pun dah merata kedai aku cari baru dapat harga yang match dengan selera aku..sebelum ni kebanyakan yang aku jumpa, harga 50sen pun tak ada warna..kosong macam tu je..nak2 kedai dalam pertama..mahal dan design bagi aku kurang menarik..

kedai2 printing yang aku jumpa dekat pameran pengantin pun tak boleh bagi harga murah sengat sebenarnya..janganlah korang tertipu rasa pameran pengantin tu memang murah..

tapi kadang-kadang murah, kita tak boleh expect service yang sempurna dari kedai tersebut..macam kes aku, memang aku punya kad kahwin harga murah, tapi aku tak sangka layanan yang dia beri pun tahap murahan.

situasi #1

seminggu selepas aku hantar design, aku hantar design berserta map dalam bentuk image so kerja mereka sudah sedikit senang…jadi aku assume yang lagi senang dan cepat mereka design kad aku..just masukkan maklumat aku kedalam template yang ada ..masa aku datang kedai untuk tengok design, selamba je dia cakap tak siap.the best part dia salahkan aku sebab hantar design lambat..bila cek emel, baru sedar salah mereka..hangin je aku tapi masih boleh bertahan.

situasi #2

kali kedua aku pergi tengok design, 100% design yang dia buat aku tukar sebab aku tak berkenan..nasib baik dia sanggup nak layan aku untuk tukar semua design..masa nak verify design, printer rosak..so, aku tak boleh nak sign..tapi since design tu kami yang design so aku memang dah okie la..but she promise to send me an email..so I  assume we are agreed for that design and they can proceed my order.the process will take 2 weeks working day.

situasi #3

aku tunggu tunggu punya tunggu punya tunggu, satu email pun tak ada..aku pergi lagi sekali kedai pesona ilham untuk dapatkan kepastian..takut mereka print design pertama yang aku memang tak berkenan langsung..kali ni pun ada masalah, aku kena datang lagi keesokan hari sebab mereka tak dapat cari file aku..aku sangat tak faham sistem pengurusan apa yang mereka guna..agaknya prinsip mereka biar pelanggan sakit hati agaknya.

situasi #4

lagi 2 hari due date untuk kad aku siap, aku call untuk dapatkan pengesahan dan ambil tahu pasal progress kad aku..sangat kecewa bila mereka kata tak siap lagi sedangkan kad sepatutnya siap lagi 2 hari..tapi macam biasa, mereka kata bukan salah mereka.

situasi #5

hari ni, 28/1 sepatutnya kad aku siap..dari petang aku call tapi tak ada seorang pun yang angkat telefon..pukul 4.30 baru ada orang jawab dan tanpa rasa bersalah suruh aku ambil kad hari ahad..padahal sepatutnya aku ambil kad aku hari ini pukul 5 petang..bila aku tanya kenapa tak telefon bagitahu tentang kelewatan, selamba saja dia jawab memang customer yang akan telefon..mereka tak akan telefon..masalah sekarang ni, siapa yang mungkir janji lah kena bagitahu tentang kesalahan mereka..bertambah keliru aku memikirkan konsep hidup mereka..bukan setakat prinsip bisnes tah hapa2, konsep hidup sebagai manusia pun tak dapat nak dipraktikan..even dah macam ni, still nak salahkan aku..sangat keliru aku dengan cara mereka berurusan dengan pelanggan..buat kesekian kalinya aku dipersalahkan..aku bole terima kalau dia lambat siap sebab aku aku  faham keadaan syarikat tu..dapat staff yang tak efficient tapi telefonlah bagitahu, bukan menyalahkan customer.

dengan pengalaman aku ni, aku tak nak lah kalau ada yang terkena pengalaman macam aku..staff mereka sangat kurang skill menguruskan perniagaan dan skill berhadapan dengan pelanggan.

6 comments:

  1. huhu..i bc stories u pon i naek hangin satu badan since i pon br amik kad dr pesona ilham..ade staff melayu permpuan yang muda kecik..i hangin ngn die jugak..i penah dtg untuk tmbh order for doorgift nama2 allah..b4 tuh i call her boss to nego the price fortunately she gave me discount..yang unfortunately, bile i dtg kedai, her staff ckp u punyer harga tuh only if u order for 300pcs..ishh..i convince her that i dah talk to ur boss..but die x percaya n since her boss at oversea, and she end up the conversation ckp esok u dtg lagi die akan call her boss..panas betol hati..yerlah i amik card ngn dir pon i dah spend 0.9K..takkan lah nak add on item pon xde diskaun..so i kuar kedai, icalled teros her bos..mmg disebabkan i bersabar, i x mngamuk kat kedai tuh..n waiting for tommorow progree..mmg hampeh..so i decide klu ape2 just contact ngan boss jek bagos..pirah..nak berniaga, tp xde PR!!!

    ReplyDelete
  2. wah..dasyat jugak ye..baru je cancel order..tapi melayang rm100 deposit

    ReplyDelete
  3. same like me.. penat explain kt dia punyer staff.. pasal map.. tapi wat salah gak.. dh send dlm JPEG.. tp salah gak.. sehingga 5x email.. penat follow up..
    yang paling hangin.. dh agree smua.. siap cop & sign.. my husband & i check 1 by 1.. smua ok.. puas hati.. alih2.. bila dapat kad.. nama mertua plak salah eja.. bila check kat yg dia cop sign dulu.. betul la plak.. HERAN / PELIK / MUSKIL.. knpa leh silap print plak.. 1000pcs.. smua salah.. redha je laa..;-(

    ReplyDelete
  4. Tu la, service pesona ilham ni mmg sgt mengecewakan..even offer agak murah tp quality tarak. layan pelanggan mcm kite mntk sedekah..

    ReplyDelete
  5. jap2.. baru td g tempah kad kat pesona ilham, kajang.. ni plak baru terbaca pasal ni.. nak tanya skit, pesona ilham maner yg dimaksudkan ni eh? takut gak ni..

    ReplyDelete
  6. pesona ilham dekat depan pertama..tapi sama je semua sebab under one company kan..saya tempah dekat depan pertama. print n design dekat kajang..ni one of the reason kad lambat sebab banyak sangat passing dekat orang..

    ReplyDelete