Saturday, January 23, 2010

mencari barang-barang hantaran mengikut selera dan ketebalan poket

merancang perkahwinan yang mengikut selera tapi dengan keadaa kewangan yang tidak kukuh memang sesuatu yang menyakitkan..agak ramai yang tak setuju aku kahwin awal..one of the reason sebab financial not stabil..memang kalau nak ikutkan, kewangan aku sangat nazak..masuk bulan ni, alu baru kerja 6 bulan.dalam masa 6 bulan ni, tak banyak yang aku dah simpan..tak ada harta yang aku berjaya kumpul lagi..tapi sebab semangat nak bersama-sama dengan kesayanganku membuatkan hatiku berkobar-kobar merancang persiapan perkahwinan dengan penuh penjimatan tetapi meriah pada pandangan aku..bukan meriah mengikut prinsip orang-orang lain..paling penting, memuaskan hati aku dan orang-orang sekeliling aku..

first planning aku, aku punya target by end of december, semua hantaran, baik aku dan asri dah settle..so january aku dah boleh fikir untuk yang lain..december adalah yang terbaik sebab that time tengah megasale..memang aku dapat berjimat.

Tapi, dalam nak membeli=belah kita mesti tetapkan estimation untuk sesuatu barang..barulah tak over budget.dan yang paling penting, banyakkan survey ke semua tempat.

sebulan aku n asri merayau survey mencari barang-barang untuk hantaran kami.untuk beli perfume saja, kami pergi klcc, midvalley and last sogo..aku memang suggest sogo untuk cari perfume sebab perfume dia agak update.lawak betul bila salesman kat klcc cakap perfuma yang asri nak belum ada kat pasaran..aku pergi sogo elok je perfume tu ada..dah sebulan dah jual kat sogo..ish..

sepanjang sebulan journey survey kami, sebenarnya dua hari dah cukup nak lengkapkan barang-barang asri..cari baju asri paling senang..satu kedai je dah jumpa yang dia berkenan.ni aku nak share sikit pasal Raoul punya serve..layanan dia memang tip-top..since aku memang jenis cerewet bab-bab layanan ni, so aku agak particular layanan yang aku terima..aku paling rimas kalau baru je masuk kedai, sales person dia terus aproach ikut mana aku pergi sampai..memang aku tak jadi nak beli barang..sanggup aku keluar dari kedai tu..tapi keadaan berbeza masa di Raoul..dia perhatikan je customer sampai aku panggil baru dia datang dekat..lepas tu baru dia ambilkan baju yang aku nak kemudian siap bukak kan lengkap dan hantar ke fitting room..dari fiiting room aku just order je baju apa yang aku nak kemudian dia akan carikan baju yang aku nak..barulah dia bagi pendapat dia..

aku pun pelik kenapa sangat susah nak cari barang-barang aku..nasib baik kesayanganku agak penyabar ikut kemana aku pergi even masuk kedai yang sama berulang kali..pernah semiggu straight kami keluar cari handbag dan kasut aku tapi takda satu pun berkenan..lastly, kasut aku jumpa di Tang, pavillion dan handbag di parkson OU..yang paling pelik, sebenarnya dah berkali-kali kami round tempat yang sama..berhari-hari jalan kat kedai-kedai yang aku suka tapi tak jugak nampak..untuk kasut, studio tang punya pilihan agak menarik..kasut bling yang memang aku idamkan untuk wedding pun dapat..handbag aku pun ada bling jugak..handbag pula, kalau nakkan handbag yang ekslusif dan harga murah, jenama baby phat memang ekslusif..kat malaysia ni lebih kurang ada 3 outlet, setiap outlet cuma ada 3 saja design handbag yang sama..makna nya dekat malaysia cuma ada 9 orang saja pakai design yang sama.harga pulak tak cecah setengah ribu pun..

kalau nak beli jam pula, aku cadangkan kedai jam pertama..tingkat dua sebelah kedai cermin mata..bagi aku, harga jam dia agak murah dan banyak pilihan.layanan pun memuaskan sebab tak ada yang mengekor aku sepanjang aku nak buat pilihan.

alhamdulillah, setelah berpenat-lelah berkejar lepas kerja setiap malam dan setiap hujung minggu aku habiskan masa berjalan di shopping complex, awal bulan satu segala barang hantaran dah siap beli..nasihat aku, belilah time sale tapi kena tengok dulu pada harga dan keadaan barang..

1 comment:

  1. Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

    layari blog kami di ONLINE STORE
    atau PHOTO PRODUK

    ReplyDelete