Sunday, January 31, 2010

30 hari mencari mak andam

cari mak andam aku rasa most crucial part for the wedding preparation..aku nak mak andam yang make-up style macam make-up artis.. aku rasa agak susah sebab aku kat melaka, yang mostly mak andam n baju dia aku rasa masih dizaman ziana zain kahwin.tapi tak semua mak andam melaka macam ni..aku jadi pesimis macam ni sebab aku fobia..aku fobia sebab mak andam aku masa tunang make-up kan aku macam ziana zain sedangkan bertunang tahun 2008..dengan muka merah dan rambut sanggul ala-ala nyanya roguy, membuatkan aku rasa down masa hari bertuah aku..

so aku tekad, untuk majlis kahwin aku, aku nak mak andam yang mengamalkan cara make-up  fesyen yang up-to-date..bukan yang setia guna teknik andaman yang dia belajar 10-20 tahun lepas. KEBANYAKAN mak andam yang kawasan jauh dari bandar selalu nya macam ni..baju old skool, mekap traditional, pipi merah menyala, bedak putih melepak..

dalam pencarian aku, lebih daripada 30 mak andam di melaka aku survey..dalam banyak2 tu, dua saja yang aku berkenan cara make-up dia..satu andaman nor dekat bukit katil dan satu lagi andaman astana apa tah yang ada kelas solekan dekat bukit piatu.mula aku nak ambil mak andam bukit piatu ni, tapi fully book pulak..rupanya, paling lewat nak guna khidmat mereka kena book 6 bulan awal..so terpaksalah aku pergi ke pilihan nombor2.

andaman nor bukit katil okie jugak make-up dia..nampak natural.. yang bagitahu aku pasal mak andam ni kakak office aku..dia kata cousin dia make-up cantik guna andaman nor..kak su ni jenis seorang yang cerewet pasal bab-bab make-up ni, so bila dia da suggest macam tu memang aku percaya dengan taste dia..

memang dah jodoh aku dengan kak nor kot…nasib baek dia free lagi untuk 12&13 mac..so kakak aku terus book since famili aku semua dah penat melayan karenah aku pilih mak andam yang susah nak puas hati..once aku dah puas hati, meraka terus book..Senang, tak payah susah2 nak merayau lagi cari mak andam..

aku suka tengok cara make-up kakak ni..nampak natural..hope macam ni jugaklah make-up kahwin aku nanti..janganlah aku kembali ke zaman ziana zain kahwin lagi..pakej dia pulak agak murah..untuk 7 persalinan baju, make-up 2 kali, unlimited photography dan pelamin harga nya hanyalah rm1900.aku punya pelamin tak guna fresh flower pun sebab costly dan aku rasa membazir..at the end of the day, buang jugak bunga2..untuk penggunaan selama satu hari, aku kena spend sampai beribu kemudian buang, tak berbalaoi aku rasa..lainlah kalau baju ataupun doorgift aku berhabis sebab benda tu aku rasa boleh disimpan dan dijadikan kenangan selepas majlis..bukan macam fresh flower, beribu duit habis tapi lepas majlis  buang jugak..disebabkan badan aku yang kecik, aku kena guna kerusi yang tidak menenggelamkan aku diatas pelamin..nasib baek kakak ni baru buat set pelamin baru, dapatlah aku merasa kerusi yang sesuai..kebetulan, set pelamin baru ni yang ada pillar putih..memang sama dengan tema aku..

cuma aku agak terkilan bab baju..aku nak baju jawa, yang macam anak raden johari pakai (kalau orang jB kenal lah kot siapa dia..dekat nona pun pernah keluar cerita wedding mereka)..baju jawa yang memang purely jawa..tapi, yang ada baju jawa dari kain baldu..hilang feel jawa kat situ..aku bayangkan dia punya fabrik menggunakan batik dan lace..kalau adapun baju jawa, hanya untuk perempuan aja..tiada yang sepasang..so terpaksalah aku ambil jua yang baldu..

seperti yang aku jangka, baju untuk persandingan pun sama..tiada baju yang aku berkenan untuk aku pakai di hari persandingan..nasib baik aku dah tempah awal-awal..baju2 persalinan yang aku sewa hanyalah akan dipakai masa majlis berinai..alang-alang aku dah berhabis untuk buat baju sanding, mestilah aku akan pakai sepanjang hari, tak nak aku tukar-tukar..

dan yang paling special pasal kak nor ni, dia siap bagi kek kahwin free..3 tingkat tau.

mak andam placekantol buat projek di tempat mak andam

2 comments:

  1. sayang...byk typo error la..neway,good to share all at here ;)) kak su comey..

    ReplyDelete
  2. banyak info perkahwinan di www.perkahwinan.com.my..rekomen kat member2 yang nak kahwin.

    ReplyDelete