Sunday, February 21, 2010

the making of doorgift

im lucky having all this guys around me..I’m grateful because there are my friend..one of the reason aku sayang kawan2 aku ni sebab mereka adalah kawan yang aku boleh bergantung bila aku memerlukan..bukan kawan yang menunggang aku bila ku senang.

mula pukul 12 tengah hari, siap tepat pukul 6 petang..in between tu makan je sentiasa..sambil buat kerja sambil  makan, dok bahan sana sini tapi kerja still jalan..rumah mas jadi mangsa untuk proses2 penyediaan doorgift.

kalau bekerjasama memang senang je nak siapkan..600 pc bukan masalah nak buat dalam masa setengah hari.memang berbaloi aku mengangkot 2 kotak doorgift ke semenyih untuk buat bersama mereka..a friend in need is a friend indeed..

edit1

kagum dengan kerajinan dua jejaka ini

edit2

antara stok makanan yang ada

IMG_0005

makan2

IMG_0036

makan lagi

edit3

bekerja keras

edit4

semua tengah tekun

Saturday, February 20, 2010

Doorgift hari sanding

Aku dapat di Nilai3..Last kedai yang aku singgah..sebenarnya kami da surrender sebab kecewa dengan Nilai3 punya harga dan barang yang bagi aku kurang up-to-date.

Lama aku c ari doorgift ni..dari blog walking, jalan2 survey last sekali jumpa kat Nilai3..tu pun bukan doorgift yang dalam list aku..

Plan asal nak bagi labu sayong tapi sebab nak kena ke Kg Sayong untuk dapatkan harga murah terpaksalah aku batalkan niat sebab dah tak cukup masa nak ke Perak sana.

Lastly aku dapat kat Nilai3..Kedai last yang aku singgah.Kami dah menghala keluar dari Nilai3 tiba-tiba tergerak hati nak singgah kedai Bagus Setempat  yang sederet dengan kedai KK Home Decor yang menjual barang2 untuk perkahwinan anak orang kaya.

Saat pertama kali terpandang, hati terus terpikat..kena pulak doorgift aku warna pink putih..memang sesuai sangat dengan tema wedding aku..tapi aku kena buat sendiri proses accesorising sebab nak jimat kos....

harga kedai ni agak murah compare dengan kedai lain..beli banyak by kotak lagi murah..lagipun kat kedai lain aku tak perasan pulak ada jual benda ni.tapi yang tak best, ada beberapa keping kotor gila even dalam plastik..so aku kena bersihkan dulu baru boleh proses.Masa beli memang tak cek sebab benda ni dalam kotak dan aku memang tak larat nak cek one by one..mau aku tidur kat situ kot kalau cek satu per satu.

lagi satu, kat kedai ni pertama kali aku jumpa cina lembut..auw….nasib baik cashier cun cam shery merlis, cuma kerek sikit je..

chintakami 098Roses dan reben untuk hias..yang jalur putih tu doorgift aku

Nilai 3

Rata aku cari doorgift yang berkenan di hati dan poket..mula nak bagi labu sayong tapi bila memikirkan kena ke Kg Sayong baru dapat murah so aku terpaksa cancel plan labu sayong.

On the way balik dari Melaka (aku lalu jalan dalam sebab jalan jem tak hingat) aku singgahlah Nilai3.saja nak survey doorgift..aku agak kecewa sebab takdelah murah sangat pun Nilai3 ni..barang dia pun takda lah yang menarik sangat..semua biasa dan ada lagi mahal dari tempat lain.

Bekas mengkuang yang aku dapat RM5 kat ayer hitam kat Nilai3 harga cecah rm15 1..gila mahal..bakul putih untuk isi hantaran aku beli dekat manjalara paling mahal RM8..tapi dekat Nilai3 paling murah RM19.90..beza cuma dia ada satin je sebagai alas..alah, satin tu setakat RM1.50 semeter di Jakel..Untuk balut bakul tu, tak sampai suku meter pon..

Sudahlah panas yang membahang, harga lagi tinggi dari tempat lain malah doorgift (aku memang fokus pada doorgift sahaja) pun tiada yang menarik sama je macam di tempat lain. macam tak berbaloi pulak aku rasa pergi Nilai3..

Kalau betul2 nak pergi beli barang kat Nilai 3, round sehabis boleh sebab harga antara kedai agak berbeza..Ada yang murah 10sen, mahal 50 sen..memang nampak kecik tapi kalau beli dalam stok yang banyak memang terasa perbezaan harga dia even 5sen.

Friday, February 19, 2010

terapi tension

minggu lepas memang masa yang sesuai balik kampung..cuti panjang..so aku sempat balik JB then baru gerak balik melaka..aku balik kampung dalam keadaan yang amat2 tensi! Banyak sangat benda yang dalam kepala otak aku ni..mana nak fikir pasal hal perkahwinan, kerja, projek, cuti kahwin yang still belom lepas lagi..memang buat aku stress sangat..kadang2 aku rasa dah tak tertanggung segala macam dugaan ni..makin dekat wedding date kami, makin banyak masalah datang..tapi balik kampung betul2 buat aku release even rumah aku tengah selerak bagai sebab tengah renovate..dah lah semua adik beradik aku balik, kawasan rumah yang boleh pakai hanya ruangan dapur sahaja..tu la tempat makan, tu lah tempat masak dan tempat tidur kami semua..memang bersesak bagai..tapi bila bersama  famili aku rasa tenang sangat..nak2 melayan manusia2 kerdil dalam famili aku..ni sesi bersama dya..since dia yang paling kacik sekarang ni, dia lah penghibur kami 1famli..lagipun dia memang suka buat aksi..

 chintakami 060 benda kegemaranchintakami 061

chintakami 062

serius memandu..jangan ketawa..nanti kena marah

chintakami 065 

cuba menjadi superman

chintakami 067

gigi sompek

chintakami 048

muka budak nakal

chintakami 050

tongue

chintakami 051 

tiru kakak nangis

chintakami 046 

senyum nak ambil gambar

chintakami 047

Tuesday, February 16, 2010

cuaca panas

pukul 10.30 malam di wangsa melawati..

aku janji nak jumpa Pidik sebab nak bagi borang dekat dia..jumpa 10 minit tapi kami berpeluh-peluh macam pukul 12 tengah hari..masuk kereta still bahang lagi..seharian suntuk aku rasa kepanasan sangat…

El-nino nak kembali ke ni..buletin utama tadi pun cerita pasal panas..empangan di Johor pon dah berkurang..sampai ada yang kawasan yang kena catuan air..

3 hari kat melaka, 3 hari keluar cari barang kahwin..3 hari kami berpanas..panas yang menerik pulak tu..otw balik kl pun sama..dengan jalan jem, makin terasa panas dia..kl lagilah panas..sampai ke malam terasa bahang..

pergi mana2 sama je..semua panas..Ps: sesapa yg googled hot chicks/hot/cerita panas n masuk ke blog ni pandai2 korg la k.try next time k..

Monday, February 8, 2010

perkelahan di janda baik dan darah manis

bertempat di janda baek aku dan semua kesayanganku pergi berkelah di janda baik..saja pilih tempat jauh sikit sebab nak cuci mata lagipun takut ulu yam atau mana2 yang dekat dengan KL pack je..tapi ulu yam ni pun taklah jaoh sangat..setakat 45 minit form KL.

17335_1287294232495_1534372754_2266883_6057265_n

gambar ni kak su google untuk tengok arah yang benar

trip kami bermula dari rumah mas sebab masing2 semua berkumpul kat rumah mas nite before gerak..saja nak gosip bersama mereka sebab since dah grad sukar kami nak lepak gosip lama2.tu yang bile hang out memang selalu kecoh dan exited sebab macam banyak sangat hot story need to tell them..but end up, aku dan yusz je yang stay chit chat sampai pukul 4 pagi..kak su dan mas lama dah sampai syurga..

plan awal nak bangon pukul 6 PAGI sebab kononnya nak prepare segala macam makanan untuk dibawa..dengan kak su nak buat sandwich dua jenis, nak masak nasi goreng, nak kemas lah pa bagai semua dan yang penting nak gerak dari rumah mas pukul 7 PAGI okeh! tapi sebenarnya semua tu adalah plan dusta sebab kami bangon pada pukul 7 pagi dan menyiapkan segala persiapan pukul 8 baru kami gerak dari rumah mas..mike yang tunggu dari rumah dia di selayang agak kehanginan sebab kelambatan kegerakan..nasib baek asri ku sayang tidur rumah Tagey di Bangi..so dalam 15 minit dia dah sampai Semenyih to pick-up us..all girls masa mula2 naek bersama, sampai tol Gombak Yusz pergi berpindah ke kereta Mike.

19259_221909108578_712778578_3219797_623535_n 1st tol dari rumah Mas

sampai tol Gombak dalam pukul 10 pagi..perjalanan lancar tak ada jam..padahal pagi tu tiba2 manusia2 ni kecoh cakap takut jam sebab semua orang cuti..maybe masig pagi yang morning so orang KL masih belum berniat nak gerak pergi picnic..kami je yang sangat exotic gerak di pagi2 hari..naseb baek jalan okie je semua so everything still on track.

19259_221896923578_712778578_3219703_5772227_n

muka exited nak pergi mandi di pagi hari (kami pakai baju tidur je)

sampai janda baek kami agak kesesatan sedikit sebab tak perasan simpang masuk ke janda baik..tiba2 aku rasa pelik sabab jalan yang kamu heading tu makin lama menuju ke Bentong..sebab tak sedap hati, aku pusing balek..nasib baek kereta kami yang paling last..so tak lah terkedapan sangat lajaknya..yusz dan mike yang agak kedepan..dah sampai Bentong agaknya dia..hehe..bila dah pusing baru aku nampak signboard ke Janda Baik..ini mengesahkan kami kesesatan selama ni..terus aku suruh Yusz pusing balik dan dan tu juga..masuk je kawasan ke arah Janda Baik yang paling seronok udara dia rasa macam air-cond..sejuk sangat kabus dia..kami yang kesakaian dok keluarkan tangan sebab nak rasa natural air-cond ni..

19259_221900103578_712778578_3219727_6571512_n

konvoi 3 kereta..aku paling last, mike depan tengah2 dak enab adek mike

since aku yang pusing paling awal so aku lah yang pertama sampai jalan kebenaran.dekat sangatlah rupanya jada baik ni..cuma kami agak berpusing sebab nak cari port yang sesuai.mike dengan yusz paling lambat sampai..hampir 15 minit menanti baru nampak kelibat mereka.

19259_221893513578_712778578_3219685_2979725_n

1st check point sebaik sampai janda baik.bergambar adalah aktiviti wajib dimana-mana

image

sebaik sampai

image

baru nak warm up..sejuk gila masa baru nak turun..masing2 slow sangat nak gerak

janda baek

aktiviti dah bermula.main siram2 air adalag agenda utama

image

separuh dari makanan yang ada

dek sebab sangat exited sangat yang amat, sebaik habis mandi aku dah rasa tak sedap badan..badan dah jadi lemah semacam dan kesejukan yang amat..even asri pun demam jugak..sementara nak bagi okie kami tidur sekejap sebab aku ingat mungkin akan okie kot after tidur sekejap.

image

bergambar sebelum gerak..masa ni demam dah okie sikit sebab dah boleh bangun dan tak berapa sejuk.

Kami sempat naek genting pulak sebab dah dekat since aku rasa dah sedikit okie so aku gagahkan diri jugak nak naek kat atas..terfikirkan kegembiraan semua kesayangan aku membutakan aku rasa semangat nak naek atas.tapi sampai atas aku terus weak, tak boleh jalan..paling terharu bile mas terus papah aku pergi ke tempat yang boleh duduk dengan selesa sementara tunggu asriku ambil kereta..kak su dan yusz terus kelam kabut hilang cari air panas..mereka datang kembali dengan Teh O panas..(harga teh O cawan kecil di Genting berlipat kali ganda dari KL) menangis terharu aku dapat kawan yang macam ni..sangat caring dan tak berkira langsung..this is what i called freindship..susah senang bersama..tapi kalau dengan mereka ni, memang dari zaman segamat kami dah amalkan susah senang bersama..value ni lah yang aku sangat apriciate sangat2 mereka2 ni..

aku turun awal sedikit dari mereka sebab aku dah sangat tak larat..sepanjang perjalanan aku tidur je dan asri sangat kerisauan sampai aku pulak naek risau tengok dia. sampai je KL asri terus bawak pergi klinik yang paling dekat. demam panas yang tinggi sampai 40c..doktor siap kata memang biasa orang pergi janda baek demam panas tiba2..patutnya kalau demam sebab sejuk mesti aku akan selesema dan batuk..ni badan je yang panas..maintain 3hari badan aku 40c..kat rumah dah macam klinik aku rasa..penuh ubat, termometer nak baca temperature..selang satu jam kena cek suhu.buah, air 100+ dan air mineral sebab aku tak selera nak minum air masak..makan pun tak berapa selera tapi asek kena paksa makan sebab nak makan ubat menu aku epal dan sup ayam..terharu aku dapat tunang yang sanggup sabar jaga time aku dalam keadaan busuk yang tak larat nak bergerak pun.serius aku lemah sangat time tu.mesej dari kesayanganku juga tak putus masuk..

masuk hari ketiga baru aku rasa badan dah kebah sikit..peristiwa ni membuatkan aku dan asri serik nak pergi mandi air terjun lagi..maybe after kami kahwin kot baru kami akan pergi picnic.kadang2 aku terfikir, adakah demam aku ni ada kena mengena dengan perkahwinan aku..ye lah, orang kata bila dah dekat tarikh  kahwin janganlah pergi tempat sembarangan..kan darah manis..macam2 buruk boleh berlaku..

tempah baju nikah untuk pengantin lelaki

Kami tempah di tailor yang berasingan sebab asri dah biasa dengan abang mus ni.memang dari dulu dia tempah baju dengan brother ni..jahitan kemas dan yang penting murah..ni yang paling aku suka..tambah menarik brother ni sebenarnya selalu dapat sub-project dari tailor baju melayu yang femes..(nama terpaksa dirahsiakan)..kalau tempah di butik yang ada jenama, harga upah sahaja RM200++ tak lari..better tempah dekat brother ni.same quality but more cheaper.

Baju sanding dan nikah asri kami tempah sekali dekat brother ni since dia kata dia bole buat baju over-coat..upah over-coat RM100 sahaja..tapi sebab kami buat lining di baju dan tambah sulaman maka harga sedkit bertambah, tapi tak banyak pun, just extra RM100.kira upah baju over-coat, lining dan sulam hanyalah RM200..harga ni aku rasa paling murah sebab based on aku survey selama ni, untuk upah over-coat sahaja tanpa lining ataupun sulam mencecah RM250 min..(aku survey dalam 10 kedai yang amek upah jahit baju pengantin area melaka dan KL) so kalau aku nak extra jahitan mestilah aku kena xtra budget lagi.upah over-coat memang sedikit mahal compare dengan baju melayu biasa sebab over-coat ni 3 pieces..seluar, baju dalam macam baju melayu tapi tak ada lengan dan jaket luar..untuk baju sanding asri ni aku guna fabrik bridal satin..memang selalu orang buat baju pengantin lelaki dari kain ni…beli di Osman Textile dekat semua house.harga agak murah compare dengan tempat lain..semeter RM15..last aku survey harga jakel RM40/M, Maya RM20/M, Gulatis RM90/M..maybe mereka akan claim kain tu semua kualiti murah sebab tu harga dia murah..tapi tu taktik pemasaran je sebab semua kedai aku pergi, aku rasa kain dia sama je rasa..semua tip beli kain ni aku dapat dari nina (bukan setakat design baju aku je, segala macam tips nak buat majlis semua boleh tanya dia sebab dia ni dulu wedding planner)..untuk baju dalam asri, aku guna satin supaya asri tak berapa rasa kepanasan yang amat masa bersanding nanti..aku liningkan seluar dan bahagian tangan dengan lining cotton for the same reason.biar peluh senang nak serap, badan tak berapa gatal dan kurang panas..

baju nikah asri biasa je..baju melayu cekak musang lima butang bakal dipadankan dengan samping silver yang aku beli di jakel..satin putih yang of course sama dengan baju nikah aku..since tema nikah is off-white semestinya baju nikah kami off-white la semua..harga untuk baju melayu agak murah, RM70 sepasang..so kami mengambil kesempatan ini untuk menempah baju raya tahun ni yang kebetulan berwarna pink..sebenarnya plan asal satin pearl pink yang aku bagi masa tunang aku nak jadikan baju nikah tapi bila aku berkenan baju nikah yang berwarna putih dan kebetulan aku beli kain baju nikah, ada  pakej baju melayu sekali so jimat lah duit kami sebab tak payah spend untuk kain baju melayu pulak..tapi kain ni pun setelah penat aku memujuk tokei jakel untuk bagi satin yang aku berkenan bukan satin yang sepatutnya mereka masukkan dalam pakej tu..(sebenarnya selalu yang pakej baju kahwin lelaki dan perempuan kena tengok betul2 sebab selalu dia bagi satin murah je)

Kalau kawan2 rasa berkenan nak tempah kat brother ni nanti aku bagi nombor telefon dia..rumah dia area selayang..tapi aku tak ingat pulak nama kampung dia..just call je sebab nanti brother ni akan tunggu di tepi jalan baru dia bawak ke rumah dia..

updated news..disebabkan ramai yang berminat nak tahu, ni aku tambah sikit info untuk sesapa yang berminat.

Baju melayu upah dia rm70
Over coat sepasang siap lining upah die rm120..lining beli kain chifon lining..nipis n soft kain dia..semeter dlm rm5@6.. sepasang overcoat dalm 4 meter kain bridal satin. baju dalm yg mcm singlet tu dalam 2 meter..pakai satin biasa je.. ni unuk size lelaki M.

Rumah brother tu dekat Jalan Nakhoda Kanan 22, Kampung Nakhoda Kanan, Selayang. no phone dia 0123875735..abang mus..

update : saya tak ada alamat penuh dia sebab dah ingat jalan nak kerumah nya so x ingat alamat. No dia memang kadang2 of sebab kadang2 dia balik kampung x on fon. Kena call banyak kali.

persiapan perkahwinan : barang kecik tapi penting sebenarnya

lupakan dulu cerita gangguan dari luar..sikit pun aku tak rasa tergugat..cuma sedikit marah sebab tak habis2 pasal dia..lagipon cuma nak jadikan iktibar kepada kawan2 di luar sana..

hari ni aku nak cerita pasal benda2 kecik tapi sebenarnya penting..nampak remeh tapi kalau tak ada macam kurang sempurna pulak nanti.

untuk perempuan, pastikan ada pakaian dalam yang sempurna..since hari perkahwinan kita nak kan yang cantik2 saja..yang kurang enak untuk dipandang seboleh mungkin nak disorok..kalau yang perut berlipat, pakailah girdle dan korset supaya badan nampak slim dan cantik body shapingnya..kalau korset yang murah aku suggest brand audrey..dia punya tali adjustable so later boleh adjust tali dia kalau agak2 da terbesar or terkecil saiz nanti..lagipun, besi yang support dia agak panjang compare dengan brand lain..cuma prob audrey ni tak ada saiz kecik..even badanku yang seberat 49kg pon tak boleh pakai saiz m..macam tak korset je aku rasa..nak pakai saiz s, audrey memang taj keluar saiz s pulak..harga audrey pun agak murah..palig mahal RM89 tapi warna terang…so kalau pakai baju yang warna cerah macam pink, putih ataupun cream sangatlah tak sesuai..takut timbul shade pulak nanti..selain korset dan girdle, bra juga memainkan peranan penting..kalau bagi yang breast kecik, pakailah push-up..kalau yang besar tak payah pakai push-up pon takpe..pakai bra yang jenis ada shape..dalam banyak2 brand, audrey ada bra special untuk extra size..dia punya features dalam cup ada besi yang akan membentuk breast nampak sedikit kecil dan cantik membulat macam pakai push-up…besi dalam cup dan ditepi bra membantu untuk membentuk payudara jadi lagi cantik..mungkin harga sedikit mahal..bermula dari RM59 ke atas tapi sangat puas hati sebab tahan lama..dan sangat support..

kalau yang tempah baju, better sarungkan baju anda kedalam cloth cover yang macam coat punya sarung tu..ada sesetengah tailor dia bagi free je cloth cover tu..tapi kalau tak ada, sebaek2 nya dinasihatkan beli sahaja..dekat ikea harga dia baru RM13.90..yang nipis RM9.90..pentingnya cloth cover ni sebab nak elakkan baju kotor..nak2 baju kahwin selalunya berwarna putih atau stok yang cerah2..karang tak sempat pakai dah kotor..

untuk perempuan, pergilah spa sebelum kahwin..sekurang2 nya sekali..pertama kali berjumpa suami (suami ya, selama ni hanyalah tunang) mestilah nak kulit yang licin, badan yang harum, muka yang cantik bersih makanya rawatan di spa dapat membantu untuk kita kelihatan cantik.harga rawatan selalunya bermula dari RM150+++..tapi sekarang ni DYNASTY SPA di Jalan Kuchai Lama tengah buat promosi pembukaan..untuk 3 rawatan spa hanya berharga RM 90..agak menarik la tawaran dia..

okielah…kalau kawan2 ada apa2 nak ditambah beritahulah ye..so far, ni saja yang aku ingat..

Sunday, February 7, 2010

tak faham aku perempuan yang kuat sangat ni

maybe entry ni agak emosi..aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku sekarang ni..maybe sedikit terusik sebab ada orang masih mengejar kasih seorang lelaki..dimana lelaki tu adalah tunang aku..tapi aku tak marah tunang aku sebab dia dah beritahu everything dekat aku..aku tau dia tak selindung apa2..dan aku percaya tunang aku (walaupun aku percaya dia tak sampai 50% sebab aku taknak jatuh terduduk bila something happen)

tadi dia tujuk twitter dia punya follower..benda ni lah yang membuatkan aku rasa terkedu..one of the follower adalah perempuan yang suka kat dia..yang suka dekat dia dari zaman dia degree 1st sem..sekarang ni asri dah kerja..satu tempoh yang agak lama dari zaman belajar sehingga kerja..aku tak kisah dia nak minat asri or what so ever tapi yang aku kisah tolonglah berhenti mengekori asri..kau nak minat, minat diam2 lah..jangan kacau bakal suami orang..

masa baru-baru kewujudan perempuan ini, kami agak kerap bergadoh kerana dia..ya..aku memang sangat cemburu..pernah kami tengah dating, tiba2 ada mesej masuk di hp asri berbunyi,

“hi asri..u free tak..i nak ajak u teman i shopping”

mesej ini sangat menimbulkan keraguan sebab bagi aku, bila dah rapat je berani nak ajak teman shopping..waktu tu assuming aku, asri sebenarnya agak rapat dengan perempuan ini..sebab dia tak pernah beritahu aku pasal kewujudan perempuan ini..tiba2 aja hantar mesej ajak teman shopping..sebab aku tak tahu mestilah aku hangin..kes ini agak kecoh sampai family masuk tangan sebab waktu tu aku rasa sangat tertipu..aku rasa tertipu sebab dia tak pernah beritahu kisah perempuan ni (sebab tu aku tak berapa percaya tunang aku.bukan sebab dia curang tapi bila dia ada rahsiakan sesuatu yang besar macam ni so i cant control myself).sebab terlampau marah aku sampai terfikir nak putus tunang sebab aku rasa tertipu sangat.kakak aku called that woman to explained about us sebab that woman still kacau tunang aku tapi selamba tanpa rasa bersalah dia kata hak dia nak kawan dengan tunang aku..

even kakak aku dah called dia, dia still contact dengan tunang aku.tapi kali bukan melalui hp..dia guna ym pulak..pantang asri on ym mesti akan buzz..bila dilayan macam2 la ayat nak mengayat..waktu ni lah dia luahkan perasaan.even that time dia dah ada boyfriend tapi still suka dekat asri..kuat betul cinta dia terhadap asri..banyak kali dia cuba untuk merapatkan diri dengan asri..macam2 dia cuba lakukan untuk mengharapkan asri balas cinta dia..dalam kelas selalu perhatikan asri tapi dia marah asri sebab asri tak pernah tegur dia, bukan setakat tegur tapi pandang dia pun asri tak..sampai ada satu tahap, masa faculty function dia sanggup duduk semeja dengan asri semata-mata nak asri tegur dia..kecewa asri tak tegur dia, asri ignore dia macam dia tak ada kat situ..keliru aku kenapa dia mengharapkan asri nak tegur dia..siap dia nak kecik hati pulak tu..yang paling lawak, sepanjang 2tahun dia selalu perhatikan asri dia tak pernah nampak asri dating dengan aku, dia tak pernah nampak asri dengan tagi..padahal asri sentiasa berkepit dengan tagi waktu nak pergi kelas..sampai ada yang cakap asri dan tagi gay sebab selalu berkepit tapi perempuan ni tak pernah nampak tagi dengan asri..

aku ingat cerita dia menghubungi tunang aku akan berlalu bagaikan angin sebab asri tak layan dia..dah lama dia tak buzz asri since asri declare tak kan terima dia..dia pun menyepi lama dah..hampir setahun dia tak kacau kami lagi..tapi baru2 ni dia muncul lagi..jadi follower dalam twitter pulak..tapi kali ni aku daah kewl sebab aku tahu apa yang berlaku..cuma aku masih tertanya2 kenapa dia still nak mengetahui pasal asri…kenapa dia nak berkawan dengan asri..setakat berkawan aku boleh terima tapi kalau dah nak menghantar mesej, ajak keluar its too much bebeh..lagi satu kalau betul ikhlas nak berkawan, kawan lah dengan aku sekali.pesanan aku untuk perempuan ini, tolonglah jangan kacau tunang aku lagi..

kepada perempuan yang pernah hadapi apa yang aku pernah lalu ni, semuanya okie asalkan pasangan anda tidak layan orang ketiga tapi kite still kena berjati-hati sebab orang macam ini akan berusaha dan menggunakan pelbagai cara untuk mancapai matlamat..macam pak imam nampak perempuan seksi, still akan terliur jugak walaupun iman tebal didada..yang penting berhati-hati dan jangan terlampau percaya..

Saturday, February 6, 2010

memori cinta luka

kehadapan sesiapa yang berkenaan

tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memaklumkan kepada anda bahawa saya akan melangsungkan perkahwinan pada 12.3.2010 dan majlis persandingan pada 13.3.20210..sebagai seorang perempuan, saya memerlukan persediaan yang rapi dan secara logik dan normal, saya perlukan sekurang2nya seminggu untuk membuat persediaan perkahwinan saya yang bakal berlangsung nanti..dan ingin saya maklumkan juga, perkahwinan saya di MELAKA dan sekarang ini saya tinggal di KUALA LUMPUR..

saya faham anda meminta saya secara pandai untuk mengatur macam mana saya nak buat persiapan..mungkin anda meminta saya berulang-alik kl-melaka supaya saya dapat menyiapkan persiapan selepas hari bekerja..saya tidak ada masalah untuk melakukan kalau perbelanjaan ditanggung oleh anda..tentang pandai2 saya macam nak uruskan perkahwinan sedangkan cuti tiada, maaf encik..saya kurang pandai nak berfikir macam mana saya nak buat persiapan sedangkan cuti kahwin hanya 2@3 hari SAHAJA..

saya faham selama ini anda kerap mengutarakan supaya saya melambatkan perkahwinan saya tetapi macam mana dengan persiapan, kad jemputan dan segala macam perancangan saya..kalau anda sudi menanggung segala kos mungkin saya akan pertimbangkan..itu dari segi budget..kalau dilihat dari segi lain untuk tahap saya sekarang ini, saya dah dikira WAJIB kahwin..walaupun antara alasan yang encik berikan supaya saya enjoy hidup sebelum kahwin, saya kurang faham tentang itu..adakah anda menggalakkan saya membuat dosa sebab kalau pergi enjoy2, saya akan berpegangan tangan dengan tunang saya..memang orang akan cakap, jumpalah sajalah jangan pegang2..tapi ada ke couple yang dating tak pegang tangan..sedangkan keluar berdoa pun boleh dikira berdosa sebab menggalakkan maksiat dan boleh menimbulkan fitnah.

ingin saya beritahu disini, saya adalah seorang perempuan dimana persiapan sebagai pengantin adalah lagi complicated berbanding lelaki..mungkin masa anda menyuruh saya berfikir secara pandai untuk menguruskan majlis saya nanti, anda membayangkan saya adalah lelaki dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan anak jiran sebelah..jadi tak perlulah persiapan yang beria amat.

saya agak keliru jika pihak atasan mempertikaikan tentang cuti kahwin..adakah sesuatu yang pelik staff  baru yang belum confirm meminta untuk cuti kahwin..

saya harap semoga anda dapatlah mempertimbangkan permohonan cuti saya semula..bayangkan diri anda adalah bapa pengantin perempuan..apakah yang anda harapkan semasa anak perempuan encik akan berkahwin..adakah andamengimpikan mereka masih di pejabat sedangkan majlis perkahwinan akan berlangsung esok dan pejabat anak anda terletak 200km dari rumah..dan mengambil masa selama 2jam untuk sampai kerumah (bukan menaiki kereta toyota)

sekian, salam sayang..

Friday, February 5, 2010

kemalangan di Jalan Esfahan

hari ni aku balek lambat..bukan balek lambat sebab kerja tapi sebab kena tunggu kesayanganku habis kerja sebab dia habis kerja lambat..sebenarnya bukan dia yang habis lambat tapi aku yang habis awal..setipa hari jumaat bank memang balek awal, 4.45..asri pulak hari jumaat la dia balek lambat..pukul 6 baru nak keluar office..so kena lah aku tunggu dia..

hampir setengah jam aku kena tunggu dia kat bawah..nak tunggu kat office cam busan lak sebab unit aku semua dah balek..plus kesejukan dalam office buat aku tak tahan nak stay lama2..

dalam tengah menunggu asri, tiba2 kecoh dekat trafic lite betul2 bawah jejantas..ramai orang berkerumun tengah jalan..dan aku dengar ada suara orang mengerang sakit..yaa..seorang makcik tengah mengerang kesakitan sebab kaki dia patah dilanggar motor dari arah jalan raja laut yang ketika  itu sedang asyik dalam kelajuan.

dalam 1ominit selepasa kejadian baru makcik tu diangkat oleh orang ramai untuk dibawa ketepi jalan..ambulan pun dah dihubungi..dalam 20min baru ambulan dari HKL datang.

sementara nak tunggu amblan sampai, aku dok lah borak2 dengan kak peah dan abang bedul yang ada kat tempat kejadian..memang salah makcik tu totally sebab dia melintas tak naek jejantas yang tak sampai 1meter je jarak dia dari tempat dia melintas..waktu melintas pulak, bukan dia nak tengok lampu merah ke hijau…merah pun dia redah jugak..dah lah kenderaan dari arah jalan raja laut memang jenis memecut semacam je..nak-nak motor.memang la lahi tekan minyak nampak lampu hijau..

makcik tu siap terlambung lepas kena langgar..mula kaki dia tersangkot dekat tayar motor yang langgar dia kemudian terpelanting pulak..kepala berdarah kemudian kaki kanan dia terkepak dah..tulang kat lutut pulak nampak dah terkeluar..kesian kat abang motor tu..even bukan salah dia, tapi muka dia memang cuak gak lah..ni lah 1stime aku tengok pengalaman depan mata aku..ingatkan nak amek gambar masa makcik tu tengah mengerang tapi tak sampai hati pulak..

sepanjang tunggu ambulan sampai makcik tu memang asek mengerang aduh sakit nak..ya ALLAH kaki aku sakit..tapi dalam ngerang2, beg tangan taknak lepas even orang sekeliling  nak tolong dia..kuat gila dia pegang dalam sakit2 tu..

3829263628_8665388285_o tempat kejadian

 

p/s pengajaran korang tolonglah kalau nak melintas tu tengok2 sikit..kang tak pasal2 free je kaki patah..