Tuesday, July 24, 2012

Buku FIXI

Kami laki bini tengah kemarok buku2 ini. Novel terbitan FIXI.

 

fixi

 

Cerita- cerita yang dihasilkan bukan cerita biasa. Bukan tipikal novel cinta. Sekali baca mesti nak baca yang lain.

 

Apa yang aku boleh katakan, cerita2 dia menarik. Dekat di hati dan realistik.

 

Update: Setakat ni da separuh dari koleksi Fixi aku da baca. My favorite is Pecah which is the best of the best (maybe sbb tu jd first novel fixi yg di filemkan)..akan post review Pecah, InsyaAllah..

 

Aku mula jatuh hati dengan FIXI masa baca review PECAH. Tapi first buku yang kami ada ZOMBIJAYA. Sebab masa tu PECAH out of stock. Gila kan. Memang gila pun sebab novel ni terus kena angakt buat movie.

 

Walaupun jalan cerita novel2 ni kebanyakan nya more to fiction, tapi pengolahan dia seolah-olah korang ada dalam scene tu.

 

Start dengan ZOMBIJAYA, kitorang slow2 kumpul collection FIXI. Cerita semua ala2 kemasyarakatan. Ada jugak bab cinta tapi takde lah yang streotype macam selalu. Jujur aku dah busan dengan novel melayu yang watak lelaki kaya handsome bercinta dengan perempuan miskin. Percintaan penuh onak duri ending happy. Boleh kata 80% novel konsep sama macam tu.

 

Kalau korang rasa nak try novel cinta bernafas baru, aku cadangkan baca lah FIXI.

 

Aku dah baca semua diatas, semua adalah terbaik. Pengakuan jujur, cuma NGERI agak membosankan. Yang lain, 5 bintang out of 5.

 

Nota kaki : PECAH & ZOMBIJAYA akan menemui anda di pawagam nanti.

No comments:

Post a Comment