Monday, April 9, 2012

Amalina Che Bakri

 

 

lately heboh orang mengata pasal dia. lepas keluar nona semalam penuh newsfeed orang bagi bad comments toward her. im not Amalina’s fan cuma akiu rasa nak komen tentang manusia yang kutuk Amalina. Aku nak  nak ntanya, apa salah dia?

 

mengikut apa yang aku tau, ramai kata dia culture shock. sayang, otak pandai tapi akidah kemana. Hello cik kak, mana awak tau akidah dia dah songsang?

 

Ada yang komen pasal rambut dia. sejak dah free hair rambut berwarna gitu. banyak komen yang aku baca tak puas hati amalina warnakan rambut. ala, macam la student kat malaysia ni tak warnakan rambut. macam lah awak sendiri tak pernah warnakan rambut. kalau tak pun, mesti ade terniat eh lawa la kalau warnakan rambut. tentang isu tudung dia, setau aku pelajar sekolah JB memang wajib pakai tudung. so normal kot dia bertudung masa zaman sekolah.

 

pakaian amalina seksi katanya. amboi, dekat sini takde ke orang pakai macam tu. aku bukan nak menegakkan benang basah, tapi cuba kita perhatikan berapa ramai remaja yang gaya macam amalina. banyak kan? kenapa nak kecam dia sorang.. sebab dia famous kan, kau tak dapat famous dan pandai macam dia sebab tu kena buruk-buruk kan dia. baru puas hati.

 

pergi lah mana2 universiti dalam malaysia ni, ramai je student dia culture shock. tak yah jejaoh, student kat shah alam tu. padahal baru dapat study dekat shah alam je kot. terus tiba-tiba addict nak pergi disco. minum arak macam minum air masak. semua tu happen even here. tak yah lah nak cakap bukan2 pasal orang tu.

 

nak kata pasal bahasa lidah dia dah tergeliat cakap melayu. aku rasa bukan dia seorang kot ade problem macam tu. cuba kau duduk kelantan lama. sebulan je dah cukup buat lidah ko cakap kelantan sebab semua orang cakap bahasa tu. same goes to amalina. bertahun dok sana, mestilah hari hari bercampur dengan orang sana lidah pun terikut sekali. bukan dia sorang kot, kawan dia yang dari korea ke mana tah tu, kemain pekat slang omputih dia.

 

please la k, open your mind. jangan jadi jumud sangat. asal orang famous ko mesti nak kutuk. ada je point ko nak kata. tak kan lah dia nak tunjuk hari hari dia beribadah. eh, korang yang mengata ni dah cukup perfect ke ibadah korang..masa umur2 macam dia, korang pun ada perasaan kan nak pakai macam dia. yang korang jaki sangat pasal dia kenapa eh?

 

cuba korang fikir, at least, she has brain. dah nak publish buku dah pun. degree pun ada 2 @ 3. best student dalam universiti dia. kalah kan mat saleh kat sana. kau ado?? dok mengata orang je..kau dah cukup bagus ke??

No comments:

Post a Comment