Tuesday, November 19, 2013

Bed Time Story

Untuk parents zaman sekarang ni macam must do thing before tidur rasa nya kot. Konon nya penting untuk bonding & bagus untuk mind baby. Ye lah kan cerita cerita yang diceritakan kan have good moral. Kekecik dulu tak ingat lak mak ayah ada buat ke tak. Tapi macam tak je.. Hehehhe..

Walaubagaimana pun, aku tetap nak cuba buat dekat Hannah akan tetapi this method sangat tak sesuai dengan Hannah. Since dia memang tak suka tidur. Even kalau dia dah ngantuk pun jarang sangat tunjuk muka ngantuk. Menguap pun jarang. Yang boleh detect dia ngantuk bila dia jadi super hyper lasak and mata dia dah makin sepet. Ngantuk lah tu makna nya. Akan tetapi dia boleh tahan up to 2-3 hours tahan mata.

Since dia ada kelebihan tahan ngantuk yang super, bila buat bed time story untuk dia alamat nya makin segar mata dia. Bukak lampu lepas tu dengar suara makpak lagi lah bulat mata dia.

Bila time siang nak bacakan buku macam harapan tinggal harapan je nampak nya since dia memang tak boleh nak duduk diam. Paling lama dia akan duduk setempat dalam 3 minit kot. Setiap minit dia akan bergerak.

Buku-buku dia, dia suka bukak sorang2 sambil cakap bahasa alien (ye, Hannah still can talk lagi eventho dah nak masuk 2 tahun). Sempat lah bukak n tunjuk the content then sekejapan dia dah bangun and sambung projek bergerak nya.

Kadang2 teringin / jeles kot bila some parents tidurkan anak melalui cara macam ni.. Means senang lah kot nak tidur kan.. lepas baca kan cerita, anak pun kroih kroih kat sebelah. Tak payah lah nak bersusah payah tidur kan anak.. kannnn….

Wednesday, November 13, 2013

Pengaruh Ipad

Assalamualaikum..

chintakami

Hari ni aku nak cerita pasal pengaruh Ipad. Budak zaman sekarang ni rata-rata kecik lagi daha da gadget masing-masing. Tak kisah lah ipad ke, tablet ke.. Yang penting masing-masing umur setahun dua dah ada okeh.

Bagi aku, ada baik nya gadget ni. Ada jugak budak belajar dari ipad/tablet. Kenal ABC sebab main apps dalam gadget mereka.

Tapi aku rasa kesan buruk dia pun banyak jugak. Aku ada satu contoh. My friend punya story. Since both parents kerja, so memasing agak kekurangan tenaga nak melayan anak main. Maka Ipad menjadi penyelamat. Bagi je Ipad anak pun diam main sorang2. Masalah timbul bila mak nya hantar masuk tadika at the age of  4. First complaint dari cikgu, anak dia tak boleh nak nak fokus dalam kelas. 2) Anak dia pasive . 3) The worst part, anak dia tak boleh nak melompat, jari yang function hanya jari telunjuk dan mata sedikit juling.

To make it short, setelah diinvestigate by doctor, ini berpunca dari Ipad. Since then the parents simpan Ipad and anak dia dipaksa joint physical activity. Ipad/gadget diharamkan sama sekali. Baru lah anak dia slowly jadi normal kids.

Itu kesan terhadap diri sendiri, dalam hubungan social pun turut terjejas. Habis tu, bila berkumpul masing-masing mengadap gadget. Bila kala pulak nak berborak dan bermain sesama kan. Solutions, bila berkumpol aku buat rules semua gadget kena simpan. Kalau tak,memang semua akan jadi anti social. And for Hannah, bila keluar memang kami tak bawak ipad.

Few month back, Hannah pun hampir-hampir jadi gila ipad. Since kat rumah ni memang tak ramai orang so Hannah cepat bosan. Jadi kadar kebergantungan dia kepada Ipad adalah tinggi. Celik mata cari ipad. Tapi situasi bertukar bila balik kampung. Dia tak heran pun ipad. Dok main lari lari keluar masuk rumah.

Berbalik kepada kerbergantungan ipad, dia hilang minat kat Ipad bulan lepas sejak aku tambah toys dia. Since dia suka masak2, so aku pelbagai kan toys masak2 dan apa2 toys yang dia nak. Beli toys tak semestinya mahal. Macam Hannah, aku beli kan je yang RM10 sepeket. Cukup lah tu kan. Janji banyak. Budak bukan tau jenama/tak jenama/ mahal/ murah. Yang penting dia boleh main. SInce then, dia banyak main dengan toys compare to ipad.

Eh melalut dah.Ok, lah as the conclution, gadget ni ada baik dan buruk. Ada jugak parents guna nak soothing anak bagi dok diam jap kalau makan kat kedai. Macam tu takpe lah. Tak salah ada gadget tapi jangan bergantung sangat. Guna with limit.

Tuesday, November 12, 2013

Ayam Masak 3 Rasa & Cendawan Goreng

chintakami

Resepi paling simple. Hiasan je melebih ala2 kat kedai. Baru fefeeling lebih sikit kan..

Zaman internet di hujung jari ni maka nya nak masak bukak je tenet. Tak yah sesusah membazir bil tepon mak or sesape. Beli buku masakan pun membazir je.

Resepi Ayam 3 Rasa;

Bahan2;

Ayam dipotong kecil

Bawang, bawang putih & halia

Tomato & nenas

cili yang dah blend

sos tiram & sos cili

Cara penyedian

Ayam dipotong kecil dan digaul dengan tepung jagung kemudian di goreng rangup

Bawang, bawang putih & halia dihiris

Tomato & nenas dipotong dadu

Tumis bahan hirisan samai naik wangi..

Masukkan cili yang dah blend, tumis sampai garing (nak pedas letak lebih)

Masukkan sos tiram & sos cili. Perasakan garam & ajinomoto

Semua dah sebati masuk kan nenas, tomato dan ayam. Tutup api.

Simple sangat kan penyediannya.

Untuk cendawan goreng lagi senang.

Salut kan cendawan dengan telur. Kemudian salutkan dengan tepung goreng ayam. Kemudian goreng. Taddaaaa……… Menu simple tapi menarik dah siap.

Monday, November 11, 2013

Keseronokan di Kampung

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran di bumi Kuala Lumpur nan boring.

Malam semalam dah sampai KL semula and as always jam before Seremban. Kali ni sebab ada accident tapi tak nampak pulak keterukan disitu. Sekarang ni kalau balik KL on Sunday memang jam je keje. Perjalanan dari 2jam selalu boleh cecah sampai 3jam. Cramp bontot dok lelama dalam kereta.

Balik kampung as always, sentiasa full dengan aktiviti makan. Kebetulan tengah musim durian.. so memang durian galore lah kami. Breakfast, lunch, dinner, supper & hi tea sentiasa lah makan durian. Tambahan menu ayah masak yang memang tak boleh nak tolak. So dari pagi sampai tidur memang makan je keje.

chintakami

Ni lah masalah bila duduk kampung.. Ayah memang kerja dia asek masak dan paksa orang makan. Masakan ayah kot, masak sambal ikan bilis pun sedap menjilat jari. Tapi as ussual, menu wajib setiap hari adalah asam pedas. Tapi dah nama pun orang melaka, hari hari makan pun x jemu.

Walaupun dah 3 tahun duduk KL, setiap kali nak balek KL perasaan nya adalah seperti kucing kehilangan anak. Tak tentu arah tak tenteram dan tak happy langsung. Maka setiap kali nak balik mesti ada drama untuk Asri sebab ai is emo tak nak balik KL. Macam budak2 tapi hati dan perasaan memang tak boleh dibendung kan…

OK lah… how your weekend guys..Hari ni hari super bizi sebab nak melayan kain yang bergunung..

Kulkat Bario

Ini cerita dah lama. Pergi bulan 9 aritu sebab nak celebrate birthday aku. Ni semua salah Nabila Huda yang selalu dok promo tunjuk gambar foodies kat situ. Nampak memang tempting gila.

chintakamichintakami

Kebetulan kitorang pergi malam weekend penuh nya hazab. Selalu nya kalau nak datang kena booking dulu or else naseb baik dan penuh kesabaran dapat lah seat. Macam kes aku kena tunggu nak dekat setengah jam jugak lah. Naseb baik sebab memang teringin sangat so tabah kan hati lah menunggu.

Apa yang aku boleh simpulkan makanan dia ok lah, boleh tahan cuma selection of food tu x berapa banyak kot. Ada pasta,burger & pizza. Since x banyak choice and our 1st time so kitorang just try signature dish dorang. Piza & Sloppy Burger. Memang puas hati both food tu. Untuk Burger memang terbaik, patty dia tebal and memang kenyang gila makan. Pizza pon sedap cuma bagi aku sos cam kurang sikit.

chintakami

Price range food dari RM16-RM30++.  Air standard air cafe, around RM10 harga nya. Beside main dish, dorang pon ada kek. Tapi kek dorang so-so je kot. Harga RM10.

Dari segi layanan, ok friendly tapi agak kelam kabut maybe sebab ramai orang kot. Keadaan kedai agak sempit kalau nak compare dengan kadar pelanggan dorang..

So kalau sesiapa rasa nak try, better call dulu before datang to book your table. Kalau tak jenuh nak menunggu expecially weekend. Location dia, kedai nya dekat belah belakang jalan.. Dekat dengan Tadika Smart Reader if im not mistaken.

Ni details dorang;

Address Kulcats : 35, Lorong Rahim Kajai 13, 60000, TTDI

Operation Hour : 12pm-11pm (closed Tuesday)

Phone No : 03-77333420

Friday, November 8, 2013

Sogo Warehouse Clearance Sale 7-10 Nov

Haiii..

chintakami

Hari ni mood adalah sangat ceria. Di samping nak balik kampung, semalam telah berjaya memergikan diri ke Sogo Warehouse Sale. Maka mood jadi sangat relax sebab berjaya membeli. Dasar perempuan kan, asal dapat shopping mood terus jadi ok.

okeh, nak cerita pasal sale. Untuk yang ada anak kecik, umur below setahun.. anak kanak2 dan juga yang suka kasut. Semua nya boleh membuat kan anda jadi gila. Baju baby 2 year kebawah harga sangat menarik. RM10 dah boleh dapat sepasang baju. Memang berbaloi pergi. Akan tetapi, kena pandai2 cari sebab nya, banyak jugak yang harga lebih kurang time tak sale. Saje je mereka ni mengelirukan kita.

Contoh nya, baju tidur Anakku, walaupun tulis price range RM7-RM25.. Tetapi baju tidur banyak yang berharga RM22. Dimana, harga tersebut tak yag pergi warehouse pun boleh dapat kat Jusco.

Bagi aku, kalau dah nama nya pergi warehouse sale mesti lah nak harga yang murah dari biasa. So aku target baju below RM20 je boleh amik.. Yang atas RM20 x sale pun boleh dapat. Maka bebaju Hannah yang ku ambil paling mahal RM18. Baru puas hati macam ni.

Ni aku senarai kan list harga yang aku rasa berbaloi;

Pyjamas Peter rabbit : RM10/pair. Akan tetapi sampai saiz nya paling besar 18 bulan kot.

Baju jenama Mickey. Range harga RM8-RM30 kot. Kena pandai cari. Tapi untuk umur bawah 2 tahun banyak sepasang around RM10-15.

Diapers Drypantz Jumbo pack RM31. Seriously memang murah. Tesco & Aeon Big paling murah RM39.90.

Baby Kiko : RM14/pair. Memang berbaloi sangat especially yang ada baby girl. Paling besar saiz XL untuk 3 tahun tapi size XL tinggal sikit je.

Ok ni je review untuk kali ni. Oh lagi satu, kalau nak aman bahagia adalah lebih baik pergi jangan bawak anak. Kang shopping kemana, anak kemana. Orang macam biasa, pack!!

Balik Kampung

Assalamualaikum..

Hari ni nak balik kampung. So dari semalam dah sibuk mengemas dan mengepack baju. Punya lah exited kemas rumah dari bilik belakang bawak ke hall. Jadi superwoman dalam rumah ni so dari A-Z memang mak hincik je yang kemas. Nak cari boxer pun tak tahu kat mana.

Korang pernah rasa tak bila nak balik kampung aura semangat jadi lain macam. Walaupun baru minggu lepas balik kampung and kampung tu tak lah jauh mana pun.. Tapi sebab nak balik jumpa mak ayah dia punya exited lain macam. Semua benda jari rajin sesangat.

Let say minggu ni nak da plan nak balik so dari awal minggu dah rasa tak sabar. Buat apa semua fikir kampung je. Tah lah, maybe aku hover tapi sebab aku memang dari dulu homesick kronik kot. Bawak sampai dah kawin pun tetap lah homesick. Naseb baik Asri pun suka balik kampung aku. So rasa best tu makin bertambah lah. Tapi berani dia tak suka balik kampung aku.. Hahahaha..

Tapi kan, bukan aku sorang je homesick.. Hannah lagi teruk. Kalau dia tau esok dia nak balik kampung, malam sebelum tu memang payah sangat nak tidur. Exited melampau. Bila dah sampai kampung, dia boleh jerit exited nya “rumah, rumah” . Apa, selama ni kat KL bukan rumah kamu ke nak????

Tapi yang leceh nya bila nak balik kampung ni, banyak nye barang nak bawak turun. Al-maklum lah, aku kan duduk rumah kayangan. Tingkat 4 takde lift. Memang seksa jiwa raga kalau time nak bawak/naik turun barang. Sebab malas nak ulang alik, kitorang sanggup jadi lori. Jadi lori means angkut sekali arung one shot. Berat memang tak yah cakap lah. Barang Hannah dah satu beg. walaupun balik weekend 2 hari je, bonet tetap full. Mak cakap, “baru anak sorang kereta dah macam ni.. Anak 5 camne lah nanti..” Tapi seriously memang penuh kereta. Aku pun tak tau kenapa boleh jadi camtu..

Ok lah.. nak sambung kemas rumah. Petang ni Asri sampai terus caucincau..

Wednesday, November 6, 2013

Memilih Insurance

Start bulan ni Asri dah tukar kerja baru. Dimana syarikat baru ini ada sedikit kedekut dalam mengoveri bab-bab kesihatan. Tak macam di bank rimau dulu.. Medical coverage adalah unlimited untuk anak beranak. Tetapi tidak dicover isteri yang selain isteri pertama.. anak2 bukan dari isteri pertama jugak tidak mendapat coverage.  So dengan itu kami hidup dalam keadaan sangat bersyukur sangat since tak yah fikir pasal medical cost. Monthly jab anak pon dicover ye.. Betapa pemurah nya bank rimau itu.

Syarikat baru ini hanya memberi unlimited medical cover kepada staff nya sahaja. Anak isteri staff diabaikan disitu. Ada cover tapi dengan cap yang sangat kedekut ku rasa. Katil hospital pun RM100/day. Kedekut kan.. Bila macam ni rindu plak syarikat lama. Akan tetapi tak kan nak patah balik sebab masalah ini. Mestilah tidak jawapan nya.

Maka terpaksa lah dipikirin kembali tentang insurance. Dimana kami tak pernah terfikir pun sebelum ni. Atas dasar menyukuri nikmat yang ada sebab tu lah malas nak fikir pasal insurance since everything cover. Now dah sampai masa nya kot.

Tak salah kalau x ada insurance. Masuk je lah hospital kerajaan. Tetapii… ramai yang tau servis dia macam mana kot.. since kami pun ada banyak sangat memori yang tak nak ingat dengan perkhidmatan ini maka nya sebab tu berusaha juga untuk mencari alternative lain. Bukan kutuk/ tak suka hospital gomen ni tapi semua nak yang terbaik kan.. Paling utama bila melibatkan anak.. Kita pun tak sanggup nak tunggu bila sakit.. Bila anak sakit mestilah lagi nak cepat dapat kan rawatan kan.. Sebab tu insurance menjadi pilihan.

Akan tetapi still dalam kerunsingan sebab tak tau apa yang bagus. Kalau googel, top insurance like Prudential ada gak bad story about them.. tapi ada gak yang bagus nya. 2nd option Great Eastern  and 3rd Etiqa. Untuk Great Instance info just dapat kat google itupun dari agent nya  dan sudah pastilah semua yang best saje. Etiqa dapat good review from our close friend.. Dia bukan agent tapi customer so quite reliable lah kan.

Antara kriteria yang aku nak, for me can use sampai umur tua 70-80 tahun nanti which offer by Great Eastern. And for Hannah medical & education sekali. Pening dah ni dok menggugel.

Saturday, November 2, 2013

Hannah & Durian

Durian adalah sejenis buah yang paling sedap (bagi aku). Oh, Asri pun sama gilakan durian. Kami boleh makan berbiji-biji. Panas belakang kira yang penting enjoying durian is heaven. Masa pregyHannah pun ku bantai makan durian jugak.

Kalau kat kampung lagi best sebab boleh makan durian yang fresh baru jatuh and its free. Lagi lah bertambah keenakan nya. Durian kampung pun sedap tau.. Tak yah nak Musang King sangat. Ni pun dah cukup King rasa dia.

Akan tetapi,puteri kecik ini boleh tak suka durian. Bukan setakat tak nak makan, bau & tengok pon tak nak. Sangat penggeli. Siap tak kasi babah dia makan durian. Beriya panggil Asri tak kasi makan sebab dia geli. Siap diuwek kan bau durian tu.

Macam-macam cara aku buat nak bagi Hannah makan durian even paksa suap kemulut dia.. dia boleh muntah kan balik. Seriously memang dia tak suka tahap menyampah kot durian ni. Hahaha..

Dulu aku selalu rasa orang taknak makan durian ni rugi. Now Hannah pun dah joint golongan tak suka durian. Rugi nak oi tak suka durian. Aku still mengharap kan Hannah akan suka durian satu hari nanti.

chintakami