Saturday, June 23, 2012

Hannah Adelia 7 Month

 chintakamichintakami

 

Rasa macam sekejap je masa berlalu. Eh, setiap kali Hannah beralih bulan, ni lah perasaan aku. Cepat je masa berlalu. Tiba2 dah 7 bulan.

 

Cuma yang merisaukan, Hannah mudah demam. Since umur dia 4 bulan, boleh kata selang 2 minggu mesti demam. Setiap kali dia demam tu lah aku tak boleh tidur.

 

Alhamdulliah, Hannah still fully breast feed lagi. Yelah, dah tak kerha tu bagi je lah susu percuma tu. Yet, susu paling terbaik pulak tu.

 

Cuma yang tak tahan lasak sangat2. Walaupun Hannah kuat tidur, tapi dia fully utilize masa jaga dia. Tak kan diam walau sekejap. Sentiasa bergerak, ada je projek dia.

 

Perangai manja makin menjadi2. Penjeles pun ye jugak. Pantang tengok aku duduk berdua dengan asri mesti ada orang menyelit. Dah dapat selit, dia yang peluk2 cium babah nya.

 

Bila dah ada anak sendiri, masa ni lah terfikir time mak ayah besar kan kita. Bukan senang okeh nak besar kan since baby. Besar kan bukan setakat besarkan tapi nak mendidik jadi manusia.

 

Risau kalau2 dia tersalah pilih jalan. Kena tipu. Sampai satu tahap Asri kata macam tak nak kasi Hannah bercinta, biar dia cari kan calon sebab tak nak anak dia diapa-apakan. Paranoid pun ada. Hahaha..

 

Banyak cabaran nak besarkan anak ni. Macam ni rasa nya masa mak dok jaga kita dulu. Haihh...........

No comments:

Post a Comment