Thursday, June 28, 2012

BIjak Membeli

 

 

Perkara paling senang nak berjimat, beli jumbo pack yang offer macam di bawah.

 

chintakami

 

Memang a bit pricey tapi untuk long term lagi murah benor nye. Sebab beli dalam kuantiti yang banyak, ada extra lagi.

 

Tapi kena berhati-hati jugak sebab aku dah banyak kali perasan. Di TESCO. Beli pack kecik lagi murah dari besar. Yang aku berjaya kantul kan sabun basuh TOP dan syampu Head & Shoulder.

 

Kalau mengikut harga per gram, Tops 2.5 kg lagi murah dari TOP 4 kg. Sama jugak dengan syampu.

 

Jadi kalau nak jimat, perhatikan betul2 harga per gram/liter/ apa2 jenis sukatan yang ada.

 

Memang beli besar lagi jimat tapi ada setengah tu besar tu lagi mahal pula.

Wednesday, June 27, 2012

Kawan

Antara orang yang paling rapat dengan kita selain family. Bagi aku sekali berkawan, sampai selama nya lah berkawan. Sayang aku pada kawan kadang-kadang melebihi macam saudara. Sebab kan sayang, bila kawan tu happy kita pun sama tempias happy nya. Tak dapat apa pun kalau nak dengki mengjeles ni. Infact sakit hati adalah. Better happy sesama kan.

Dalam 26 tahun ni, bagi aku kawan come and go. Macam-macam ragam dah aku jumpa. Ada yang seiring jalan, sehidup semati, tikam menikam. Macam-macam dah. Tapi life must go on. So hari-hari kita buat kawan baru. Yang mana stay, yang tu lah kawan sejati.

Orang kata kawan ketawa tu ramai. Aah, memang ramai. Tapi kawan menangis susah nak cari. Kawan yang buat aku menangis pun ada. So for that reason, aku tak punya ramai kawan. Kawan seiring sejalan je lah bak kata mak.

As I said before, kawan yang stay tu lah kawan. Makna nya kawan yang ada time susah senang. Kawan yang tak kan simply percaya apa orang cakap. Kawan yang akan terus bersama tak kisah lah apa yang berlaku. Tapi tu dah bukan kawan. Tu sahabat. Yang sayang nya melebihi saudara.

Bukan tak ada kawan tikam belakang. Kawan suka jaja cerita pasal kita. Kawan yang menempel masa dia susah, dah senang bye-bye. Banyak dah jenis kawan aku jumpa. Kadang-kadang dalam baik, belakang kita berlori kena dengan dia. Aku tak simpan dendam, in fact aku bersyukur. Sebab nya, benda-benda ni menambahkan lagi new chapter in my life. Biarlah orang nak mengata, yang mengata tu makna nya bukan kawan lah sebab tak kenal kawan sendiri sampai sanggup nak mengata kan.

Even dah berkeluarga, sahabat tu tetap penting. So semua sahabat-sahabat aku memang stok masuk dalam family terus. So mana-mana sahabat aku dah faham dah. Aku akan bawak famli aku time berjumpa takpun mereka lepak kat rumah aku.

Kepada kawan2 aka sahabat aku, terima kasih sebab masih bersama aku. Ada yang dah bersama dari zaman hingus, ada yang kenal masa dah kerja. Tapi korang semua tetap ada dalam hati aku. Aku harap sangat, persahabatan kita terpelihara dari anasir jahat. Biarlah orang nak mengata, mengadu domba. Sebagai sahabat, kita kenal hati budi masing-masing.
Zaynorsuhada
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, June 25, 2012

View Dari Level 43

chintakami

Jerebu Kl memang teruk sangat sekarang ni. Masa aku snap gambar ni dah pukul 11 kot tapi still kabur.

 

Tapi dalam kekaburan, boleh sekodeng orang mandi kat hotel ke kondo area Park Royal tu. Serius awesome campur gayat nak mandi kat pool dia.

Sunday, June 24, 2012

Life as FULLTIME Housewife

Genap 7 bulan aku menganggur.  sekarang. Actually bukan menganggur sangat sebab aku masih bekerja, bekerja yang gaji nya di akhirat..Cewaaahh..

 

Siapa kata duduk rumah itu membosan kan. Well, bosan sebab tak ada teman bercakap je kot. tu tak jadi masalah besar rasanya.

 

Bagi aku, seronok sangat life sekarang ni. bangun pagi, siap kan asri pergi ekrja. Bekal lunch dia, buat kan air then dia dah pergi kerja bermula lah rutin aku. Sama ada nak sambung tidur atau pun kemas ataupun surfing. Kekdah nya aky boleh buat apa yang aku suka.

 

Hannah bangun, bagi dia makan, mandi kan. Main2 kejap dia tidur. SO rutin aku berulang2 sampai asri balek.

 

Nampak amcam bosan tapi aku rasa puas sangat sebab aku sendiri yang jaga Hannah. BOleh masak kan untuk asri. Sejak kawin, memasak menjadi kegilaan aku. Tengohlah badan asri maju macam mana. Hehe.

 

Bila dah seronok sangat, mood nak kerja pun macam ke laut. Ada few offer aku reject sebab jauh. How I wish dapat kerja depan rumah je. Mimpilah che nor ooi..haha..

 

Those yang kata bosan tak kerja cuba dalami dan selami tugas Housewife seronok tau. Tapi ini adalah pendapat untuk orang yang tak berapa suka keluar rumah. Aku memang suka lepak rumah je.

 

Duduk rumah jaga anak, layan suami adalah seronok. Cuma tak seronok fulus tak berapa nak masyuk lah.

Saturday, June 23, 2012

Wishlist

Dah masuk setengah tahun baru nak buat wishlist. Hehe..

 

Ni semua barang2 idaman aku yang tah tahun bila akan dapat. Sebab tu tak letak tahun.

 

Since dah jadi mak orang ni, cooking utensil adalah idaman nombor satu. Aku nak sangat semua menatang kat bawah ni. Set periuk yang lengkap, corningware dan set pinggan mangkuk corelle.

 

5 biji set periuk stainless steel eherbs spring blue

oven kitchenaid

 

Oven dan mixer juga tak dilupakan sebab aku rasa mereka ni antara kitchen aid yang penting. Yelah, kadang2 nak jugak membakar-bakar kan. Bosan lah asik menggoreng dan merebus. Nak buat kek ke, biskut ke.

 

Itu untuk peralatan dapur ku.

 

Untuk diri sendiri, yang paling aku dok termimpi-mimpi sekarang adalah ;

 

images

 

Bukan lah sebijik jenama dalam gambar ni. gambar ni contoh je. Aku nak sangat ade wristlet walaupun pada hakikat nya aku tau mesti tak berapa guna sebab aku bukan nya keluar sangat pun. Bila keluar dok usung bag pack. Tapi naluri perempuan aku yang meronta-ronta mahu kan benda ni. Alasan kena ada.. Hahaha..

 

Last but not least, inilah harapan aku. Impian aku, benda yang paling aku doa nak sangat.

 

images (1)

 

I want my own house. A very own house that we can called it HOME. Besar kecil belakang kira. Yang penting aku nak ada rumah sendiri bersama keluar kecil ku ini. Kalau boleh landed area lah. Kesian pulak Hannah nanti susah nak main basikal. eh, jauhh pulak berangan.

 

DISCLAMER: SEMUA GAMBAR ADALAH DARI GOOGLE. MAAF KEPADA YANG EMPUNYA GAMBAR

Hannah Adelia 7 Month

 chintakamichintakami

 

Rasa macam sekejap je masa berlalu. Eh, setiap kali Hannah beralih bulan, ni lah perasaan aku. Cepat je masa berlalu. Tiba2 dah 7 bulan.

 

Cuma yang merisaukan, Hannah mudah demam. Since umur dia 4 bulan, boleh kata selang 2 minggu mesti demam. Setiap kali dia demam tu lah aku tak boleh tidur.

 

Alhamdulliah, Hannah still fully breast feed lagi. Yelah, dah tak kerha tu bagi je lah susu percuma tu. Yet, susu paling terbaik pulak tu.

 

Cuma yang tak tahan lasak sangat2. Walaupun Hannah kuat tidur, tapi dia fully utilize masa jaga dia. Tak kan diam walau sekejap. Sentiasa bergerak, ada je projek dia.

 

Perangai manja makin menjadi2. Penjeles pun ye jugak. Pantang tengok aku duduk berdua dengan asri mesti ada orang menyelit. Dah dapat selit, dia yang peluk2 cium babah nya.

 

Bila dah ada anak sendiri, masa ni lah terfikir time mak ayah besar kan kita. Bukan senang okeh nak besar kan since baby. Besar kan bukan setakat besarkan tapi nak mendidik jadi manusia.

 

Risau kalau2 dia tersalah pilih jalan. Kena tipu. Sampai satu tahap Asri kata macam tak nak kasi Hannah bercinta, biar dia cari kan calon sebab tak nak anak dia diapa-apakan. Paranoid pun ada. Hahaha..

 

Banyak cabaran nak besarkan anak ni. Macam ni rasa nya masa mak dok jaga kita dulu. Haihh...........

Friday, June 22, 2012

Tasik Bera

 

chintakami

 

Antara tempat yang sempat singgah. Berjalan di Pahang bagi aku tak berapa menarik. Jalan nya panjaaaang sangat. Along the way sangat bosan. Dari satu daerah ke sat daerah sangatlah lama. Yelah, negeri paling besar kan.

 

Singgah disini sekejap sebab budak2 konon nak tengok apa ada. Tapi sebenar nya tak ada apa2. hanyalah sebuah tasik. Nak amek gambar pun tak ada mood.

 

Maybe untuk kaki pancing sesuai lah kot. Jalan nak masuk ke dalam pun dah cukup horror. Me dont like.

Makan-Makan di Kuantan

 

Cerita dah lama. Since Kuantan terletak di tepi laut, so bila pergi Kuantan mesti cari makanan yang seafood based.

 

Malam pertama, ikan bakar. Tak ingat nama tempat nya tapi sekitar situ memang banyak kedai ikan bakar. Full house saja semua nya.

 

chintakami

 

chintakami

 

Ikan Bakar kuantan tak sama ye dengan ikan bakar Melaka. Perbezaan ketara, tak ada nasi lemak dan sambal kicap. Ikan bakar nya lebih kepada seafood yang dimasak pelbagai jenis seperti masak halia, masak petai dan menu2 standard yang lain.

 

Keesokan minum petang di Beserah. Rasa nya pukul 1 baru start bukak kot kedai ni.

 

chintakami

 

Aku tak tau apa nama nya bulat2 ni tapi rasa dia macam pulu panggang tapi version goreng. Dalam tu inti serunding ikan.

 

chintakami

 

Yang bawah ni bebola ketam.

 

chintakami

 

 

chintakami

 

Menu2 yang ada otak2, keropok lekor, akok, pulut panggang, udang goreng, laksam dan satar. Kesemua adala marvelous.

 

chintakami

 

Udang tu aku rasa paling terbaik dan murah. Sebatang ada 6 ekor, harga rm3 je. udang sangat fresh, manis je terasa.

 

 

chintakami

 

Yang ni pun nak makan jugak. Dia lah paling comot antara semua.

Thursday, June 14, 2012

Hannah First Bubur - Bubur Salmon

Genap Hannah 6 bulan aku dah mula bagi Hannah solid food. Orang kata da makan nanti kurang sikit Hannah menyusu. Nan ado. Susu tetap susu. Dah makan pun tetap cari susu jugak.

 

First two weeks aku bagi Hannah fruit puree. Memula bagi labu kemudian lepas  hari puree pisang pulak.

 

Sekarang aku dah start bagi hannah bubur nasi. Kenyang sikit dia makan nasi kan.

 

Senang je nak buat bubur nasi ni. Kalau nak bubur cepat masak, blend dulu beras bagi hancur macam tepung. Tak pun rendam beras semalaman sebelum masak.

 

Bahan-bahan bubur yang aku guna;

 

  • Susu - Boleh guna fresh milk @ susu ibu
  • Beras - Aku dah blend siap2 kasi hancor
  • Salmon - Dari apa yang aku baca, untuk baby ade certain ikan je sesuai antara nya salmon, ikan merah dan dory.
  • Sayur - Aku guna carrot. Ada banyak pilihan sayur yang bagus antara nya bayam, labu, betik dan brokoli.

 chintakami

 

MAsuk kan semua bahan2 dan tunggu hingga masak. Aku guna non-stick pan sebab nya nak elak dari kerak2 bubur.

 

chintakami

 

Bubur yang dah siap dimsak, di blender halus pula. Hannah belum boleh makan makanan kasar. Ini stok 4 hari.

Baby Seat

Aku nak suggest kepada ibu ibu bapak bapak, beli lah BUMBO Seat. Ade jugak jenama lain, ANBEBE. Murah sikit tapi getahnya tak selembut Bumbo.

 

Ada banyak sebab yang aku berkenan sangat dengan Bumbo Seat. Aku pernah cerita betapa berguna nya benda ni pada aku.

 

Antara bouncer vs bumbo seat, aku prefer bumbo. Sebab nya aku tengok Hannah sampai umur 2 bulan je nak duduk dalam tu plus activiti dalam bouncer adalah limited. Memang bumbo pun duduk sahaja tapi dalam bumbo baby bole tengok view sekeliling. Tak adalah dia busan sangat.

 

Hannah duduk kat bouncer setakat nak separa baring sambil layan perasaan. Tu pun kejap je dalam 15 minit. Lepas tu mintak pegang.

 

Bila baby dah 6 bulan, masa nak bagi makan letak dalam bumbo adalah posisi yang sesuai. Sebab nya masa nak bagi makan baby kena dalam keadaan duduk untuk elakkan baby tercekik. Baby yang belum duduk stabil masuk dalam bumbo memang boleh duudk sebab system support nya bagus itu.

 

Untuk baby yang belum boleh duduk betul, makan luar adalah one tiring session sebab kena pegang baby. Nak letak dalam baby chair tak muat lagi.. Kang jatuh pulak baby. Solution bawak je bumbo, selamber letak atas meja. Parents nak makan puntak ada hal.

 

Pergi shopping kat tesco, malas bawak stroler. Letak je bumbo dalam troley.

 

Banyak situasi boleh guna bumbo ni. Bagi aku, tak pe kot spend lebeih sikit untuk baby asal kan manfaat kan kegunaannya dan bagus untuk baby.

 

Bumbo boleh diguna kan seawal umur 3 bulan. Lagi cepat ajar lagi bagus.

 

chintakami

 

chintakami 

 

 

chintakami

 

 

chintakami

Wednesday, June 13, 2012

Baju Untuk Plus Size

Ini adalah berita gembira unutk yang plus size.

 

Mostly baju yang ada dipasaran, yang pesen2 up tp date semua lah kecik lah benor kan. Tulis je free size tapi kekdah yang body ala2 model je boleh masuk.

 

Ada jugak yang size untuk plus size, tapi harga mak datok.. Ai tak mampu yu olls.. Sehela blouse harga ratus2 gitu. Fesyen pun mostly macam mak2 punya selera.

 

Tapi sekarang ada berita gembira untuk plus size. FluffyLush memperkenalkan pakaian untuk plus size. Bukan saja up to date, tapi affordable gitu. Mampu milik lah kekdah nya.

 chintakami

 

Apa, ingat orang plus size ni tak boleh bergaya ke.. Sesiapa yang berkenan, boleh lah usya2 blog FluffyLush.

 

chintakami

chintakami

 

chintakami

 

Kepada yang berkenan, jangan

malu2 klik je kat sini

 http://fluffylush.blogspot.com/

Monday, June 4, 2012

Baju Pengantin Perempuan

 

Kita selalu impikan wedding yang ala2 fairy tale kan. Even simple tapi mesti nak pakai baju cantik2. Yelah, hari bahagia kan. Sekali seumur hidup. Baju pengantin lah yang paling penting.

 

Kalau pergi wedding mesti nak tengok pengantin.

 

Baik budak kecik sampai lah ke makcik2.

 

Yang budak perempuan nanti mesti tersenyum2 nampak pengantin.

 

Makcik2 pulak dok soksek tengok pengantin pakai baju apa, make-up macam mana.

 

So, bagi aku baju pengantin sangatlah penting. Boleh rosak majlis kalau baju tak lawa. Gelebeh ke, ketat ke. MEsti mood pengantin dah lari kan. Nama pun sekali dalam seumur hidup, sampai ke anak cucu dok tengok baju kahwin ni.

 

Mesti tak best kan kalao baju pengantin  tak lawa. nanti2 masa belek album kahwin sedih je rasa.

 

Masa aku kahwin, aku sanggup tempah baju sanding sebab nya aku tak jumpa baju mak andam yang aku nak. Susah nak jumpa dress macam aku pakai ni plus sesuai dengan size aku.

 

Kebanyakkan butik pengantin offer gown pengantin yang kembang2 tu. Me dont like.

 

Sampai sekarang kalau tengok je baju kahwin aku mesti senyum sorang2. Puas hati okeh baju kahwin aku ni.

 

chintakami

 

Masa kahwin aku still free hair, so now terpaksa hitam kan tang kepala. Ni lah dress kahwin aku. Specially design untuk body aku. Best sangat aku rasa sebab Nina design buat aku tak nampak gemuk.

 

Baju ni kain plain je. tapi Nina dah ubah jadi macam baju princess. Dada dia patch kan lace then tabur kristal swarovski satu badan. 

 

 

chintakami

 

Kain aku request nak ada ekor.. Saje feeling princess. Nama pun Raja Sehari kan. :). Kain pun special sebab Nina patch kan dengan lace sampai ke ekor.

 

chintakami

 

Nina ni designer baju kahwin aku. Dia ni memang expert bab2 baju kahwin tak kisah lah moder or traditional. Since dia pernah kerja dengan butik pengantin cina, so korang tau je lah macam mana hasil kerja dia. Aku memang sangat puas hati.

 

Layanan pun memang terbaik sebab Nina ni peramah. Senang nak deal dengan dia.

 

chintakami 

Ini antara hasil kerja tangan Nina. Dari majlis glamor i.e anak Dian P. Ramlee, sampai ke majlis sempoi ku. (aku kahwin buat kat kampung je). Nina manage to design baju ikut keadaan dan selera pengantin.

 

Untuk yang bertudung dont worry k. Sebab Nina pun ada design untuk pengantin bertudung.

 

chintakami  chintakami

 

If korang berminat nak tengok lebih lanjut ataupun nak berhubungan dengan Nina,  boleh pergi ke blog dia http://www.beauglam.blogspot.com/.

 

Aku cerita bukan sebab aku dapat share tau, aku cerita sebab aku ouas hati ambil dengan dia. Benda baek kan bagus untuk dikongsi bersama. Chekidaout..............

Sunday, June 3, 2012

Shopping Sabtu di Parkson

 

Aku sukalah dengan paper bag Parkson.

 

Kan sekarang shopping sabtu tak dapat plastic bag, so dia ganti dengan ni.

 

Comel kan??

 

Tak macam setengah kedai kalau nak plastik kena bayar. Gila nak untung lipat kali ganda la tu kan.

 

Lain kali kalau nak beli barang kat Parkson kena pergi hari Sabtu so dapat paper bag ni instead plactic bag dia yang kaler hijau tu. Ni lagi lawa kot. Plus, mesra environment.

 

chintakami 

Invasi dari FIXI

 

chintakami

 

Novel berkisar bumi diserang makhluk asing. Aku malas nak cerita lebih2 nanti anti-klimaks pulak.

 

Tapi those yang mencari bahan bacaan ringan yang segar, novel ni sesuai. Ayat yang ringkas. Cerita menarik. Iqra’.

Saturday, June 2, 2012

Untuk Orang Sakit Tekak

Lastweek kan kitorang satu famli dilanda demam, sakit tekak, batuk dan selsema. Berulang2 pulak tu.

 

AKu dah baik, asri kena. Kemudian Hannah pulak kena. Dugaan sungguh.

 

Untuk sakit tekak aku suggest makan ice-cream ni tapi yang plain vanila je. Jangan mengada nak amek choco top ke, apa bagai top.

 

Macam aku elok je lepas makan rasa okie sikit.

 

 

chintakami

Friday, June 1, 2012

Hannah 1st Solid Food

First solid food yang aku buat kan Hannah adalah puree labu. Aku beli yang dah siap potong. Kang beli sebiji buat busuk je sebab aku tak pernah masak labu sebelum ni.

 

Dekat Tesco ada jual yang dah siap potong macam ni.

 

chintakami

 

Memula aku potong dadu dan stim kan labu2 ni. Kemudian aku blend campur dengan susu aku. Kira macam susu ibu berperisa labu la lebih kurang.

 

chintakami

 

Untuk potongan ang macam ni, aku dapat buat 10 bekas puree. Dah siap blend, masuk kan dalam baby letak dalam baby cube kemudian beku kan.

 

Untuk permulaan, minggu pertama aku bagi satu hari sekali. So setiap hari, before tidur aku turun kan satu bekas ke bahagian bawah. Esok nya just panas kan dalam microwave.

 

Since Hannah baru belajar makan, puree dia adalah sangat cair. Cair tahap angkat sudu puree boleh meleleh turun.

 

chintakami 

Hannah sangat exited dapat makan.

BBQ Island

 chintakami

Food booth

 

chintakami

 

 

chintakami

 

 

chintakami 

 

Komen aku;

 

1) Harga okie lah agak murah dari tempat lain.

 

2) Yang best siap boleh bbq. Tapi rasa nya meja dia macam tak berapa sesuai untuk BBQ bagai. *untuk orang yang pendek macam aku kot sebab serius tak sampai. Aku kena double kan kerusi baru boleh menikmati makanan. Maybe sesuai guna meja segi empat sama kot.*

 

3) Ambience cantik. Damai je rasa. Dia buat kawasan open air. Makan kat laman rumah. Feeling cam dekat rumah pun boleh.

 

4) Food spread tak berapa banyak. Ada dalam 20 kot makanan untuk steambot yang makan cucuk2 tu. Unt BBQ ada 2 perisa ayam, 2 perisa daging, sotong dan udang.

 

5) Aiskrim kena mintak kat dapur then staff mereka akan bagi semangkuk aiskrim 2 flavor. Mangkok tu kecik je. So sape gila aiskrim kena mintak banyak kali. Aiskrim plain xade hiasan kekacang apa bagai.

 

6) Staff ramah memang tiptop.

 

Segala details boleh klik disini.