Sunday, May 27, 2012

Online Shopping

Seriusly aku addicted dengan online shopping. Rasa macam seronok sangat. Yelah, tak payah keluar rumah dapat beli macam2. Hari ni beli, esok barang dah dapat. Lepas tu macam senang nak buat perbandingan harga.

 

Google je nama barang then boleh compare kan 2-3 kedai sekali arung. Nak shopping pun boleh rileks. Bogel pun boleh shopping la senang cerita. Haha.

 

Aku rasa macam tak sangka boleh terjebak dengan online shopping ni sebab dulu aku sangat la tak suka. Satu tak percaya sebab banyak je kan kes tipu. Lagi satu aku rasa harga barang tu kadang2 lagi mahal dari kedai luar.

 

But now sejak dah jumpa kedai yang reliable dan murah, buat aku rasa gian je nak membeli belah online ni. Cuma maybe postage fee buat harga barang tu nampak macam mahal tapi bila fikir bali, postage fee tu macam duit minyak nak kedai lah kan.

 

chintakami

 

Cuma yang tak best, kadang2 boleh gak tersalah beli. Barang yang sampai tak amcam apa yang dibayangkan.

 

Aku ada tersalah beli baju Hannah. Bukan salah apa, salah size. Aku beli size 12 bulan ingat kan nak pakai raya, sekali baju tu kecik. Macam untuk size 6 bulan. Kecewa rasa.

 

Seronok shopping online ni cuma kena pandai2 cari kedai yang sesuai.

 

Antara kedai yang aku suka pergi BBLUVME. Sebab harga dia boleh tahan murah dan baju2 lawa. Of course lah aku paling kemaruk membeli adalah barang2 Hannah.

1 comment: