Orang selalu keliru antara air mineral dan air minuman. air mineral air bawah tanah yang dipercayai tinggi kandungan mineral. air minuman pulak air paip yang disuling. kiranya, air mineral adalah sumber asli dan tentulah harganya lagi mahal sebab banyak proses nak kena buat. walaupun free, tapi kerja-kerja pemprosesan agak leceh sebab tak semua tempat ada air mineral.
Kalau korang perasan, penutup botol air mineral selalunya berwarna biru dan ada yang ikut corporate color sesetengah brand. tapi kalau air minuman selalunya berwarna putih sahaja. Namun begitu, kedai2, restoren2 selalu menipu (sebab nak untung lebey agaknya). terang-terang air tu tutup putih tapi main sebat je cakap air mineral. harga pulak hentak sampai RM1++ untuk sebotol AIR MINUMAN.
Untuk makluman anda, air minuman lagi murah dari air mineral dan air minuman kualiti lagi rendah dari air mineral. aku pernah praktical dekat company pengeluar air minuman dan mineral. so aku tau serba sedikit pasal pemprosesan air-air ni dan kos-kos yang terbabit.
Sebab tu, aku sangat berhangin tengok dekat kedai2, jual air minuman tapi dikata air mineral, harga mahal pulak tu.
Jadi, ada baiknya korang tengok dulu label dekat air botol tu samada air minuman atau air mineral.
p/s : Pernah aku tengok dekat jusco cheras balakong, air minuman spritzer, RM 1.50. Air mineral, RM 1.15. Apa kejadahnya!!
No comments:
Post a Comment