Thursday, November 18, 2010

Tweezer Yang Comel

tweezerIni adalah tweezer. Comel kan..Kalau ada yang pernah perasan, dekat watson ade jual. Tapi kena bali RM20 ++ lepas tu tambah RM 7.90. Mahal, tapi comel kan??

Aku beli ni dekat Mr D.I.Y..Harga RM 180. Ada titik diantara 1 dan 8.  Jadi berapakah harganya??

Wednesday, November 17, 2010

Sorry

Sorry atau maaf..aku rasa, sekarang ni orang dah maken susah nak ucap kan perkataan sorry ni. Cuba ingat2 masa kecik, mak dan ayah penatlah train kalau buat salah mesti minta maaf. Beriye ni menangis mintak maaf, asal buat salah je mesti kena mintak maaf.

Sekarang ni, apa yang aku perhatikan, orang lebih prefer tak bertegur dari nak ucapkan perkataan maaf.  Berat benar agaknya nak ucapkan maaf .

Kalau nak raya pulak, perkataan maaf diganti dengan “kosong-kosong eh”..aku tak pasti itu hanya sekadar kata-kata ataupun datang dari hati yang betulbetul terasa nak minta maaf.

Kadang-kadang  orang zaman sekarang ni, dah main sembor je orang, main marah tanpa usul periksa, dah buat orang terasa dengan statement dia, dia akan diam. Malah, si mangsa pulak dituduh cepat terasa, suka menyimpan dendam..Kesimpulannya, kesalahan sudah berada dipihak si mangsa.

Entahlah, tapi bagi aku, kalau memang benar aku bersalah, memang aku mintak maaf.  Aku rasa bersalah sangat kalau ada yang terasa hati dengan kata-kata aku, tak kiralah masa aku bergurau, terlepas kan kemarahan tanpa usul periksa ke, atau sebab perbuatan aku. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kiat buat atau cakap tapi bila dah sedar tu, tak payahlah nak ego kan. Buakn boleh bawak kemana pon. Merosakkan diri lagi ada. Sebab tu aku akan rasa bersalah kalau tak mintak maaf.

Kalau dengan en suami lagilah, setiap malam sebelum tidur dah macam kewajipan, mintak maaf dekat dia, halalkan makan minum. Manatau meninggal dalam tidur, mudah-mudahan pergi dengan keredhaan suami.

Emak aku pon pernah pesan, sebelum tidur maafkan lah orang-orang yang dah menyakitkan hati kita, Supaya hati kita bersih je selalu. Boleh elakkan dendam dalam hati. Barulah tenang jiwa kita.

sorry-comments-149untuk semua orang, sesiapa yang aku dah kecilkan hati kamu tanpa aku sedari, aku mintak maaf sangat-sangat. Gambar ni untuk korang..(*-*)..

Sang Minuman dan Sang Mineral

Orang selalu keliru antara air mineral dan air minuman. air mineral air bawah tanah yang dipercayai tinggi kandungan mineral. air minuman pulak air paip yang disuling. kiranya, air mineral adalah sumber asli dan tentulah harganya lagi mahal sebab banyak proses nak kena buat. walaupun free, tapi kerja-kerja pemprosesan agak leceh sebab tak semua tempat ada air mineral.

Kalau korang perasan, penutup botol air mineral selalunya berwarna biru dan ada yang ikut corporate color sesetengah brand. tapi kalau air minuman selalunya berwarna putih sahaja. Namun begitu,  kedai2, restoren2 selalu menipu (sebab nak untung lebey agaknya). terang-terang air tu tutup putih tapi main sebat je cakap air mineral. harga pulak hentak sampai RM1++ untuk sebotol AIR MINUMAN.

Untuk makluman anda, air minuman lagi murah dari air mineral dan air minuman kualiti lagi rendah dari air mineral.  aku pernah praktical dekat company pengeluar air minuman dan mineral. so aku tau serba sedikit pasal pemprosesan air-air ni dan kos-kos yang terbabit.

Sebab tu, aku sangat berhangin tengok dekat kedai2, jual air minuman tapi dikata air mineral, harga mahal pulak tu.

Jadi, ada baiknya korang tengok dulu label dekat air botol tu samada air minuman atau air mineral.

aqua tutup berwarna  = air mineral

p/s : Pernah aku tengok dekat jusco cheras balakong, air minuman spritzer, RM 1.50. Air mineral, RM 1.15. Apa kejadahnya!!

Friday, November 12, 2010

kawan kawan belajar

pagi tadi, masa nak bersiap pergi kerja aku borak-borak dengan zarina pasal zaman-zaman uitm dulu. buat aku rindu terkenang-kenang zaman-zaman dulu. ikut-ikutkan, zaman diploma is the best ever after. bagi aku, degree life sangat suck. aku tak nak ingat pon zaman-zaman masa degree. cuma, aku punye prestasi pelajaran semakin baek (tapi tak 4flat pon). hehe..

walaubagaimanapon, walaupon kawan-kawan degree aku macam teeeeeeeeeetttttttt, tapi buat aku kenal jenis-jenis kawan. dulu mana aku pernah percaya istilah kawan ketawa senang cari, kawan menangis takde. aku tak percaya ni semua sebab kawan-kawan aku dari sekolah sampai lah ke diploma, semua kawan stok susah senang bersama.

kawan-kawan sekolah menengah, geng-geng sekolah uda aku, nisa, senah, lyn, baiya, along dan lain-lain, kami masih berhubung. kalau sedih or susah, anytime cari je lah dorang tak kisah lah tengah malam ke, bila-bila ke..mereka sentiasa ready je. nak mintak tolong, anytime ready.

time aku susah, sedeh, nak mintak tolong apa-apa, kawan-kawan aku ni tak pernah pon tolak. kalau nak pergi berjumba, masing-masing hidup saja..(*-*)..walau tak jumpe bertahun-tahun, kalau ada terkecil  hati, tapi tak pernah sekali pon nak putuskan tali persahabatan, jaoh disudut hati, kawan-kawan tetap disayangi. ni lah sahabat sejati. walau apa jadi sekalipon, persahabatan tak kan putus.

sama juga kawan-kawan masa diploma. kalau takde duit ni, sanggop aku dan yusz share duit yang ada untuk share beli makanan. kalau ada duit, jom jumba sesama. asignment pon boleh tolong buatkan even tak sama fakulti. banyak sangat kenangan-kenangan pahit dan manis kami kongsi sesama. boleh kata, kawan-kawan diploma aku, yusz, casper, kak su, noha…kami semua mengharungi hidup susah senang pahit manis sesama. yelah, time study diploma ni bonding dia lain sikit sebab masa ni da start zaman kite berdikari. jaoh dari family, hidup bersama rakan-rakan. pagi petang siang malam, kawan-kawan sekelilinglah yang ada. dorang jugak lah orang pertama tau kalau kita saket atau apa-apa berlaku. dorang lah yang akan bagi bantuan pertama.

mereka semua ni (kawan-kawan sekolah uda dan diploma) yang mengajar aku, erti sahabat. yang menutup mata aku pasal kawan-kawan. buat aku berpikir kawan-kawan sangat penting. kalau dah nama nya kawan, makne nya kita akan kekal bersahabat. sahabat semasa susah dan senang. aku tak pernah percaya pasal kawan makan kawan, kawan untuk ketawa sahaja sebab semua kawan-kawan aku macam ni.

tapi, aku salah rupe nya. bila aku masuk degree, haaaa..baru aku terbukak mata. baru aku sedar sebenarnya ada macam-macam jenis kawan. ada kawan yang akan berkawan dengan kita time senang saja, ada kawan yang kawan sebab nak ambil kesempatan.

sepanjang degree, dalam ramai-ramai hanya beberapa orang sahaja yang ihklas berkawan. geng-geng aku masa part 6 degree. mereka je lah yang layak digelar kawan kot.

ada kawan yang suka bawak cerita, tapi depan aku macam dia tak bersalah. siap menangis-nangis cakap dia tak pernah sebarkan cerita apa-apa. takpelah, aku tak kisah. sebab cerita tu memang keluar dari mulut dia tapi depan aku pandai pusing cakap.

ada juga kawan yang bila susah memang dia akan cari aku. bila nak buat asignment, bila tak ada duit, bila bergadoh dengan bofren, tapi bila aku susah, mana tah pergi kawan aku ni. ada yang buat projek group sesama, tapi aku tengah buat, dia keluar jumpa bofren la, saket kepala lah. bila nak present, nak hantar baru kelam kabot buat muka kesian. ada yang groupmate amek content asignment aku kemudian bagi ke boyfren dia.

paling aku sedih, masa nak masuk rumah baru untuk sem 6. kawan aku yang konon nya kawan baek aku masa tu, sikit pon tak nak ajak aku masuk rumah dia padahal dia tahu aku tak ada rumah. wal hal, before ni aku lah tempat dia mengadu, bilik aku lah tempat dia lepak. ni lah dia, nama nya kawan ketawa senang cari, time senang, boleh je nak enjoy sesama. tapi bila aku susah, kawan tinggal nama je. aku bukan berdendam, tapi cuma lepas ni aku kena berhati-hati.

masa ni lah aku sedar, macam-macam peel kawan rupa nya. tapi, aku bersyukur, masa part6, aku kenal kawan-kawan yang benar-benar kawan semula. mimi, mel, kaydie, wahid, yang, amy..terasa menyesal sangat kenapa lah lambat sangat aku kenal mereka.

tapi, terima kasih juga kepada kawan-kawan degree ku..kamu mengajar aku erti sahabat.(“,).

kawan

dan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat aku. aku sayang korang.

Tuesday, November 9, 2010

Kedai Gambar Desa Pandan

Ni aku nak share sikit pasal kedai gambar dekat desa pandan ni.

semalam aku pergi kedai gambar sebab nak amek gambar untuk gambar passport baru. yela, sekarang ni dah imej baru maka gambar passport kena tukar la jugak. (*-*). aku terpaksa pergi yang dekat area office since sekarang aku berjaohan dengan en asri. semua benda kena independent..maka, tema nya adalah mak TERPAKSA nyah…………….

untuk 4 keping gambar beserta CD, RM14. Bagi aku, sangat lah mahal sebab gambar tak puas hati. Kalau premis tempat yang classy macam KLCC aku boleh terima jugaklah. Pahamlah kenapa mereka nak charge harga mahal. Ni kedai tak serupa kedai gambar tapi charge mengalahkan profisional photographer. Padahal tukang amek gambar tu penjaga kedai biasa je. Bukan profesional photographer pon. Yang buat aku fruz, bahu aku senget dalam gambar tu. Charge sampai RM14 tapi gambar bahu senget. Argh…..

imagethanks to en google untuk gambar ini

Monday, November 8, 2010

Bekas Hantaran

DSC_0320[4]

DSC_0325_thumb[2]

ni bakol putih untuk letak hantaran aku. da tema nya pink putih, maka haruslah bakul hantaran berwarna putih.

bakul ni aku tengok dekat Nilai 3, harga dia bermula dari Rm19.90 ++. Maken besar maken la mahal. yang istimewa bakol kat Nilai 3 ni hanyalah ada alas lapik satin murah yang semeter RM 1.90. mula-mula aku memang berkenan sangat dekat bakol ni since tengok dekat Nilai 3 tapi harga nya yang melantung-lantung membuatkan aku terpaksa padamkan hasrat murni ni. mahal tu, satu bakul da nak dekat rm20, ni belom ade reben n bunga lagi.

tiba-tiba, satu keajaiban berlaku..jeng..jeng..jeng..masa jalan-jalan di kedai pemborong, ala-ala kedai RM2 tapi stok besar macam gudang di area Manjalara, Kepong aku terjumpa bakol diatas. rupa dan material sejibik dengan yang aku jumpa dia Nilai 3 (bunga tak termasok okeh, tu kena beli di SSF) . Nama kedai tu, FUN & CHEERS..Paling mengujakan, bakol ni harga dia MURAH sangat, satu bakol start dengan harga RM 3.90 untuk size paling kecik.

Untuk size macam diatas, harga dia RM 7.90. Tu la dia, range harga paling mahal. aku pon tros la memborong bakol berkenaan untuk jadi bakol hantaran aku. maka nya, aku dapat benda yang sama, tapi lagi murah.

bila da hias letak bunga apa semua bagai, agak-agak ada rupe bakol kedai RM2 x..hehehehehehehehe..

Wedding Photographer

Rentetan daripada kekecewaan dengan wedding photographer aku, aku dan encik hubby decide nak amek gambar baru. aku rasa ralat sangat sebab gambar kahwin aku jadi terok sangat. senang cerita, aku memang sangat tak puas hati dengan gambar-gambar kahwin aku tu. Cameraman berkira, lepas tu sebok nak balek cepat. tak pasal-pasal aku tak hilang masa bermesra dengan tetamu yang datang. lepas tu, gambar jadi tah hapa-hapa je.

dek nak mengubat hati yang lara, tawaran dari kawan baek aku, cik senah ibarat kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Cik senah telah mengoffer untuk menaja post wedding shoot untuk kami. aku hanya sedia kan baju, make-up semua dia setel kan. naseb baek baju kami tempah sendiri, so boleh lah melaram sakan dengan baju kawen tu balek..hehe..

maka, tempat photoshoot yang dicadangkan adalah sekolah rendah kajang dan area putrajaya. dari pagi sampai ke malam kami shoot untuk dapatkan mood yang sesuai. tapi en photographer, abang adi sangatlah sporting membuatkan perasaan malu tu hilang macam tu je. make-up do by cik senah, pon puas ati jugak. apa pon, team nadi art (cik senah, abang adi n naqibah) memang senang nak create suasana. takdelah rasa kekok or malu-malu nak bergambar.

 

apapon, kami memang sangat sangat puas hati dengan gambar kahwen kami kali ini. terima kasih kepada cik senah, abang adi dan cik qibah. sukaaaaaaa sangaaaaaaaat dengan art work kamu kamu kamu.

1 zaman bercinta masa sekolah

2

budak nakal

 

3

ehem..ehem..

 

4

5

6

7

8

sekian, ini sahaja gambar untuk tatapan kamu semua. jika ada sesiapa yang berminat, boleh lah hubungi pihak nadi art. Hasil gambar yang menarik dan team yang sporting. sesiapa yang malu-malu nak bergambar, tak reti nak posing bukan masalah sebab team nadi art akan membantu. =)

yang berminat, search dekat facebook  NaDi Arts Photography.

Glue Stick Mr DIY

Entry ni adalah penjelasan kepada entry dulu http://chintakami.blogspot.com/2010/04/glue-stick.html.

Since salah seorang pekerja kedai tersebut ada yang telah memberi komen tentang qualiti barang tersebut. *terima kaseh eh awak sebab bagi komen*.

Apa yang aku paparkan dalam blog ni semua adalah berdasarkan pengalaman apa yang aku rasa. apa yang aku tempuhi sepanjang hari-hari ni.

imagecredit to google

berbalek kepada glue stick mr DIY yang dikatakan cepat cair, aku no comment. Memang ada benda yang harga dia mahal sebab qualiti. tu memang aku tak nafikan. sebab tu, KEBANYAKKAN kedai yang jual mahal, tapi dia yakin dengan kualiti dia, dia tak kisah apa yang orang akan komen. Orang yang melatah ni sebab dia sedar dia tergugat. Im not referring to anyone but this is command.

Okeh, kenapa coach tak bising barang dia kena imitation?? sebab dia tau, pure consumer yang mahukan quality tetap akan beli beg dia even beg dia cecah ribuan ringgit. Konsep ni boleh apply kepada sesiapa saja. kalau barang tu quality, orang tetap akan cari tak kira mahal macam mana pon.

Memang sampai akhir, aku guna glue stick mr DIY. untuk lekatkan bunga2, barang2 hantaran, bakol2, reben, aku ada lebeh kurang 1000 doorgift yang kene lekatkan bunga dan reben. cukup je aku guna. tak de la pulak cepat cair ke apa. so far, aku takde masalah pon guna glue stick tu.

tapi ni pengalaman aku, aku tak tahu lah korang semua macam mana. bagi aku, aku memang takde masalah dengan glue stick yang aku beli dekat DIY.

Sunday, November 7, 2010

shopping shopping shopping

sejak dua tiga menjak ni, tabiat lama aku datang balek. aku kemarok shopping. asek pikir nak shopping je..tapi kali ni bukan lagi dekat butik-butik mahal, tapi dekat kedai pemborong. (ekonomi tak cantik, butik-butik mahal tu adalah anasir jahat yang patut dijauhi). macam seronok lak aku rasa, budget rm100 tapi dapat macam-macam.*wee*

dengan budget rm100, aku dapat beli handbag, baju dan 6 helai tudung. pergh, seronok tu..amacam, besh tak???selalu kalau rm100, dapat handabg je kot..ni dapat macam-macam. benda-benda macam ni la wat aku rasa adicted sangat2..kan besh kalau duit dalam bank tu tak surut-surut..memang ni je la kerja aku gamak nya..(^0^)..

aku baru tau, kebanyakkan butik-butik online yang jual imitation handbag, baju ke, aksesori, kebanyakan mereka beli di PLAZA GM, chowkit.

 

imagekedai-kedai borong  dalam plaza gm

harga barang-barang yang dijual memang sangat-sangat berbaloi. kalau beli dekat butik online, satu beg mau harga dalam rm50++. tapi harga sebanar nye tak sampai rm20 pon. cuma masalah beli kat plaza GM ni, kena beli borong, minimum 6. tapi aku rasa stil berbaloi sebab even kena spend banyak sikit, tapi dapat banyak item. lagi value for money. boleh kata harga borong lagi murah lebey 50% dari harga beli satu. senang cerita, beli jelah borong since beli borong harga lebeh kurang je dengan harga beli satu barang dekat kedai-kedai luar or butik2 online.

ada macam-macam lagi barang yang jual dekat sini. baju budak, baju kerja lelaki, handbag, tudung, jam, dan macam-macam lagi. those yang suka beli banyak-banyak, beli je kat sini. mesti puas hati..

petua si bawang

bawang..bahan paling penting kalau nak masak..boleh kata semua masakan akan letak bawang kot..bagi tukang masak amatur macam aku ni, bab kopek bawanglah part  paling lemah bagi aku. baru kupas sebijik, air mata da mengalir macam hapa da.  pedih weh potong bawang ni.

bawang-merah

bawang merah

*gambar kredit ke en.goole*

bawang ni banyak gak khasiat dia. selain dari base untuk masakan, bawang merah bagus untuk lelaki (google sendiri kenapa). kalau nak masakan lagi sedap, pakai lah bawang kecik sebab bawang kecik lagi manis dari bawang besar. tapi kalau terlebeh makan bawang, boleh sebabkan bau badan.

setiap kali masak, setiap kali tu la aku tabah mengupas dan memotong bawang dengan berlinangan air mata. tapi ni masa mula-mula aku start memasak la. (aku start masak masa baru kawen sebab en suami nak makan masakan aku, lama-lama jadi suka memasak sebab en suami suka makan apa yang aku masak. jadi semangat masak sangat berlobar-kobar. sebelom kawen memang aku tak masak).

bila dah lama-lama, aku mula google cari petua  mata tak pedih masa  kopek bawang. aku tak ingat aku dapat dari mana tapi petua ni sangat berkesan.

sebelum kopek bawang, rendam dulu bawang tu selama 5-10 minit. hasil nya, mata tak pedih dan kerja nak kupas bawang pon jadi senang. senang je nak kulit bawang tu nak terkupas lepas kena rendam.