Thursday, October 31, 2013

Tidur Lambat

Last 2 weeks Hannah ada problem untuk tidur awal. Paling awal pukul 3 pagi. Tapi esok tu memang santak sampai pukul 2 petang atleast.

Ingat kan sebab dia bangun lambat then malam susah nak tidur. The problem is we tried bangun kan dia pagi and petang bagi dia penat gila. By 10 pm dia memang dah tumbang akan tetapi tepat pukul 12 am dia akan bangun segar bugar macam bangun pagi. Bila dah bangun pukul 12 tu means pukul 4-5 pagi lah baru dia akan tidur balik.

Paksa tidur gelap kan bilik bagai stilllllllllllllllllll doesn’t work. Kalau dia tak mengamok.. dia boleh main-main sambil paksa kita keluar bilik.

Maybe this one phase memang kena tempuh, as a part of pembesaran todler tapi seriously I cannot stand it. Dah macam zombie rasa nya mak Hannah ni. So memalam tu terpaksa lah melayan pocoyo/ barney/ upin ipin..

Tak tau lah lama mana nak kena hadap ni..

Tuesday, October 29, 2013

Nissan Almera

Aku menulis bukan sebab aku nak meriak. Tapi aku nak meng review kereta ini walaupun Nissan x bayar aku satu sen pon tapi untuk those yang tengah survey ini kereta, aku sangat lah mencadang kan.

Dalam pemilihan kereta, perkara pertama yang aku akan tengok adalah fuel efficiency. Sebab nya kang kalau kereta kuat makan minyak mau tak bergerak kereta aku kot. Sudah lah harga minyak dah naik, kereta parak minyak.. Memang duduk rumah je lah camtu. Ok, untuk F.E dia, Almera adalah di tahap mampu. 16sen/km. Ini untuk Auto dan aircond on. Time jam pon naik paling mahal 18sen/km kot. So kalau manual murah sikit kot. Aku balik melaka minyak RM15 je. Jimat kan…

Selain minyak, keluasan kereta adalah penting since this will be our family car. Interior design dia adalah luas dan bagi aku agak cun. Dalaman sangat lah spacious. Sesuai sangat nak angkut ramai orang.

Last kriteria yang aku tengok maintenance. Ni pun kena pertimbangkan. Kang sekali servis kene sampai beratus tak ke pitam (untuk golongan berpendapatan macam aku). So maintenance ku ambil kira juga. Nak beli kereta, bukan setakat fikir mampu bayar monthly, tapi kena fikirkan jugak side cost dia macam minyak dan maintenance. Untuk maintenance dia, 1st servise around RM140 and service biasa dalam RM100. 1st major RM400. Ini semua memang dah state dalam website Tan Choong. So kita boleh buat estimation budget before hantar pergi service.  Takde lah terkejut bila dah sampai service center.

Kebaikan lain yang kami dapat bagi aku adalah bonus. Dari segi pemanduan sangat selesa.. xde rasa gegar bila bawak laju. Lagi satu service yang Nissan tawarkan bagi aku adalah terbaik. Even after sale service pon tiptop. Salesman dorang memang dah di train untuk appreciate customers kot.

Friday, October 25, 2013

Tip Shopping Raya

Tips ini hanya boleh diapply kepada para cheapskate like me. Kalau yang nak diva di pagi raya kurang sikit sesuai nya.

SILA SHOPPING SELEPAS RAYA

Ha.. ini lah tips nye ye. Untuk yang selalu beli baju siap adalah digalakkan beli baju raya tahun depan selapas raya tahun ni. Paham x.. Maksud nya, untuk tahun depan punya baju beli sekarang. Sebab nya kebanyakkan shopping mall akan sale 50-70 % baju raya tahun ni.

Contoh terbaik boleh pergi Mydin & Jusco. Mydin sale 50% untuk semua baju raya. Kain berkualiti okeh cik timah cik gayah. Aku baru beli kan Asri baju melayu kain cotton satin dengan harga RM35. Beli kain pun x semurah ni.

Jusco pon ada. Untuk kids 70% discount. Cer kira harga yang RM59.90 lepas less 70% tinggal berapa?? Harus ku sambar 3-4 helai. Time raya hari tu memang x beli lah sebab tak sampai hati nak beli baju Hannah harga tu. Bila dah less ni boleh lah beli. Mind u, im so cheapskate. So memang sangat berkira nak beli barang-barang mahal ni. Smile.

Thursday, October 24, 2013

Muntah Kanak-kanak

Sekarang ni musim agak nya. Mana-mana anak kena cirit-birit dan muntah. Sampai dengar nya wad kanak-kanak kat hospital swasta pon penuh.

Hannah pun kena muntah-muntah last week. Sikit lagi nak kena warded sebab dia xnak makan n minum.

Straight 3 malam Hannah muntah tengah malam. Selang satu jam muntah sampai dia sendiri pergi bilik air bila rasa nak muntah. Kesian sangat tengok dia sampai takot nak makan sebab tekak sakit. Masa cek doktor rupa nya tekak dia dah bengkak sikit sebab asik muntah je. Patut lah taknak makan & minum. Memula still melasak macam biasa, masuk hari ke3 dah melepek terbaring je.

Punca selalu muntah malam sebab Hannah ada masalah sembelit. Selama ni dia berak tak habis itu menyebabkan dia muntah sebab angin dalam perot menolak keatas. Tu yang dia muntah sepanjang malam.

Penyelesaian nya doktor bagi ubat berak. Keluar kan apa yang selama ni tak habis buang. Alhamdulillah Hannah lega lepas dah keluar semua. Muntah-muntah pun dah tak lagi.

Lepas ni tau lah aku kalau Hannah muntah-muntah kena track apa yang tak kena sebelum ni. Tapi untuk kes muntah & cirit birit mostly sebab food poisoning since perot baby/toddler still sensitive untuk certain food jadi mereka senang nak kena food poisoning.

Kesan ESP

Minuman berkhasiat yang konon nya boleh membanyak kn dan memekat kan susu badan. Konon nya. Benda ni pun aku try sebab konon nak banyak kan susu. Tapi hasil dia negative yooooo…

Rasa memang x sedap. Aku kena campur dengan milo baru boleh minum. Kalau nak minum plain je memang tak tertelan tekak ni..

So macam biasa lah minum sehingga habis satu canister. Susu aku tetap di takuk yang sama. Sentap camni tau.. Beli memahal tapi tak ade apa2 perubahan.

Try 3m punya. Yang trial je lah. Result still the same. Maybe badan aku tak suai kot dengan produk Shaklee ni. 2 orang kawan baik aku pun try makan 3M pon sama result nya. Not like they claimed. Susu tetap sama je banyak nya.

Better try traditional remedy je aku rasa. Murah pun murah. Beli memahal tapi x mendatangkan hasil kan kecewa..

Wednesday, October 23, 2013

Morib Gold Coast

Cerita ni dah lama. Pergi masa bulan 6 kot. Tai sebab malas kan.. Now baru nak update.

kami pergi sebab beli voucher tapi tak ingat kat mana. Harga RM190 include hotel, dinner n Breakfast & theme park tiket.

Rating;

Hotel : 4 bintang. Ok lah view bilik. Besar cuma xde karpet. So aku rasa x berapa best. Bilik deco sangat simple & kosong. TV tak flat skrin and channel pun biasa2 je.

Dinner : The food are awesome. Banyak choice dan sesedap. Makanan cepat di top up tak yah nak tunggu lama.

Breakfast : aku boleh bagi 3/5 je kot sebab biasa- biasa je food nya. Setakat nasi lemak & mi goreng. Ade lah few kuih muih.

Theme Park : to be honest, kalau kena beli tiket nya adalah sangat tak berbaloi. Harga dewasa RM39 kot. Kid RM29 camtu. Aku tak ingat sangat tapi bagi ku ia adalah mahal. Mahal pasaipa?? Mahal seban theme park nya kecik sangat. tak de ride sangat pun setakat gelongsor pendek.. Lazy river pun tak menarik. Standard swimming pool kat Pusat Sains je kot. Nasib baik include in package, kalau kena beli memang sangat tak berbaloi.

chintakami

Malam2 pulak agak bising sebab restoren tepi laut tu punya karaoke sangat lah kuat. Memang tak sesuai nak tenang kan diri di malam hari.

Kalau bawak baby, cam aku bawak Hannah serious dia kebosanan malam tu. Maybe sebab dah biasa holiday reramai bila pergi dengan famli kecil ku dia boring gila.

Tips untuk yang nak bawak baby, sila lah bawak fav toys dorang sekali.

chintakami

Kesan Aurawhite

Dek sebab konon nya terpedaya nak putih.. nak kulit cantik so aku pon try gak benda ni. Perempuan kan, nak cantik sokmo.

Tapi untuk aku.. memang nan ado perubahan nya. suruh minum air bebanyak dan pantang elak kan caffeine. demi mu aurawhite ku berkorban. minum air berbotol-botol. kopi kegemaran pon x minum dah. terus rasa amal kn hidup sihat.

Hasil nya, selepas sebulan dan benda nya pon dah habis.. Kulit aku maintain sama camtu gak. Xde pun putih.. Cerah setona pon nan ado. Kecewa mak terbazir duit camtu je.

So kesimpulan nya its not work to me. Tapi rasa air die memang sedap..

Kaki Terseliuh

Ni lah akibat bangun lambat.

Aku sedar2 jam pukul 7.50 pagi. Memang kelam kabut lah asri bersiap. Berteromba bagai Asri berkejar pergi kerja.

Tragedi terjadi di LRT Bangsar. Dah nak sampai ofis dah pun. Dalam kelam kabot jalan lelaju tah camne boleh terjatuh. Lepas jatuh still ok lagi tapi makin teruk bila dah bawak ke tengah hari. Makin bisa & bengkak. Terus kene refer hospital sebab takot patah.

chintakami

Nasib baik lepas xray semua cuma terseliuh. Merasa lah bengkak 3 hari.

Serik nak bangun lambat lagi lepas ni. Merana Asri seminggu penangan bangun lambat.

Tuesday, October 22, 2013

Kesan Suntikan Depo

Aku dah amek depo sebanyak 3 kali. Amek kat LPPKN. Murah sikit compare to klinik biasa. Tapi suntikan ni x terdapat di KKIA ye.

Kalau tanya pun, dorang akan cakap government tak supply..Siap takutkan cakap amek depo boleh kering kan susu. Nan ado sebenar nya.

Kerajaan ada menyedia kan suntikan depo dan boleh diambil di klinik LPPKN berharga RM36 untuk 3 bulan. Murah kan? Untuk ibu breastfeed pon ku rasa jangan risau sebab nya setelah jab ku yang ke3 alhamdullilah susu still ada sampai sekarang.

Aku tak alami side effect kenaikan berat badan / pening kepala. Cuma nya period jadi haywire. Kalau datang pun stain je. Kadang-kadang stain yang lama dalam seminggu.. kadang-kadang 3 hari je.

Tapi untuk long term, tak boleh ambil melebihi 2 tahun sebab dikhuatiri boleh menyebabkan tulang rapuh. Selain tu, paras kesuburan menjadi rendah. secara purata dalam 10-12 bulan.  Means even dah stop cucuk, kebarangkalian untuk mengandung kembali lambat.

Apa pon pilihan di tangan kita. Aku stop makan noriday sebab selalu lupa. Jadi jalan terbaik cucuk je terus. Bukan x anak ye, tapi aku ada masalah kesihatan. Once everything dah ok insyallah akan tambah produksi. Siapa tak nak anak ramai kan..

Long Hiatus

Hiiii…

Lama sangat dah rasanya blog ni kesawangan. Malas yang besar buat kan blog ni kesepian.

Life still macam biasa. Aku still surirumah. Mood nak cari kerja dah kelaut. Ade few kerja reject sebab x sampai hati nak tinggalkan Hannah pepagi. Salute dengan working mom yang ade kekuatan untuk pergi kerja. To me, memang x sanggop.

Hannah pon dah nak masuk 2 tahun bulan depan. Means 2 tahun gak lah aku tak kerja. Walaupun hidup tak semewah mana tapi alhamdullilah. Ada gak soksek cakap rugi belajar tapi xkerja. Mulut orang kan.. lupa agak nya rezeki ALLAH bagi. Asal niat baik xde nya rugi.

So kesimpulan nya, bagi aku..tak salah kita tak kerja even kita ada kelulusan. Kalau dah duduk rumah lagi berbaloi, better duduk rumah. Siapa cakap duduk rumah busan? Kemas rumah, jaga anak & masak dah cukup buat kita tak menang tangan nak rasa bosan.

 

IMG_6383