Bila tengok poster aku rasa agak seram cerita ini. Sudah ada improvement nampaknya industri filem buat poster..tak lah macam sesetengah filem, poster yang tak memberikan maksud apa2..
cerita ini agak seram, tapi agak lurus..aku dah dapat agak apa yang berlaku selepas setiap plot..dah boleh jangka apa akan jadi.
cerita bermula selepas kematian Zack () akibat perut yang busung..geli dan ngeri masa kematian dia..part ni memang nampak real bila perut dia pecah, memang nampak sangat menggelikan dan pelakon pun memberi ekspresi yang meyakinkan.
meraka percaya kematian zack berpunca daripada Niyang Rapik sebab sekembali dari sana, Zack mengalami sakit yang pelik sehingga membawa kematian dia..Sangkaan mereka sebab kerambit yang dicuri oleh Zack..Untuk mengembalikan keamanan, kawan2 Zack yang pergi Niyang Rapik sama2 dulu kembali ke Niyang Rapik untuk memulangkan kerambit itu.
Mereka pergi ke Niyang Rapik menaiki bot, agak lama perjalanan sebab mereka kena bermalan ditepi sungai..sampai di Niyang Rapik, mereka disambut oleh Laila, anak ketua kampung.
Tapi babak ni kurang menarik sebab aku dah dapat agak laila sebenarnya dah mati..tak syok la kalau awal2 dah tau yang laila tu hantu..so after this kita dapat agak apa yang berlaku adalah berkaitan dengan laila..
Sepanjang mereka berempat berada di kampung itu, pelbagai peristiwa pelik terjadi..ekspresi tok neram, bapak laila menguatkan andaian aku bahawa dia nak balas dendam untuk kematian anak dia akibat dirogol..cuma untuk waktu itu, aku belum dapat agak lagi siapa yang rogol.tapi jalan ceritanya aku dah tau dah.waktu tu aku dah tau laila dah mati dirogol.
seperti yang dijangka, pakcik misteri ditepi sungai sebenarnya adalah orang baik..(dalam kampung tu ada 2 orang je)..dia lah yang menyelamatkan sekawanan itu daripada menjadi mangsa tok neram..
ending dia, si perogol mati dan tok neram ditangkap polis..ada pulak kereta polis masuk kampung tu..budak2 ni siap lah dtg naik bot berhari2..kenapalah tak naik kereta je dari awal..kan senang..dan secara tiba2 kampung Niyang Rapik mempunyai ramai penduduk masa upacara pengebumian..selama mereka dikampung, takde seorang pon yang lalu lalang..kecuali tokei kedai yang bukak kedai makan malam2 yang terang2 nampak dia adalah hantu dan mereka makan mi yang sebenarnya cacing..
tapi agak takot masa seorang kawan ni mata dia boleh nampak benda halus..yang lain, bagi aku cerita ni tak berapa adventure sangat.tak mencapai klimak seram tengok cerita hantu..yang seronok sebab aku pergi tengok dengan adik beradik aku..
No comments:
Post a Comment