Wednesday, July 28, 2010

Baju Bundle

Baju bundle...

Ada yang geli nak pakai..

Ada yang memang suka bundle..

Tapi, aku layan bundle..Murah tau. Plus baju yang rare. Yang susah nak jumpa kat supermarket. Macam aku, aku suka cari sweater kat bundle. Setakat ni, ada la 3 pasang sweater bundle dalam simpanan. Brand pon boleh tahan, brand besh aku dapat XOXO jacket. Condition baru lagi.

Aku tak limit pada sweater je sebenarnya, asal lawa je aku sebat.


*credit to queenlyana

Maybe ada yang geli nak pakai baju-baju bundle. Yelah, barang second hand la kata kan..Takot lah apa2 jadi kan. Tapi benda ni terpulang. Pendapat masing-masing. Kalau yang selesa, pakai lah.

Dah jadi lumrah, baju bundle memang akan ada bau. Aku pon tak paham kenapa bau sabun dia kuat macam tu. Memang melekat lama la kat baju.

Macam aku senang je, setiap kali lepas beli baju-baju bundle ni, aku basuh dengan air panas lepas tu masukkan softener banyak-banyak bagi bau dia ilang. Lepas tu wajib di jemur di tempat PANAS.

So far, alhamdullillah, tak ada apa-apa masalah lagi dengan baju-baju bundle.

Dulu masa zaman-zaman bujang aku rajin pergi bundle area JB dengan abang aku. Since dah duduk jaoh-jaoh ni, pergi dengan en somi lah pulak.

Bundle pilihan aku, baden-baden bundle yang dekat PD tu. Besar tau. Banyak pilihan pulak tu. Dont be surprise harga dia semua pukul rata RM 5 sahaja. Tak macam kedai lain yang letak harga ikut grade. Kat sini baju lawa, buruk, baru lama semua RM 5. Besh tak..Besh tak...Aku suka tau macam ni..

Bila dah dalam bundle, kadang-kadang aku n asri macam orang tak sedar diri pilih baju. Tapi bundle baden-baden ni yang peliknya dia bukak malam sampai pagi. So sapa nak pergi kenalah pergi malam dan datang lepas hari jumaat. Baru syok. Sebab selalu stok baru sampai hari kames, maka dapatlah stok baru.

Tapi dekat KL ni aku tak tau lah mana nak cari bundle yang besh macam ni..

Tuesday, July 27, 2010

Badan Naik

Kenapa bila bercinta je badan naik..

Bila kawen je badan naik..

Ramai gak aku tengok lepas commited for a relationship, naiklah lepas tu. Aku tak tahu jadi dekat korang atau tak..tapi aku n asri YA.

imagebenda yang aku takot sangat sekarang ni. Very the horor okeh!!!

Badan kami start naik since couple. Lepas kawin ni makin menjadi-jadi lak aku tengok..Bak kata orang tua, laki bini sama naik.

Kadang-kadang pening gak..Kenapalah senang sangat badan aku naik.

Tapi bila pikir-pikir balik, macam mana tak naik. Setiap kali jumpa mesti makan. At least makan ringan-ringan macam kopok, cucuk-cucuk, tak pon koman-koman makan pau seketul. Padahal sebelum keluar dah makan dah. Bila dating mulut tu gatal je nak mengunyah.

Kalau zaman belajar dulu, pagi jumpa breakfast sesama, lepas kelas lunch. Petang lepas kelas lak makan goreng pisang. Malam dating lagi bantai Nasi Goreng Pattaa. Penuh kolestrol masuk dalam badan sepanjang hari.

Tu kalau  jumpa dalam kampus, kalau keluar pulak, fast food memang tak lari. Mekdi  n kefsi memang cam makanan ruji lak bila keluar. Semua jenis makanan nak cuba. Lepas makan pon makan lagi.

Tu cerita belom kawen, dah kawen lak lain stail makan. Balek kerja masak, mandi gedebak, gedebuk, dah pukul 10. Pukul 10 tu la baru nak DINNER dengan en suami. 5 kali dalam seminggu tak dapat makan sama. So malam lah masa untuk makan sesama. Memang kolestrol & lemak suka melonjak-lonjak yeayeay sebab dapat menambah anggota dalam badan aku..*sigh*

macam manalah kan  model-model, perempuan kurus boleh jaga badan dia. Boleh maintain je kurus. Aku memang sangat-sangat  JELES tengok orang-orang yang boleh maintain badan dia.

Kalau yang jenis diet tu, lagi aku kagum. Macam mana lah dia boleh tahan nafsu makan. *hish* . Aku pantang nampak makanan, mesti nak try merasa. Kalau sedap. try ala-ala sampai kenyang..kehkehkeh..

Tapi aku selalu berazam nak diet & kontrol makan masa aku tengah kemengahan. Masa perot stok rasa cam nak meletop sebab banyak sangat masuk dalam tu. Tapi bila lapau tahap kebelai, aih..terpaksa cancel plan diet sebab masa lapau tiba-tiba rasa badan kurus (perasan je lebeh)..hekhek..

Agak-agak kan, macam mana eh nak kuat kan semangat untuk diet………………

*thanks pakcik google for the image*

Thursday, July 22, 2010

NICHII


Ini ada lagi satu spot shopping yang menarik.

Hey ladies,you can go to NICHII for great shopping experienced. Macam biasa la, design cantik dan murah.


Aku suka design-design NICHII ni. T-shirt harga dia start dari RM19.90 (memang da cukup cantik), sekarang ni tengah sale harga t-shirt dia lagi murah. RM 15 dah dapat yang cantik n kain cotton. Konfem la selesa kan..


Macam stail baju ada kat sini. Baju kerja yang available kat sini stok chic yet formal. Cantik la, cuma bagi aku fesyen yang ada ni sesuai untuk si kurus.


Saiz kat sini pulak, sangat kecik. S size dia tak macam standard size yang lain. Kecik sikit dari S jenama yang lain.


Kalau nak pergi clubbing @ something semi-casual, pon ada jugak fesyen yang menarik hati kat sini. Tapi mostly design dia ala-ala seksi sikit. Baju dia banyak yang lengan kurang dan kurang labuh. Tapi kalau pandai mix and match, tak jadi masalah untuk si bertudung.


Now until 10 September, pergilah NICHII buat cuci-cuca mata. Discount up to 70%. Aku suggest kan pergi ke NICHII Hq yang dekat Sungai Besi tu. Besar tapi staff dia macam kerek la.


Nak tau tak, NICHII boleh buat booking payment kalau agak-agak berkenan nak beli tapi duit belum cukup lagi.



:: credit to en google untuk gambar ini ::


Monday, July 19, 2010

JUSCO

Brand review kali ni, JUSCO BRAND.


Kalau nak berjimat tapi nak beli baju stailo yet murah dan berkualiti, brand baju JUSCO antara yang sesuai. Expecially untuk perempuan. Memang berbaloi. Antara brand JUSCO yang paling femes adalah SCARLET. Memang aku recommended sangat-sangat lah brand jusco ni.


Ada macam-macam range SCARLET punya pakaian, dari luar ke dalam, baju santai ke baju office, semua jenis dia ada. Harga pulak memang agak berbaloi. Range harga start dari RM10 sampai la RM89 (selalunya harga 49 ke bawah dah molek benar da).


Bukan setakat untuk size yang petite, SCARLET pon ada untuk si biggie. Kak Ngah aku yang pakai size xxxl yang selalu dok merungut takde baju yang sesuai tapi dekat SCARLET Plus dapat baju yang stylish, murah dan ada size dia. Suka betul dia.


Tips #1. Kalau yang berbadan besar, perut besar, pakai preganancy pants boleh mengundang keselesaan.

Untuk panties, aku memang suke dengan panties SCARLET. Design dan color yang menarik. Fabrik panties, dari jenis lycra which is comfortable for female inner wear. 1 more thing, panties SCARLET tak cepat kembang. Boleh pakai lama la senang cerita. Cuma bra dia agak kureng sikit. Cantik tapi boleh lah nak pakai dalam 3 bulan. Maklumlah, harga pon RM 10 je. Panties dia pon harga RM10 gak tapi lagi berkualiti dari bra dia.

Tips #2 Beli Bra yang memang brand khas untuk inner wear. Sedikit mahal, tapi berbaloi sebab selesa dan tahan lama. Sistem support yang stabil, nak-nak untuk yang breast besar. Kadang-kadang melabur untuk perkara anugerah berbaloi jugak. Nak pakai lama biar maintain terbaek kan, kena la spend sikit. Tapi since sekarang ni musim sale je selalu, dah banyak Bra jenama mahal (etc :- Audrey, triumph) boleh dibeli dengan harga murah. RM 20 pon dah dapat selai.

Tops pon tak kurang hebat gak kat sini. Semua jenis top lawa-lawa dan stailo kat sini. Office wear, elegance, kasual, just name it. Kebanyakan design- design nya adalah version copy dari femes brand lepas tu remake supaya golongan-golongan yang nak bergaya tapi duit tak berapa banyak boleh pakai design mahal. Memang stailo lah kan. Material SCARLET sekarang pon dah maju. Dah guna fabric yang selesa, bukan kain panas keras cam dulu lagi.


Sekarang ni Jusco tengah sale. Pergilah cuci mata puaskan nafsu.