Alam selepas kahwin dengan sebelum kahwin amat-amat berbeza. Baik dari pihak kita ataupun belah suami, semua benda nyata berbeza. Ni pengalaman aku yang baru je 2 bulan hidup berumahtangga.
Macam aku sendiri, lepas berkahwin betul2 mengajar aku erti hidup.Serius! Sebelum ni aku rasa hidup tak ada lah complicated sangat. Selain dari masalah stadi dan rakan2, mana ada lagi masalah. Kawan2 pun enjoy je..Cuma ada lah yang problem (masa aku kat Puncak). Tu pun bukan masalah besar sebab aku ada kawan2 lain. En Tunang aku pun selalu je membantu. So bagi aku hidup sangat senang.
Dulu tak payah la nak fikir pasal banyak benda. Yang aku tau, aku kena stadi untuk dapatkan degree. Yang lain2 kak ngah uruskan, dibantu oleh En Tunang tersayang. Dulu kalau tak cukup duit makan, dengan panggilan telefon je da okie. Sekarang ni, kalau tak cukup duit makan, pandai2 lah kau nak survive.
Dulu sebelum kahwin, masa hidup dalam tanggungan keluarga, tak payah lah nak fikir2kan pasal ekonomi sangat. Nak shopping ke, nak apa lantak la ko kan. sekarang ni, belanja kena berhati2, takut terover budget kang merana pulak sementara nak tunggu gaji. Orang luar tak kan amek tahu ataupun sudi pun nak tolong. Nak menekan lagi ada. Kita suami isteri je yang tahu betapa peritnya poket kita ni.
Kadang2 lagi perit bila orang dok mengata kita menghabiskan duit suami sebab si suami asek tak berduit. Oih, dia lupa agaknya tanggungjawab suami lagi berat. Lupa ke lelaki kena menyediakan keperluan, kereta, makan, rumah. Semestinyalah duit suami lagi cepat habis dari sang isteri. Bonus kalau isteri sanggup menanggung beban tapi yang melihat tak layak untuk menuduh isteri menghabiskan duit suami ataupun nak cakap si suami kena pijak dengan isteri. Kalau ada isteri yang pernah mengalami perkara macam ni, tolonglah pesan kat encik suami terangkan tanggungjwab suami kepada mulut becok itu.
Sebelum kahwin, kemas rumah, basuh baju, masak semua dah tersedia dah. Mak aku dah buat semua benda. Cuma dia akan bising bila keadaan teruk sangat. yelah, anak dara dia sedikit pemalas..hehe..tapi bising2 mak kita tak sampai kemana pun. Kejap je. tak masuk dalam hati pun. cerita keburukan kita taklah dijajakan ke orang lain. Tak ada pulak orang lain tukang sound kan pasal keburukan kita. Jadi nya emosi sebelum kahwin agak stabil sebab tak ada masalah jiwa yang meruntun2.Tak ada tekanan sebab nak memikirkan orang dok mengata dan fikir yang bukan2 pasal kita.
Untuk yang baru nak kahwin, aku pun baru kahwin jugak. sekarang ni still dalam phase penyesuaian dengan keadaan baru. Memang banyak yang berubah alam selepas kahwin. Dulu bujang, duduk dengan famli, banyak benda dah dibereskan. kalau duduk bujang sekalipun, tu bukan masalah besar. kalau nak makan, beli je kat kedai. Tak payah nak penin2 nak kena masak apa. Basuh baju untuk seorang, kemas bilik bujang yang tak seberapa. Yang duduk dengan famili, dapat pulak mak yang surirumah, jadinya kerja rumah tak adalah berat sangat. Balek kerja, mak dah masak, baju pun dah siap dibasuh. Jadi senang lah hidup. Ada jugak yang memang dari sebelum kahwin dah memang rajin buat kerja. Tapi tak sama buat kerja dirumah sendiri dan buat kerja dirumah mak mertua (kalau duduk dengan mak mertua) sebab kat rumah mak mertua ragamnya lagi banyak. Lagi banyak mata yang memerhati. Lagi banyak hati nak dipuaskan. Kalau yang memang kahwin2 terus duduk sendiri, segala keperluan rumah kene diuruskan sendiri. (kecuali kalau ada maid, kawin2 terus ada maid)
Maid sehot J.Lo is a no-no.Kang bermadu la korang..
Jadi nya kesimpulan yang aku boleh cakap, hidup selepas kahwin dugaan dia lagi banyak. Mental kena kuat untuk terima sebarang perubahan drastik. Suami menjadi watak utama untuk sama2 mengemudi masalah yang timbul. Bukan dok diam je bila sesuatu terjadi.
No comments:
Post a Comment