Wednesday, March 21, 2012

20th March

 

Today is Hannah 4 month birthday.

 

chintakami

 

Alhamdulillah, one day before her birthday  Hannah dah boleh bergolek-golek after aku bising2 sebab Hannah tak nak bergolek masa dia jaga. tapi kalau tengah tidur mesti menyarap or tergolek which is aku rasa bahaya sebab kalau tak perasan boleh lemas.

 

 

chintakami

 

chintakami

 

 

makin hari, makin clingy dengan babah sampai hari isnin will be monday blues for Hannah. whole day long Hannah become grumpy until babah balek kerja. the moment dia dengar suara babah dia terus boleh senyum and main macam biasa.

 

Hannah tak pernah demam, eh ada sekali demam lepas 2nd jab  tapi sekejap je. demam lama2 xpernah lagi tapi Hannah sakit lain. 2bulan lepas, batuk sampai kena amek nebulizer baru dia lega. last week her eye got infection. nasib baik mild je tapi still risau sebab mata dia berair dan bengkak sikit kat bawah mata tu. ummi doa sangat Hannah dijauhkan dari sakit2. Hannah batuk pun ummi risau sampai xboleh tidur ni pulak kalau sakit lain.

 

chintakami 

 

aku rasa Hannah punya berat tak naik rapidly macam baby lain. sebulan around 1kg je naik. as for this month, berat Hannah 6.6 kg, compared to last month 5.8kg.  is it normal for breastfeed baby eh?

 

chintakami fav pose Hannah masa tidur, gaya bebas. dia sorang je dah separoh katil.

 

oh, after 4 month aku rasa luka c-zer ni still tak baik lagi kot belah dalam ni. kadang-kadang bila angkat Hannah banyak kali terasa pedih sangat. kalau time Hannah meronta-ronta and tendang perot, sakit nyeeeeee rasa macam nak jerit je. kang marah kang bukan dia faham pun.  tapi tengok dia senyum, cair hati rasa cam nak gugur jantung.

 

chintakami ni trademark Hannah, rambut terpacak. even pakai gown pun orang still tanya boy ke girl. kang jawab lelebey sentap pulak tapi can u be more sensitive. tak kan boy pakai gown or baju bunga2 kan..

Tuesday, March 20, 2012

Kesan Noriday

 

Starting 1st Jan aku kena consume Noriday sebab nak elak Hannah dapat adik awal. According to doctor, c-zer mommy must rest at least 2 years before getting pregnant. so for that reason I have to take Noriday. Actually there a lot family planning out there like injection, iud etc..

 

I am taking Noriday because they said this will not stop my milk since I plans to breastfeeding Hannah until her age 2.  the result, as for now, after 3month consuming, alhamdullilah susu still mencurah-curah. hopefully can last until Hannah 2 or more.

 

some may worried they will become fat. for me, my weight is reducing every month. tapi turun sikit-sikit lah.  latest my berat is 52kg. previously is 54kg. to me, okie kot since I am fulltime housewife and kerja utama hanyalah masak n jaga Hannah je. nak kata rajin mengemas, tak sangat kot. but i dont know, my weight reduce because of Noriday or breastfeeding. tapi kalau ikut nurse cakap, pil perancang mungkin boleh menyebabkan kenaikan berat badan tapi itu bergantung kepada tuan punye badan.

 

yang x seronok pasal Noriday, since this is hormone type, i cannot skip the routine. everyday kena makan at same time and tak boleh skip. kalau malam ni lupa, esok bangun pagi kena cepat2 makan and malam still makan macam biasa. for my case, sebab tak reti nak berdisiplin, my period come every two weeks. arghh, it so tense okeh!

 

kalau ikut plan doctor, kena amek Noriday for a year then can change to other planning. so for time being hadap je la benda ni. demi susu Hannah, ku tempuhi je lah onak dan ranjau. huhu..

 

oh, been told by someone. dia dapat info dari doctor. those getting period just after nifas, highly chances to get pregnant again. well, it seems im in that group je. btw, kalau dah rezeki tak kan nak tolak. i do love kids. rezeki kan di tangan Allah. insyaALLAH.

Friday, March 16, 2012

Review Diapers

 

Aku review berdasar kan apa yang sesuai dengan bontot hannah. lain baby, lain kulit nya.

 

Drypers

 

Ni first diapers yang Hannah pakai masa dia NB. masa baby kan banyak kali berak, so bontot Hannah jadi merah-merah. sampai dia macam fobia nak berak. setiap kali nak berak mesti dia  menangis sakan.

 

drypers

Pureen

 

Lepas habis pack kecik NB, aku tukar pureen since Hannah tak boleh pakai drypers. pakai pureen pun sama, merah2 jugak. to make it worst, hannah xle pakai sampai pagi. dalam 5jam kena tukar diapers baru kalau tak habis tembus.

 

group_dry5 

Huggies

 

Lepas pureen pun tak okie, aku try Huggies. Mula pakai hugies biru, then tukar merah. Hugies biru cutting dia macam tak sesuai dengan Hannah kot? sebab setiap kali Hannah berak, mesti terkeluar. habis comot bersepah. kalau kencing banyak sikit pun bocor. same goes to huggies merah. since Hannah jenis bangun lambat, memang sangat tak sesuai sebab subuh mesti kena tukar. kalau x, alamat nya basah lah tilam. Setiap kali tukar diapers aku rasa bontot Hannah mesti basah. macam xselese je.

 

Mamipoko

 

This is the best diapers ever kot aku rasa. Kulit Hannah okie je pakai ni. tahan lama pulak tu. tak payah nak tukar selalu sebab dia serap bagus. Hannah yang bangun pukul 12 tengah hari still kering bontot nya even diapers penuh. kalau dia poopoo pun, serap je xde bertakung.

 

Petpet

 

currently aku tengah cuba petpet pulak. so far mesra dengan kulit hannah dan kering pun sama dengan mamipoko cuma xselama mamipoko. tapi kalau mamipoko 10, petpet 9 kot? which is aku rasa okie. yang paling aku suka, petpet ni murah sikit. me like benda yang menjimatkan. :). bajet diapers boleh beli baju baru Hannah kan Hannah kan…:)..

 

p/s aku rasa pesanan ni sesuai untuk semua mommies out there. tapi maybe ada yang dah buat kot. since harga diapers ni suka berubah-ubah kejap murah, kejap mahal. maka nya setiap minggu aku suka servey di shopping2 complex tengok ade promo diapers x. kalau ade yang murah memang aku beli buat stok ueven kat rumah ada lagi. senang ada stok bebanyak ni. bukan basi pun kan..asri kata aku diapers collector sebab pergi mana-mana sebok cari diapers dulu…ala, aku kan cheapskate, mestilah suka cari barang murah kan…

Bob Burger Keramat

 

aku rasa so far ni antara burger terbaek dekat kl ni. penat wooh nak makan burger dia. aku makan pakai sudu sebab berger dia tebal okeh. lepas makan memang puas hati sebab burger dia sangat penuh. sayur, daging, sos sume macam melimpah ruah. tengok je bole rasa kenyang.

 

antara yang faveret aku ialah bangar babe. yang ni daging dia lain sikt. sebab daging dia panggang dulu kot. burger kambing pon syok jugak. rasa macam makan steak pulak. yang aku perasan, dia ade letak minyak zaitun. tu yang buat rasa dia spesel kot. terus terpengaruh suka letak minyak zaitun dalam masakan aku. haha..

 

bege

 

bagi aku, harga dia xla mahal sangat. start dari rm3 kot. even orang ramai tapi takde lah tunggu lama sangat pun.

 

menu

 

em, boleh makan kat situ sebab dia ade bukak table depan kedai dia. nak air tin pun dia ada jual sekali. stall burger dia pun depan rumah dia je. ni alamat dia;

 

No.5 Jalan AU5C/1
Lembah Keramat KL

 

bob

 

p/s : stall bob burger ni pernah masuk paper sebab burger dia sedap gileee..

 

p/s/s: semua gambar aku curi dari fb bob sendiri.

Tuesday, March 13, 2012

12.3. 2012..it’s been two years baby!!

 

12.3 is my anniversary date.

 

asri said its like rollercoaster ride in this 2 years. yeah, he’s rite. a lot of thing happen  and changed us, but not the love.  this year, no presie and big celebration. since we have Hannah, plans to go holiday postponed. this year, we just lepak and spending time with tuan puteri pucuk kecubung.

 

rasa macam sekejap je, eh dah 2 tahun we have been married. along that journey, macam2 jadi. asri tak kerja, asri kerja aku pulak berhenti kerja. tersepit sana sini. bila susah orang mengata, bila senang pun orang mengata.  mulut2 manusia yang ‘murni’ yang tak pernah penat mengata @ menghasut aku or asri. as we promised, lantak la apa orang nak kata, we as partner must defends each other.

 

all that is a great teacher for us. slowly we became matured and learn to tackle problems secara berhemah. ceh, takde lah berhemah sangat. kalau gaduh, still berperang bagai but not as worse as before. kadang-kadang bila penat bergaduh, diam jelah. bila diam,  lagi senang setel. masing-masing try to understand peel masing-masing. proses kenal mengenali is still on going.

 

last year, celebrated at Penang. it was awesome!! hannah 2 month dalam perut kot. kitorang bole xsedar aku pregie. even aku perasan perot ku sedikit buncit (memang buncit tapi kali ni terok benor)..mudah penat lak tu..sebab malas nak cek, (sebab takut fruz) maka kami sangat beronggeng masa kat Penang. kesian Hannah mesti gegar2 dalam perut. Hehehehe.. This year, celebrated atas katil je lah dengan puteri sorang ni. plans to go holiday need to be postponed to bagi laluan untuk kenduri Hannah. better utamakan yang penting. atleast, as parents we tried our best for hannah. yang lain2 tak penting sangat tu boleh buat nanti2.

 

 

IMG_02317month++ pregie

 

IMG_1423 ‘us’

 

IMG_1420

permata hati

 

Dear B,

my wishes for this year, im not asking any presie from you B, just want you to remember and cherish every moments we spend together. you is my anugerah terindah. bercinta sampai syurga..

love,

baby

Sunday, March 11, 2012

Hannah at Wedding

 

We went to Asri’s friend wedding at Tanjung Karang yesterday. Hannah became super cranky because it was very hot. sampai bukak baju baru dia diam. plus, kena berkepit dengan babah baru mood tu okie.. macam lah badan babah ada cooling system.

 

 

IMG_1412 before

 

 

IMG_1419

after

Friday, March 9, 2012

Perempuan Kena Pandai Masak

 

Rasanya masak dan perempuan adalah sinonim. Asal masak je, mesti orang akan cakap,

 

“orang perempuan kena pandai masak”.

“belum kahwin ni belajar la masak, nanti dah kahwin senang”

“masak tak geti ada hati nak kawen”

Tu mulut2 kak gayah, makcik semah yang cakap. yang perempuan2 pulak bila nak kahwin mesti fikir;

“takut nya tak reti masak”

the best part orang lelaki yang pandai mengarah akan pesan dekat bakal wife dia;

“you belajar lah masak, nanti dah kawin senang”

 

Tu semua tipikal statement keluar dari mulut orang-orang sekeliling. kekdah nya memang push untuk belajar masak dari mula lagi.

 

tapi bagi aku xpayah kot beriye bagai nak belajar masak dari awal. benda yang tak payah belajar pun tau2 sendiri je..da dah sampai masa mesti tau masak punya. macam semulajadi mesti tahu masak.

 

dulu sebelum kahwin, aku memang tak tau masak. paling  handal masak air dan nasi..yang lain memang tak pass. tapi sejak lepas kahwin, (bukan perasan tau) macam2 masakan aku dah cuba masak.

 

kekdahnya try dan error je selalu. asalkan asri makan sedap kira okia la kan. google kan ada, tringin nak makan apa google je resepi. jadi tak jadi belakang kira. yang penting kita berani mencuba. internet dihujung jari kan. semua nya jadi senang.

 

Inspirasi memasak tentulah asri. Bila dia exited nak makan masakan kita, tentulah perasaan nak masak tu membuak2..macam asri jenis suka home cook, jadi memang aku kena lah masak hari-hari. secara tak langsung asah bakat memasak. practice make perfect katanya.

Ada Akal Tak nak berfikir

 

maybe ada yang assume aku tengah marah. well bukan marah, tapi sedih. sedih dengan mentaliti manusia.

 

alkisah nya, aku ada berbincang @ berborak pasal pil perancang. bagi aku, tak salah aku makan pil tu atas sebab kesihatan. bukan nak tolak rezeki. disebab kan kawan2 aku pun ramai yang dah kahwin, (belum kahwin ada tapi semua dah matang untuk berfikir) so kami selambe je cerita benda ni di umum.

 

tiba2 ada seorang hamba allah ni, kami tak pernah bertegur, dia tak pernah kenal aku tiba2 masa menyuarat tepi jalan bercerita dia malu aku sibuk cerita aku makan pil perancang..kekdah nya dah menjaja cerita dalam kain. kesian aku kat kakak ni, aku tak salah kan dia.. yelah, lepas sekolah kat kampung dulu terus ikut suami berhijrah ke kota besar. jadi suri rumah. pengetahuan tentang perkara sekeliling  tak berapa meluas. bila orang cerita pasal pil perancang terus melatah katanya cerita dalam kain. terlampau kecil skop pemikiran dia.

 

mungkin dia tak tahu, untuk mengelakkan luka operation terbuka semula, ibu yang deliver secara czer tak boleh pregy dalam masa 2tahun. untuk menghalang, pelbagai  kaedah perubatan dicipta. perkara ini telah diwar-war kan ke semua orang supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. ilmu sebegini kena disebarkan supaya kurang nya kes pregnant ketika luka masih belum sembuh.

 

walaupun surirumah, kena lah berilmu jugak. jangan lah hanya tau ber FB petang-petang keluar menjaja cerita orang sekeliling pulak. bagi aku, suri rumah lagi lah kena ada ilmu sebab kita dirumah solely ajar anak-anak. nak anak pandai, mak kena lah pandai sekali. kalau tak, macam mana nak didik anak. oh ye, tolong luaskan skop PANDAI. pandai bukan bermaksud tahu ABC, tapi pandai makna nya tahu menggunakan akal.