Korang pernah rasa leceh tak nak gosok baju kemeja. Aku rasa becinta sangat nak iron kemeja. Tapi, kini tidak lagi (macam iklan sabun lak) hehe..
Aku nak share ni. kalau ank bagi baju senang iron, tahan lama, sila basuh tangan baju-baju anda.
Macam aku, aku basuh tangan untuk semua baju kerja dan baju kurung. Yang t-shirt & seluar tak larat lah nak basuh tangan. Bukan apa, kemeja ni kalau basuh mesin dia punya ronyok tu teruk sangat. Kang jadi kerja lak nak iron tu. Memang susah sikit nak ilang kan ronyok-ronyok tu. Even baju RAOUL pon susah nak iron kalau dah masuk mesin. Setakat ni, yang senang iron, baju G2000 je. Masuk mesin pon senang lagi nak iron.
Memula, rendam baju2 kerja tu. Kalau agak-agak baju tu jenis turun kaler, jangan campur sekali. Rendam asing. (Kalau baju rosak, aku tak jamin.)
Kalau baju korang jenis turun kaler, rendam dengan air panas sebelum basuh. Sebab nak mati kan warna. SO after this baju tu tak kan turun warna lagi.
Agak-agak dah rendam dalam 15 minit, boleh lah berus apa yang patut. Siapa yang kerja opis, baju tak lah kotor sangat kan.
Dah siap basuh, bilas dan rendam dalam softener selama setengah jam. Jangan lama sangat sebab nanti baju bau masam. Sekejap sangat pon tak boleh jugak, tak sempat nak meresap pulak softener nya.
Agak-agak dah sesedap rasa, terus sidai baju-baju tu. Jangan perah. Sidai macam tu je.
Tunggu sehingga kering dan iron. Selamat mencuba.=)
*so far, sejak aku basuh baju macam ni, senang lah sikit aku nk iron baju kerja Asri..fuh….*