Wednesday, April 25, 2012

Hannah Adelia 5 Bulan

 

 

 

 

chintakami

 

Sekejap je Hannah dah 5 bulan. Sekarang ni nampak kamera dah pandai nak posing, nak tersengih-sengih. Kalau tengah mengaruk atau buat kelaku, susah nak rekod video sebab dia akan stop then posing.

 

chintakami

 

Hannah start boleh bergolek masa umur 4 bulan tapi malaasss sangat nak bergerak. Dia akan aktif bergerak masa dalam tidur. Kalau dia jaga, Hannah suka sangat main bawah playgym, tak pun duduk dalam bumbo. Susah sangat nak tinggalkan dia sorang2 sebab kalau tak ada orang dia punya jerit macam kena dera. Drama je lebih, nampak orang datang terus ketawa.

 

Kalau panggil Hannah @ Adelia @ Adele dah boleh menoleh. Dah tau kot tu nama dia.

 

Alhamdullilah, Hannah still minum susu ummi without campur apa2. Setakat ni rezeki Hannah belum pernah putus. Betul lah orang kata, anak tu bawak rezeki. Ada saja berita gembira sejak kehadiran Hannah Adelia.

 

Cuma aku sekarang dalam dilema, nak bagi Hannah makan or tak. Kalau ikutkan, umur 6 bulan baru boleh makan solid food. Tapi Hannah pantang nampak orang makan. Kesian sangat sebabnya dia sibuk macam mengunyah sama, kadang2 meleleh air liur. Tangan dia pantas nak grab apa yang kita makan @ minum.

 

Bad news, berat Hannah dah turun. Setengah kilo turun berat Hannah lepas baik batuk. Sekarang berat Hannah 6.3 kg. Nasib baik masa kena jab, dia relax je ketawa dengan doktor.

 

oh, info pasal buang air besar. Normal baby akan poo-poo maksimum 3 kali sehari, minimum 3 hari sekali. Kalau baby poo-poo tak macam ni, sila berjumpa dengan doktor segera. Aku risau sebab Hannah poo-poo 3 hari sekali. Kira Hannah berada pada tahap minimum.

1 comment:

  1. syuhadah; kaklong bf yg kecil tu samapi umur dia 3 thn lebih hehe..kalau baby susah buang air, bagi jus buah for baby rand heinz bagus utk pelawasan buang air buah prune..

    ReplyDelete